01 January 2009
Gurindam Gaza
Aku kongsi dengan kalian satu gurindam seorang sahabat. Beliau namakannya sebagai Gurindam Gaza.
Gurindam Gaza...
Wahai adik... adik tahu tak,
Gaza itu bukan asing,
Ia memanggil diri masing-masing.
Wahai adik, adik tahu tak,
Gaza tempat moyang nabi Muhammad berdagang,
Di Genting itu para anbiya' dan mursalin pergi berjuang.
Wahai adik, adik tahu tak..
Gaza kini bermandi darah,
Menentang Zionis haram jadah,
Merampas tanah orang sukati dia jah,
Perjuangan diteruskan menanti sudah,
Kepada Tuhan tangan mengadah,
Agar bantuan turun ke lembah.
Wahai adik, adik tahu tak,
Gaza kini lebur,
Tika malam ini/semalam orang lain leka berhibur,
Dengan hiburan yang takkan dibawa ke kubur,
Hogmanay, tahun baru Masihi, hati terkujur,
Entah ke mana hidup dilabur.
Wahai adik, adik tahu tak,
Ramai kawan tak tahu pun,
Rakan seaqidah ditembak dibom,
Ahh peduli apa, aku selesa harta bertimbun,
Semuanya sponsor yang tanggung,
Atau majikan yang kongsi untung.
Wahai adik, adik tahu tak,
Mari kita sejenak berfikir,
Janji kita sebelum dilahir,
Apa sumbangan, perlu dizahir,
Mengapa 1 pound infaq kita kikir,
Mengapa berbangga dengan produk Israel.
Wahai adik, adik tahu tak,
Di Mahsyar kelak, untuk mengelap gagap,
Apa kata kita berhenti berhibur sekejap,
Cukup-cukuplah asik berentap,
Dengan firework, hiburan dan kepulan asap.
Wahai adik, adik tahu tak,
Mungkin berat membaca gurindam abang,
Kerana berat kelopak mata memandang,
Penat berhibur malam dan siang,
Jangan lupa kita di dunia ini berdagang,
Jangan terlalu singkat mata memandang,
Elak diri daripada malang,
Kembalilah kepada Tuhan Yang Maha Penyayang,
Bersama Gaza, ikhtiarkan berjuang !!!!
ABUKIFAH
25 December 2008
Ketua Kerajaan Perlu Dihormati - Pak lah
Selaku ketua kerajaan yang dilihat bermasalah, kaki tidur dan tangan 'gosok', aku kira kenyataan Pak Lah ini memang disebut dengan penuh kebimbangan. Apatah lagi dirinya yang juga mahu bersara tidak lama lagi sudah tentu tidak mahu diucapkan 'bye-bye' dengan cara seumpama itu.
Apapun, aku sebagai warga Terengganu berjanji tidak akan menghadiahkan Pak Lah dengan kasut sekiranya Pak Lah turun ke Terengganu. Walaupun Pak Lah dah kaut banyak kekayaan royalti rakyat Terengganu dengan kerjasama Patrick Lim, Wan Hisham (Abang Wan farid) dan Idris Jusoh sendiri, kasut terbang tidak sesekali akan diberikan kepada Pak Lah.
Secara umumnya aku kira ramai bersetuju dengan Pak Lah yang mana ketua Kerajaan perlu dihormati. Namun perlu diingat apakah jasa Bush kepada Umat Islam khususnya di Iraq itu adalah sesuatu yang perlu dihormati?
Pada aku, kasut yang dibaling itu sudah 1000x lebih lembut dari bom dan peluru yang Bush hadiahkan kepada Umat Islam. Dengan bahasa lainnya, orang seperti Bush tidak perlu dihormati, malah bom sahaja yang layak dilemparkan kepadanya.
---------------------------------------------------------------------------------
TEHRAN: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa mana-mana ketua kerajaan sekalipun tidak boleh dihina seperti apa yang berlaku dalam insiden membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush di Baghdad, Iraq, baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata pihak yang tidak berpuas hati dengan apa juga perkara boleh meluahkan perasaan mereka melalui cara lain.
"Saya sentiasa berpendapat kita tidak boleh menghina ketua kerajaan seperti itu," kata beliau pada sidang akhbar di akhir lawatan rasmi empat hari ke Iran di sini hari ini.
"Kita boleh mengambil tindakan, kita boleh mengeluarkan kenyataan keras jika perlu jika kita tak berpuas hati. Kita tak suka tentanglah, cakaplah dengan sekuatnya," katanya.
Namun tindakan bersifat menghina seperti membaling kasut tidak boleh dilakukan oleh sesiapapun, tegas Abdullah.
Wartawan sebuah stesen televisyen yang berpangkalan di Kaherah yang bertindak membaling kasut itu dilaporkan menghadapi tindakan undang-undang. BERNAMA
18 December 2008
Kasut Coklat Bersaiz 10.
Dunia sehari dua ini begitu bercerita perihal Bush dilempar dengan sepasang kasut. Walaupun percubaan dua kali berkenaan tidak mengenai Bush, namun ianya dilihat sebagai sesuatu yang begitu memalukan Presiden Amerika itu.
Lebih menarik bilamana Muntadar al-Zeidi, seorang wartawan dari saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir dipuji dan disokong oleh pelbagai pihak atas tindakan beraninya itu.Terbaru satu games online 'bush dilempar kasut' dikesan telah mula diperkatakan di internet sejak kejadian itu berlaku. Video rakaman insiden dalam youtube juga setakat dimaklumkan sudah mencecah 8 juta pelawat. Mungkin mahu melihat aksi berani Muntadar atau mahu melihat keupayaan Bush mengelak serangan.
Jom uji keupayaan anda dengan turut melemparkan kasut kepada Bush. ---> Game Flash.Wallahua'lam.
06 November 2008
Tahniah Najib, Tahniah Obama.
Pertamanya tahniah Dato' Seri Najib Tun Razak atas kemenangan tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO. Kebiasaan Presiden UMNO adalah Pengerusi BN dan seterusnya menjadi Perdana Menteri sekiranya BN memerintah. Walaupun sudah diumum menang, tapi Najib masih belum menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN mahupun Perdana Menteri.
Tahniah juga kepada Barrack Hussien Obama atas kemenangan dalam Pilihanraya Presiden Amerika mengalahkan John McCain. Walaupun sudah diistiharkan menang, Obama juga belum mula bertugas selaku Presiden US. Mengikut kalendar, Obama akan mula bertugas 20 Januari 2009.
Antara Najib dan Obama, kedua-duanya bakal menjadi pemimpin sebuah negara. Bezanya laluan yang dilalui masing-masing cukup berbeza. Najib melalui jalan yang cukup mudah apabila langsung tiada pertandingan dalam jawatan Presiden UMNO, manakala Obama berdepan dengan Pilihanraya Presiden yang dilihat cukup mencabar.
Selamat tinggal Bush, selamat jalan Pak Lah. Obama mungkin sedikit berbeza dari Bush kerana datangnya dari Parti yang berbeza. Namun sikap yang ditunjukkan Obama sebenarnya tidaklah terlalu jauh dengan Bush. Cuma dilihat lebih diharap.
Najib datangnya dari satu parti dengan Pak Lah. Pak Lah dilihat tidak berjaya dalam pentadbirannya. Islam Hadhari yang cuba dibawanya telah dicemari oleh tangannya sendiri. Imej Pak Lah secara keseluruhannya lebih baik dari Najib. Najib dilihat lebih teruk dari Pak Lah. Apakah ada harapan baru untuk Malaysia?
CHANGE. Itu slogan Obama. Kita terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk melakukan perubahan melalui Pilihan Raya ke 13. Mungkin ada yang akan melihat kejayaan Obama mendapat ilham bagaimana Obama berjaya dengan kempennya. Sudah tentu ada yang akan mencadangkan itu ini begitu dan begini kepada PAS kelak.
Sekurang-kurangnya pemilihan yang berlaku di sana dilihat berjalan dengan aman dan lebih demokrasi. Malaysia? Bukankah kita ada demokrasi ala Malaysia? Walaupun bendera semacam sama jalurnya, tetapi bulan dan bintang lain-lain.
Wallahua'lam.
p/s: Tidak salah berubah ke arah kebaikan.
04 November 2008
Susu Ibu atau Susu Lembu?
Pernah dengar Susuibu.com? Aku diperkenalkan laman tersebut oleh beberapa orang teman bilamana aku bertanyakan perihal penyusuan ibu. Laman yang aku kira cukup bermanfaat sebenarnya bagi ibu-ibu. Jika dengar dari nama laman ini sudah digambarkan apa yang bakal dibincang dan diperkatakan. Semuanya mengenai susu ibu.
Suatu ketika dahulu mungkin isu susu ibu tidak begitu popular. Aku percaya hampir kebanyakan kita (sebaya dan mungkin lebih berumur dari aku) menikmati susu ibu sepenuhnya dari ibu masing-masing. Jarang-jarang sangat rasanya orang dulu-dulu menggunakan susu lembu (susu tin) untuk anak mereka.
Pertamanya, kos susu. Keduanya kerana masa mereka yang banyak di rumah memudahkan penyusuan badan. Mengikuti forum-forum di dalam laman terbabit sebenarnya cukup membuat aku teruja mengikuti pengalaman dan kesungguhan ibu-ibu terbabit memastikan hanya susu ibu untuk anak masing-masing.
Hari ini sebenarnya menjadi suatu kejanggalan jika dikatakan seorang anak itu mahu diberi susu ibu sepenuhnya. Apatah lagi bilamana si ibu itu bekerjaya.
Di bawah ini aku sertakan suatu artikel dari Malaysiakini. Isu melamin yang menggemparkan kebanyakan ibu langsung tidak menakutkan aku dan isteri. Pada aku, isu terbabit tidak ada kaitan dengan kami. Bukan sombong, tetapi kerana yakin dengan kebaikan susu ibu yang dianugerahkan Allah.
Nota: Artikel ni untuk si isteri tersayang. Sebagai suatu tanda sokongan dari seorang suami.
------------------------------------------------------------------------------------
Petikan Malaysiakini.
Melamin, sejenis bahan kimia yang kaya dengan nutrien, selamat digunakan dengan jumlah yang sesuai jika tidak dicampurkan dengan asid sianurik yang boleh memudaratkan manusia.
"Orang ramai hanya tahu tentang melamin, tiada sesiapapun bercakap tentang asid sianurik.
"Sebenarnya asid sianuriklah menjadi punca tersirat masalah keracunan makanan yang membunuh kanak-kanak di China," kata timbalan dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Mustafa Ali Mohd kepada Bernama.
"Kehadiran melamin dan asid sianurik secara bersendirian tidak berbahaya kepada manusia, tetapi kini masalahnya timbul apabila melamin digunakan bersama-sama asid sianurik," beliau dipetik sebagai berkata hari ini.
Dr Mustafa, yang juga ketua Shimadzu-UMMC Center for Xenobiotics Studies (SUCXeS), berkata pusat itu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sedang menjalankan satu kajian terhadap melamin sejak isu itu dibangkitkan dan mendapati susu segar yang diperiksa turut dicampur asid sianurik.
"Kehadiran melamin dalam susu adalah untuk menambahkan kandungan protein, tetapi hasil kajian kami menunjukkan susu turut mengandungi asid sianurik yang boleh menyebabkan sakit buah pinggang.
"Susu yang baik ada nutrien yang tinggi, apabila pengeluar susu
mencampurkkan air dalam susu semata-mata untuk mengaut keuntungan, mereka akan memasukkan melamin bagi mengimbangkan tahap nutrien agar tidak dikesan oleh pembeli.
"Penggunaan melamin ada tujuannya (menambahkan protein) tapi kami tidak faham kenapa asid sianurik dicampurkan dalam susu segar," katanya.
Menurut agensi berita itu lagi, Mustafa berkata kajian mereka bertujuan mengkaji tujuan sebenar kehadiran asid sianurik dan melamin dalam susu segar, sayur-sayuran dan daging segar serta mengkaji bahan makanan lain seperti sos, soya dan ikan bagi
memastikan sama ada bahan makanan itu turut terdedah atau tidak kepada bahan kimia berkenaan.
Ditanya sama ada melamin boleh digantikan dengan bahan lain, Dr Mustafa berkata boleh, tetapi melamin sering menjadi pilihan kerana dikeluarkan secara berlebihan di China dan diperolehi dengan harga yang terlampau murah.
"Jadi, melamin sentiasa menjadi pilihan (pengeluar susu dan makanan)," katanya.
"Secara saintifiknya penggunaan melamin tidak berisiko jika mematuhi had penggunaannya, sama seperti panadol... jika guna sikit jadi penawar, jika berlebihan akan membawa kemudaratan," kata Dr Mustafa.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tahap melamin yang dibenarkan dalam makanan kanak-kanak adalah 1ppm (1 bahagian dari sejuta) dan 2.5ppm bagi orang dewasa.
Kanak-kanak sering menjadi mangsa kerana mereka sentiasa bergantung kepada susu.
"Manakala asid sianurik pula, kami tidak pasti, kami sedang menjalankan kajian mengenai perkara itu (iaitu) kenapa asid sianurik hadir dalam makanan dan sama ada boleh diganti dengan bahan lain," tambahnya.
Mengenai susu dan bahan makanan yang diimport dari negara lain yang turut tercemar dengan bahan melamin, beliau berkata berkemungkinan makanan haiwan serta baja yang digunakan oleh negara itu diimport dari China dan terdedah dengan melamin dan asid sianurik.
SUCXes ditubuhkan pada 1999 hasil kerjasama antara Universiti Malaya (UM) dan syarikat analisis berteknologi tinggi antarabangsa, Shimadzu dan Fisher Scientific.
Ia berperanan sebagai pusat latihan, perkhidmatan dan penyelidikan.
17 June 2008
Demonstrasi Kenaikan Harga Minyak?
Ini bukan kisah berdemo bila kenaikan harga minyak berlaku. Tapi ini kisah yang mungkin berlaku bilamana minyak tidak lagi mampu dibeli. Wallahua'lam.
29 April 2008
*** Outstation****
Aku ke oversea untuk seminggu. So, blog ni akan senyap la sepanjang aku tak ada. Maaf sebab akhir-akhir ni tak leh nak update. Terlalu sibuk dengan beberapa persiapan yang perlu disegerakan.
Jumpa lagi jika panjang umur. Apapun, maaf atas segala salah dan silap sepanjang anda mengenali dan bersama aku di blog ini. Semoga kalian semua sihat-sihat belaka hendaknya.
Wassalam.
p/s: Ni nak tuju lagu untuk kalian. Buat senam-senam agar sihat.
Poco-Poco
Balenggang pata-pata
Ngana pe goyang pica-pica
Ngana pe bodi poco-poco
Cuma ngana yang kita cinta
Cuma ngana yang kita sayang
Cuma ngana suka biking pusing
Ngana bilang
Kita na sayang
Rasa hati ini malayang
Jau… uh… ci ya … ci ya
Biar kita ngana pe bayang
Biar na biking layang-layang
Cuma ngana yang kita sayang
Menghadap ke Utara : a, b, c, d.
4d, membuat kita menghadap ke Barat
Menghadap ke Barat : Ulangi a, b, c, d,
4d, membuat kita menghadap ke Selatan
Menghadap ke Selatan : Ulangi a, b, c, d,
4d, membuat kita menghadap ke Timur
Menghadap ke Timur : Ulangi a, b, c, d,
4d, membuat kita menghadap ke Utara
GERAKAN VARIASI 1: Lakukan a, b, c, (k, m), d menghadap U, B, S, T dst.
Musik & Lirik (Bahasa Manado): Arie Sapulette
gambar oleh: Irianto Tedja
06 April 2008
Boikot Belanda: Tahniah Sabasun
Semalam aku ke Sabasun lagi. Cari sedikit barang dapur. Terkejut aku bila lihat semua barang yang dipercayai keluaran Belanda diboikot dengan sungguh-sungguh!! Hampir semua barang keluaran Belanda tidak dikeluarkan untuk dipamerkan. Rak kelihatan kosong tanpa barang dan hanya kelihatan muka Shahrir Samad dengan sedikit kenyataan dari pihak Sabasun atas boikot yang dilakukan.
Hajat di hati nak ambik gambar, tapi rasanya memang etika mereka tak benarkan penggunaan kamera dalam kedai mereka. Kan tak pasal-pasal kena marah. So, tak jadi nak tunjuk sini. Ingatkan dekat website Sabasun ada la gambar mereka boikot tu, rupa-rupanya poster boikot je yang dipamerkan.
Apapun, tahniah Sabasun!! Selamat ulangtahun ke 13!! Aku akan terus menyokong kalian.03 April 2008
Senarai Barangan Belanda dan Alternatifnya
Bahan kat bawah ni aku copy n paste dari blog mampat (http://mampat.blogspot.com). Tapi oleh kerana nak sesuaikan dengan blog aku, maka aku ubah skit. Maklumat asal leh la rujuk ke sana.
| Bil | Barangan / Jenama Belanda | Barangan / Jenama Alternatif |
| 1 | Shell | Petronas |
| 2 | Barangan Eletrik/Mentol Philips | Panasonic, khind |
| 3 | Barangan Tenusu keluaran Dutch Lady | FernLeaf |
| 4 | Restoran Windmill | Banyak warung / restoren melayu. Mamak? Pilih-pilih la yang mana patut. |
| 5 | Barangan keluaran syarikat yang mempunyai nama ‘N.V.’ dan ‘B.V.’ | |
| 6 | Barangan penajaan Christian Albers | |
| 7 | Produk2 tenusu spt mentega dan keju - sila rujuk syarikat dengan no. 5 | |
| 8 | coklat Forrero Roche, Van Houtan | Coklat Nisan, gula batu |
| 9 | Insurans ING | Takaful Ikhlas, Etika, Takaful Malaysia, Takaful Kifalah leh? |
| 10 | Teh Lipton | Teh HPA, Teh Boh, teh2 keluaran Malaysia |
| 11 | perisa makanan Knor | Perencah Hilal |
| 12 | Produk mandian Dove | HPA, |
| 13 | Produk Unilever | Produk HPA, Produk lain-lain |
| 14 | Susu Frisolac | Fernleaf, Everyday |
| 15 | Susu Pekat jenama Omega | Minum air ’O’ je |
| 16 | Susu Pekat Jenama Comple | Minum air ’O’ je |
| 17 | Jem dan Mayonis jenama Lady’s Choise | Jem tempatan banyak. Macam-macam ada. |
| 18 | Aiskrim jenama Wall’s | Aiskrim asam masin je (asam boi) |
| 19 | Pencuci Pinggan jenama Sunlight | Wahdah - HPA |
| 20 | Shampu jenama Clear | Syampu HPA-Betik, Pegaga dll |
| 21 | Shampu jenama Sunsilk | Syampu HPA-Betik, Pegaga dll |
| 22 | Kosmetik jenama Rexona | Pakai HIBKA – Anti Keringat Bau |
| 23 | Kosmetik jenama Fair & Lovely | Pakai bedak sejuk. Kulit Rambai ke |
| 24 | Sabun Ekonomi Handalan | HPA pun ada sabun basuh. Aku lupa nama. |
| 25 | Ubat gigi jenama Sparkle | Ubat gigi herba HPA. Budak-budak punya pun dah ada |
| 26 | Sabun jenama Breeze | Sabun basuh HPA |
| 27 | Sabun jenama Lux | Sabun susu kambing HPA |
| 28 | Marjerin Planta | Marjerin FELDA |
| 29 | Marjerin Dorina | Marjerin FELDA |
| 30 | Minyak Sapi jenama Windmill | |
| 31 | Minyak Mazola | Minyak Sawit je |
| 32 | Tepung jagung jenama Maizena | |
| 33 | Ponds | HPA ada produk penjagaan kulit dari Pegaga. Centella White ke apa nama dia. |
| 34 | Danone | Biskut jagung biasa je. Takpun, roti kering. |
| 35 | Radiant | |
| 36 | Lego | Kawada- pernah dengar? |
| 37 | Nutricia - lihat komen** | |
| 38 | Dumex - lihat komen** | |
| 39 | Pekembar (UMNO) – gula-gula, kain pelekat, baja, baju T, payung dan lain-lain. **Nota: UMNO bukan produk Belanda, tetapi merupakan produk British yang turut menyokong Zionis. So, wajar la boikot ek! | PAS |
Sebagai pengguna HPA yang agak tegar, maka aku syorkan kalian guna produk HPA. Selain buatan Malaysia, HPA juga merupakan produk Muslim yang dipercayai kesuciannya.
Maklumat di atas adalah benar dan tepat mengikut tafsiran aku. BOIKOT barangan di atas turut dengan sama-sama BOIKOT barangan dari Yahudi / penyokong kuat mereka. Macam Nestle, coca-cola, dan sewaktu dengannya.
p/s: Sorry mengarut skit. Demam. Huhuhu.
01 April 2008
Filem Fitna: Boikot atau Penjelasan?

Semalam seorang sahabat lama di kampus menegur menerusi YM dan meminta aku menukilkan suatu artikel berkenaan Filem Fitna. Aku menolak dengan meminta suaminya sahaja yang menulis sedikit berkenaan filem tersebut. Suaminya ustaz, aku ni sesekali sahaja dipanggil ustaz. Aku pun segan dengan panggilan berkenaan yang tidak secocok dengan aku yang agak nakal.
Semalam juga aku sempat ke Sabasun. Banyak barang dapur yang sudah kehabisan. Hanya ada sardin satu tin. Aku kurang makan makanan segera kecuali terpaksa dan terlalu malas. Menariknya bila tiba di sana, petugas Sabasun sedang memasang keratan akhbar semalam berkenaan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad yang menyeru boikot terhadap barangan keluaran negara tersebut.
Keratan akhbar tersebut diletakkan betul-betul pada susunan barangan Ducth Lady. Aku tidak sempat melihat ruangan lain yang turut memuatkan barangan dari negara Belanda yang terdapat dalam kedai berkenaan. Antara barangan lain keluaran Belanda adalah minyak Shell, susu Dutch Lady, barangan elektrik Philips, coklat Forrero Roche, insurans ING, teh Lipton, perisa makanan Knor dan cecair mandian Dove. Apapun, Tahniah Sabasun kerana memulakan sesuatu yang baik!
Pada penelitian aku, filem yang lebih bersifat dokumentari itu perlu dijawab dan diberi penjelasan maksud sebenar ayat dan sebab turunnya ayat berkenaan. Di sinilah aku merujuk kepada perlunya seorang ustaz ataupun yang lebih mendalam ilmunya tentang perihal ini.
Jika kita sekadar mengutuk si Geert Wilders celaka itu tanpa menjelaskan maksud sebenar ayat yang dirujuk itu, kita seolah-olah sekadar menafikan, tetapi tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan kepada umum.
Contohnya sebahagian ayat 60 Surah Al-Anfaal yang dirujuk dalam dokumentari berkenaan:
"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu..."
Ayat ini diambil sebahagian dan digambarkan pula dengan tragedi 11 September. Seolah-olah Islam menghalalkan perbuatan 11 September itu.
Sedangkan sehingga hari ini masih tidak dibuktikan siapa pesalah atau individu yang benar-benar terlibat dalam tragedi ini. Cuma yang timbul adalah pelbagai persoalan adakah insiden itu benar berlaku seperti mana dakwaan Amerika atau tragedi ini merupakan satu dari siri 'lakonan' sepertimana yang cuba didedahkan oleh beberapa pihak. KLIK.
Sepatutnya ayat itu perlu dilihat secara keseluruhan dan dilihat kepada sebab musabab turunnya ayat berkenaan. Di sana kita akan tahu orang yang bagaimanakah yang mesti diperangi, dan apakah pula batasan atau penyebab musuh itu boleh dimaafkan. Penerangan sebegini aku rasa perlu dan wajar dilakukan juga manerusi internet.
Jika ayat 60 surah Al-Anfaal itu dilihat kepada ayat sebelumnya iaitu ayat 55, 56, 57, 58 dan 59 sudah tentu pemahaman kita terhadap 'memerangi' musuh sebenarnya bukanlah boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Jika ayat 60 itu disambung pula dengan beberapa ayat kemudiannya, maka di situ terletak kemaafan dan pengecualian bagi mereka yang perlu diperangi.
Aku tidak berniat mengupas panjang. Namun aku suka mulakan bagi melontarkan pandangan ini untuk para ustaz dan alim ulama' yang lain mengupasnya dengan lebih cantik dan baik lagi. Malah memperbetulkan tulisan aku ini supaya selari dan mencapai maksud sebenar.
Wallahua'lam
06 March 2008
PEMIMPIN GERAKAN IKHWAN DI EROPAH GESA RAKYAT MALAYSIA SOKONG PAS
satu artikel dari email yang aku terima.
PEMIMPIN GERAKAN IKHWAN DI EROPAH GESA RAKYAT MALAYSIA SOKONG PAS
Pemimpin Gerakan Ikwan Muslimun di United Kingdom, Dr Kamal al-Helbawy menggesa rakyat Malaysia supaya menyokong PAS di dalam Pilihanraya Umum ke-12 akan datang. Dalam satu wawancara besama wartawan Kelab Maya Barisan Rakyat Malaysia (Eropah) (www.bahankempen.com), beliau menyatakan bahawa demokrasi dan kebebasan sepatutnya boleh memberikan peluang kemenangan kepada Islam untuk memerintah di dunia ini.
Dr Kamal yang merupakan pengasas kepada Muslim British Association (MBA), penaung kepada gerakan-gerakan Islam di United Kingdom turut mengkritik amalan politik di Malaysia . Beliau berpandangan yang kebebasan berpolitik lebih dinikmati di Indonesia , selain menggesa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya lebih bersifat terbuka dan adil di dalam berhadapan dengan pembangkang.
Dalam wawancara ringkas yang boleh dicapai di sini dan di sini, Dr Kamal turut menyatakan kekagumannya terhadap ketokohan dan integriti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang di dalam pengalaman mentadbir negeri Kelantan dan Terengganu. Bagi beliau, kedua-dua mereka perlu menjadi pilihan rakyat di dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau turut menyebut nama pimpinan PAS yang lain seperti Ustaz Azizan Razak, Ustaz Hasan Syukri dan Ustaz Yahya Othman yang pernah bersama-sama dengan beliau di dalam gerakan Islam di peringkat antarabangsa. Beliau juga mengkritik tindakan kerajaan mengadakan pilihanraya lebih awal bagi menafikan kelayakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding di dalam pilihanraya yang dianggap beliau sebagai pemimpin berkarismatik dan bersih.
Dr Kamal turut menyeru kepada seluruh pertubuhan Islam dan kumpulan nasinonalis supaya bersatu dan bersama-sama mendokong perjuangan PAS sebagai wadah utama memenangkan Islam dan membawa keadilan sejagat di tanahair.
Mengulas pandangan Dr Kamal tersebut, Dr Abu Tuah bin Hisyam yang merupakan Pengerusi Himpunan Teknokrat dan Profesional Melayu Eropah (HEMAT Eropah), sebuah badan profesional dan teknokrat Melayu yang bekerja di seluruh benua tersebut turut berkongsi idea yang sama. Beliau yang bekerja sebagai Research Fellow di sebuah universiti terkemuka di London menyatakan yang rata-rata komuniti Melayu di United Kingdom dan Eropah mengharapkan perubahan di dalam pemerintahan negara. Rakyat Malaysia telah diperbodohkan sejak pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional.
“Kami daripada jauh dapat melihat kebobrokan pemerintahan negara di bawah kerajaan Barisan Nasional. Kebebasan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat telah dirampas sewenang-wenangnya. Imej negara semakin buruk di dalam media Eropah, kerana kesempitan di dalam amalan demokrasi serta penipuan yang ketara di dalam sistem pilihanraya. Pemikiran rakyat telah ditutup dengan pelbagai penipuan dan akta ancaman ala diktator. Rakyat tidak lagi bebas bersuara, walaupun kebebasan itulah yang merupakan intipati kepada ajaran Islam yang diamalkan secara meluas di barat sehingga mereka mampu menjadi bangsa yang menguasai tamadun dunia sekarang ini,” ujar Abu Tuah.
Mengulas mengenai kemenangan PAS, beliau berkata, “Mungkin tidak pada pilihanraya kali ini. Rakyat Malaysia masih dibelenggu pemikiran mereka. PAS perlu bekerja dengan lebih keras lagi, dan yang pastinya ianya akan menjadi lebih mudah sekiranya seluruh gerakan Islam yang lain bersatu di bawah PAS, selain melunakkan penampilan supaya dapat berkongsi rahmat Islam kepada bangsa-bangsa yang lain.”
Interview Part 1 - http://www.youtube.com/watch?v=YZ9YZvN4tlE
Interview Part 2 - http://www.youtube.com/watch?v=SNMdXuan2gk
03 October 2007
Peluru Hidup Bukan Jawapan
Apa yang lebih menarik pada artikel akhbar berkenaan adalah, betapa pihak keselamatan yang melepaskan peluru hidup disifatkan sebagai BACUL kerana bertindak ganas terhadap orang awam yang tidak bersenjata. BACUL juga kerana mengambil pendekatan BERKASAR dengan rakyat sedangkan masih wujud ruang untuk diplomasi dan perbincangan. Itu adalah gambaran yang diberikan METRO kepada suasana di Myanmar. Bagaimana di Batu Buruk, Terengganu?
Perlu dipersoalkan apakah langsung tidak boleh diadakan perbincangan atau diplomasi dengan pimpinan pakatan BERSIH bagi menyelamatkan suasana pada malam tersebut? Apakah pihak keselamatan tiada pengalaman bahawa sikap keras, maka natijahnya juga adalah kekerasan. Atau mungkin kerana pengalaman itu menjadikan mereka lebih bersedia sepertimana yang dirancang?
Bermakna, melalui pengalaman lalu, jika mahu berlaku huru-hara dalam ceramah pembangkang, maka perlu diganggu dan dihalang ceramah itu. Halangan bukan sekadar sekatan jalanraya, malah turut melibatkan anggota FRU dan provokasi dari SB akan memastikan suasana lebih panas dan lakonan akan lebih real. Mungkin lebih 'sedap' jika dikatakan, jika suasana tidak cukup panas dengan air asid dan bom asap, maka lepaskan tembakan peluru hidup bagi mempercepatkan kesan dari orang awam.
Apa yang berlaku di luar negara itu seolah-olah satu gambaran untuk menjawab apa sebenarnya yang berlaku di Terengganu pada 8 September lalu. Apakah kewajaran peluru hidup digunakan, dan apakah layanan pihak keselamatan berada pada tahap yang boleh dipercayai.
Kita hanya membaca gambaran negara kita dari pandangan akhbar tempatan sahaja. Apakah pandangan akhbar luar negara terhadap negara kita? Apakah polis kita dilihat mesra rakyat pada mereka?
Wallahua'lam
Nota: Artikel ni aku tulis sebab disuruh oleh WM Buletin Online untuk dipaparkan di sana. Itu pasal istilah budak UMNO tidak digunakan kepada pihak polis. hehehe.
Antara Budak UMNO dan UMNO Budak
Cuba lihat betapa Khairy si UMNO budak dan penyokong UMNO budak itu begitu bersemangat membela tok sami- tok sami Myanmar apabila Kerajaan Junta Tentera Myanmar menyerang orang awam yang mengadakan tunjuk perasaan. Sibuk benar minta Myanmar kekalkan keamanan dengan meminta hentikan keganasan terhadap orang awam sedangkan apa yang berlaku dalam negara sendiri pun merekalah sebenarnya dalangnya.
Wan Farid sendiri hari ini dilaporkan tidak akan menyaman PAS kerana merasakan dengan cara itu dia akan dilihat betul. Betul ke begitu? Dia menuduh PAS tersepit dengan mengaitkan nama dia dalam kes insiden Batu Buruk. Benarkah dia tidak terlibat dalam Insiden Berdarah 809 itu? Aku kira, jika Wan Farid menyaman PAS, itu akan membuktikan yang dia berani dan yakin tidak bersalah. Itu sekiranya dia tidak bersalah.Tetapi dalam kes ini dia dilihat sebaliknya. Maklum ajalah, bila dia saman PAS, maka sudah tentu pihak mahkamah mahukan bukti. Bila PAS kemukakan bukti, sudah tentu dia tahu yang dia tidak akan dapat melarikan diri lagi. Maka sudah tentu tindakan cerdik yang dikira Wan Farid adalah diam diri dan anggap tiada apa-apa.
Di Pakistan kita dapat lihat kes yang turut melibatkan polis digantung tugas kerana melakukan kesalahan dalam tugas. Menembak bukan kerja polis walaupun mereka diberi pistol. Tugas mereka menjaga keamanan. Itulah hikmah bilamana HAKIM benar dan jujur dan tiada kepentingan. Maka mudah sahaja mengarahkan ketua polis digantung tugas. Agaknya HAKIM kita ni lain skit kot. Maklum sahaja pelantikan pun dirancang melalui telefon aja.
Tapi tidak di Malaysia. Budak UMNO berpistol mudah sahaja melakukan apa sahaja. Kerana pasukan budak UMNO ini yakin di belakang mereka ada UMNO dan UMNO budak yang akan membela mereka. Sebab itu mereka boleh bekerjasama dalam mencari siapa yang membakar bendera, tetapi gagal untuk membawa ke muka pengadilan seorang budak UMNO yang menembak orang awam.Aku pun dah lama tidak dengar cerita budak UMNO yang menembak itu. Amankah hidup dia? Sihatkah dia? atau akan diberi anugerah kerana menjalankan tugas dengan baik? Apakah dia dikira wira kerana mahu menyelamatkan 'wanita & kanak-kanak' dalam khayalannya? Aku tetap menanti budak UMNO itu diambil tindakan. Jika dia benar sekalipun, dia perlu dibuktikan benar. Tapi, ada ke orang BENAR bersembunyi? bukankah kita di ajar berani kerana BENAR, takut kerana SALAH?
Nota:
Budak UMNO = Mereka yang diperbudak UMNO
UMNO Budak = Pemuda UMNO
14 September 2007
Apakah sama Israel dan UMNO / BN?
Anda baca keratan artikel dibawah. Kemudian cuba bandingkan dengan apa yang berlaku di Malaysia dan bandingkan dengan UMNO dan BN. Adakah anda jumpa persamaan, atau perbezaan yang amat ketara dan berlawanan?? Klik untuk besarkan.
Nota: artikel di atas adalah dari akhbar Berita Harian 14 Sept 2007.