Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Panas lagi Pulau Pinang dan PKR. Lebih terasa panas kerana Anwar juga dari sana. Segala apa yang berlaku dalam PKR hari ini tidak dinafikan sedikit sebanyak menjejaskan Pakatan Rakyat. PAS sudah tentu mendapat tempias yang sama. Malah PAS sebenarnya banyak terjejas dengan apa yang sedang berlaku ini. Sokongan Melayu sedikit sebanyak mengurang.
"Biarlah Melayu tak sokong PAS, Cina dan India akan terus menyokong PAS" Suatu bicara lunak dilemparkan seorang teman.
Semacam ada kebenaran juga kata-kata tersebut. Memang PAS dilihat sedang diterima baik oleh masyarakat Non-Muslim. Kelab Penyokong PAS sendiri membuktikan PAS diterima. PAS juga dilihat tidak cauvenist sepertimana UMNO dan lain-lain parti yang berasaskan kaum.Tapi perlu diingat, PAS hanya bertanding di kerusi yang majoriti Melayu melebihi kaum lain. Jika majoriti kaum lain lebih di sesuatu kawasan pilihan raya, maka PKR atau DAP akan bertanding di kerusi tersebut. Memang ini bukan sesuatu ketetapan yang mutlak, tetapi ini adalah suatu asas pembahagian kerusi antara Pakatan Rakyat dibuat.
Jadi, kesannya secara langsung akan menyebabkan PAS semakin 'kehilangan' kerusi, kecuali PAS menggunakan kerusi PAS tetapi diwakili ahli dari Kelab Penyokong samada kaum India atau Cina. Itu suatu cara jika PKR dan DAP dapat 'berkompromi' dalam soal pembahagian kerusi.
Ketika mana PKR dilihat goyah, dan Anwar dikatakan akan 'dipenjarakan' kerana kes liwatnya, PAS seharusnya bersatu menguatkan jemaah. Sudah tentu apabila Anwar dipenjarakan, PKR akan mengalami suatu kesan yang lebih berat dari sekarang. Ketika itu entah berapa ramai lagi yang akan 'melompat' keluar dari parti.
Mungkin bukan suatu cadangan yang baik untuk Anwar, tetapi perlu difikirkan untuk kelangsungan beliau dalam politik, untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan untuk memastikan orang Melayu Islam dapat dijaga dengan baik, ada baiknya Anwar segera bersama dalam PAS. Mungkin akan ada pergolakan kecil samada dalam PAS, mahupun PKR dengan penyertaan Anwar, tetapi ini suatu cara untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat.
Soal wakil Cina dan India dari PKR boleh diberi pilihan samada untuk bersama Kelab Penyokong PAS, atau pergi kepada DAP.
"Woi Amdang!! Cadangan gile ke apa ni?"
- Cadangan ini adalah bagi menguatkan PAS dan Pakatan Rakyat. Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment