31 August 2007

Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, lega rasanya bila mendengar berita yang Ayah Chik dah mula OK. Petang tadi telah dikeluarkan dari Wad CCU dan akan ditempatkan di Wad Biasa. Satu petunjuk kesihatannya makin baik. Sebelum dimasukkan ke wad biasa, tadi juga dimaklumkan yang Ayah Chik akan melalui ujian / penukaran darah. Aku tak faham kerja-kerja doktor ni, sepertimana aku tak faham betapa banyak wayar yang disambung ke lengan dan mulut Ayah Chik. Episod ini nampaknya akan berakhir, dan aku akan melihat suatu episod baru yang mungkin lebih menarik.

Aku perasan yang aku makin rapat dengan family Ayah Chik, mula kenal anak sulongnya dan dia sendiri. Sesuatu yang baru dan akan melakar sesuatu yang semakin baik, insyaAllah. Cadangnya, petang esok nak ziarah Ayah Chik. Tengahari mungkin tak sempat kot sebab nak sempurnakan program HIMPIT '07. Maybe pergi selepas asar. Apapun, alhamdulillah.

Selepas dapat berita yang agak baik itu tadi, aku sms kepada adik beradikku yang lain. Satu SMS sinis yang aku terima berbunyi "Mu gi la melawat dia, banyak dosa dengan dia dulu". Aku senyum. Memang aku banyak dosa dengan Ayah Chik...

NOTA: Ayah Chik dalam tulisan aku ni bukan Ayah Chik Tuan Guru, tetapi ayah saudara kepada aku. Harap maaf atas kekeliruan yang timbul.

No comments: