18 January 2007

Aku Bukan Fanatik Warna!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hijau sehijau hijaunya! Maaf kepada yang tidak sukakan warna ini. Sebenarnya aku sudah lama berkira-kira mahu menukarkan warna blog aku yg kelabu kepada hijau. Walaupun punya susunan layout yang sama, namun kombinasi kuning dan kelabu aku rasakan kelakar. Kontra sangat.

Hijau dikatakan warna syurga. Ingat lagi seorang senior semasa di asrama SMKATJ dulu berpesan supaya memakai baju melayu hijau dan putih setiap Isnin. Warna syurga katanya. Hari Isnin kerana nak meraikan hari Isnin yang disunatkan berpuasa. Khamis pun sunat juga, tetapi Isnin antara waktu yang biasa kami bersama. Khamis kadang-kala balik kampung. Jumaat, lagi la susah nak jumpa. Lagipun pakaian rasmi solat Jumaat Baju Melayu putih bersamping hijau. Jadi hari Isnin dia galakkan kami 'merayakan' juga. Tapi waktu itu aku tiada baju melayu hijau. Jadi aku biasanya pakai baju melayu putih yang sama juga akan dipakai pada hari Jumaat.

Aku sebenarnya sedang menyiapkan blog seorang abang yang mengajar di Polisas. Abang Dhil. Warna ini sebenarnya aku cuba padankan dengan blognya. Tetapi aku berkenan dengan template ini. Jadi biarlah untuk dia aku siapkan template biru muda. Warna kegemaran dia juga. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu kami 3 beradik lelaki membesar bersama. Waktu itu cerita 'Maskman' selalu ditayang di kaca TV selain 'Gaban' dan 'Suria Baja Hitam'. Masing-masing berebut mahukan warna untuk hero pilihan. Abang Dhil ketika itu amat meminati hero yang biru. Walaupun warna kesukaan dia adalah biru dan hijau, tetapi kami hadkan seorang memilih satu sahaja. Kerana 2 watak lagi adalah perempuan! Aku memilih hijau dan Abang Chik memilih merah. Warna garang. Sesuai dengan dia. ;)

Mungkin sedia maklum yang aku pro kepada PAS, namun pemilihan warna ini bukanlah kerana pro kepada mana-mana parti, tetapi hanya kebetulan ini warna yang aku suka selain hitam. Purple juga menarik, tetapi susah untuk aku kombinasikan warna. Lagipun nak cari background yang sesuai dengan warna adalah amat susah. Kalu aku tahu menggunakan photoshop, rasanya dah lama aku letak gambar-gambar yang lagi menarik kat atas headletter tu. Merah, panas sangat. Hitam, aku dah kena komen guna warna tu. Putih, terlalu kosong.

Mungkin ada yang melihat aku jenis yang tiada pendirian. Asyik bertukar warna. Macam sesumpah! Baru aku ingat sesumpah = 'Pok Kor Angguk'. Seorang kawan mengatakan Pok Kor Angguk itu adalah 'mentadak'. Mentadak dalam bahasa saintifiknya adalah Seduce Ceina (Jangan percaya!). Cuma yang menyebabkan aku melakukan banyak perubahan sekarang adalah kerana aku masih dalam proses pembelajaran. Harap ada kemajuan dan ke arah kebaikan.

Pembelajaran yang banyak meniru. Banyak melalui teknik copy n paste. Sekali lagi disebut MENIRU ADALAH SATU PROSES PEMBELAJARAN. Jika tidak, masakan Allah hantar sepasang burung gagak mengajar Qabil menanam saudaranya Habil. Anggap je warna yang ceria ini membawa kita melangkah ke Tahun Baru 1428H. ;)


No comments: