13 May 2008

Isu Murtad Siti Fatimah Tan: Apa sebenarnya yang berlaku?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sumber: Email

Bila berita mengenainya disiarkan, ramai yang terpinga-pinga. Di dalam Berita Harian menyiarkan berita bertajuk: Mahkamah benar Siti Fatimah isytihar keluar Islam

Benarkan isytihar murtad? Apakah semua ini? Sama seperti kes Lina Joy? Di akhbar-akhbar mahupun melalui berita TV, kelihatan Siti Fatimah Tan bersama peguamnya. Seorang Melayu. Sudah tentu Islam.

Seorang Melayu Islam menjadi peguam Siti Fatimah Tan yang mahu isytihar murtad?

Tambah bingung lagi. Apakah semua ini?

Ramai yang mengenali peguam Siti Fatimah Tan. Beliau ialah Ustaz Ahmad Jailani. Saya juga mengenalinya. Beliau juga mengenali saya.

Banyak sudah tersiar samada di laman web mahupun di blog komen-komen yang tidak senang dengan apa yang berlaku. Sebahagiannya menjadikan Ustaz Ahmad Jailani sebagai sasaran kecaman.

Tadi, ada khutbah Jumaat di salah sebuah masjid di Pulau Pinang mengulas tentang isu ini. Ustaz Ahmad Jailani sekali lagi menjadi sasarannya. Pelbagai tuduhan itu dan ini dilemparkan.

Sebelum Jumaat, Piyan menelefon saya. Diajaknya saya untuk bersemuka sendiri dengan Ustaz Ahmad Jailani. Bertanya sendiri apa sebenarnya.

Saya kata OK!

Pukul 5.00 petang kami bertemu dengan beliau di pejabatnya. Kredit kepada Piyan atas usahanya hingga berjaya mewancara beliau. Membongkar apa di sebalik isu ini.

Segala-galanya kekusutan terungkai. Segala yang tersembunyi terbongkar. Itulah faedah bertanya kepada yang empunya diri. Bukan berdasarkan andaian itu dan ini.

Klik untuk ikuti video rakaman.


2 comments:

Anonymous said...

Isu murtad isu yang sangat penting, mendesak dan perlu tindakan segera secara kolektif oleh segenap lapisan umat Islam...Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya kita kenalah menyelidik dulu sebelum membuat sebarang komen...kalau orang yang tak sekolah buat komen kita faham laaa...tapi kalau pak imam yang kira faham agama pun main hentam keromo saja bagi komen, itu dah kira parah...seldiki laa dulu sesuatu isu...jangan laa sampai tindakan kita memberikan gambaran negatif terhadap Islam...INGAT!! orang bukan Islam tidak akan memahami Islam melalui istilah 'ISLAM ITU INDAH..WAY OF LIFE..etc..etc..yang mereka faham ialah Islam melalui perangai orang Islam...prestasi orang Islam, akhlak orang Islam etc..etc..

Anonymous said...

Interesting to know.