02 March 2010

Menanti Ultraman Datang Ke Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Banyak versi Ultraman yang ada. Jika yang lama-lama, kenal dengan Hayata. Lepas tu ada lagi Taro, ada juga Ace, ada Tiga, ada Gaia, ada Dyna dan macam-macam lagi. Yang jantan, betina, mak, ayah semua ada. Kiranya Ultraman ni dah 'beranak-pinak' dan membentuk family Ultraman. Siapa yang tak suka tengok Ultraman masa kecik-kecik dulu dia tak ada jiwa seorang pejuang menentang kejahatan (hehehehhe).

Ultraman ni bagi aku makhluk yang baik. Ada hensem, ada tidak. Ada juga yang sekali dilihat macam rasaksa, tapi sebenarnya hero. Ada tanduk satu, tanduk tiga, tak ada tanduk pun ada. Satu kesamaan Ultraman adalah ada lampu merah kat dada. Mengikut pengkaji ultraman, lampu tu penting untuk menandakan kesihatan Ultraman. Macam kalu kita ni, cek tapak tangan, cek mata untuk tahu kesihatan kita ok ke tak.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kes pulak kali ni cerita pasal Ultraman. Kalu nak diikutkan dengan umur aku ni dah tak sesuai dengan cerita-cerita yang 'kartun' sebegini. Zaman sekolah rendah, zaman tadika je layan Ultraman ni.

Aku sebenarnya tertarik dengan satu berita yang melibatkan Terengganu bakal menjadi lokasi penggambaran filem Bollywood. Cuma sedikit terkilan kerana dalam banyak-banyak lokasi yang disebut, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tidak tercatat. Entahlah. Mungkin kerana filem tersebut kurang aksi letup-letup macam filem hindi dulu-dulu. Jika dilihat kepada pelakon Rani Murkherjee, agaknya filem jiwang lagi lah dari Bollywood tersebut.

Apapun, pasal Rani ni aku suka suara dia yang serak-serak tu. Cuma penipu filem Bollywood ni, Rani yang suara serak-serak macam tu bila nyanyi terus jadi merdu dan lunak. Hehehehe..

2 comments:

narumi hayashida said...

Assalamualaikum,

Kantoi ke Kak Jue, minat Rani

rupenye. Mintak izin ambik gambo

amdang81 said...

alaikumussalam..

mana ada minat Rani.. minat Preity Zinta punya lesung pipit laa.. ;)