Semalam merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Di TTI inilah terletaknya Masjid Kristal yang belanjanya menelan juta-juta, namun kapasitinya muatannya hanya mampu menampung 800 jemaah sahaja dalam satu-satu masa. Masjid ini juga tidak diwartakan bagi menunaikan Solat Jumaat. Sebabnya, masjid itu dibina di sebuah pulau yang tiada penghuninya.
TTI dirasmikan awal Februari 2008 oleh Pak Lah. Perasmiannya dibuat sempena Perkampungan Hadhari 2008 Terengganu. Beberapa hari berikutnya pula Tuanku Sultan Mizan merasmikan Masjid Kristal. Ini turut menjadi isu bilamana Tuanku Mizan yang merupakan YDP Agong merasmikan Masjid Kristal yang hanya menjadi sebahagian TTI. Beberapa sumber mengatakan isu ini turut menjadi kemurkaan Tuanku kepada Deris Jusoh.
Ketika tiba di jalan masuk, aku sedikit tergamam. Sudah dirasmikan 2 bulan yang sudah, namun sebenarnya ianya masih belum siap sepenuhnya. Walaupun secara keseluruhan binaan monumen yang dibina hampir siap sepenuhnya, namun landskap dan susun atur bangunan masih dilihat jauh dari siap. Aku kira memakan masa 2 atau 3 bulan lagi.
Rumah pekerja jelas kelihatan di sebelah kanan jalan masuk. Kebanyakannya pekerja asing. Padanlah Mat Said marahkan MB sebelumnya dengan cuba memastikan pekerja tempatan mestilah 60% melebihi pekerja luar bagi projek-projek selepas ini.
Ketika aku tiba, jam menunjukkan sekitar pukul 6 petang. Kelihatan kira-kira 10 - 15 buah kereta berada di tapak parking masjid. Aku terus ke Masjid Kristal. Walaupun pengunjung yang hadir tidak sampai 100 orang dalam satu-satu masa, namun pengunjung tidak putus-putus silih berganti. Pada aku, agak kurang sambutan jika pelaburan yang dibelanjakan membina masjid itu berbanding jumlah yang hadir. Mungkin kerana belum siap sepenuhnya.
Masuk sahaja perkarangan masjid, terpampang satu notis yang melarang pelawat yang tidak menutup aurat memasuki kawasan masjid. Aku lihat notis terbabit agak jauh dari pengawal yang sedang berbual sesama mereka. Aku cuba mengintai-ngintai jubah untuk pelawat sepertimana disediakan di masjid-masjid yang biasa dikunjungi pelancong. Namun, tidak pula kelihatan.
Seorang sahabat yang bersama-sama mengunjungi masjid berkenaan sempat merakam beberapa individu termasuk pelancong yang tidak menutup aurat dengan sempurna (aku ambik klasifikasi tudung je) berada dalam perkarangan masjid.
Mat dan Minah Saleh ni mungkin tidak faham Bahasa Melayu
Penjaga masjid langsung tidak memberi kerjasama kepada pengunjung.
Penjaga masjid langsung tidak memberi kerjasama kepada pengunjung.
Sedang kami mengambil gambar-gambar pemandangan, aku ditegur seorang makcik. "Ada nampak ke gambar jin tu?"
Aku senyum. Kemudian aku menjelaskan kisah Video Jin Masjid Kristal itu kepada makcik tersebut. Aku jelaskan yang gambar tersebut dirakam tanpa sengaja dan bla, bla, bla. Anak dia yang manis tersenyum je di belakang makcik tu. Rupa-rupanya makcik itu datang dari Kuantan kerana mengikut suaminya yang berkursus di Terengganu.
Dalam hati aku, "Ada juga yang datang kerana mahu melihat Jin Masjid Kristal." Macam-macam manusia ni.
Sebelum pulang, aku sempat ke tandas. Walaupun pengunjung tidak ramai, tetapi tandas sedikit berbau hancing. Penarik flush tandas juga aku lihat ada yang sudah rosak. Jika 1 mungkin masih baru berlaku. Tapi bila melihat 2 pam yang sudah tidak boleh dimanfaatkan, aku sedap-sedap hati je mengatakan ianya sudah agak lama tidak diselenggarakan.
Aku meneruskan lawatan pertama kali semalam dengan memasuki ruang solat. Lawa. Mengikut maklumat, masjid ini direka tanpa menggunakan kipas atau aircond. Penyejukan dilakukan dengan sistem angin yang dibawa masuk dari bawah masjid. Namun, semalam ada je kipas tiang beberapa unit dalam masjid. Mungkin digunakan untuk penggunaan masjid yang tidak menyeluruh. Jika ada acara rasmi dan penggunaan secara menyeluruh, mungkin sistem yang canggih manggih itu digunakan.
Nantilah ada masa, aku berhajat juga untuk Solat Subuh di sini.Sekitar jam 7 malam, aku cepat-cepat bergerak meninggalkan perkarangan masjid. Aku tidak mahu mengganggu makhluk Allah berupa jin yang mahu datang bersolat Maghrib di situ. Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment