25 August 2007

Demonstrasi Rakyat Setiu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan dari Akhbar Sinar Harian 24 Ogos 2007:

400 hantar memorandum bantah Pejabat Tanah
Kira-kira 400 penduduk di daerah ini berkumpul beramai-ramai bagi meng­hantar memorandum ban­tahan kepada Pejabat Ta­nah dan Daerah Setiu yang dikatakan bertindak mengambil semula lot-lot tanah di bawah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang diusahakan peserta terbabit.

Mereka mula berkumpul di hadapan Restoran Tera­pung Puteri pada jam 10 pagi semalam, dengan has­rat untuk menyerahkan sendiri surat yang dina­makan Memorandum Ban­tahan Rakyat itu kepada pihak berwajib.

Selepas itu, kumpulan berkenaan terus berarak menuju ke bangunan Kompleks Pejabat Kerajaan, sebelum memorandum ter­sebut diserahkan kepada Penolong Pegawai Daerah Setiu, Lizan Che Mat yang bertindak sebagai wakil jabatan.

Sepanjang perhimpunan itu diadakan, mereka di­awasi dengan kawalan ke­tat seramai 60 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah dan 60 anggota Unit Simpanan Perse­ku­tuan (FRU) Infantri serta 9 anggota FRU Water Canon yang bersedia sejak awal pagi di kawasan ber­kenaan sebagai langkah berjaga-jaga.

Ketua Pemuda Pas Te­rengganu, Azman Safawi Abdul Rani yang menge­tuai kumpulan tersebut ber­kata, pihaknya terpaksa menghantar memorandum berkenaan kerana terlalu kesal dengan sikap Pejabat Tanah yang bertindak me­ngambil semula pem­berian tanah di bawah projek RTB itu.

“Kita kesal kerana se­belum ini lot-lot tanah ter­sebut diberi dan diuruskan sendiri oleh pihak Pen­tadbir Pejabat Tanah, se­baliknya mereka kemudian bertindak ‘merampas’ se­mula tanah-tanah berke­naan.

“Apa yang dikesalkan lot-lot tanah RTB yang diusahakan oleh penduduk di daerah ini membabitkan antara 6,000 hingga 7,000 lot,” katanya ketika ditemui selepas perarakan terse­but.




No comments: