25 February 2009

Lepaskanlah Eli dan Anak Ali

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam Malaysiakini melaporkan 10 000 tandatangan berupa petisyen sudah diserahkan kepada MB Selangor sebagai sokongan kepada Elizabeth Wong untuk mengekalkan kerusi Dun Bukit Lanjan dan Jawatan Exconya. Sokongan dari rakyat itu diusahakan sendiri oleh penduduk Bukit Lanjan.

Aku secara peribadi bersimpati terhadap Elizabeth yang telah 'dicabul' melalui penyebaran foto-foto dan klip video yang dikatakan dalam posisi separuh teLANJANg. Aku sendiri belum melihat foto dan video berkenaan. Tetapi dimaklumkan foto-foto berkenaan 'biasa-biasa' sahaja.

Terfikir aku, sekiranya foto-foto tersebut adalah 'biasa-biasa' sahaja, kenapa Eli mahu bertindak sehingga melepaskan jawatan? Memang malu jika peribadi kita disingkap seperti yang berlaku kepada Eli, tetapi jika ianya sesuatu yang tidak sampai kepada peringkat kesalahan besar, tiada sebab untuk Eli melepaskan jawatan.

Aku merasakan tindakan Eli mahu melepaskan jawatan adalah sesuatu yang waras pada pemikirannya. Pertimbangan itu mungkin sudah mengambil kira pelbagai perkara. Aku bukan mahu buruk sangka, tetapi aku merasakan gambar yang disiarkan itu mungkin mempunyai cerita yang lebih panjang dan lebih dari sekeping gambar 'biasa-biasa'.

Dalam situasi ini, tindakan Eli mahu melepaskan semua jawatan adalah suatu kewajaran kepada PKR dan Kerajaan PR Selangor. Kita semua perlu menghormati keputusan tersebut. Jangan sampai dari gambar yang 'biasa-biasa', muncul pula nanti cerita 'luar biasa'. Ini yang ditakuti.

Eli tahu tindakannya, maka lepaskanlah dia sebagaimana yang dikehendakinya. Cukuplah kita menyokongnya dari segi menyelar tindakan pihak yang 'mencabul'nya yang melanggar ruang peribadi seorang insan. Cukuplah dan lepaskanlah Eli.

Bagaimana pula dengan anak Ali si Ibrahim? Ibrahim Ali bukan tokoh baru dalam politik tanahair kita. Cukup terkenal dan pimpinan PAS Kelantan juga amat mengenalinya. Bahkan gelaran 'Katak' juga amat sinonim dengan Ibrahim Ali. Lompat dari satu parti ke satu parti bukan perkara yang asing bagi Ibrahim Ali. Semua orang pun tahu.

Anggaplah kerusi Ibrahim Ali sudah dilepaskan. Anggap sahaja kita tersilap percaturan dengan membenarkan logo bulan digunakan Ibrahim Ali dalam PRU 12 lalu. Memang dia yang meminta, tetapi kita terlalu baik dan sentiasa terlalu baik sangka. Kita juga sedar yang logo bulan hanya digunakan ketika pengundian, tetapi hakikatnya adalah bebas.

Kita sendiri yang membebaskan Ibrahim Ali. Kita juga tidak mengikatnya seperti mana yang kita katakan kepada ahli-ahli parti yang lain. Aku percaya Ibrahim Ali tidak terikat dengan Bai'ah. Aku percaya Ibrahim Ali memang berada di pihak bebas. Maka lepaskanlah dia.

Cukuplah sekali terjerat dengan Ibrahim Ali. Bukan kita tertipu, tetapi kita menimba pengajaran. Kita sentiasa diuji kawan dan lawan. Ujian bukan hanya bersifat kesusahan. Ujian juga datang dengan kesenangan. Rahmat juga bukan bersifat kesenangan, tetapi ada ketikanya susah dan perit itu adalah Rahmat yang tidak terhingga.

Wallahua'lam.

4 comments:

Intan Hanina said...

ien dah tgk gambar2 tu.. eeeerr.. ketaQ lutut tetiba hehe

Anonymous said...

Salam amdang,

Lari topik sikit..

Tertarik dengan komen saudara di para akhir - ujian juga datang dengan kesenangan.
Ya, bagi saya ujian kesenangan adalah ujian yang paling besar dan paling ramai yang tewas. Hampir semua bila ditimpa kesusahan akan berdoa, mengharapkan belas dr Allah, mohon simpati dan tempat ngadu pada teman2. Tapi ramai yang lupa diri bila dilimpahi kesenangan. Tak ramai yang bersyukur pada Allah akan rahmatNya. Teman2 dijauhi kerana takut dijadikan tempat mengadu. Terlalu banyak contoh dalam kehidupan saya sendiri...

Dan bila ditimpa kesusahan semula, the cycle continues...

Saya baru di sini, tapi suka dengan cara saudara menulis dengan tenang tanpa maki hamun. Saya bukan ahli Pas, maupun mana2 parti tapi cenderong kepada cara TDM. Akan sering ke sini lagi...

Abuarif said...

Saudara,
Saya amat setuju dengan ulasan saudara.Tetapi dalam kita bersangka baik dengan sesuatu kita harus berwaspada.Gambar itu hanya yang tersurat.apa yang saya jangkakan ialah ada perkara yang tersirat yang lebih besar akibatnya,yang mana yg tersirat yg ampunya diri dan yang terlibat secara langsong saja yang tahu.Dari pengalaman saya dalam congak politik kepartian,selalunya akan ada perkara tersirat dari apa yang tesurat.Sebagai pejuang politik kepartian tulin mereka tak akan peduli dengan apa saja perbuatan pehak lawan sekiranya mereka tahu apa yang berlaku dan mereka tidak berlakun.

amdang81 said...

Ein,
komen saudari ni menakutkan laa..

Dinturtle,
terima kasih atas kunjungan. Saya senang dengan pandangan saudara.

Tapi, kalu nak kata saya ni tak 'keras' tak juga. Tapi dalam beberapa isu dan perkara tak semestinya kita keras dan memekik sentiasa.

Ada kalanya pujuk dan rayu itu lebih bermakna. Ada kalanya herdik dan marah itu yang terbaik. Tidak kurang juga pulas telinga dan rotan itu masih satu bentuk teguran yang perlu dikekalkan.

terima kasih atas sokongan.

Abu Arif,
politik ni selalu dikatakan macam-macam boleh jadi. Memang banyak tersurat dari tersirat. Cuma jangan terlalu tersirat sampai berselirat.. :)