09 January 2007

Haram Musafir Bagi Perempuan Jika Keseorangan

Dari Abi Hurairah r.a katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w "Tidak halal bagi seseorang perempuan yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, musafir perjalanan sehari dan semalam melainkan ada mahramnya, atau pun suaminya.”

Dimaksudkan disini ialah bagi menjaga aman. Dibenarkan musafir bagi perempuan jika bersamanya adalah mahramnya (orang yang haram dinikahi) dan suaminya atau dengan hamba yang amanah. Sesetengah ulama mangatakan dibolehkan dengan sekumpulan perempuan yang ramai yang dijamin amanah dan dapat mengelak dari sebarang fitnah. Ini kerana dikhuatiri timbul fitnah apabila seorang perempuan itu bermusafir sendirian kerana pada diri wanita itu ada kelemahan dan mudah menimbulkan fitnah.

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, bahawasanya dia telah mendengar Nabi s.a.w bersabda “Tidak harus bersembunyi seorang lelaki dan perempuan melainkan bersamanya orang yang haram dinikahinya. Dan tidak harus musafir bagi seorang perempuan melainkan bersama mahramnya atau suaminya". Lalu berkata seorang lelaki di kalangan sahabat, "Ya Rasulullah, sesungguhnya perempuanku keluar untuk menunaikan haji, dan saya telah dikerah untuk berperang di medan jihad". Lalu sabda Nabi s.a.w "Pergi dan hajilah bersama isterimu". – hadith riwayat bukhari dan muslim

Disini ditunjukkan bagaimana Islam memelihara maruah, menjaga harga diri seseorang, termasuk kaum wanita. Allah menjadikan setiap insan itu bermaruah dan mempunyai harga diri samada lelaki mahupun wanita. Hadis ini bukanlah menunjukkan Islam menyekat kebebasan wanita, menghalang hak wanita. Tetapi menjaga kehormatan wanita dari ditimpa sebarang fitnah, mencegah dari berlakunya perkara yang tidak diingini seperti diganggu, digoda, disihir dan sebagainya yang boleh menjatuhkan maruah dan harga diri seorang wanita.

Turut ditekankan di sini dilarang seorang lelaki bersama wanita yang bukan mahramnya berada bersama dalam satu perjalanan tanpa ikatan suami isteri (inikan pula dalam bilik). Ini kerana dikhuatiri timbulnya fitnah kerana bilamana seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu berdua-duaan, maka muncullah syaitan antara keduanya.

Kebenaran ulama terhadap perempuan bermusafir jika bersama dengan kumpulan wanita yang boleh dipercayai dan tidak menimbulkan fitnah hanya tertakluk kepada musafir yang wajib seperti menunaikan haji dan menziarahi ibubapa yang sakit.

nota: kuliah 29 Disember 2006, Masjid Rusila (depan PC sebenarnya)

catatan:
Melihat kepada larangan ini, mmg nampak agak 'terbatas' pergerakan kaum wanita. Tetapi jika dikait dengan masalah semasa dan realiti yang berlaku pada hari ini memang patut difikirkan berkali-kali. Gejala sosial yang berlaku baik pada muda-mudi, mahupun golongan dewasa amat membimbangkan. Ini termasuklah kes-kes khalwat / bersekedudukan dan seumpamanya. Kes-kes rogol, cabul, dan ragut seumpamanya yang melibatkan kaum wanita menjadi mangsa keadaan amat membimbangkan.

Melihat dunia hari ini seolah-olah tidak selamat bagi kaum wanita untuk bersendirian / berjauhan tanpa 'perlindungan' dari suami atau mahram. Apatah lagi jika 'si mahram' pun ada yang mengambil kesempatan terhadap wanita. Nau'zubillah..

p/s: Terasa lak kena cepat2 kawin untuk melindungi wanita. ;)

No comments: