08 October 2007

Aku dapat kad raya!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Yea!! Aku dapat kad raya! Lawa tak kad raya aku? Dapat dari peminat blog aku. Ops, bukan dari IP xxx.xxx tu. Ini dari peminat yang sentiasa menyokong dan memberi teguran. Aku masih tidak faham maksud kartun-kartun pada kad raya tersebut. Aku digambarkan memakai jubah dan berserban sambil memberi ceramah / teguran kepada dua orang pemuda. Pemuda itu dilihat sedang membuat kerja mengacau dodol manakala dua gadis dilihat bermain bunga api. Apa maknanya ni? Aku tidak sempat bertanya kepada si pengirim kad.

Sekejap aku fikir maksud kad ini. Apakah aku dikira 'baik' terhadap wanita dan hanya menyuruh lelaki membuat kerja-kerja? Wanita aku biarkan berehat dan bermain-main sahaja. Maknanya aku 'baik ada makna' dengan wanita? atau aku dilihat kasar dengan lelaki dan berlembut dengan wanita? Ah! susah juga memahami maksud kartun ini. Apapun aku cukup hargai kad ini.

Kad? Kad apa? Kad raya? Kad raya siapa? Alamak!! Aku lupa memberi kad raya kepada seseorang. Apakah dia merajuk hati? Alah, aku lelaki. Perempuan perlu faham lelaki tidak suka menghantar kad dan membuat benda yang dilihat remeh itu. Itulah sifat lelaki. Selalu memandang sesuatu sebagai remeh dan kecil. Sedangkan wanita begitu mengharapkan sebaliknya walaupun sesuatu yang kecil nilainya pada mata lelaki, tetapi cukup bermakna bagi mereka. Bandingkan dengan wanita yang sentiasa memandang berat dan penuh tanggungjawab. Sebab itu lelaki jarang sakit jiwa dengan karenah wanita. sengihnampakgigi

Agaknya sebab itu lelaki tidak kisah jika rumah tidak bersapu selama seminggu. Bersepah sana sini. Pinggan kotor bersusun di sinki. Baju berendam berhari-hari. Hehehe. Saje berceloteh hiburkan hati melihat pinggan di sinki. Nak masak berbuka nanti, aku basuhlah. Jika orang datang rumah pun bukan masuk sampai ke dapur jika bulan puasa ni. Senyum sedapkan hati. K lah, nak mandi dan siapkan diri. Hari ini kerja macam biasa. Cuti belum dipohon. Harap-harap dapat beraya sakan walaupun raya ke 3 sudah ada tugas yang menanti. Wallahua'lam.

4 comments:

Unknown said...

Hahaha, kartun Naruto pun boleh diorang edit buat kad raya, hahaha very creative!
Naruto and the gang pun celebrate raya jugak tahun ni :-D
Bro Zidane tak pernah tengok anime naruto ker?

amdang81 said...

pernah tengok.. ada adik burn CD citer-citer Naruto nih.. kenal watak Naruto sorang je.. lain-lain x kenal.. hehehhe..

Naruto ni kan ada ilmu yang leh jadi banyak2 bila dia jampi apa ntah... hehehhe tul kan?? :)

Kalu ada masa leh gak layan citer-citer gitu.. tp buat masa ni selalu berkejar2.. x sempat..

Unknown said...

Salam 'Aidil Fitri kpd Tuan Amdang sekeluarga dari bakaq a.k.a. ~penarik beca a.k.a. sang kutu sekeluarga.. من العائدين والفائزين

amdang81 said...

Terima kasih bro Bakaq! Selamat Hari Raya juga.. :)