Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Baru-baru ni aku ke Sabasun macam biasa. Beli keperluan dapur dan beberapa keperluan lain yang aku kira perlu. Sabasun ni memang menjadi pilihan aku sebab merupakan antara pemboikot Yahudi yang komited pada aku. Selain memboikot, Sabasun juga merupakan peruncit bumiputera Melayu Islam yang agak berjaya. Suatu masa dahulu, Sabasun boleh dikatakan pernah menduduki ranking no 1 sebagai peruncit utama di Terengganu. (Aku rasa la. Tu pun b4 Mydin Mall dibuka)
Sewaktu aku memilih bawang Holand dan bawang putih, 2 orang remaja lelaki dalam lingkungan 17-20an sedang memilih sayuran di depan aku. Berbisik-bisik antara mereka bertanyakan bunga Kantan. Setelah tidak dijumpai, mereka bertanya kepada pembantu jualan. "Dah abis" Kata pembantu jualan itu. Remaja terbabit bertanya lagi, "Ni daun kesom ke?" Sambil mengangkat setangkai daun kari. Aku senyum dari jauh. "Tu daun kari" Jawab pembantu jualan di situ. Selepas itu aku ke kaunter pembayaran, dan pemuda tadi aku lihat turut sama ke kaunter pembayaran. Di tangan salah seorang dari mereka memegang sebungkus laksa kering. Nak buat laksa penang rupanya. Sedap tuuu..
Keesokannya aku ke kebun Durian seorang kawan yang sudah veteren. Pesara Kerajaan. Kebun hanya 1 ekar 1/2, tetpi penuh dengan buah-buahan. Ada Dokong, Duku, durian, rambutan, Pulasan dan cempedak. Aku sebetulnya tidak dapat membezakan antara Duku dan Dokong. Ada yang mengatakan Duku ni kulit nipis, dan Dokong berkulit tebal. Yang ini bergetah dan macam-macam lagi perbezaan. Dari pemerhatian aku, Dokong ni buahnya melekat pada tangkai. Manakala duku pula sebiji-sebiji. Jika dilihat pada pokok, aku tak nampak perbezaan, tetapi lihat pada buah di atas pokok, InsyaAllah aku dah boleh kenal. Satu lagi bezanya pada kulit. Duku agak licin dan bersih berbanding Dokong yang agak gelap dan kasar warnanya.
Dalam aku duk mengenal perbezaan yang ada pada Duku dan Dokong, aku teringat kepada satu kisah semasa sekolah menengah. Ketika itu aku dan kawan-kawan melalui belakang rumah seorang Tukang Kebun Sekolah. Pok Jat namanya. Pok Jat ada menanam sawi di belakang rumahnya. Kebetulan belakang rumah Pok Jat adalah belakang bilik study kami.
Suatu hari, pulang dari sekolah aku ke kebun Pok Jat. Kebetulan nak gi ambik buah pauh yang berada dalam kawasan sekolah. Sesambil menanti teman yang sedang ambik buah, aku lepak dengan Pok Jat, tetiba dia tanya kami semua pasal sepohon pokok. "Ni pokok gape?" Aku senyum je sebab kenal sangat dengan pokok tu. Macam-macam jawapan yang keluar. Kelakar pun ada. Akhirnya aku menjawab, "pokok bunga kantan". "Pandai mung! Mung cam rane?" Tanya Pok Jat.
"Pokok kantan ni macam pokok kuah jugak. Cuma pokok kuah ni daun dia lurus je tanpa lok (lekuk-lekuk). Tapi daun kantan liuk-liuk. Pokok dia pun biasanya lebih besar" Panjang lebar lak aku explain. Senyum Pok Jat. Ada gok orang kampung sining katanya. Aku senyum. Sedikit bangga. (weh, tak baik bangga diri! Ujub tuuu!!)
Aku sebenarnya malu dikatakan budak kampung. Bukan kerana istilah tu lekeh, atau 'darat', tetapi kerana pada aku, aku tidak layak nak mengaku budak kampung sebab beberapa perkara. Pertamanya, aku tidak pernah menoreh getah. Tak pernah sekalipun! Keduanya, aku tak pernah turun ke sawah padi dan ketiganya, aku tidak pernah ke laut menangkap ikan. Kekampungan aku hanyalah kerana tinggal di kampung dan membesar sebagai orang kampung yang tidak terdedah terlalu banyak kepada anasir luar.
Itu kampung yang dulu. Zaman pantun-pantun. Sekarang mana ada lagi zaman itu semua. Tiada sepakat, tiada tolong menolong, tiada ziarah dan tiada lagi anakmu, anakku jua. Hidup sudah sendiri-sendiri. Sakit demam pun kadang-kala tak berziarah. Anak-anak lagi lah teruk. Anak aku, aku tahu nak jaga. Kamu jaga anakmu sudah la. Ini penyakit masyarakat sekarang. Bukan kerana masyarakat tidak ada yang prihatin, tetapi tekanan hidup dan sebagainya membuat rakyat rimas dan tertekan dengan kehidupan.
Ahh.. Aku rasa nak balik kampung. Nak terjun sungai.

No comments:
Post a Comment