Showing posts with label Bendera. Show all posts
Showing posts with label Bendera. Show all posts

22 February 2008

Gambar-gambar yang aku nak kongsi

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Akhirnya kibaran Bulan Gemilang kembali berkibar di Bulatan Batu Enam. Lebih besar dan lebih tinggi. Tahniah. Di sini juga aku kongsikan beberapa gambar yang boleh dikira menarik sepanjang jalan yang aku jumpa sehari dua ni. Kalu kalian ada lagi beberap agambar menarik leh la kongsi-kongsi ikut email aku. Thanks limie & pejuang bt6 sebab sanggup kongsi gambar dan link.
Bulatan Batu Enam 22 Feb (Jumaat). MBKT Roboh, Pemuda BINA.

Pekan Sungai Tong, Setiu. Dun Langkap.

Aku tak familiar nama tempat ni. Tapi dalam DUN Batu Buruk

Jalan ke Markaz Tarbiyyah Kuala Terengganu, Kuala Ibai

Antara sebuah Pondok petugas yang menarik perhatian aku

Perang Bendera di Dun Wakaf Mempelam


20 February 2008

Sedikit Catatan di Batu Enam

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Terengganu panas lagi. Khususnya di Pekan Batu Enam yang merupakan pinggir Bandaraya Kuala Terengganu. Semuanya gara-gara tindakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) membuang bendera PAS yang dipasang di Bulatan Batu Enam.

Mengikut pentadbirannya, Pekan Batu Enam ini terletak dalam Daerah Kuala Terengganu dan ditadbir oleh MBKT, namun dari segi pecahan politiknya berada dalam Parlimen Kuala Nerus. Pekan yang kecil ini merupakan laluan utama ke Pusat Bandar jika melalui Jambatan Sultan Mahmud sekiranya datang dari Kelantan.

Gambar malam sebelum kejadian. Pemuda PAS Batu Enam bertungkus lumus memasang bendera

Kelihatan Penguatkuasa MBKT memanjat staging. Kawasan sudahpun agak clear.

Pekan Batu Enam ini tidak asing bagi aku. Dulu sewaktu di zaman persekolahan aku biasa datang ke pekan ini untuk menikmati Air Batu Cendol Pulut. Sedap. Dulu harganya sekitar RM0.50 sahaja semangkuk. Juga tidak lupa Nasi Ayam Batu Enam yang tersohor serta pelbagai kuih-muih yang dijual di dalam Pasar batu Enam.

Ketua Penguatkuasa, Mohd Azmi sedang ditanya wartawan berkenaan tindakan mereka menurunkan bendera PAS

Pekan Batu Enam ini memang dikenali sebagai kawasan penyokong dan pendokong PAS. Ini tidak dapat dinafikan lagi dengan adanya Masjid Taqwa Batu Enam yang hampir saban malam diadakan Kuliah Maghrib. Seminggu sekali setiap Rabu malam Khamis masjid ini turut diadakan Kuliah Maghrib oleh Tuan Guru Presiden PAS. (siaran langsung kuliah mingguan ini boleh diikuti di www.terengganukini.net)

Seorang Penguatkuasa menurunkan bendera PAS di Bulatan Batu Enam

Kira-kira jam 10.30 pagi, segerombolam manusia berpakaiaan biru gelap datang ke Bulatan Batu Enam. Polis dan Penguatkuasa MBKT bersama jentera mereka. Kerja-kerja menurunkan bendera diturunkan segera oleh penguatkuasa MBKT dengan kawalan Polis. Beberapa penduduk yang prihatin segera menuju Bulatan Batu Enam bagi mendapatkan penjelasan. Namun kerja-kerja menurunkan bendera tetap diteruskan.

Selesai menurunkan bendera, kerja-kerja merombak staging pula dilakukan.

Aku tiba sedikit lewat. Makin ramai yang mengerumuni bulatan tersebut. Ketika itu bendera besar yang tergantung di tiang lampu limpah di tengah bulatan itu sudah diturunkan. Aku sedikit kecewa kerana baru sahaja malam sebelumnya aku berniat untuk mengambil gambar bendera berkenaan. Namun disebabkan kurangnya cahaya dan agak gelap, maka aku tangguhkan hasrat menunggu hari siang sahaja.

Semuanya berjalan dengan agak lancar walaupun terdapat suara-suara keluhan dari para penyokong PAS terutama anak muda yang telah memasang bendera-bendera berkenaan. Rundingan yang cuba dibuat dilihat gagal kerana tiada pimpinan utama di tempat berkenaan ditambah pula kebanyakan gagal mematahkan hujah ketua penguatkuasa, Mohd Azmi yang mengatakan perbincangan telah dibuat beberapa hari sebelum itu.

Pihak Penguatkuasa turut menurunkan bendera di tepi jalan yang membuatkan penyokong PAS marah.

Sekitar jam 12, Ustaz Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang dalam perjalanan ke Bandar Kuala Terengganu telah singgah bagi mendapatkan kepastian apa kekecohan yang berlaku. Rumah ustaz ni area Kampung Tok Jiring je. Kira-kira sebelah kampung sahaja. Ustaz ABC yang dikenal dengan keberaniannya telah meluru masuk dan mempersoalkan Mohd Azmi atas peruntukan apa mereka bertindak membuang bendera PAS itu. Oleh kerana tergagap-gagap menjawab, maka Ustaz ABC meminta semua penguatkuasa dan pihak polis berundur dan keluar dari kawasan terbabit dengan segera.

Sebahagian poster yang dipasang di Pekan Batu Enam

Melihat kepada kesungguhan Ustaz ABC menghalau penguatkuasa terbabitlah, ramai anak muda yang berada sekitar bulatan berkenaan mula menuju ke hadapan dan mula menakut-nakutkan penguatkuasa terbabit. Namun suasana masih terkawal walaupun terdapat sedikit ketegangan.

Alhamdulillah dengan tindakan berani terbabit, beberapa bendera yang masih tidak dibuang ditinggalkan begitu sahaja. Namun apa yang paling menarik minat aku ketika suasana semalam adalah melihat kepada kesungguhan sokongan dari pelbagai pihak di Pekan Batu Enam. Bayangkan ada peniaga ikan dan daging keluar ke jalan dengan memakai apron, juga makcik-makcik turut meninggalkan gerai jualan semata-mata mahu menunjukkan bantahan.

Wallahua'lam

19 February 2008

Tahniah Pemuda PAS Dungun!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku terima satu call dari seorang forumer TKO kira-kira jam 5.00 petang. Sahabat yang berasal dari Kuala Terengganu itu dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur kerana terdapat sedikit urusan keluarga di sini. Dia yang ketika itu melalui Dungun menelefon aku kerana mahu kepastian bilamana melihat banyak bendera UMNO dan BN patah dan berselerak di tepi jalan.

Aku membiarkan persoalan sahabat itu berlalu kerana mungkin nanti ada maklumat lain dari sahabat-sahabat dari Dungun yang akan melaporkan kepada TKO. Kebetulan pula, ketika itu aku sedang dalam mood kerja yang cukup tinggi. Bukan selalu dapat fokus pada kerja dengan baik. Apatah lagi dalam suasana PRU ini yang memaksa bekerja dengan lebih pantas bagi membolehkan kerja-kerja membantu parti dapat dilakukan sehabis waktu pejabat.

Selepas selesai 'kerja-kerja sesi malam', aku segera menelefon seorang sahabat di Dungun. Semuanya kerana mahu mendengar sendiri apa sebenarnya yang berlaku di Dungun itu. Aku kira orang yang aku hubungi itu cukup bermaklumat untuk memberikan sedikit ulasan berkaitan apa yang telah disiarkan oleh TV3 malam tadi. Akhirnya aku senyum puas. Suatu kebangaan pula lahir dalam hati aku kepada pemuda Dungun.

Sekadar Hiasan. (Pemuda Batu 6 memasang bendera di Bulatan Batu 6)

Memang Pemuda PAS yang cabut bendera UMNO/BN tu. Itu reaksi awal yang sahabat tadi maklumkan. Aku yang pada mulanya menyangka ianya merupakan suatu provokasi UMNO agak sedikit kecewa. Namun, aku tetap pasti pemuda PAS tidak bertindak tanpa sebab. Mesti ada sesuatu menyebabkan bendera UMNO/ BN itu dicabut.

Beberapa malam sudah, seperti di tempat-tempat lain juga, Pemuda PAS Dungun sudah memulakan operasi memasang bendera di tempat-tempat strategik di sekitar Bandar Dungun. Malangnya, bendera itu selalu tidak kekal lama kerana Majlis Daerah Dungun (MDD) amat cekap dalam menurunkan Bendera PAS. Semua itu sudah tentu kerana mereka mendapat arahan dari pihak UMNO Dungun sendiri yang tidak senang melihat bendera PAS berkibar di Dungun. Apatah lagi YDP MDD juga merupakan seorang 'gedebe' yang kuat menyokong perjuangan parti yang memisahkan agama dan politik itu.

Namun, atas rasa memastikan syiar berkibar, pemuda Dungun terus cekal dan tabah meneruskan usaha memasang bendera di sekitar Bandar Dungun walaupun menerima risiko bendera mereka akan dicabut oleh MDD. Apa yang menjadi persoalan adalah, mengapa hanya bendera PAS yang diganggu, sedangkan bendera BN dibiarkan tanpa sebarang ancaman. Perbincangan dengan MDD bagi memastikan bendera PAS dibenarkan berkibar, namun alasan 'arahan orang atasan' selalu digunakan. Maka, ada lagi bendera PAS menjadi mangsa.

Petang tadi, Deris Jusoh dijadualkan akan merasmikan suatu program belia di Padang Astaka Dungun. Jadi, sebagai suatu rasa protes dan marah dengan tindakan MDD yang selalu mencabut bendera PAS, suatu keputusan tegas dan berani telah diambil Pemuda Dungun bagi memastikan kedatangan Deris Jusoh akan disambut dengan bendera PAS sepanjang jalan ke Astaka. Tempat yang paling strategik dan menarik pemasangan bendera adalah Jambatan Dungun. Maka, malam tadi lebih 500 petugas PAS berkumpul bagi memasang bendera dan berkawal bagi memastikan bendera PAS tidak diganggu.

Pemuda PAS juga telah mengeluarkan peringatan kepada pihak MDD supaya tiada satupun bendera PAS yang akan dicabut dan diganggu. Amaran tindakan balas mencabut semua bendera akan dilakukan sekiranya ada bendera PAS yang diganggu.

Seawal jam 8.00 pagi, beberapa batang bendera PAS telah diusik dan dicabut oleh MDD. Bagi mengotakan janji dan bagi memberikan tekanan kepada MDD yang dilihat mencabar pemuda, maka suatu gerakan besar-besaran telah dilakukan oleh Pemuda PAS Dungun dengan mencabut semua bendera yang ada di sekitar Bandar Dungun tanpa mengira Bendera PAS mahupun UMNO/BN.

Pada aku, tindakan Pemuda PAS Dungun itu suatu tindakan tepat dan cukup berhikmah bila berdepan dengan pihak berkuasa yang berat sebelah itu. Tindakan yang tepat pada masa yang amat sesuai itu sudah tentu tidak akan disenangi oleh musuh-musuh yang selamanya membenci kepada kebenaran dan keadilan.

Sesekali perlu jengilkan mata sekiranya dehem sudah tidak difahami. Tahniah Pemuda PAS Dungun!! Anda memulakan suatu tindakan yang mungkin boleh dijadikan jalan bagi pemuda di tempat-tempat yang lain.

Mungkin ada yang mempersoalkan tiada hikmah tindakan itu bilamana TV3 dan Deris Jusoh melabel PAS dengan pelbagai label buruk di media mereka, maka perlu kita fahami mereka itu golongan yang tidak akan meredhai kita selagi mana kita tidak mengikut mereka.

Tahniah!! Pemuda PAS Dungun.

14 February 2008

Pemuda PAS Buat Laporan Polis Terhadap Dato Che Mat

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ini berita yang aku petik dari Buletinonline.

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/chemadj.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
(Foto: Selepas membuat laporan di Balai Polis KT)

Kuala Terengganu, 14 Feb – Ketika sedang bertugas memasang bendera di Kampung Nibong Atas, dekat sini, lima orang pemuda PAS telah diancam tembak dengan senapang patah oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Che Mad Jusoh.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 pagi, dihadapan rumah Dato’ Che Mad, yang bernombor Lot 1396, Kg Nobong Atas, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu. Lima pemuda yang terlibat adalah Muhammad Zulkifli bin Zakaria, 21, Mohd Faiz Ashraff Bin Ramly, 21, Abdul Rizuan Bin Abd Rahman, 18, Mohd Shukry Bin Md Jusoh, 21 dan Mohamad Zamani Bin Omar, 25, kesemuanya dari PAS Cawangan Kampung Nibong.

Mereka memulakan tugas menaikkan bendera di kawasan kampung sekitar jam 1.00 pagi. Apabila sampai di hadapan rumah Dato’ Che Mad, mereka cuba memanjat tiang telefon untuk mengikat bendera ditiang tersebut. Sebelum sempat bendera ditegakkan, tiba-tiba Dato’ Che Mad keluar dari rumah dan memarahi mereka.

Dato’ Che Mad mengugut dengan berkata “jangan melampau, kang boleh susah kang!”, dengan maksud untuk menghalang para pemuda PAS menaikkan bendera diatas tiang telefon yang berada ditepi jalan utama diluar pagar rumahnya.

“Kami tidak jadi meneruskan niat, mengumpulkan semua bendera dan peralatan, berkira-kira untuk beredar dari situ segera” jelas Mohd Faiz.

Walaubagaimanapun belum sempat para pemuda tersebut beredar, selepas masuk kedalam rumahnya beberapa ketika, Dato’ Che Mad muncul dengan selaras senapang patah.

“Dia mengacukan senapang kepada kami sambil memasukkan peluru” tambah Mohd Faiz dan rakan-rakanya kepada BuletinOnline didalam sessi temubual di Pejabat Perhubungan PAS, pada petang ini.

Dato’ Che Mad mengacu senapang patah kearah pemuda tersebut sambil membuat ancaman dengan berkata “mu letak lah! Aku tembak kang!” , dengan maksud sekiranya para pemuda tersebut meletakkan bendera di hadapan rumahnya, dia akan menembak mereka.

“Kami terkejut, dan saya terus lari” kata Muhammad Zulkifli.

Sehubungan dengan itu, mereka telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 6.00 petang tadi.

Saudara Wan Faizul, Setiusaha Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu ketika dihubungi Buletin Online merasa kesal atas apa yang berlaku. Selain itu, dia juga merasa amat pelik dengan tingkah laku pemimpin UMNO itu yang mengambil jalan ‘perbalahan dan peperangan’ dalam masa semua pihak menghargai dan menghormati demokrasi.

“Pilihanraya adalah demokrasi, semua parti berhak menegakkan syiar masing-masing. Perbuatan menggunakan senjata api, mengugut dan mengancam para petugas demokrasi adalah umpama ‘pengganas’” jelas Wan Faizul.

------------------------------------------------------------------------------------
kenapa tiba-tiba aku terasa mahu pergi 'acu cuba try test' pasang bendera depan umah Che Mat Jusoh?? :D

Dato' Che Mat Jusoh Mengamuk!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Seawal jam 5.30 pagi tadi aku menerima sms yang berbunyi " Dato Che Mat Jusoh acu senapang kepada petugas PAS yang pasang bendera dekat jalan depan rumah dia tadi!"

Dalam terpinga-pinga aku bangun membaca sms tersebut. Dalam muka belum berbasuh aku senyum. Isu panas nih. Mahu sambung sedikit lagi tidur sebelum menjelang Subuh, tiba-tiba dapat lagi satu SMS yang berbunyi "Dato Che Mat Jusoh mengamuk dan acu senapang kepada petugas PAS yang pasang bendera depan rumah dia. Tension la tu sebab tak leh jadi calon Batu Buruk"

Tak jadi sambung tidur dan bangun untuk siap-siap solat Subuh.

Tengahari ini sewaktu di opis tertunggu-tunggu juga ada maklumat lain yang diterima, namun tiada. Seorang kawang mengatakan akan dibuat laporan polis insiden berkenaan, tapi sehingga aku balik dari opis pun masih tidak ada sebarang berita mengenai laporan polis tersebut.

Cuma aku terima maklumat, MBKT pun turut mengamuk dengan mencabut bendera PAS di Bulatan Batu Bersurat. Asalnya bendera UMNO/ BN juga dipasang di situ, namun awal-awal pagi sudah ada beberapa puak UMNO yang membuka kembali. Rupa-rupanya mereka sudah mendapat arahan dari pihak atasan MBKT supaya membuka bendera mereka kerana MBKT bercadang membuang bendera PAS. Agaknya ada arahan kerana bendera PAS yang dipasang di situ cukup strategik.

Seorang sahabat yang mengikuti pertemuan parti-parti politik dan MBKT hari ini menceritakan suatu hal yang menarik juga semasa perbincangan dengan Datuk Bawasir. Datuk Bawasir menerangkan peraturan yang perlu dipatuhi semasa kempen berjalan nanti. Antaranya, diberi contoh, bendera PAS tidak boleh dipasang di DUN Bandar kerana PAS tidak bertanding di DUN Bandar. Maka hanya bendera PKR sahaja yang boleh dipasang.

Maka segera ada wakil dari PAS menegur Datuk Bawasir dengan mengingatkan bahawa PAS tetap boleh memasang bendera PAS di DUN Bandar. Ini kerana PAS bertanding di Parlimen Kuala Terengganu yang akan diwakili Mohamad Sabu, sedangkan DUN Bandar adalah sebahagian dari Parlimen Kuala Terengganu.

Bila dipersoal bendera umNOlah sebenarnya yang tidak boleh dipasang kerana umNO tidak bertanding satu kerusi pun di Malaysia ini, maka diberi alasan umNO parti berdaftar dan kompenan BN. Alahai Datuk Bawasir, baru 2 bulan dah pening. Ini baru jaga bandaraya sekangkang kera, kalu jaga bandar yang lagi besar tak tahu la jadi apa.

Seorang kawan semasa minum tengahari tadi bergurau mencabar MBKT mencabut bendera PAS di Pekan Batu Enam. Itu masih wilayah MBKT. Agaknya tak berani MBKT tu nak cabut bendera PAS di sana. Apapun, aku mahu tunggu dan lihat...

Video Bendera PAS di Bulatan Batu Bersurat sebelum ianya 'tersurat' oleh MBKT. KLIK.
------------------------------------------------

NOTA: Tulisan di atas sebelum ini terdapat sedikit KESILAPAN yang tidak disengajakan. Bagaimanapun, setelah menyedari dan dirujuk kembali kepada pemberi maklumat, maka aku dah perbetulkan. Harap Maaf atas segala KESILAPAN.

17 September 2007

Siapa Imran Makhzan?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Setelah seminggu lebih berlalu, barulah ada beberapa individu menegur dan memberi sedikit maklumat pasal Imran Makhzan ini. Ada yang aku dapat melalui TKO, ada melalui SMS dan juga melalui YM. Semua maklumat ini aku langsung tidak tahu kebenarannya. Tetapi aku masukkan maklumat di sini kerana mungkin boleh menjadi panduan kepada mereka yang perlu mengenali Imran Makhzan. Fotographer terkenal ni. Paling kurang anda boleh minta khidmat dia untuk ambik gambar kahwin anda senyumkenyitsenyumkenyit

Nama : Imran Makhzan
Umur : Sekitar akhir 30-an. Kalu masuk 40 pun awal la.

Asal : Kelantan Darul Naim

Kerja : Jurukamera NST

Status : Sudah Berkahwin. Isteri juga seorang Jurukamera.

Alamat : Taman Sri Manir, Kg Banggol Tuan Muda
Telefon : 6012-9637860

Jika anda melalui pejabat NST Terengganu, bolehlah intai-intai Imran Makhzan dengan kereta Wira Hijaunya.

Maklumat di atas bukan dengan niat provokasi kepada individu terbabit (Imran Makhzan), tetapi supaya pihak polis CELIK MATA dan menyiasat siapa lagi yang boleh memberi maklumat sehingga tertangkapnya Si Pembakar Jalur Gemilang yang diupah oleh UMNO dan BN itu. Ambe masih bersangka baik dengan Imran Makhzan yang memasukkan gambar yang ASAL dan bukan Super Impose seperti yang didedahkan beberapa pihak, namun timbul curiga bilamana gambar yang diambil dari jarak dekat dan individu yang diupah UMNO itu tertutup mukanya seolah-olah ada pakatan antara mereka.

Apapun, isu bakar bendera merupakan isu yang agak terpinggir dan sengaja dibesar-besarkan. Isu sebenar yang patut akhbar dedahkan adalah isu penggunaan peluru hidup oleh pihak berkuasa kepada orang awam. Sehingga hari ini kita tidak tahu apakah jenis pistol yang digunakan, dan benarkah polis terbabit benar-benar terancam nyawanya sehingga melepaskan tembakan yang boleh meragut nyawa orang awam? Apakah begitu selamat kita semua jika polis bebas menggunakan peluru hidup? Apakah kisah peluru hidup dan pistol sudah menjadi kecil bilamana C4 dengan bebas dapat digunakan terhadap orang awam?



Sekadar gambar hiasan. Bom dan pistol ini bukan milik aku. sengihnampakgigisengihnampakgigi

12 September 2007

Bakar Bendera: Siasat segera IMRAN MAKHZAN!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Gambar di atas sudah beberapa kali aku masukkan dalam blog ini. Tak lain dan bukan hanyalah kerana gambar ini begitu hangat sekali diperkatakan. Gambar ini aku ambik dari akhbar Berita Harian, 10 Sept 2007 di halaman 4. Gambar ini mungkin diambil oleh IMRAN MAKHZAN dari BERITA HARIAN. Aku katakan IMRAN MAKHZAN adalah kerana tertulis nama beliau pada tepi gambar berkenaan. Aku tidak kenal siapa IMRAN MAKHZAN, tetapi pada aku beliau bolehlah menjadi saksi utama KES BAKAR BENDERA ini. Beliau yang paling hampir, sudah tentu beliau tahu ke mana hala tuju pemuda itu selepas membakar kejadian berkenaan. Paling kurang, mungkin ada gambar-gambar lain lagi yang menunjukkan siapa pemuda berkenaan.

Pada aku perbuatan membakar bendera negara sendiri memang biadab. Sebab bendera merupakan panji negara dan menjadi lambang kepada negara. Sebab itu jika mahu menunjukkan kebencian, dan kemarahan kepada sesuatu pihak atau negara, maka 'membakar bendera' adalah menjadi simbolnya. Dalam kes ini, IMRAN MAKHZAN pada aku berjaya menunjukkan kepada rakyat Malaysia ada pihak yang tidak menghormati Jalur Gemilang, namun apa pula tindakan IMRAN MAKHZAN dalam mencegah perbuatan tersebut, atau sudikah IMRAN MAKHZAN tampil ke hadapan menjadi saksi?? Polis, SB, Menteri perlu desak IMRAN MAHKZAN ini tampil dan membuat kenyataan kes ini. Jika tidak menteri hanya berkokok marahkan pembakar bendera, tetapi dilihat tidak mahu menyelesaikan kes ini dengan segera!

Sewaktu kita sibuk menyambut kemerdekaan baru-baru ini juga aku sempat terbaca satu artikel dari pihak pemerintah berkenaan tata susila menghormati bendera negara. Antara yang disebut dan diajar adalah cara memasang bendera pada kenderaan, susunan bendera sekiranya ada bendera negeri, kesalahan yang biasa dilakukan dalam hal bendera dan macam-macam lagi berkaitan bendera. Antara kesalahan yang pada aku menarik dan agak kelakar (namun ada sedikit logik!) adalah membuat kek berbentuk bendera. Ini kerana kek bendera itu nanti akan dipotong-potong (baca dengan kefahaman dipotong dengan cara ganas dan kejam) dan akan dimakan. Aku sebelum ini langsung tidak tahu berkenaan hal ini. Alhamdulillah aku tidak pernah pula "memakan Jalur Gemilang" yang aku sayangi itu.

Beberapa hari selepas membaca artikel berkenaan, aku terjumpa satu gambar dalam Berita Harian yang menunjukkan suasana di bawah:
Ohh, ini menteri! Apakah menteri di Malaysia tidak tahu kesalahan memotong kek (dengan pisau yang tajam, dah tentu dengan cara kejam dan ganas!) ini akan dikira menghina Jalur Gemilang?? Aku tertungu-tunggu juga sekiranya ada pihak yang menegur cara sambutan berkenaan, namun sehinggalah malam 31 Ogos pun tiada pihak yang tampil menegur perbuatan menghina Jalur Gemilang ini. Aku kira mungkin menteri ini tidak tahu perbuatannya salah, namun aku kira perlu menteri terbabit dan pihak yang terlibat dalam kerja-kerja pemotongan kek ini meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesalahannya itu. Aku bukan zalim mahu menghalau menteri yang tidak menghormati Jalur Gemilang ke luar negara, cuma aku mahu menteri juga bertanggungjawab terhadap perbuatannya.

Berbalik kepada siapa yang membakar bendera, aku kira seluruh pimpinan PAS pun setuju jika aku katakan mereka yang membakar berkenaan perlu disiasat samada rakyat Malaysia, Mat Rempit, Pendatang Haram, Pemuda UMNO, hatta pemuda PAS sendiri pun!. Aku kira semua rakyat Malaysia tidak mahu bersekongkol dengan pemuda yang tidak beradab ini!!

Nota: Jalur Gemilang dijadikan Kek sebenarnya merupakan satu kesalahan yang disebutkan. Adapun POTONG KEK tu saje aku sedapkan sebab Kek memang kena potong kalu nak makan. So, aku gambarkan potong kek itu sebagai MEROSAKKAN Jalur Gemilang dan ayat kejam dan zalim tu nak tunjukkan KESALAHAN sahaja. Wallahua'lam.

amdang: Adapun isu bakar bendera sengaja diadakan bagi mengalih perhatian TEMBAKAN PELURU HIDUP.