Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Tengahari tadi aku tetap ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang dulunya dikenali sebagai Hospital Kuala Terengganu (HKT). Hari ini menjadikan seminggu aku ulang alik ke sana. Hanya Jumaat lepas aku tidak sempat ke sana. Semuanya bermula bilamana aku dapat berita seorang bapa saudaraku berada di HSNZ. Aku panggil dia Ayah Chik jer. Keadaan beliau agak kurang sihat. Buah pinggangnya dipercayai 'dimasuki kuman'. Aku tak tahu apa istilah orang hospital.
Hari pertama aku gi ziarah, Ayah Chik kelihatan agak uzur. Hari kedua makin uzur. Tapi kaki masih kuat menendang / digerakkan. Maybe dia lenguh. Petang Khamis lepas, Ayah Chik dimasukkan ke Wad CCU tingkat 3. Aku lihat tadi tubuh Ayah Chik makin lemah walaupun dikatakan masih menggerakkan kaki. Dua kali aku masuk ziarah hari ni. Waktu tengahari dan petang. InsyaAllah esok aku pergi lagi. Nak hantar baju anak Ayah Chik yang aku basuh. Anak Sulong dia setia menjaga sejak dia sakit lagi. Dah nak masuk 2 minggu dia di Terengganu.
Aku dapat tahu Ayah Chik sakit minggu lepas lagi. Masa tu aku kat kampung. Mak yang beritahu, tetapi tak sangka menjadi lebih teruk macam sekarang. Sedih sangat melihat Ayah Chik. Aku ingat lagi pada hari pertama aku menziarahi dia. Masa tu mulut dia bebas tanpa alat bantuan pernafasan. Dia sebut nama Awang (suami kepada seorang sepupu) beberapa kali. Kemudia dia laung, "Aku sakit awang!" "Awang, aku sakit!". Hampir menitis air mata aku.
Hari kedua aku ziarah, Ayah Chik dah dibantu dengan alat bantuan pernafasan. Bila aku mendekati dia, dia seolah-olah bertanya kepada anaknya, siapa aku?. Aku faham gerak mulut dia, tetapi anaknya itu mungkin tidak memahami kerana menyangka mana mungkin Ayah Chik tak kenal aku sebagai anak sedara dia. Aku agak Ayah Chik tak berapa cam aku. Aku agak je. Sebab tu dia tanya pada anaknya siapa aku.
Aku sebenarnya tidak rapat dengan Ayah Chik. Terlalu tidak rapat. Aku tidak tahu di mana puncanya kami tidak rapat. Tapi, seingat aku sejak kecil lagi aku tidak berapa menyukai Ayah Chik. Pada aku, Ayah Chik tidak punya perasaan kasih dan sayang pada kami anak-anak saudaranya. Bukan aku tidak pernah menghulurkan tangan bersalaman, menegur sapa dan lain-lain, semuanya pernah. Cuma perkara itu berlaku pada mulanya sahaja, kemudian menjadi hambar apabila layanan dan tindak balas yang diterima berbeza. Pada aku, Ayah Chik cukup garang. Bengkeng. Tapi bukan kerana sifatnya yang garang itu yang menjauhkan aku, tetapi mungkin ada sedikit salah faham yang lain.
Itu dulu. Sebelum Ayah Chik pergi ke Mekah. Ayah Chik mula berubah kira-kira 3 tahun yang lalu sekembali dari sana. Selepas itu aku mula menegur dan dia mula melayan anak-anak saudara. Apa yang aku masih ingat, ketika Mak dan Ayah aku berada di Mekah 2 tahun sudah, Ayah Chik ada menziarahi aku dan adik-adik. Bertanya khabar dan menawarkan pertolongan. Itulah permulaan aku mula buang kembali perasaan 'benci' pada Ayah Chik. Sebelum ini bukanlah aku tidak hormatkan dia sebagai bapa saudara, asal jumpa mesti aku hulur tangan bersalam dan cium tangan dia, cuma perasaan berbelah bahagi bilamana layanan yang diterima tidak seperti bapa saudara yang lain.
Antara peristiwa yang aku ingat yang cukup 'menakutkan' aku bersama Ayah Chik adalah ketika aku berumur 5 tahun. Waktu itu aku dipaksa tidur tengahari di rumah arwah Tokki. Kebetulan mak aku tiada, maka bagi mengelakkan aku pergi bermain antara zohor dan asar itu, aku dipaksa tidur. Aku dijerkah dan dipaksa untuk tidur. Mulut Ayah Chik tak habis-habis bising marahkan aku supaya tidur. Aku menangis sambil cuba untuk tidur. Ketika itu aku rasa, kalu mak aku ada pun dia akan bela aku. Aku tidak pernah rasa ketakutan seperti itu. Maklum sahaja dalam usia sebegitu kecil dan belum memahami banyak perkara, aku dimarahi seolah-olah membuat salah yang besar. Aku cukup terasa dengan peristiwa itu.
Aku nak ke hospital ziarah Ayah Chik, nanti saja aku sambung lagi...

No comments:
Post a Comment