07 May 2010

Arak, Judi, Baitul Mal dan Cukai Tanah.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

KHUTBAH 'CUKAI TANAH'
Betapa pada hari ini aku merasakan ruginya aku tidak tertidur ketika khatib membaca khutbah. Apa tidaknya, selesai memberi salam, khatib mengumumkan "Khutbah Jumaat pada hari ini bertajuk - Tanggungjawab Membayar Cukai Tanah". Terdetik juga untuk mengangkat punggung mencari masjid lain yang lebih 'politik' khutbahnya.

Khutbah Multimedia Terengganu

Antara isi khutbah yang mewajibkan cukai tanah tersebut adalah, cukai ini merupakan timbal balas rakyat kepada kerajaan. Kerajaan dikatakan telah membina masjid, dewan, perhentian bas, padang permainan dan sebagainya. Selain itu duit tersebut diperlukan untuk penyelenggaraan longkang, jalan dan sebagainya. Apa yang menarik disebut dalam khutbah tersebut termasuklah, cukai ini perlu bagi menampung tabung Baitul Mal yang tidak cukup.

Seperti biasa diletakkan dalil dari Surah An-Nisa, ayat 59:

“Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasulullah dan kepada Waliyyul Amri( orang yang berkuasa) di kalangan kamu......"

Itu cerita di Terengganu. Mungkin juga khutbah berkenaan disebabkan Terengganu sudah tidak cukup duit kerana royalti belum dipulangkan? Rupa-rupanya Terengganu tiada larangan khutbah politik!

JUDI BOLA
Berita Bernama pula melaporkan calon MB Kelantan, Awang Adek telah membuat satu cadangan yang cukup bernas bagi menambah pendapatan negara. Dengan status Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek berkata kerajaan sedang menimbang untuk memberi lesen judi piala dunia. Ura-ura ini pernah timbul sebelum ini, kini ianya muncul kembali. Antara alasan yang digunakan adalah, jika kerajaan tidak keluarkan lesen, sudah tentu ramai yang berjudi secara 'haram'.

Awang Adek juga menyebut, hasil dari judi tersebut bolehlah dimanfaatkan kepada pembangunan sukan negara. Begitulah mentaliti pemimpin yang berjuang kerana Agama, Bangsa dan Negara ini.

PERKESO DAN ARAK
Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasrudin Tantawi pula mendedahkan perihal PERKESO yang mempunyai saham  terbesar dalam syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. dan Syarikah arak.

Dalam tulisan beliau, Ustaz Nasrudin menyebut: 

PERKESO merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan polisinya adalah memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja - pekerja serta tanggungan yang layak . PERKESO memperolehi dananya melalui kutipan caruman yang dikutip setiap bulan dari potongan gaji pekerja .

Persoalannya ialah hampir 90% kakitangan PERKESO merupakan kakitangan yang beragama Islam dan ini akan menimbulkan kerunsingan dan kerisauan yang serius kepada mereka apabila sumber pendapatan mereka diragui halal dan bersih .

Menurut Ustaz Nasrudin lagi, maklumat tersebut boleh didapati dari laman web syarikat arak tersebut : http://www.carlsbergmalaysia.com.my/web/investor/pdf/ar/2009/ar09_120-121.pdf

Semoga Allah SWT melindungi kita dari golongan yang sesat lagi menyesatkan. Wallahua'lam.

No comments: