Atas permintaan seorang sahabat maya, ADI dan juga atas rasa tanggungjawab memberi penerangan kepada orang ramai khususnya pihak yang biasa berurusan dengan Sabasun berkenaan isu pembundaran wang 1 sen.
Artikel asal atau isu ini bermula bilamana... boleh dilihat dari blog hardyweb. Bagaimanapun semua isu ini boleh dikira selesai dan terjawab bilamana Encik Salmi Ibrahim menjawab artikel berkenaan pada ruang komen. Jawapan itu juga disiarkan kembali oleh hardyweb dalam artikelnya. KLIK sini.
Di sini juga aku copy n paste kembali jawapan En. Salmi dari blog ADI.
------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum WBT,
Terlebih dahulu pihak kami di SABASUN mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan saudara dan saudari di dalam isu tersebut. Di sini juga pihak kami memohon maaf di atas kelewatan di dalam mengambil tindakan di dalam menangani isu tersebut. Sebenarnya, terdapat dua perkara yang melewatkan kami.
Pertama ialah kaedah “jimat & senang kira” yang kami kaji kembali untuk keadilan di pihak pelanggan. Oleh itu kami memperkenalkan sistem senang kira yang agak barlainan. Sistem tersebut adalah seperti berikut:
di antara 1 sen hingga 4 sen akan dibundarkan kepada 0 sen.
Contoh: Sekiranya Jumlah pembelian RM 25.04, Pelanggan hanya perlu membayar RM 25.00.
Manakala di antara 6 sen hingga 9 sen akan dibundarkan kepada 5 sen.
Contoh: Sekiranya jumlah pembelian RM 38.99, Pelanggan hanya perlu membayar RM 38.95 sahaja.
Dari itu, pelanggan sentiasa dipastikan mendapat diskaun di antara 1 hingga 4 sen di dalam setiap transaksi. Manakala pihak Sabasun pula InsyaAllah, tidak terhutang apa-apa dengan pelanggan dalam setiap transaksi.
Kedua, sistem komputer dan perisian kami sedang dalam proses pengaturcaraan kembali untuk menepati keperluan pengiraan yang diputuskan.
Walaubagaimanapun, sistem “jimat & senang kira” di premis kami akan beroperasi sepenuhnya pada 14hb April 2008. Di sini juga kami warga Sabasun ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga di atas sokongan yang telah saudara saudari hulurkan.
Wassalam.
------------------------------------------------------------
Semalam juga aku ada ke Sabasun bagi meninjau harga barang selain membeli beberapa barangan. Apa yang menarik perhatian aku adalah harga MEE KUNING di Sabasun masih pada harga lama iaitu RM 0.99 sahaja. Sedangkan label pada pembungkus mee (harga runcit disyorkan) sudah menjadi RM 1.30. Sedangkan, semasa aku di sebuah pasaraya di Ipoh Parade Isnin lalu (14 April) harga Mee Kuning sudah pada harga RM1.29.
Hari ini harga beras pula dikatakan naik. Namun, aku pasti Sabasun akan menjualnya pada harga lama. Kenaikan harga akan berlaku pada stok baru sahaja. Itupun jika stok baru itu dibeli pada harga baru.
Keyakinan ini aku sandarkan kerana aku yakin peniaga Muslim Melayu ini mementingkan keberkatan dalam urusan seharian mereka. Ini cukup dengan melihat apa yang ada dan berlaku dalam kedai berkenaan semasa urusan jual beli diadakan. Nak tahu apa yang aku maksudkan? Kena la masuk dalam dan membeli. Hehehhe.
Nota: Sabasun sekarang sedang adakan ulangtahun ke 13. Ada cabutan bertuah!! Cabutan pertama 18 April ini. Cabutan kedua, aku lupa la. Mungkin Sabasun boleh perkemaskan laman web mereka dalam menyalurkan maklumat-maklumat berguna kepada pelanggan. Sebab aku pun tak tahu camana nak memastikan aku dapat buat cabutan.
No comments:
Post a Comment