07 March 2010

Akhirnya Zul Kulim dipecat...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Setelah berminggu-minggu isu Zulkifli Nordin diberi perhatian yang bersungguh-sungguh oleh media pro-UMNO, akhirnya Zulkifli dipecat dari PKR. Aku sempat meninjau secara lalu di blog Zulkifli Nordin yang mengulas isu pemecatannya. Pada aku, dari apa yang diulas Zul sekadar isu penggunaan nama Allah sahaja.

Aku melihat Zul Kulim agak keterlaluan dalam memberikan pendapatnya jika benar dia tidak bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh pihak-pihak lain. PAS secara prinsipnya juga tidak bersetuju sekiranya penggunaan nama Allah digunakan secara batil.


Aku tidak pasti apakah PKR telah membuat suatu keputusan yang tepat dengan memecat Zul. Memecat Zul bermakna PKR terus kehilangan kerusi di Parlimen. Secara umumnya, tidak dapat dipastikan apakah Zul sememangnya telah bersedia dipecat, atau apakah tindakannya memang untuk dipecat dari PKR. Isu nama Allah adalah suatu alasan sahaja? 

Ada juga baiknya tindakan PKR ini. Jangan pula jika Zul Kulim mengumumkan keluar parti, maka ada cerita-cerita lain seperti tidak dapat itu dan ini pula. Walaupun tindakan tersebut berat dan punya risiko tersendiri, sekurang-kurangnya keputusan tersebut dapat mententeramkan situasai yang agak panas dan berkecamuk ini.
Aku percaya, Zul akan semakin laku ditanya dan ditemubual oleh media pro-UMNO.

Wallahua'lam.

No comments: