01 August 2007

Heli bernama Nuri.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kat bawah ni aku sampaikan hajat seorang kawan untuk disampaikan penulisan beliau tentang Helikopter Nuri. Penulis ni adalah seorang pengamal undang-undang yang meminati kenderaan.
---------------------------------------------------------------------

Peristiwa terhempasnya helicopter Nuri baru-baru ini di Genting Sempah dan juga kelewatan penemuan mangsa-mangsa yang terlibat adalah mat mendukacitakan.

Dalam keadaan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menwar-warkan konsep pertahanan menyeluruh (Hanruh) perkara asas di dalam pertahanan iaitu logistik telah gagal disempurnakan oleh kerajaan Malaysia. Napolean maharaja perancis pernah berkara bahawa tentera berperang dengan perut mereka. Kegagalan Afrikan Korp di dalam perang dunia kedua walaupun dipimpin oleh panglima Erwin Rommel yang masyhur itu ialah kerana kegagalan logistik menyalurkan bekalan daripada tanah besar eropah ke afrika, tempat berlakunya pertempuran.

Kemanakah hala tuju industri pertahanan tempatan dalam memenuhi keperluan asas pertahanan?. Kita biarkan dulu isu peluru berpandu atau alatan canggih, kerana ianya agak sukar untuk kita berdikari. Tetapi bagaimana dengan kasut, pakaian atau beg sandang hatta peluru senjata kecil?. Adakah setelah 50 tahun merdeka kita gagal ataupun tiada kepakaran untuk berdikari dalam hal ini?. Penulis ada terbaca dalam majalah pertahanan tempatan berkenaan isu webbing atau bahasa mudahnya tali pinggang atau pouch atau beg sandang yang ada syarikat tempatan yang berkemampuan membekalkannya kepada ATM, tetapi pihak kementerian pertahanan telah memilih syarikat luar negeri.

Kerajaan Malaysia perlu sedar sekiranya berlaku konflik bersenjata diantara negara Islam dan negara bukan Islam, walau sesekularnya manapun Negara Islam tersebut tiada negara barat akan menyebelahi negara Islam tersebut. Contohnya Turki yang sekular telah menakluki Cyprus pada 1974. semua Negara barat bersatu mengenakan sekatan kepada Turki. Apatah lagi Malaysia sekiranya berkonflik dengan singapura. Satu peluru pun tidak akan dibenarkan masuk ke Malaysia oleh Amerika nanti.

Kalau Malaysia ingin memdapat bantuan luar bagi memajukan industri senjata tempatan ia bukanlah sesukar ketika perang dingin dulu. Pemilihan alatan ketenteraan juga bukan lagi berdasarkan ideologi yang dianuti. Menggunakan senjata Rusia tidak beerti Malaysia sebuah negara komunis. Tambahan pula banyak negara pengeluar senjata yang baru muncul kedalam pasaran dunia. Tawaran usaha sama juga ada yang di tawarkan oleh pengeluar senjata tersebut. Cuma kerajaan Malaysia dan syarikat tempatan janganlah berfikir untung untung cepat tanpa belajar ilmu yang boleh didapati daripada usahasama tersebut. Maklumlah kontrak kerajaan sudah terjamin jadi tiada risiko rugi.

Seperti kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Jangan fikir kerja mudah sahaja.kalau tidak diusaha sekarang bila akan kita dapat hasilnya. Memetik kata pujangga “Bersedialah untuk berperang jika kita mahu hidup aman damai”

No comments: