LONDON 23 Jan. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan penulis-penulis laman blog supaya lebih bertanggungjawab dan tidak memaparkan hasil kerja yang bertentangan dengan undang-undang.
Tegas Perdana Menteri, meskipun kerajaan tidak membuat tapisan terhadap bahan-bahan dalam Internet, ia tidak bermakna penulis laman blog boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya.
‘‘Mereka (penulis laman blog) tidak boleh mengambil kesempatan dengan melakukan sesuatu yang bertentangan undang-undang. Undang-undang tetap undang-undang.
‘‘Apa makna kebebasan tanpa tanggungjawab,’’ kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Barat dan Dunia Islam: Meredakan Tekanan Masa Kini di sini hari ini.
Abdullah mengulas tindakan sebuah akhbar tempatan (Malaysia) yang menyaman dua laman blog yang didakwa memaparkan kandungan berunsur fitnah dan hasutan baru-baru ini.
p/s: Kebetulan terbaca dalam Utusan pagi tadi. Aku sokong Pak Lah dalam hal ni. Pada aku semua kita perlu bertanggungjawab terhadap apa jua perlakuan yang kita lakukan. Jika tidak dikenakan hukuman di dunia, di akhirat pun sudah tentu tetap ada penghakiman. Sama halnya jika aku tersentuh tangan wanita yang halal dikahwini, mengelus lembut bahu yang terdedah, mengamalkan rasuah, menyalahguna kuasa, menyesatkan orang dengan Islam Hadhari dan sebagainya. InsyaAllah aku akan lebih bertanggungjawab. Wallahua'lam.
1 comment:
Bagi orang yg amalkan Islam, kita cukup bimbang dengan mahkamah Allah di akhirat....
Lantas hidup di dunia pun selamat.
Post a Comment