Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Geram 1 :
Lokasi: Sebuah kedai makan di Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu
"Tadi saya order sup ekor, tapi awak bawa mari sup tulang" Kata aku semasa mahu membayar makanan di sebuah kedai.
"Kak, tadi buat sup tulang ke, sup ekor?" Pelayan tadi bertempik bertanya.
"Sup ekor". Jawab dari dalam.
"Tukang masak kata sup ekor, bang". Pelayan tadi merapati aku.
"Takkan tulang macam ni sup ekor?". Aku bertanya sambil menunjukkan tulang - temulang yang tinggal.
"Sup ekor bang" Jawab pelayan tadi sekali lagi.
"Brape?" Aku malas bertekak. Aku tidak mahu lewat ke Pesta Buku. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam.
"Alamak, lekat celah gigi la plak ekor ni". Wife aku mengusik sambil cuba mencungkil daging yang terlekat ketika dalam kereta.
Aku senyum. Geram masih ada. Terang-terang nampak macam tulang biasa dikatakan bahagian ekor. Aku tak tahulah bahagian mana yang dimaksudkan ekor tersebut. Aku bercadang lepas ni nak order 2 - 2 sup. Pastu nak tengok beza kedua-duanya.
Geram 2
Lokasi: Sebuah kedai makan yang lain, Jalan Sultan Mohamad.
"Brape kak?" Aku bertanya sesudah makan.
"Makan gape?" Akak yang menjual di kedai terbabit bertanya.
" Nasi separuh, ayam gulai, pastu kaki ayam 2. Air suam". Aku menjawab.
"RM 6 doh laa" Akak tadi segera mencongak.
Aku hulur RM 10 kerana aku kurang pasti apakah RM 6 yang aku dengar itu benar atau aku tersalah dengar. Akhirnya terjawab juga apabila RM 4 dihulurkan kepada aku.
Geram betul dengan peniaga-peniaga ni yang kadang kala meletakkan harga sesuka hati. Terfikir gak kenapa sampai RM6 dengan Nasi separuh + Gulai Ayam (bukan ayam kampung!) + 2 batang Kaki Ayam + Air suam.
- Nasi Separuh (paling mahal) RM 1
- Gulai Ayam (seketul - bahagian sayap) RM 4
- 2 Batang Kaki Ayam RM 0.8
- Air Suam RM 0.2
Jika itulah harga yang akak tu kira, aku rasa agak melampau. Tapi entahlah jika ada yang rasa itu harga paling relevan. Tapi pada aku tetap melampau dan memang tidak patut. Pada aku paling mahal pun sekitar RM5 sahaja.
Wallahua'lam.
9 comments:
gua kena dah beb...baru lepas blk kg semalam...gua kena lg,beli bungkus makanan pagi di kedai atap rumbia jalan panji alam tepi parit tu:
nasi lemak 2
nasi minyak 2
nasi dagang 2
total rm 11.80
perghhh terengganung darul mahal lening
Tak tahu kenapa jadi ging semenjak dua menjak ning. Orang Terengganu bodoh Math ke, barang makin mahal... kiranya kalu kedai atap nipah tu area dekat sgt la dengan 2 kedai hok ambe kena tuu..
janganlah kau geram....
Salam..waa, wajah baru. Baru 2-3 hari xjenguk blog macam-macam dah berubah.
Kat trg ni makanan mmg mahal, kalah KL. Jadi saje2 nak makan kat luar tu tak payah lah... Baik masak sendiri kat umah..bawak bekal..hehe.
Orang pakai baju baru dengan baju lama lain jalan dia kan? Biarlah harapnya semangat baru ni tahan lama... :)
Maaf, amdang81. Sup yang tuan tunjuk itu memang sup ekor. Munkin tuan tak biasa dengan daging. Gambar itu ialah sebelah dari tulang ekor. Ini produk ekor import (Aus, Argentina atau etc.). Product tulang ni macam-macam dan kita kenal dari betuknya. Ini kejadian Allah supaya kita boleh membahaginya ikut jenis Saya menjual product daging dan ekor sudah 10 tahun lebih, tetapi untuk pasaran 5 star steak house atau hotel. Antaranya Le Bouchon dan Nerovivo. Maka saya pasti tuan tersilap. From MohdRamli, meatman marketing sdn bhd.
ENcik mohd ramli,
gambar kat blog ini sekadar gambar hiasan sahaja. bukan gambar sebenar dari kedai terbabit. Memang gambar dalam ni adalah gambar sup ekor.
Apapun, terima kasih atas makluman dan respon.
memang tak patut. ambe hok duduk johor ni, klu balik ke trganu sekali-sekala 'serung' nok masuk keda. lama doh ambe marasainya. peniaga2 kg ambe ni memang desperate sifatnya.
tahun 2011 kekgi dop tahula gane kalu laksanakan GST...
Post a Comment