Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Kelmarin pulang ke kampung. Menunaikan janji yang seminggu tertangguh. Kesian mak ayah sebab minggu lepas aku tak sempat pulang. Ayah sms bertanyakan samada minggu ini pulang ke kampung atau tak. Aku jawab tak balik. Mak tak puas hati. Mak call aku. Minta usahakan untuk balik sebab nak ajak ke kebun (dusun) kait rambutan. Mak suruh tangguhkan dulu kerja-kerja lain. Aku selalu kalah dengan mak. Tak sampai hati nak lukakan dia. Cepat-cepat aku siapkan kerja dan minta izin pulang dari boss. Kebetulan aku sepatutnya mesyuarat di Setiu petang tu. Call ayah dan beri janji untuk sampai selepas zohor. Alhamdulillah sempat sampai pada masanya.
Lepas selesai makan tengahari di rumah (lama x makan masakan mak!), aku ajak ayah ke kebun. Ayah kata nak tunggu 3.30 petang. Aku maklumkan yang aku akan lewat mesyuarat petang nanti. Ayah senyum. Katanya nak selesaikan Sinetron kat TV3. Aku gelak mendengarnya. Sejak bila pula ayah aku minat TV. Dulu pernah ayah aku minat TV masa cerita drama korea kisah seorang doktor diraja. Dr ape ntah. Hu Jun kalu tak silap. Minat sehinggakan ayah susah nak ke mana-mana jika bertembung dengan waktu siarannya. Nampaknya penyakit lama ayah datang lagi.
Jam 3 mak pula desak ayah supaya cepat selesaikan urusan ke kebun. Alhamdulillah ayah akur. Mak paksa adik-adik supaya ikut sama. Kata mak, nak minta tolong kutip buah yang aku akan kait / panjat. Maka bermulalah suatu perjalanan ke kebun. Sebetulnya kebun ni tanah yang ayah aku beli dari seorang kawan sekampung. Pakcik tu jual tanah ni sebab dia nak gi umrah masa tu. Pakcik ni memang minat berkebun. Dia suka-suka je beli tanah, then tanam apa yang dia rasa nak tanam. Biasanya buah-buahan laa. Lepas tanah tu dah penuh dengan pokok, dia akan jual. Kemudian beli tanah lain pula dan buat perkara yang sama. Katanya berkebun ni hobi dia. Dia puas dapat buat gitu sama macam orang lain main bola. Memang dunia ni macam-macam jenis orang ada. Apa pun bagus juga ada orang sebegitu kerana tanah tak lah kosong tanpa apa-apa manfaat. Mak aku sempat pesan lagi kat pakcik tu, kalu lepas ni nak jual tanah bgtaulah, dia nak beli.
Sampai kebun, aku tersenyum lihat pokok rambutan dah mula berbuah. Sebenarnya itulah kali pertama aku sampai situ. Mak ayah aku pun baru beberapa kali datang situ. Tanah yang sudah siap bertanam dengan pokok. Maka tak perlu sangat nak usahakan. Lagipun masa nak berkebun tak ada. Ayah aku sudah cukup sibuk dengan arnab, kucing dan puyuh-puyuh yang ada kat rumah. Opss.. Ikan satu lagi.
Rambutan banyak, tapi durian belum berbuah. Mungkin satu dua tahun lagi kot. Pokok petai pun ada terselit. Sempatlah aku kait dekat 30 papan. Yang lain belum 'masak'. Separuh belakang van kami isi dengan rambutan. Memang banyak kalu nak makan sendiri. Rezeki jiran-jiran dan sedara mara lah nampaknya.
Mak hulur petai suruh bawak balik. Aku cakap mana la aku makan petai kecuali sambal tumis petai. Nak minta mak masakkan pun aku segan. Lagipun masa tak banyak nak suruh mak masak sebab aku balik betul-betul untuk bantu ayah kait rambutan dan meeting pada petang tu. Terkilan gak sebab tak dapat makan sambal tumis petai mak.
Sebaik azan Asar, kami mula bergerak pulang. Sesudah solat, aku capai sebakul rambutan dan masukkan dalam plastik. Buat penyejuk ahli mesyuarat fikirku. Masa tu aku dah agak lewat 30 minit. Huhuhu. Aku dalam bab masa ni cukup jaga setakat yang termampu. Kecuali aku dengan orang lain yang susah untuk aku kontrol. Apa nak buat.
Sekurang-kurangnya aritu aku telah berjaya laksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Sedih gak sebenarnya dengar suara mak call. Terus terasa bersalah aritu. Aku je anak yang agak besar yang duk dekat. Abang-abang dan adik lain agak jauh. So, apa-apa hal aku la yang nak diharap. Cuma aku je kadang-kadang tak leh diharap sangat. Bukan nak mengelak, tapi bila ada tuntutan lain yang lebih besar, aku kira mak ayah aku memahami. Soalnya tak semua perkara yang kita faham difahami orang lain. Perlu juga dijelaskan dengan maksud yang jelas dan terang. Umpama kita suka seseorang, tak cukup dengan senyum meleret jer. Kena beranikan diri bagitau apa maksud sebenar senyuman tu!

amdang: Baik ada makna!! :)
No comments:
Post a Comment