Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Hari Terakhir Puasa
Petang tu dah mula terima SMS raya. Paling best bila dalam kebanyakan SMS raya tu, ada juga yang mengingatkan betapa itu adalah hari perpisahan dengan bulan yang mulia. Sayu gak bila mengingatkan itu. Apatah lagi ketika itu dah mula timbul rasa seronok nak raya. Bukan seronok sebab dah tiada puasa dan terawih, tetapi bila mengambil peluang berkumpul bersama ahli keluarga.
Malam Raya
Malam tu dah tak ada sunat Terawih. Lepas Isyak, ikut sama takbir Raya di Masjid. Lepas tu terus turun tangga balik rumah. Akhir-akhir ini aku jarang sangat minum / makan hidangan di tangga masjid tu. Bukan sebab yang kacau air tu orang UMNO, tetapi kebetulan malam tu aku rasa nak balik awal ke rumah. Sambung makan sebenarnya! Adik aku masak Nasi Beriani. Ada lagi lebih waktu berbuka tadi. Kalu aku tak bersungguh makan, nanti dikatakan masakan dia tak sedap plak. So, ambik hati dengan makan banyak skit masakan dia.
Malam tu juga berderet beratur nak iron baju. Adik-adik aku yang perempuan la yang sibuk. Yang lelaki hulur je 'minta tolong' gosokkan. Aku malas skit nak iron baju masa ramai-ramai serabut tu. Aku ke ruang tamu layan anak-anak sedara. Ilham tak habis-habis dengan handphone. Main games manjang. Bagusnya, jika dia ada masalah, ngajuk atau nangis, pujuk je dengan handphone. Beres!
Aku tidur awal malam tu. Makin banyak SMS masuk mengucapkan Selamat Hari Raya. Tahun ni aku tidak larat nak SMS kawan-kawan ucapan Selamat Hari Raya seperti tahun-tahun sudah. Aku hantar SMS kepada yang perlu sahaja. Yang aku rasa perlu. Tapi sebenarnya aku kira tak ada siapa pun kecik hati jika tak menerima SMS ucapan raya ni. Tak larat nak delete ada la. Apa pun, thanks kepada yang hantar SMS raya. Aku hargai 10 sen - 30 sen yang kalian hantar tu. Aku ingat je siapa hantar dan tak hantar. Cuma aku tak balas sebab aku tak nak menyusahkan kalian delete SMS. Baik tak aku?
Pagi Raya
Balik solat Subuh, terus masuk dapur. Cari makanan. Mak masak Nasi Dagang. Cepat-cepat je tolong hidang dan siapkan makanan. Sunat makan pagi sebelum pergi solat Sunat Eidulfitri. Jika Raya Eidul Adha, sunat makan selepas solat sunat Hari Raya. Kebetulan masjid di kampung aku akan solat sunat seawal jam 8.15 pagi. Jadi aku dan abang terpaksa 'push' adik-adik supaya bersegera. Pengalaman lalu menunjukkan selalu sahaja lewat sampai ke masjid jika hari raya.
Tahun ni pagi raya dengan ketiadaan Kak Long, Abang Chik dan Amir. Abang Chik akan balik raya ke- 2 kata mak. Maka gambar raya pada tahun ini tanpa mereka bertiga dan juga tanpa 'cameraman'. Aku bergilir dengan abang mengambil gambar.
Bosan la nulis bab raya ni... :(

No comments:
Post a Comment