Pertamanya, ini adalah bacaan bagi orang yang sudah berkahwin sahaja. Jika anda belum berumahtangga, aku tidak pasti bacaan ini berguna atau tidak. Mungkin mahu mendapat ilmu. Tapi perlu ke tahu semua ini sebelum kahwin? Terpulang laa.
Beberapa minggu sudah, aku menumpang kereta seorang kawan, Encik Mawi (bukan nama sebenar). Kebetulan mahu keluar minum dan makan-makan. Dalam perjalanan pergi, dia khabarkan aku dia perlu ambik dan hantar seseorang terlebih dahulu. Aku tak la lapar sangat. So, no hal je.
Dalam pertengahan jalan, naik la seorang lelaki. Namakan dia Encik XYZ sahaja. Umur sekitar akhir 30-an. Dalam duk bersembang, dia tanya aku ada tak kenal mana-mana janda yang nak kawin. Kalu boleh tak ada anak. Dalam fikiran aku, duda agaknya dia ni.
Aku segera syorkan kepadanya "Kenapa nak janda, anak dara ramai lagi".
"Ye ke? Bagus jugak kalu ada. Royak la kalu ada ek" Ceria suara Encik XYZ.
Aku hanya senyum. Tidak mahu memberi apa-apa harapan. Sembang kami bertukar topik sehinggalah Encik XYZ turun dari kereta.
"Duda ke Encik XYZ tu?" Tanya aku kepada Encik Mawi yang sedang memandu sebaik Encik XYZ turun.
"Dah kawin. Isteri sorang" Terang Encik Mawi. Dia senyum. Kemudian Encik Mawi menceritakan Encik XYZ bermasalah dengan isterinya kerana isterinya kedekut.
"Orang lelaki, bila isteri kedekut mula la nak cari lain." Cerita Encik Mawi. Aku mula faham maksudnya itu. Maka, Encik Mawi pun mula bercerita sedikit latar belakang Encik XYZ tadi. Aku dengar je lebih kurang.
"Aku pun ada gak niat nak tambah, tapi memikirkan isteri aku tak kedekut sangat, terfikir gak kenapa aku mesti tambah sedangkan dia mudah berkira. Nak dapat, nak dapat. Kesian pulak nanti." Sambung Encik Mawi.
Minggu berikutnya aku keluar makan dengan Si Z pula. Dalam duk makan Nasi Kukus di Jalan Kamarudin, aku bertanya pasal bilangan anak dia.
"3 jer. Isteri aku kata cukup dah dengan 3 orang ni. Aku nak anak lagi, tapi dia tak nak mengandung lagi." Si Z mula bercerita.
"Kalu aku ni ada duit skit, aku rasa kalu aku nak cari sorang lagi pun isteri aku tak kisah. Ye la, sebab dia sendiri dah tak nak anak."
Aku diam sambil senyum. Diam tanda setuju kan?
Aku tidak mahu meneruskan tulisan. Sekadar kongsi cerita masyarakat. Aku juga tidak mahu menghukum atau membuat sebarang ulasan. Maybe ada sesuatu yang perlu direnung dan dinilai. Mungkin pandangan lelaki lain, wanita sudah tentu lain. Tepuk dada, tanya diri..
p/s: Cerita di atas aku sudah kongsi dengan isteri aku. Sengaja sekadar berkongsi kisah masyarakat dengannya. Dia senyum sahaja memahami. So, jangan memandai-mandai nak kata aku mengada-ngada ke apa dengan cerita ini. Heheheh.
No comments:
Post a Comment