25 July 2010
Gambar Kenangan
27 April 2010
Hulu Selangor: Persepsi Dr Abu Hassan Hasbullah Ditolak?
17 November 2009
Persepsi Oh Persepsi: Kisah Paderi dengan Gembala Kambing
Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.
Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.
Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!
Cendekiawan menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.
Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi...
Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.
Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...
Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...
"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"
"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"
"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."
"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"
Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...
"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."
"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."
Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.
Cerita ini hampir sama seperti yang diceritakan oleh YB Tuan Guru Dato' Ustaz Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Terengganu dalam suatu majlis dengan mengaitkan dengan persepsi. Persepsi oh persepsi...
Adapun, cerita ini aku copy & paste dari SINI kerana malas untuk menulis dalam versi Ustaz Harun. Wallahua'lam.
10 March 2009
PPSMI: Menanti UMNO Perjuangkan Bahasa.
Marahnya Hishamudin bilamana diketahui bahawa perhimpunan membantah PPSMI berjaya diadakan dan jumlah kehadiran memberangsangkan. Aku sendiri sebenarnya tidak percaya melihat jumlah kehadiran yang hadir. Dalam sangkaan awal aku, kehadiran mungkin sekitar 3 atau 4 ribu orang sahaja.Aku sempat mengikuti satu mesyuarat terakhir antara GMP dan wakil-wakil NGO. Ketika mesyuarat tersebut diadakan, wakil media juga terdapat sama. Dari laporan setiap wakil-wakil NGO yang hadir, jumlah kehadiran yang tercatat sekitar 2000 orang sahaja. Malahan, lebih mengecewakan bilamana ada yang wakil NGO yang hadir tidak dapat memberi sebarang jaminan untuk hadir kerana terikat dengan 'Kakitangan Awam'.
PPSMI bukan isu politik. Ianya isu pendidikan dan bahasa. Itu yang cuba digambarkan oleh para pemimpin UMNO. Kononnya perarakan mansuhkan PPSMI tersebut didalangi orang politik. Apakah salah orang politik berbicara isu pendidikan dan bahasa? Apakah salah orang politik berjuang untuk bahasa dan pendidikan? Apatah lagi isu pendidikan dan bahasa yang diperjuangkan itu adalah bahasa yang melambangkan bangsa mereka.Aku tercari-cari di mana kekuatan UMNO untuk berdepan dengan isu PPSMI ini. Pak Lah mengambil jalan selamat bilamana mengatakan mahu ianya segera diselesaikan. Seolah-olah Pak Lah tiada kuasa dalam menentukan dasar PPSMI ini. Namun, ianya masih jauh dari penyelesaian sebenar.
Hishammuddin yang dilihat paling tertekan. Sebagai Menteri Pelajaran, PPSMI secara langsung berada dalam bidangnya. Baik buruk PPSMI adalah baik buruk Hishammuddin. Ketika mana kini PPSMI sedang berjalan, sudah tentu Hishammuddin akan bertahan bahawa PPSMI adalah baik dan wangi. Jika disebut PPSMI buruk dan busuk, tetapi mahu diteruskan maka sudah tentu Hishammuddin akan dilabel buruk. Silap percaturan, Hishammuddin akan kehilangan senyum lebarnya. Kerusi Naib Presiden yang bakal ditandinginya juga bakal melayang.
Dikatakan Hishammuddin akan menggunakan senjatanya yang terakhir bagi mempertahankan PPSMI sebelum menjelang Persidangan Agung UMNO. Senjata itu tidak lain dan tidak bukan adalah keputusan SPM 2008. Dikatakan keputusan SPM bagi tahun sudah itu akan diumum sebelum persidangan tersebut. Keputusan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dikatakan akan Cemerlang dan Gemilang. Pelajar yang lulus juga bertambah.
Aku sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran senjata ini akan digunakan Hishammuddin. Dalam keadaan PPSMI ditekan sehabis mungkin oleh golongan-golongan 'jutawan bahasa' ini, apakah keputusan cemerlang Sains dan Matematik tersebut boleh dijadikan ukuran?Umum mengetahui markah penuh satu-satu kertas adalah 100 markah. Namun, markah lulus adalah berbeza. Adakalanya 50 dijadikan aras lulus. Kadangkala 40 sahaja sudah lepas. Malah, markah 30 bukan sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Dikatakan bergantung kepada berapa ramai pelajar yang mahu 'diluluskan'. Begitu juga bagi menentukan A, B, C dan seterusnya. Jadi, apakah itu nilai PPSMI diukur?
Meletakkan PAS khususnya sebagai dalang kepada himpunan 100 000 Rakyat membantah PPSMI adalah suatu kelaziman UMNO bagi menghilangkan fokus sebenar. PAS memang menganggotai GMP sebagai suatu badan di bawah GMP. Jadi, tidak timbul samada PAS dalang atau tidak. Namun, sesuatu yang perlu disedari adalah kejayaan himpunan tersebut adalah kerana sokongan dari PAS secara khusus. Pemimpin GMP sendiri silih bertukar negeri di Pentas PAS bagi menerangkan mesej GMP.
Pada aku, PAS yang diperalatkan oleh GMP. Selain pentas PAS, aku percaya media PAS, blog penyokong PAS dan sebagainya amat berperanan dalam membantu GMP memberi tekanan kepada UMNO dan BN. PAS bersama GMP kerana mahu membantah PPSMI. Jika UMNO mahu dan merasakan inilah peluang memperjuangkan bahasa Melayu, kenapa tidak menggunakan peluang ini?
Apabila himpunan besar, lain ceritanya. Apabila tiada penyertaan, dikatakan PPSMI disokong kebanyakan rakyat. Itu adalah lumrah yang selalu dimainkan media dan berita. Hishammuddin pula persoalkan kenapa selepas 6 tahun baru dibantah. Sedangkan sebelum ini sudah banyak bantahan demi bantahan dilakukan. Namun, kerana kurangnya 'tekanan' dan bentuk tekanan yang diambil dalam keadaan aman, maka kerajaan merasakan isu ini akan senyap suatu hari nanti.
Membaca tulisan Prof Dr Awang Sariyan - Tak Perlu Mencari Jalan Berliku Pertahan PPSMI aku kira cukup menarik. Mesejnya jelas dan tepat sekali dengan apa yang berlaku dengan PPSMI ini. Mereka bukan ada kepentingan pun dalam politik, dalam mendapatkan tender. Apatah lagi gila glamour di saat penghujung nafas. Aku percaya golongan 'jutawan bahasa' ini bukan seperti UMNO sifat mereka.
Mereka tidak UMNO dan tidak akan bersama-sama dengan UMNO. Silap UMNO apabila memilih golongan 'lembut' dan lama ini untuk ditentang. UMNO silap!
26 February 2009
PPSMI: Pemimpin-Pemimpin Sombong, Mereng dan Isim
PPSMI. Aku suka mengambil pandangan Cikgu Azmi Abdul Hamid, Presiden TERAS. Kata Cikgu Azmi, PPSMI itu adalah Pemimpin-Pemimpin Sombong, Mereng dan Isim. Ungkapan itu aku dengar dalam satu Pidato PPSMI di Dewan Himpunan Cina Selangor. Aku tumpang senyum lebar bila ungkapan itu disebut.
PPSMI sebenarnya adalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mengikut riwayat sudah dilaksanakan sejak 2003 lagi. Adapun tujuan dilaksanakan PPSMI adalah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Maka, diajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Satu persoalan besar yang timbul dengan pelaksanaan PPSMI ini adalah, adakah pelaksanaan PPSMI itu berjaya meningkatkan penguasaan BI para pelajar? Pada pendapat aku, teori ini adalah salah dan silap sama sekali.
PPSMI mungkin berjaya menambahkan beberapa perkataan BI (Vocab) ke dalam kamus pelajar. Mungkin juga PPSMI berjaya memaksa anak-anak pelajar bercakap orang putih sepatah dua dalam kelas Matematik dan Sains. Mungkin juga kejayaan dinilai bilamana para pelajar menjawab soalan Matematik dan Sains dalam BI. Itu sahajakah penilaian kejayaan PPSMI?
Jika itu nilai kejayaan, aku kira teramat rendahnya kejayaan yang dicapai. Bukan sahaja rendah, malah kejayaan itu turut memakan korban yang besar. Korban di mana pelajar luar bandar khususnya dan mereka yang sedikit lemah dalam subjek BI akan mengalami kemerosotan dalam subjek Sains dan Matematik.
Apa pelik jika subjek yang diajar dalam BI dijawab dalam BI. Langsung tak pelik. Ini langsung tidak boleh dikategorikan sebagai suatu kejayaan. Bilamana sesuatu istilah telah diajar dalam BI, sudah tentu istilah tersebut akan terus digunakan oleh pelajar. Menjawab tetap dalam BI, tetapi bagaimana kefahaman mereka tentang apa yang diterima?
Secara peribadi aku melihat dalam keluarga aku, tiada yang bermasalah dalam mata pelajaran Matematik. Tetapi, bilamana PPSMI dilaksanakan, aku lihat keputusan semasa adik bongsuku (yang menjadi mangsa PPSMI) berada pada tahap yang tidak membanggakan. Soalan-soalan mudah pun tidak mampu dijawab. Bukan soal tidak tahu konsep Matematik iaitu campur, darab, tolak dan bahagi, tetapi kerana tidak memahami soalan sahaja. Apabila aku menerangkan kehendak soalan, barulah dia tersenyum faham. Sungguh aku kesian melihatnya.
Kenapa kita menyusahkan sesuatu yang mudah. Kenapa kita membebankan penguasaan ilmu. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam Bahasa Arab. Nabi berbangsa Arab dan bertutur dalam Bahasa Arab. Walaupun Al-Quran dalam Bahasa Arab, tidak bermakna untuk mempelajarinya mesti 100% dalam Bahasa Arab. Sebab itu ada terjemahan dan tafsirnya dalam pelbagai bahasa.
Walaupun Islam itu sinonim dengan Bahasa Arab, tetapi tidak menjadi masalah pun bagi penganut Islam yang tidak memahami Bahasa Arab. Cuma beberapa ketika sahaja kita disuruh berbahasa Arab dan menggunakan ayat Quran misalnya dalam solat. Dalam urusan lain, kita bebas untuk berdoa, berniat, berbincang dan seumpamanya dalam pelbagai bahasa.
Pedih dan sedih bilamana pihak berwajib marahkan pihak yang menegur. Seolah-olah teguran yang diberikan ini membabi-buta dan tanpa asas. Kajian demi kajian telah dijalankan, dan teguran yang datang pula bukan dari pihak-pihak sembarangan. Ini jauh bezanya dari kajian dan respon yang diberikan pihak kementerian. Pihak yang sentiasa membenarkan orang atasan. Mengampu dan menyedapkan tuan sahaja.
Apa salahnya mansuhkan PPSMI ini. Jika perlu sangat untuk perkasakan BI, tambah sahaja masa pengajarannya. Jika kurang guru yang mahir, tambah sahaja guru dan beri kemahiran sepatutnya. Jika perlu peruntukan khusus, tambahkan sahaja. Biar matlamat tercapai, tiada pihak menjadi korban.
Patutlah Cikgu Azmi berkata demikian...
26 November 2008
Bunuh Diri: Satu Lagi Sejarah Tercipta?
Semacam belajar dari peristiwa, seorang isteri menjadikan sebuah bangunan empat tingkat dalam pembinaan di Kuala Berang, Hulu Terengganu sebagai tempat mengancam membunuh diri. Dua hari sebelumnya seorang gadis juga bertindak nekad dengan mengancam terjun dari atas bumbung sebuah hotel di Bandaraya Kuala Terengganu. Semuanya kerana lelaki. Kekasih dan suami.
Dua insiden berasingan ini adalah suatu perkara baru di Terengganu. "Tidak Pernah Sebelum Ini" adalah suatu slogan yang biasa digunakan pemerintah di Terengganu dan sesuai dengan insiden ini. "Mencatat Sejarah Mencipta Tamadun" juga boleh digunapakai.
Perkara yang sama berlaku kepada kedua-dua wanita terbabit adalah mereka berdua berjaya diselamatkan. Alhamdulillah. Semoga mereka berdua bertaubat atas keterlanjuran yang mereka cuba lakukan itu.
Sebelum ini, dua kes bunuh diri yang melibatkan individu Melayu telah berlaku di Terengganu. Semuanya ini berlaku dalam tempoh 2 bulan terakhir ini sahaja.
Pertama berlaku di Chendering yang membabitkan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang membunuh diri dengan menggantung diri dalam bilik air diikuti tindakan seorang remaja lelaki di Kampung Bukit Guntung yang menamatkan riwayat hidup dengan menggantung diri dalam bilik tidur.
Mahu aku salahkan UMNO dan BN?
Wallahua'lam.
p/s: Cuba amati Kempen Gaya Hidup Sihat yang biasa dipromosikan oleh Kementerian Kesihatan. Selain soal pergaulan dan pemakanan, menangani stress dengan betul adalah perlu dan tidak boleh diabaikan.
13 August 2008
UiTM Tidak Perlukan 10 Peratus Bukan Bumiputera
Sewaktu mengisi borang UPU suatu ketika dahulu, aku telah memilih ITM sebagai pilihan pertama. Semuanya kerana memikirkan ITM yurannya murah, serta beberapa kemudahan lain yang disediakan yang pada aku tidak membebankan pelajar. Makan percuma dan penginapan hostel juga percuma. Yuran ketika itu sekitar RM 290 bagi satu semester. Dengan segala kemudahan sebegitu, aku tidak perlukan pinjaman PTPTN.Seminggu melalui Minggu Wawasan Siswa, berkenalan dengan abang dan kakak OC. Menyayi lagu "ITM di Hatiku" dan "Wawasan Setia Pelajar". Dalam minggu itu, semua siswi diwajibkan memakai tudung kepala. Itu peraturan. Berjalan dalam aturan sambil selawat ke sana-sini. Solat berjemaah di Pusat Islam itu wajib bagi kami pelajar baru. Seminggu yang wajib itu dan ini.
Melalui hari-hari pembelajaran lebih mengenalkan aku dengan ITM. Pada 26 Ogos 1999, Dato Seri Dr Mahathir (kini Tun) mengistiharkan ITM menjadi Universiti. Maka ITM dikenali dengan UiTM. Bumiputera tetap mengisi UiTM walaupun berstatus universiti.
Kelmarin, Tan Sri Abdul Khalid mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing. Aku bilamana mendengar kenyataan itu, terus merasakan pihak UiTM akan melakukan sesuatu bagi membantah kenyataan tersebut. Telahan aku benar bilamana melihat himpunan hitam pelajar UiTM membantah cadangan berkenaan.
Agaknya Tan Sri Abdul Khalid tidak tahu bahawa pelajar-pelajar UiTM bukan sembarangan. Mereka pantang dicabar. Sebelum ini, merekalah yang diangkut oleh Umno sebagai Putera dan Puteri Umno ke mana-mana himpunan.
Jika di Terengganu suatu ketika dahulu diadakan Himpunan Gelombang Biru, pelajar-pelajar UiTM jugalah yang diangkut. Biru kata Ibrahim Abu Shah, birulah pelajar UiTM. Hitam kata Ibrahim Abu Shah, maka hitamlah yang mereka pakai semalam.
Jika aku ditanya keperluan 10 peratus bukan Bumiputera menyertai UiTM, maka aku akan menjawab TIDAK PERLU sama sekali. Kenapa tidak perlu?
Masuklah ke kampus UiTM, atau berjalanlah di tepi pagar UiTM. Lihatlah suasana yang ada di kampus tersebut. Aku percaya ada diantara kalian yang akan mengatakan 50 peratus pelajar UiTM adalah dari bangsa asing dan bukan Bumiputera. Malah, mungkin ada yang mengatakan MAKHLUK ASING turut berada di UiTM.
Lihatlah pada pakaian, akan terlihat bukan Bumiputera yang berjalan ke bilik kuliah. Lihat pula pada stail rambut yang digayakan, entah makhluk asing yang mana datangnya. Jika dilihat di Pusat Islam (Masjid UiTM) pada waktu solat, tidak sampai 10 peratus Bumiputera berada di sini. Lihat di kafeteria, terlihat anak-anak cina dan minah saleh bergurau senda.
Atas semangat Bumiputera mungkin, banyak pelajar lelaki dan perempuan sentiasa berkepit bersama. Tanpa malu dan segan. UiTM juga tidak terlepas dari kilang anak luar nikah. Mayat bayi dijumpai di dalam kampus bukan sekali dua dilaporkan. Kes pelajar menjual tubuh bersambung dari satu generasi ke satu generasi. Pihak UiTM yang juga kebanyakannya Bumiputera sememangnya akan menutup kes-kes yang ada sebagaimana IPT yang lain.
UiTM memang sewajarnya diperkasakan. Tukar sahaja Naib Canselor yang terlebih sifat Melayu itu kepada yang lebih layak dan berkaliber. Ibrahim Abu Shah adalah NC yang bertanggungjawab memansuhkan silibus UIS (Subjek Agama) kepada silibus lain yang teramat bersifat Hadhari. NC ini juga diawal perlantikannya menyekat aktiviti agama di Pusat-pusat Islam UiTM dan telah mengharamkan Persatuan Mahasiswa Islam UiTM.
Melihat kepada perarakan pelajar UiTM dalam berita TV malam tadi memperlihatkan betapa seronoknya mereka berarak. Sambil melambai-lambai tangan, seolah-olah girang dengan apa yang disuruh oleh NC mereka itu. Apa tidaknya, kelas tak perlu hadir. Soal marah, aku percaya langsung tidak ada dan tidak kisah. Itulah sebenarnya sifat yang ada pada kebanyakan mahasiswa UiTM.
Komen Tan Sri Abdul Khalid mungkin silap dan di luar bidang beliau. Namun, pada aku sekiranya dikatakan UiTM perlu menukar NC yang ada, aku akan bersetuju 100 peratus.
Wallahua'lam.
amdang: Aku ni 50 peratus yang tidak termasuk dalam golongan makhluk asing! ;)
----------------------------------------------------------
Nota: Bumiputera adalah terdiri dari pelbagai bangsa di Malaysia. Namun, istilah Bumiputera ini sangat sinonim dengan Melayu Islam di Semenanjung. Namun keterlibatan Bumiputera yang lain seperti Orang Asli, Cina Sabah / Sarawak dan lain-lain keturunan di Sabah dan Sarawak adalah sangat kecil.
Tulisan ini bukan berniat menyentuh isu 10 peratus Bumiputera sangat, tetapi sebagai pandangan awam terhadap budaya dan apa yang berlaku di Malaysia pada hari ini khususnya kepada belia terpelajar yang begitu membimbangkan. Tanpa 'dijajah', kita tetap terjajah!
10 July 2008
Santai...
Malam tadi, selepas sahaja mesyuarat syarikat, aku bersama-sama teman ke Pekan Batu 6 untuk membasahkan tekak. Asalnya mahu juga menjamah sedikit makan malam, namun disebabkan kedai yang dikunjungi telah mahu ditutup, maka kami hanya memesan segelas minuman untuk masing-masing.
Dalam kepenatan sambil menunggu minuman, masing-masing membuka cerita.
Cerita 1
Seorang pemuda yang tidak pandai Bahasa Inggeris bertanya kepada seorang sahabatnya setiba di sebuah pasaraya.
"Apa makna 'discount' 20%, 30%, 40% yang ditampal tu?"
"Discount tu maknanya, dia potong la. Kalu harga RM100, dia potong la jadi murah lagi." Terang si sahabat.
"Oooo, discount tu potong". Pemuda tadi mulai faham. Si sahabat hanya mengangguk.
Ketika dalam perjalanan pulang, kereta yang di pandu si sahabat tadi tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Si Pemuda yang berada di tempat duduk sebelah mengintai-ngintai kalau-kalau ada peluang untuk memotong kenderaan di hadapan.
Tiba-tiba, si pemuda tadi berkata, "Cepat-cepat, discount, discount kereta depan tu dah slow".
Kalu anda jadi sahabat kepada pemuda tadi, apa agaknya yang anda akan katakan? ;)
Cerita 2
Ini kisah sepupu aku. Umurnya sekitar 7 tahun.
Suatu hari, sepupuku ini ke sekolah. Hari itu hari sukan. Semua pelajar memakai baju sukan. Entah apa yang silap, sepupuku ini terlupa dan memakai baju seragam sekolah.
Ketika sampai di sekolah, dia terkejut melihat semua rakan-rakannya memakai pakaian sukan. Dia terasa malu dan rendah diri kerana kesilapan yang dilakukan itu. Dengan rasa bersalah, dia berlari ke tandas dan mula menangis. Pada dirinya, dia telah melakukan kesilapan besar. Tangisnya sungguh-sungguh. Berlalu satu hari yang 'malang' baginya pada hari itu.
Keesokannya persekolahan berjalan seperti biasa dan seperti biasa pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah. Namun, sepupuku ini nekad.
Dia memakai pakaian sukan untuk ke sekolah. Bukan dia tidak tahu bahawa hari ini sudah tiada sukan. Apabila ditanya, selamba dan penuh yakin dia menjawab.
"Biar padan muka semua orang. Hari ni biar semua nangis di sekolah. Dengan cikgu-cikgu sekali."
Itu nekad seorang anak kecil. Walaupun apa yang dilakukannya tidak tepat, namun dia nekad dan yakin dengan apa yang mahu dilakukannya.
Aku tergelak mendengar cerita ini.
Cerita 3
Seorang Ketua Negara yang sudah tidak dikehendaki oleh rakyat-rakyat di negeranya berkata.
"Saya sedang menyusun pelan peralihan kuasa. Saya akan melepaskan jawatan ini apabila sampai masanya dan bla.. bla.. bla.."
Sedangkan ketika itu rakyat-rakyat di negara tersebut merasakan sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk dia berundur. Bagi rakyat, bukan sahaja dia perlu berundur, malah dengan parti-partinya sekali.
Jangan tergelak kerana pemimpin negara itu sedang terlena, nanti dia terjaga.
16 June 2008
Aku seorang Tukang Gunting
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Minyak naik lagi. Kali ni memang teruk sebab kenaikan sebanyak 40%. Ketika Pak Lah umum minyak naik, aku sedang menggunting rambut seorang pelanggan. Pelanggan yang berumur sekitar 30-an itu mengeluh marah dengan pengumuman kenaikan yang tinggi itu. Lekas-lekas dia minta aku siapkan rambutnya bagi membolehkannya pergi mengisi minyak motor buruknya. Aku diam dengan seribu satu permasalahan yang bakal berdepan dengan kenaikan harga minyak itu.
Sejak tahun 2000, harga yang aku tawarkan bagi perkhidmatan menggunting rambut adalah RM 5 bagi seorang dewasa, RM 3 bagi seorang budak. Jika yang aku agak-agak berumur dalam 20-an biasanya aku kenakan harga RM4 sahaja. Harga baru itu aku kenakan setelah aku memasang aircond (dalam BM pendingin hawa atau penghawa dingin?) dalam bilik pengguntingan. Aku label kedai dengan "Kedai Gunting Berhawa Dingin Amdang".Sebelum tahun 2000, kadar bagi seorang dewasa RM4 dan budak-budak RM2. Namun selepas aku merasakan kos hidup yang meningkat naik, aku tidak mampu lagi bergantung kepada harga lama. Maka aku membawa perubahan dengan konsep kedai berhawa dingin. Sebenarnya kos aircond tidak seberapa sangat. Lagipun aku juga lebih selesa dengan suasana sejuk dan dingin. Namun, bagi memastikan aku tidak tersepit, maka aku terpaksa menaikkan kadar harga menggunting.
Aku sebenarnya amat berat bagi menaikkan harga kepada pelanggan. Pelanggan tentu marah. Mereka akan persoalkan apa kaitan kedai gunting dengan harga minyak petrol? Mereka benar. Kos aku hanyalah gunting, mesin rambut, pisau cukur dan beberapa barangan lain yang turut membantu kerja-kerja aku. Kenaikan kos operasi memang cukup sedikit. Letrik pun aku rasa tidak akan memberi kesan besar kepada aku.
Itu pada mereka. Pada aku walaupun minyak naik, aku memang akan tersepit dan akan memikirkan untuk menaikkan harga menggunting. Sewa kedai mungkin kekal selagi tuan kedai merasakan wajar pada tahap lama. Namun, kenaikan kos-kos hidup seharian akan membuat aku turut tersepit.Bayangkan jika pendapatan menggunting aku sebelum ini sekitar RM 1800 sebulan. Namun pendapatan aku tidak menentu. Jika musim sebelum buka sekolah, banyak la. Musim raya pun banyak juga yang datang bagi menggayakan rambut. Dengan RM 1800 itu aku perlu bayar sewa kedai, sewa rumah, sewa kereta, beli barang dapur, beli pisau pencukur, bil itu dan ini. Jika ditolak belanja anak ke sekolah, kempis poket aku.
Aku juga perlu bersedia dengan kekurangan menerima pelanggan bila berlaku kenaikan harga minyak. Makin ramai yang akan menggunting rambut 2 bulan sekali. Atau mungkin mengambil inisiatif memotong rambut sendiri di rumah masing-masing. Semua ini akan menyebabkan aku akan kekurangan pendapatan. Pendapatan kurang bermakna hidup aku akan makin tersepit. Selaku tukang gunting, cara mudah mendapatkan 'sedikit keuntungan' adalah dengan menaikkan harga menggunting.
Mungkin harga baru yang sesuai adalah RM6. Untuk kanak-kanak bakal naik kepada RM4. Itu adalah perkiraan baru dalam kepala aku. Jika tindakan sebegini tidak dilakukan, mungkin kesempitan dan kesulitan bakal dihadapi.
Aku terfikir, jika aku yang tidak berdepan secara langsung kenaikan harga minyak terpaksa menaikkan harga, bagaimana agaknya yang dihadapi oleh peniaga dan pengusaha lain yang terlibat secara langsung dengan minyak. Pemandu teksi, syarikat bas, pemaju perumahan, pengusaha makanan, dan sebagainya. Sudah tentu kewajaran bagi mereka untuk menaikkan harga barang atau perkhidmatan.
Terfikir juga kesan yang akan berlaku kepada penarik beca (err..bukan sang kutu), jurufoto, designer, dan apa-apa jua bidang kerja lain yang tidak terlibat secara langsung dengan minyak. Tentu mereka ini seperti aku yang terpaksa menaikkan harga perkhidmatan jika tersepit.
Mereka yang makan gaji juga tidak terlepas sebenarnya dari terhimpit. Gaji mereka tetap dan tidak akan naik sendirinya. Bergantung kepada pihak pengurusan mereka. Guru, kerani, tukang kebun, polis dan tentera semuanya akan terhimpit. Dengan kata lain, mereka ini tiada peluang menambah pendapatan jika tidak membuat kerja sampingan. Maka jadilah mereka ini guru tuisyen, penjual air batu, peniaga pasar malam, jaga dan sebagainya.
Agak parah jika mereka yang berada dalam ruang yang terdedah kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Kesempitan hidup selalu menjadikan manusia hilang pedoman dalam bertindak. Kesempitan hidup juga kadangkala menjadikan manusia sanggup merompak, mencuri, menipu dan melakukan penyelewengan.
Anak-anak yang tidak diperhatikan ibubapa lantaran sibuk mencari duit tambahan akan mula hilang didikan dan kawalan. Tiada lagi si ibu bertanya dengan siapa anak berkawan, tiada lagi si ayah membelai anak sambil mengucapkan kata-kata nasihat. Anak-anak akan selesa dan percaya kepada kawannya sahaja. Bila institusi rumahtangga rosak, masyarakat turut rosak. Samada secara perlahan atau cepat, itu memang berlaku, sedang berlaku dan akan makin parah berlaku.
Aku tidak tahu apa fikiran Pak Menteri dalam isu kenaikan harga minyak ini. Jika dikatakan mahu merapatkan jurang kaya dan miskin, aku rasa semakin jauh. Jika mahu memulangkan subsidi kepada rakyat dengan rebat yang tidak seberapa, aku rasa berganda-ganda yang akan habis dari poket rakyat. Kadang-kadang terfikir juga aku, apakah mereka yang bergelar menteri dan barisan kabinet itu terdiri dari orang-orang bodoh dan bebal? Tapi mereka adalah menteri.
Alamak, pelanggan aku sudah datang. Aku perlu bersiap untuk menjalankan tugasku. Aku harap dia dapat menerima harga baru yang aku tetapkan ini walaupun berat sebenarnya untuk aku menaikkannya. Eh, dia berpatah balik? Adakah harga baru ini mahal baginya? Apakah aku perlu menambah servis mengurut kepala selesai menggunting bagi melayakkan aku menaikkan harga? Pening aku. Aku pening...Sekejap tadi, aku menerima SMS mengajak untuk turun berdemo di Kuala Lumpur pada 5 Julai ini. Hari Sabtu. Demo bantah kenaikan harga minyak. Aku juga tidak bersetuju dengan harga minyak ini. Aku mesti pergi. Aku mahu minyak turun. Aku berjanji akan turunkan harga menggunting rambut. Aku juga berharap semua orang akan menurunkan harga barangan. Aku mahu negara aku aman. Aku akan demo secara aman. Biar harga minyak turun, rakyat tenang, tiada kegawatan, keluarga senang, masyarakat aman. Oh, aku mesti forward SMS ini kepada kawan-kawanku yang lain. Mesti!
Sumber gambar: razaklatif.blogspot.com
12 June 2008
Konvensyen Royalti Petroleum - Mampat
Ini iklan tidak berbayar dari Mampat.Tarikh :
14 Jun 2008
Masa :
8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :
Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Hubungi : 09-6660758 / 0139328685
Maklumat Lajut : disini
Pendaftaran online
Semua dijemput untuk hadir.
Rayuan Dana aktiviti MAMPAT:
Akaun Bank Islam : 13017010811347,
Maybank : 163064135573
diatas nama MAMPAT
23 May 2008
Tangan atas, tangan bawah

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...Sedang aku memanaskan kuali, tiba-tiba terdengar satu suara kecil memberi salam. Aku menjenguk kepala dari pintu dapur ke ruang tamu. Kelihatan seorang anak perempuan kecil berumur lingkungan 10 tahun berada di luar sliding door yang terbuka.
Aku menjawab salam. "Mari nak cari rezeki" Kata si anak kecil itu. Nada mendayu dan merayu.Aku yang faham maksudnya itu segera mengintai-ngintai di mana dompet yang aku letakkan. Kat tingkat atas rupanya. Baru sahaja aku terniat mahu pergi mengambil dompet, muncul pula seorang berpangkat nenek di sebelah anak kecil tadi.
"Mari nak cari rezeki" Kata nenek tadi.
Aku yang menyangka mereka datang bersama terus memberikan sejumlah wang kepada nenek tadi. Tiba-tiba nenek tadi berkata, "Dia ni pun nak jugak". Sambil menunjukkan si anak kecil tadi. Aku tergamam.
"Bahagi-bahagikanlah" Kata aku tanpa sebarang prasangka. Ketika itu aku sudah mula mahu berpaling menuju dapur untuk meneruskan memasak. Api dapur masih menyala, minyak mungkin sudah panas.
"Dia ni ayah dah tak ada, duduk dengan mak je. Dia suku, saya suku." Terang nenek tadi.
Aku pada mulanya sedikit terasa 'panas' dengan sikap keduanya. Aku menarik nafas melegakan perasaan dan naik semula ke atas mendapatkan wang untuk diberikan.
"Terima kasih". Kata si anak kecil. Kedengaran dari mulutnya jumlah yang aku berikan. Memang agak sedikit berbanding nenek tadi. Haji Bakhil kata, budak kecil tak boleh pegang duit banyak-banyak. Hehehe.
Kemudian, keduanya berlalu. Aku meneruskan menggoreng ikan keli. Laukku hari ini ikan keli dan kicap sahaja. Ulam acar kobis. Nasi pun sekadar nasi dingin yang baki semalam.
Ketika sedang menjamah makan, terfikir aku. Kenapa la aku beri duit itu begitu sahaja. Patutnya aku minta si anak kecil itu menyapu laman rumah terlebih dahulu, barulah diberikan wang kepadanya. Bukan besar pun laman rumah. Setakat 2 depa X 2 depa sahaja.
Begitu juga dengan nenek itu tadi. Patutnya aku minta aje nenek tadi masuk sekejap membasuh beberapa pinggan mangkuk dan periuk dalam sinki sebelum diberikan wang. Jika nenek itu sanggup berjalan ke sana ke mari, apalah sangat membasuh pinggan mangkuk ini, fikir aku.
Aku tidak tahu apakah mereka sanggup melakukan kerja yang disuruh, dan kemudiannya diberikan upah. Atau memang niat mereka mahu mendapatkan duit dengan meminta sahaja. Aku tahu ada kalanya mereka ini terdesak apabila melakukan perbuatan meminta-minta ini, namun tidak kurang juga yang mengambil kesempatan terhadap sikap pemurah masyarakat kita.
Aku diajar untuk tidak menghampakan permintaan, bantu setakat yang boleh. Lagipun dengan sedekah ini insyaAllah rezeki kita akan digandakan. Pernah suatu ketika aku cukup-cukup kekeringan wang. Dalam dompet hanya sekitar RM 10 sahaja. Tiba-tiba ada seorang lelaki datang meminta sedekah.
Ikut hati dan rasa, aku cakap je tak ada apa-apa untuk diberi. Tapi percaya dan yakin setiap pemberian pasti dibalas, dan merasakan mungkin ketika itu dia lebih terdesak, maka aku gagahkan diri memberikan RM 5 kepada lelaki itu.
Dalam hati aku, "aku hanya mampu menjadi Umar". Senyum sendiri mengubat hati.
Wallahua'lam.
Bahana Akademi Fantasial
Pertamanya maaf sekiranya apa yang aku rasa ini jauh tidak tepat sepertimana berita melaporkannnya. Metro hari ini menyiarkan bagaimana seorang Imam tertipu dengan sindiket SMS AF6. Klik. Utusan juga memuatkan berita yang hampir sama perihal apa yang berlaku kepada Imam berkenaan. Klik.
Aku tidak tahu samada Imam berkenaan peminat AF atau tidak. Ada sahaja kemungkinan yang ada. Namun, itulah bahana AF yang menjadi kegilaan hari ini. Ditambah dengan perjudian SMS yang awalnya dahulu dikatakan Haram dan diperdebatkan, namun hari ini seolah-olah ianya menjadi halal dan sebahagian keseronokan.
AF secara jelasnya memang tidak nampak di mana ke'halal'annya. Tidak kira si penyanyi itu bertudung, menyanyi lagu patriotik mahupun melakukan tarian tidak menghairahkan. Pada aku institusi yang wujud itu memang ke arah tidak Halal.
Apapun kegilaan terhadap AF dan sebagainya, aku harap tiada Imam yang cuti Solat Isyak pada malam persembahan / pertandingan diadakan. Walaupun dikatakan sekadar hiburan 'tengok je, tak ngundi pun', namun sedikit sebanyak sebenarnya tetap menyumbang kepada perkembangan AF itu sendiri.
Wallahua'lam.
p/s: Nasib baik aku guna nama AMdang bukan AFdang. Heheheh.
19 May 2008
Mahathir keluar Umno: C4 atau kentut?
Bila Mahathir keluar Umno, aku melihat ini merupakan senjata terakhir bagi Mahathir mendesak Pak Lah meletak jawatan sebagai PM dan Pengerusi Umno dan BN. Pernyataan jelas dari Mahathir yang beliau keluar dari Umno bukan kerana mahu menyertai mana-mana parti memberi gambaran yang Umno masih disayanginya.
Tindakan Mahathir ini sangat tepat bagi memberi tekanan kepada Pak Lah supaya berundur. Dengan pengunduran Pak Lah, maka BN dijangka dapat mengekalkan kuasa dengan Najib sebagai PM. Najib dilihat akan diberi peluang untuk mentadbir sebelum dinilai prestasinya walaupun mempunyai keperibadian yang boleh dipersoalkan.
Matlamat utama Mahathir, tiada sebarang peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat. Caranya hanyalah dengan Pak Lah turun dari kerusi PM yang ada sekarang. Bagi memberi tekanan kepada Pak Lah dengan menyeru ahli Umno keluar dari Umno secara beramai-ramai dengan dirinya menjadi permulaan.
Sebagai seorang yang cukup lama dalam politik, Mahathir dapat membaca kebarangkalian yang mungkin berlaku. Peristiwa kemenangan besar BN pada 2004 adalah berpunca dari sikap tanggungjawab Mahathir kepada Umno dengan melepaskan jawatan tertinggi kepada Pak Lah. Ketika itu walaupun tiada tekanan dari mana-mana bahagian atau individu dalaman parti, namun Mahathir melihat rakyat sudah mula mempersoal tindakannya khususnya dalam isu pemecatan Anwar Ibrahim.
Mahathir sebelum ini sudah cukup memberi tekanan kepada Pak Lah bagi melepaskan jawatan tertinggi itu. Kritikan, surat, dan forum antara medan yang digunakan bagi menyerang dan memberi amaran. Namun, seperti biasa Pak Lah tetap dengan sikapnya yang tenang dan memejam mata dengan apa yang berlaku di sekitarnya.
Jika benar Pak Lah akan melepaskan jawatannya terkesan dengan keluarnya Mahathir dan para penyokongnya dari Umno, maka peluang Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan dalam masa terdekat akan semakin malap. Ini kerana Najib sudah tentu akan bertindak lebih bijak dalam menangani kemelut lompat-melompat yang digembar-gemburkan sekarang ini. (lupakan seketika bagaimana strategi PR untuk mendapatkan sokongan sekiranya Najib mengambil alih kerusi PM)
Umno juga akan dilihat lebih selamat sepertimana kata Tun Musa Hitam. Keluarnya Mahathir, maka telah keluarnya 'duri dalam daging' dari Umno. Mahathir akan dilihat sebagai 'orang luar' yang hanya memberi pandangan kepada Umno jika terus cuba mengganggu Umno. Ini kerana tindakan Mahathir itu tidak lebih kepada memakan diri sahaja.
Seorang sahabat memberi contoh keluarnya Mahathir dari Umno umpama turunnya Mahathir dari sebuah bas yang pemandunya Pak Lah. Namun, dia tetap tercegat di tepi jalan tanpa naik mana-mana kenderaan lain yang ada sehingga bas itu dipandu pemandu lain. Bas akan terus berjalan bila tiba masanya, namun Mahathir bimbang-bimbang mati kerana dilanggar oleh kenderaan yang lain.
Apapun, situasi ini mungkin merupakan klimaks kepada perbalahan Pak Lah dan Mahathir. Mahathir telahpun bertindak ke tahap 'mengebom diri' bagi memastikan Pak Lah turun dari kerusi PM. Bom itu akan berkesan sekiranya terkena kepada mana-mana Jeneral-jeneral Kanan Umno. Namun sekiranya setakat bekas-bekas yang sudah dilupakan seperti Sanusi Junid dan ahli-ahli beberapa cawangan sahaja, bom itu tidak lebih seperti kentut yang berbunyi kuat, gempanya menakutkan namun baunya tiada.
Wallahua'lam
13 May 2008
Pemuda BN ikrar taat setia kepada raja-raja Melayu
Kata Hishammuddin, beliau turut menyampaikan mesej daripada Pemuda UMNO dan Pemuda Barisan Nasional (BN) yang menyatakan taat setia tidak berbelah bahagi terhadap raja-raja Melayu.
Beliau berkata, dua perkara yang menjadi kepantangan dan sensitiviti orang Melayu di negara ini adalah mengenai agama dan raja-raja di negara ini.
''Maka dalam hal ini, Pemuda UMNO tidak pernah berkompromi dan tidak akan bertolak ansur. Kita tahu apa amanah kita, kita tahu tanggungjawab kita, kita tahu apa kesetiaan kita.
''Kita juga tahu apa yang diperlukan untuk menyatupadukan orang Melayu. Ini sedikit sebanyak merupakan satu perkara yang penting di dalam jiwa perjuangan saya sendiri secara peribadi untuk menyampaikan kepada Raja Dr. Nazrin yang juga Raja Muda Perak,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di luar kediaman Raja Muda Perak di sini hari ini.
Turut mengiringi Hishammuddin di kediaman rasmi Raja Muda Perak itu ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gerik, Wan Azizi Wan Mohamed dan Ahli Jawatankuasa Putera UMNO, Mohd. Faizul Mohd. Dahan.
Kelmarin, beliau menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah selama hampir dua jam di Istana Changkat, Bukit Persekutuan di sini.
Hishammuddin menambah, pihaknya menyatakan sokongan kepada Raja Dr. Nazrin supaya Raja Muda Perak itu terus-menerus menjadi penaung dan payung kepada semua orang Melayu terutamanya kepada orang Melayu di negeri Perak.
''Saya percaya tanggungjawab dan juga amanah yang dipikul Raja Dr. Nazrin itu merupakan tanggungjawab yang dipikul dengan bersungguh sungguh.
''Saya berasa begitu terharu kerana kita mempunyai pemimpin-pemimpin kita yang boleh terus menjadi payung untuk kita bernaung di bawahnya,'' ujarnya.
Ketika ditanya adakah beliau turut membincangkan mengenai isu Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa sultan dan raja Melayu, Hishammuddin sambil ketawa menafikan berbincang mengenai perkara berkenaan.
sumber: Utusan
Nota: Agaknya bagaimana ayat ikrar yang dimaksudkan itu nanti? Adakah perkataan NATANG sekali lagi digunakan bagi menunjukkan ketaatan dan taat setia??
Boleh ke kerja dengan Umno / BN?
At 10 May, 2008,
biskutliat said…
03 April 2008
Senarai Barangan Belanda dan Alternatifnya
Bahan kat bawah ni aku copy n paste dari blog mampat (http://mampat.blogspot.com). Tapi oleh kerana nak sesuaikan dengan blog aku, maka aku ubah skit. Maklumat asal leh la rujuk ke sana.
| Bil | Barangan / Jenama Belanda | Barangan / Jenama Alternatif |
| 1 | Shell | Petronas |
| 2 | Barangan Eletrik/Mentol Philips | Panasonic, khind |
| 3 | Barangan Tenusu keluaran Dutch Lady | FernLeaf |
| 4 | Restoran Windmill | Banyak warung / restoren melayu. Mamak? Pilih-pilih la yang mana patut. |
| 5 | Barangan keluaran syarikat yang mempunyai nama ‘N.V.’ dan ‘B.V.’ | |
| 6 | Barangan penajaan Christian Albers | |
| 7 | Produk2 tenusu spt mentega dan keju - sila rujuk syarikat dengan no. 5 | |
| 8 | coklat Forrero Roche, Van Houtan | Coklat Nisan, gula batu |
| 9 | Insurans ING | Takaful Ikhlas, Etika, Takaful Malaysia, Takaful Kifalah leh? |
| 10 | Teh Lipton | Teh HPA, Teh Boh, teh2 keluaran Malaysia |
| 11 | perisa makanan Knor | Perencah Hilal |
| 12 | Produk mandian Dove | HPA, |
| 13 | Produk Unilever | Produk HPA, Produk lain-lain |
| 14 | Susu Frisolac | Fernleaf, Everyday |
| 15 | Susu Pekat jenama Omega | Minum air ’O’ je |
| 16 | Susu Pekat Jenama Comple | Minum air ’O’ je |
| 17 | Jem dan Mayonis jenama Lady’s Choise | Jem tempatan banyak. Macam-macam ada. |
| 18 | Aiskrim jenama Wall’s | Aiskrim asam masin je (asam boi) |
| 19 | Pencuci Pinggan jenama Sunlight | Wahdah - HPA |
| 20 | Shampu jenama Clear | Syampu HPA-Betik, Pegaga dll |
| 21 | Shampu jenama Sunsilk | Syampu HPA-Betik, Pegaga dll |
| 22 | Kosmetik jenama Rexona | Pakai HIBKA – Anti Keringat Bau |
| 23 | Kosmetik jenama Fair & Lovely | Pakai bedak sejuk. Kulit Rambai ke |
| 24 | Sabun Ekonomi Handalan | HPA pun ada sabun basuh. Aku lupa nama. |
| 25 | Ubat gigi jenama Sparkle | Ubat gigi herba HPA. Budak-budak punya pun dah ada |
| 26 | Sabun jenama Breeze | Sabun basuh HPA |
| 27 | Sabun jenama Lux | Sabun susu kambing HPA |
| 28 | Marjerin Planta | Marjerin FELDA |
| 29 | Marjerin Dorina | Marjerin FELDA |
| 30 | Minyak Sapi jenama Windmill | |
| 31 | Minyak Mazola | Minyak Sawit je |
| 32 | Tepung jagung jenama Maizena | |
| 33 | Ponds | HPA ada produk penjagaan kulit dari Pegaga. Centella White ke apa nama dia. |
| 34 | Danone | Biskut jagung biasa je. Takpun, roti kering. |
| 35 | Radiant | |
| 36 | Lego | Kawada- pernah dengar? |
| 37 | Nutricia - lihat komen** | |
| 38 | Dumex - lihat komen** | |
| 39 | Pekembar (UMNO) – gula-gula, kain pelekat, baja, baju T, payung dan lain-lain. **Nota: UMNO bukan produk Belanda, tetapi merupakan produk British yang turut menyokong Zionis. So, wajar la boikot ek! | PAS |
Sebagai pengguna HPA yang agak tegar, maka aku syorkan kalian guna produk HPA. Selain buatan Malaysia, HPA juga merupakan produk Muslim yang dipercayai kesuciannya.
Maklumat di atas adalah benar dan tepat mengikut tafsiran aku. BOIKOT barangan di atas turut dengan sama-sama BOIKOT barangan dari Yahudi / penyokong kuat mereka. Macam Nestle, coca-cola, dan sewaktu dengannya.
p/s: Sorry mengarut skit. Demam. Huhuhu.
17 March 2008
Kisah Pok Da Beruk
Hari ini aku bersarapan pagi dengan Pok De Beruk. Seorang yang berpangkat pakcik berumur kira-kira 50 tahun lebih. Tubuh tegap, tinggi kira-kira 175cm. Bermisai tebal namun sentiasa senyum dan kuat ketawa bila berbual menyebabkan misainya tidak ditakuti. Mesti tiada antara kalian yang kenal Pok De Beruk ni.
Aku sebenarnya dari Hotel Perdana, Kota Bharu menuju Terengganu. Sempat singgah di Pasir Puteh untuk bersarapan pagi di sebuah kedai yang semacam Markas PAS layaknya. Sarapan pagi itu atas pelawaan YB Drs Zainudin Awang Hamat. YB lebih selesa dengan panggilan Cikgu Din sahaja.
Ketika jalan beriringan menuju kedai makan dengan Cikgu Din yang sudah memasuki penggal ketiga di Dun Limbongan itu, aku sempat bertanya, "Kedai makan ke markas ni?"
Aku kehairanan bila melihat kedai makan yang dituju itu dipenuhi dengan bendera dan poster bulan. Bunting Cikgu Din juga banyak memenuhi ruang luar kedai terbabit.
"Masuk la dulu" Jawab Cikgu Din yang turut dikenali masyarakat tempatan dengan panggilan Pak Muda.
Sebaik masuk ke kedai dan memberi salam, Cikgu Din bersalaman dengan semua pelanggan. Aku turut bersalaman. Kemudian diberikan kerusi untuk duduk bersebelahan dengan Cikgu Din, aku dikenalkan dengan beberapa pelanggan yang ada dalam kedai. Ketika sedang rancak berbual, melintas seorang lelaki memakai 'kasut bot' di hadapan kedai. Cikgu Din segera memanggil lelaki berkenaan.
"Ni Pok De. Orang sini panggil dia Pok De Beruk sebab dia ada bela beruk. Kalu setakat lembu sekor tu, padan dia sorang je perebah dan sembelih" Terang Cikgu Din setelah kami bersalaman dengan Pok De. Aku senyum mendengar penjelasan sambil melihat susuk tubuh yang tegap itu.
"Kedai ni sebenarnya baru je dibuka selepas penamaan calon. Sebelum ni pelanggan sini minum di kedai depan sana" Tuding jari Cikgu Din ke seberang jalan. Aku tidak nampak kerana kedai yang dimaksudkan terlindung pokok dan agak jauh. Aku agak kira-kira 50-100 meter juga jarak mengikut ibu jari Cikgu Din itu.
"Ada sekali tu Pok De bawa gambar Tok Guru (Nik Aziz) dan tampal dalam kedai kopi tu, tetapi kemudian dibuang oleh anak pemilik kedai berkenaan. Malam tu juga kedai ni didirikan dan semua pelanggan kedai tu lari ke sini." Sambung Cikgu Din.
"Hari ni kedai tu tak buka dah. Selama ni, puak-puak ni la hok duk minum kedai dia tuu" Sahut seorang pelanggan.
"Pok De pakat dengan orang-orang kita buat kedai ni. Wakaf tu pakat usung ramai-ramai" Pok De bersemangat menyampuk sambil menunjuk sebuah wakaf di tepi kedai. Kecil je.
"Kalu nak tahu, Pok De ni ditawarkan UMNO sebanyak RM2100 untuk undi UMNO" Terang YB Cikgu Din.
"Puak-puak UMNO dengar Pok De kata Pok De tak akan undi Cikgu Din, jadi mari selalu la puak-puak UMNO tu kat Pok De. Malah Pok De kata haram untuk Pok De pangkah Cikgu Din. Walhal Pok De nak pangkah bulan!" Pok De ketawa besar sambil bercerita. Beberapa pelanggan turut ketawa dengan cerita Pok De mengenakan orang UMNO tersebut.
"Mana ada orang pangkah Cikgu Din, orang memang pangkah bulan. Sebab bukan muka Cikgu Din dalam kertas undi" Sahut seorang lelaki yang agak berumur. Senyum. Aku ketawa kecil. Hampir-hampir berair air mata ketawa.
Mengikut Cikgu Din, kedai kopi tersebut merupakan 'Parlimen' bagi penduduk tempatan berbicara soal politik. Di situ dia akan dihentam mahupun dikutuk. Melihat kepada mini parlimen yang mampu menempatkan kira-kira 25 pelanggan dalam satu-satu masa itu, suasana di Pasir Puteh itu khususnya di Kelantan cukup berbeza dengan lain-lain tempat. Walaupun dimonopoli penyokong PAS, namun turut ada yang mempunyai latar belakang UMNO turut serta. Malah perbahasan dan debat mereka cukup muhibbah.
Panjang jika mahu dikisahkan kisah Pok De Beruk ini sepanjang sejam lebih aku minum kopi 'O' dan sebungkus Nasi Kerabu. Semuanya membuat aku tidak kering gusi dan makin cuba memahami apakah politik orang Kelantan yang mampu membuat mereka mudah bertukar kepada PAS dan selesa dengan PAS berbanding negeri-negeri lain.
Jika ada kerajinan, aku suka untuk menyambung kisah Pok De Beruk ini. Doa-doa la supaya aku rajin je. :)
15 March 2008
Idris Jusoh pula mahu bertembung dengan Istana Terengganu
KUALA TERENGGANU, 15 Mac (Hrkh)- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Dato' Seri Idris Jusoh patut menerima hakikat bahawa kerusi panas jawatan Menteri Besar itu bukan lagi menjadi miliknya selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Negeri Terengganu Ke-12 pada 8 Mac lalu.
Ini kerana beliau dipercayai kurang disenangi pihak Istana setelah dilihat dalam masa sepenggal dilantik sebagai Menteri Besar, Idris dikatakan memerintah negveri umpama "bersultan di mata, beraja di hati" serta banyak mengguris hati dan perasaan pihak Istana.
Sebenarnya, beliau telahpun menerima surat 'penolakan' daripada menjadi menteri besar dari pihak Istana sebagaimana rakan senasibnya di Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim.
Sumber Harakah memaklumkan Idris Jusoh tidak dapat menerima hakikat tersebut dan telah berusaha dengan pelbagai cara bagi 'merebut' kembali jawatan tertinggi negeri itu kembali ke pangkuannya walau dengan apa cara sekali pun. Hari ini (15 Mac 2008), semua 24 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN yang memenangi pilihan raya lalu dipanggil ke Kuala Lumpur menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam satu mesyuarat khas di sebuah hotel di Putrajaya.
Menurut sumber tersebut, Idris tidak akan hadir ke majlis tersebut tetapi menghantar 'spy' (pemerhati) bagi melihat serta memerhatikan di kalangan Adun-Adun tersebut yang menolaknya sebagai calon MB Terengganu. Kemelut ketiadaan menteri besar berlarutan sejak seminggu lalu dan desas-desus bahawa ia bukan lagi menjadi milik Idris semakin menjadi kenyataan. (Bagaimanapun pertemuan di Putrajaya itu kemudiannya dibatalkan).
Dua calon dikatakan disenarai pendek, iaitu Adun Chukai, Dato' Muhamed Awang Tera dan Adun Teluk Pasu, Dato'Abdul Rahim Said mungkin menjadi pilihan pihak Istana berbanding tiga lagi nama yang juga dicalonkan.Antara nama-nama yang dicadangkan iaitu Adun Ajil, Dato' Rosol Wahid, Dato' Ahmad Said (Kijal) dan Dato' Din Adam (Bukit Besi) yang pada pandangan umum rakyat dilihat lebih bermasalah daripada Idris sendiri.
Perlantikan Menteri Besar serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang sepatutnya dijadual pada hari Isnin (10 Mac) lalu telah ditangguhkan serta-merta oleh Datuk Bentara Luar, Dato� Omar Pilus pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Watikah perlantikan tersebut sepatutnya akan diserahkan oleh Pemangku Raja, Tengku Muhamad Ismail Tengku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah. Idris dikatakan 'mati kutu' apabila secara tiba-tiba pada hari tersebut majlis dibatalkan kerana tidak mendapat perkenan Sultan Terengganu sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.
Sekembalinya dari Kuala Lumpur, berpuluh-puluh buah kenderaan dipercayai penyokong Idris dari Besut berarak ke Kuala Terengganu bagi menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Ketibaan beliau itu disambut hampir 500 orang penyokong dengan laungan "Hidup Umno", "Hidup Idris Jusoh" serta slogan "Gelombang Biru" bagi menunjukkan kekuatan sokongan terhadapnya oleh rakyat.
Harakah dimaklumkan juga terdapat 'kecaman' terhadap Istana oleh penyokong Idris yang menggesa agar pihak Istana tidak campur tangan dalam perlantikan menteri besar.
Tindakan tersebut telah mengundang 'kemarahan' pihak Istana, malah ada pihak menyifatkannya sebagai 'penderhaka' serta menunjukkan sifat perlawanan antara kedua-dua pihak.
Sementara itu, pada Khamis (13 Mac 2008) lalu Pengerusi Umno Terengganu itu memanggil semua wakil-wakil rakyat BN yang menang di Hotel Primula Beach Resort bagi menyatakan sokongan terhadapnya. Malah, dalam pertemuan itu dikatakan semua Adun dan Ahli Parlimen diarahkan menanda tangani surat sokongan kepada Idris yang juga merupakan bekas Menteri Besar Terengganu sejak tahun 2004 lalu.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam usaha memujuk baginda menerima perkenan Idris Jusoh sebagai MB Terengganu.
Walhal, tinjauan Harakah mendapati semua yang datang berkumpul dalam perhimpunan haram itu adalah penyokong-penyokong Idris dari Umno Besut yang 'diupah' dengan makanan serta minyak kenderaan percuma.- Harakahdaily.net.



Ustaz tu jawab tak apa.
Pendapat aku pun tak apa. Kerajaan hak rakyat, bukan hak parti mana-mana. Parti tu hanya diberi kuasa untuk memerintah.
Aku pernah ditegur kerana tidak mahu kerja dengan kerajaan. Alasan aku terdedah kepada banyak benda tak baik dan terdedah kepada sumber rezeki yang tidak baik seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya.
Rupa-rupanya Imam Hassan Al-Banna pernah menyebut tentang kerja makan gaji dengan kerajaan ni dulu-dulu. Aku lupa buku apa. Kerja dengan kerajaan memang tidak digalakkan. Namun, adalah lebih baik sekiranya jika kita merasakan dengan memegang sesuatu jawatan / tugas di sana, kita dapat mengawal suasana dari bertambah teruk.
Mungkin jika mereka yang tiada fikrah Islam memegang sesuatu jawatan, maka setiap keputusan / aktiviti yang bakal direncana juga tiada nilai Islam. Maka, boleh la diadakan majlis tarian, karaoke, joget lambak dan sebagainya. Begitu juga dengan dasar muamalat yang akan berlaku seharian.
Namun, dengan kita yang mempunyai kefahaman tentang Islam memegang jawatan itu, maka kita akan berjaya mengawal suasana yang ada tu, maka di situ la letaknya keharusan untuk menerima jawatan tersebut. Mungkin kita menukar akaun bank dari konvensional kepada yang lebih islamik dan sebagainya.
Gitu la lebih kurang yang aku ingat.
Kadang-kadang, kita tengok si A tu baik je. Tapi kenapa la kerja jadi Polis. Kerja yang tersangat-sangat la aku minta jauh keturunan aku dari menceburinya. Namun, mungkin di situ la letaknya kebaikan si A tadi menjadi polis. Maka, dengan dia jadi Polis dan tidak mengamalkan rasuah, ugut dan halalkan maksiat, maka ada la polis yang baik dalam banyak-banyak polis yang tidak baik itu.
Namun, jika yang bersama Umno atau bekerja untuk Umno secara langsung, aku berpendapat ianya berbeza dengan hukum kerja dengan kerajaan. Aku lebih cenderung mengatakan ini lebih teruk dari kerja dengan kerajaan walaupun mungkin ada yang berniat mahu mengubah dari dalam.
Wallahua'lam.