23 March 2010

Rukun 1: Kepercayaan Kepada Allah

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ingatkah kalian pada setiap 'simbol' pada Jata Negara?
Aku masih ingat, ketika di Tadika Kemas suatu ketika dahulu, hampir setiap hari selepas menyanyikan lagu Negaraku, aku akan memimpin para pelajar lain untuk membacakan ikrar dan Rukunegara. Aku tidak pasti pula adakah aku ketua pelajar ketika itu atau tidak. Umur 5 dan 6 tahun. Aku tidak tahu semua itu. Apa yang pasti, aku disuruh mengetuai pelajar dalam banyak hal.

Ingatkah kalian pada rukunegara?


 "Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

    * Kepercayaan kepada Tuhan
    * Kesetiaan kepada Raja dan Negara
    * Keluhuran Perlembagaan
    * Kedaulatan Undang-undang
    * Kesopanan dan Kesusilaan"

Seingat aku, ketika berada di Tadika itulah kali terakhir aku melafazkan ikrar rukunegara. Kerana lazimnya rukunegara tersebut diulang dan dibaca setiap hari, maka ianya melekat dalam kepalaku sehingga kini. Walaupun ketika di sekolah menengah, mahupun sekolah rendah terdapat rukunegara pada kulit buku tulis, tetapi ianya hanya dibaca sekali imbas sahaja.

Aku tertarik sebenarnya dengan berita dari Malaysiakini yang memetik TG Presiden PAS mencadangkan rukun pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan diganti dengan kepercayaan kepada Allah. Walaupun dilihat 'berani', tetapi di sinilah terletaknya kejujuran TG dalam memimpin masyarakat kepada Islam.

TG Presiden PAS ini sebelum ini juga senantiasa mengulangi komitmen PAS untuk mendaulatkan hukum Islam seperti hukuman Hudud, Qisas dan Takzir di dalam Parlimen, malah di Terengganu apabila berjaya mengambil alih kepimpinan negeri, Undang-undang Tubuh Negeri adalah antara yang didahulukan. Alhamdulillah, ianya sudah berjaya, cuma pelaksanaannya sahaja masih tertangguh. Semoga Islam terus subur dan berkembang dengan kepimpinan TG Presiden PAS ini.

No comments: