Showing posts with label Hadhari. Show all posts
Showing posts with label Hadhari. Show all posts

02 April 2009

Tarian Seksi: Budaya Cina atau Budaya UMNO / BN?


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Aku malas nak komen. Tapi aku rasa Zahid Hamidi menelanjangkan dirinya lebih dari gadis-gadis yang menari di pentas tersebut. Penjelasan Zahid mengenai tarian tersebut yang disifatkan sebagai budaya bagi kaum Cina amatlah memalukan sama sekali.

Tanyalah kaum Cina, dan aku percaya budaya sebegini bukan sebahagian dari masyarakat mereka. Menuduh kaum Cina sebegitu bukan sahaja menaikkan amarah kaum Cina, malah menunjukkan Zahid sendiri tidak tahu sejarah. Sejarah sesuatu bangsa, sejarah suatu budaya.

Video dan berita dari Malaysiakini.





04 January 2009

Islam Hadhari menolak UMNO dan BN

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Artikel ini suka untuk aku kongsi dengan kalian. Pertamanya artikel ini meminta pengundi menolak pemimpin UMNO dan BN. Keduanya bagi aku artikel ini mendedahkan Islam Hadhari yang cuba diperkenalkan itu menyulitkan Islam itu sendiri. Islam itu mudah. Jika Islam yang kita anuti ini diajar dengan mencampur-campur menjelaskan prinsip-prinsip Islam Hadhari, aku percaya bukan kefahaman yang didapati, malah lebih menyusahkan, merumitkan dan tidak mustahil akan menyesatkan.

Wallahua'lam.

------------------------------------------------------------------------------

Gagasan Islam Hadhari menolak politik wang

Oleh ZIN MAHMUD

Prinsip ketiga Islam Hadhari ialah kerajaan adil dan beramanah. Tetapi tentunya dalam usaha membangunkan sebuah kerajaan adil dan beramanah, amalan-amalan buruk dalam berpolitik seperti politik wang, gila kuasa, rasuah, fitnah politik, nepotisme, tamak kuasa dan gila wanita adalah ditolak oleh gagasan Islam Hadhari.

Sememangnya Islam dengan jelas menolak amalan-amalan buruk dalam berpolitik itu. Tetapi apabila dikaitkan dengan Islam Hadhari, iaitu ciri-ciri ketamadunan adalah lebih ketara amalan-amalan itu ditolak kerana ia akan menyemai kerosakan dan akhirnya meruntuhkan peradaban dan jati diri sesebuah negara.

Dalam sejarah silam tamadun Islam, dapat disaksikan bagaimana politik wang, gila kuasa, rasuah, fitnah politik, nepotisme, tamak kuasa dan gila wanita menumbangkan kerajaan-kerajaan besar Umaiyah, Abbasiah dan Uthmaniah. Walaupun sistem pemerintahan moden jauh berbeza daripada apa yang diamalkan oleh masyarakat dahulu, tetapi bahaya yang serupa masih menjadi ancaman bagi umat Islam.

Maknanya kalau dahulu tamadun dan kerajaan Islam jatuh apabila mereka yang berkuasa, daripada khalifah hinggalah kepada pegawai-pegawainya membuat keputusan bukan berdasarkan kepada keadilan tetapi atas sogokan wang, maka ia menjadi politik wang yang akhirnya menumbangkan kerajaan-kerajaan terdahulu.

Sesungguhnya, baik pada zaman dahulu atau pun sekarang, kekuasaan merupakan amanah yang berat, bukan saja dipikul oleh khalifah tetapi pegawai-pegawainya yang dilantik. Sistem pemerintahan moden hari ini telah memperkenalkan pelbagai kaedah dan peraturan untuk menjadikan kuasa yang dipegang mencerminkannya sebagai amanah rakyat.

Justeru, sistem pemerintahan demokrasi yang meletakkan kuasa di tangan rakyat adalah memenuhi idealisme tamadun yang dikehendaki Islam. Maka, gagasan Islam Hadhari yang meletakkan kerajaan adil dan beramanah sebagai salah satu daripada 10 prinsip akan menuntut supaya politik dengan menggunakan wang secara menyeleweng tidak ada tempat dalam pembinaan tamadun.

Maka, asas kepada politik yang bersih dalam sistem demokrasi terletak pada parti-parti politik. Mereka harus bebas daripada politik wang, gila kuasa, rasuah, fitnah politik, nepotisme, tamak kuasa dan gila wanita. Jika tidak, adalah mudah untuk difahami bahawa cita-cita Islam Hadhari tidak akan tercapai kerana salah satu prinsipnya adalah masyarakat berbudaya dan bermoral.

Tetapi adakah aspirasi ini mustahil untuk dicapai kerana ia terlalu ideal? Adakah Islam Hadhari itu terlalu ideal? Dengan melihat bahawa politik wang dan segala amalan-amalan buruk itu tidak dapat dibasmi kerana sifat manusia yang normal dengan mempunyai rasa tamak, mahukan kuasa dengan menggunakan wang serta wanita bagi lelaki.

Dalam hal ini, ada baiknya melihat ajaran Islam dan hubungannya dengan tamadun. Islam merupakan suatu gerakan moral, bermula di Mekah, menjadi negara di Madinah dan akhirnya membina tamadun di Damsyik, Baghdad, Kordova, Kaherah, dan Istanbul.

Dalam hal ini, jika melihat perjalanan sejarah tamadun Islam itu, dapat disaksikan keupayaan manusia untuk bangkit mencapai kecemerlangan hingga membawa kegemilangan kepada umat Islam. Begitu juga dapat disaksikan bagaimana kelemahan manusia yang membawa amalan-amalan buruk dalam politik merupakan sebahagian sifat biasa dan akhirnya meruntuhkan tamadun,

Kebangkitan akhlak yang dirintis oleh Rasulullah s.a.w di Mekah telah membuktikan manusia mampu keluar daripada kedudukan tidak berbudaya dan ia boleh dilaksanakan, walaupun tentunya memerlukan perubahan mental dan seterusnya membangun diri bagi membina tamadun.

Sememangnya dalam perkiraan akhir, sebarang perubahan terletak pada kehendak dan usaha individu bagi menentukan jalan untuk mengelak daripada terjebak ke dalam amalan-amalan buruk dalam berpolitik. Bagaimanapun jika melihat sejarah dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah dan Madinah, tajdid atau pembaharuan perlu dilakukan secara penglibatan masyarakat. Perkara ini pula memerlukan tindakan secara kolektif melalui jemaah. Sama ada jemaah dalam bentuk bilangan yang kecil atau angkatan yang besar. Jika dalam bentuk angkatan yang besar, maka diperlukan jemaah yang kecil di dalamnya untuk menggerakkan pembaharuan.

Sementara mana-mana jemaah bagi sesuatu pembaharuan pula memerlukan kepimpinan dengan pengikut yang berkesan untuk mencapai matlamat politik yang dikehendaki. Jika dapat difahami proses ini, maka akan disedari bahawa idealisme Islam khususnya dalam aspirasi Islam Hadhari dapat dicapai. Sememangnya kepimpinan Rasulullah s.a.w tidak dapat ditandingi oleh sesiapa, Kemampuan baginda memberi kepimpinan yang unggul telah membawa kejayaan Islam sehingga ke hari ini.

Tetapi Rasulullah s.a.w telah mewariskan ajaran baginda, baik dalam bentuk al-Quran dan Sunnah mahupun pemahaman oleh para pemikir Islam turun temurun sehingga hari ini yang mampu membantu umat Islam, dan manusia keseluruhannya mencapai ketamadunan berbudaya dan bermoral.

Maknanya kejayaan Islam juga bersandarkan kepada keupayaan kepimpinan pewarisnya bukan saja daripada Khalifah Ar-Rasyidin, Umaiyah, Abbasiah dan Uthmaniah tetapi juga pemimpin-pemimpin pejuang kemerdekaan dan juga selepas negara mencapai kemerdekaan dan berada dalam zaman pembangunan.

Dalam mendorong para pemimpin supaya melaksanakan pemerintahan yang adil dan amanah, peranan pengikut amat penting. Selain itu rakyat dan masyarakat juga mampu mencorakkan jalan mana yang akan menjadi pilihan pemimpin mereka. Lebih-lebih lagi pada zaman ini apabila pemerintahan dilakukan dalam bentuk demokrasi.

Maka, perjuangan bagi pembersihan dalam amalan berpolitik dapat dilakukan melalui kesedaran umum tentang pentingnya politik bersih daripada perkara-perkara baru. Di peringkat parti, jika ahli-ahli parti berkenaan mempunyai kesedaran tinggi dalam hal ini, mereka bukan saja menghindarkan diri daripada korupsi politik tetapi menolak pemimpin yang berbuat begitu.

Di sinilah terletaknya kepentingan pada kesedaran di kalangan masyarakat bagi menolak politik wang. Tentunya kesedaran memerlukan pendidikan yang berpanjangan dan berterusan. Maka pada keseluruhan, gerakan Islam Hadhari juga pasti merangkumi juga usaha membanteras politik wang dan rasuah.

December 4, 2008.

p/s: Aku sedang membayangkan sekiranya artikel ini dibaca oleh orang-orang tua di kampung-kampung. Sure susah nak faham apa kehendak Islam dan apa kehendak Islam Hadhari.

20 April 2008

Taman Tamadun Islam: Apa Khabarnya Sekarang?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Di TTI inilah terletaknya Masjid Kristal yang belanjanya menelan juta-juta, namun kapasitinya muatannya hanya mampu menampung 800 jemaah sahaja dalam satu-satu masa. Masjid ini juga tidak diwartakan bagi menunaikan Solat Jumaat. Sebabnya, masjid itu dibina di sebuah pulau yang tiada penghuninya.

TTI dirasmikan awal Februari 2008 oleh Pak Lah. Perasmiannya dibuat sempena Perkampungan Hadhari 2008 Terengganu. Beberapa hari berikutnya pula Tuanku Sultan Mizan merasmikan Masjid Kristal. Ini turut menjadi isu bilamana Tuanku Mizan yang merupakan YDP Agong merasmikan Masjid Kristal yang hanya menjadi sebahagian TTI. Beberapa sumber mengatakan isu ini turut menjadi kemurkaan Tuanku kepada Deris Jusoh.

Sebahagian kerja-kerja penyiapan yang dijalankan.

Ketika tiba di jalan masuk, aku sedikit tergamam. Sudah dirasmikan 2 bulan yang sudah, namun sebenarnya ianya masih belum siap sepenuhnya. Walaupun secara keseluruhan binaan monumen yang dibina hampir siap sepenuhnya, namun landskap dan susun atur bangunan masih dilihat jauh dari siap. Aku kira memakan masa 2 atau 3 bulan lagi.

Rumah pekerja jelas kelihatan di sebelah kanan jalan masuk. Kebanyakannya pekerja asing. Padanlah Mat Said marahkan MB sebelumnya dengan cuba memastikan pekerja tempatan mestilah 60% melebihi pekerja luar bagi projek-projek selepas ini.

Ketika aku tiba, jam menunjukkan sekitar pukul 6 petang. Kelihatan kira-kira 10 - 15 buah kereta berada di tapak parking masjid. Aku terus ke Masjid Kristal. Walaupun pengunjung yang hadir tidak sampai 100 orang dalam satu-satu masa, namun pengunjung tidak putus-putus silih berganti. Pada aku, agak kurang sambutan jika pelaburan yang dibelanjakan membina masjid itu berbanding jumlah yang hadir. Mungkin kerana belum siap sepenuhnya.

Notis larangan bagi mereka yang tidak menutup aurat

Masuk sahaja perkarangan masjid, terpampang satu notis yang melarang pelawat yang tidak menutup aurat memasuki kawasan masjid. Aku lihat notis terbabit agak jauh dari pengawal yang sedang berbual sesama mereka. Aku cuba mengintai-ngintai jubah untuk pelawat sepertimana disediakan di masjid-masjid yang biasa dikunjungi pelancong. Namun, tidak pula kelihatan.

Seorang sahabat yang bersama-sama mengunjungi masjid berkenaan sempat merakam beberapa individu termasuk pelancong yang tidak menutup aurat dengan sempurna (aku ambik klasifikasi tudung je) berada dalam perkarangan masjid.

Semoga roh masjid ini meresapi jiwa mereka untuk berubah

Tanpa menghiraukan larangan, selamba melangkah masuk.

Mat dan Minah Saleh ni mungkin tidak faham Bahasa Melayu

Penjaga masjid langsung tidak memberi kerjasama kepada pengunjung.

Sedang kami mengambil gambar-gambar pemandangan, aku ditegur seorang makcik. "Ada nampak ke gambar jin tu?"

Aku senyum. Kemudian aku menjelaskan kisah Video Jin Masjid Kristal itu kepada makcik tersebut. Aku jelaskan yang gambar tersebut dirakam tanpa sengaja dan bla, bla, bla. Anak dia yang manis tersenyum je di belakang makcik tu. Rupa-rupanya makcik itu datang dari Kuantan kerana mengikut suaminya yang berkursus di Terengganu.

Dalam hati aku, "Ada juga yang datang kerana mahu melihat Jin Masjid Kristal." Macam-macam manusia ni.

Sebelum pulang, aku sempat ke tandas. Walaupun pengunjung tidak ramai, tetapi tandas sedikit berbau hancing. Penarik flush tandas juga aku lihat ada yang sudah rosak. Jika 1 mungkin masih baru berlaku. Tapi bila melihat 2 pam yang sudah tidak boleh dimanfaatkan, aku sedap-sedap hati je mengatakan ianya sudah agak lama tidak diselenggarakan.

Sedikit kerosakan telah berlaku pada binaan masjid.

Aku meneruskan lawatan pertama kali semalam dengan memasuki ruang solat. Lawa. Mengikut maklumat, masjid ini direka tanpa menggunakan kipas atau aircond. Penyejukan dilakukan dengan sistem angin yang dibawa masuk dari bawah masjid. Namun, semalam ada je kipas tiang beberapa unit dalam masjid. Mungkin digunakan untuk penggunaan masjid yang tidak menyeluruh. Jika ada acara rasmi dan penggunaan secara menyeluruh, mungkin sistem yang canggih manggih itu digunakan.

Lampu dan ukiran yang cantik pada ruang dalam kubah.

Nantilah ada masa, aku berhajat juga untuk Solat Subuh di sini.Sekitar jam 7 malam, aku cepat-cepat bergerak meninggalkan perkarangan masjid. Aku tidak mahu mengganggu makhluk Allah berupa jin yang mahu datang bersolat Maghrib di situ. Wallahua'lam.

19 April 2008

Khutbah dan keberkesanannya kepada umat

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Suka untuk aku kongsi satu isi khutbah yang aku dengar semalam. Khutbah tu dari Kerajaan Negeri Terengganu. Namun, aku tidak pasti khutbah itu dikategorikan sebagai Khutbah Hadhari atau tidak. Maklum la Mat Said dilihat mula melenyapkan perkataan Hadhari dalam pentadbirannya.

Khutbah semalam tu bertajuk "Bersama Menangani Gejala Sosial". Isunya remaja dan gejala sosial. Biasa la jika isunya gejala sosial, maka adalah disebut tentang budaya-budaya yang menular di kalangan remaja sekarang. Kemudian turut disebut peranan ibubapa, masyarakat dan pimpinan bagi menangani masalah ini.

Aku tertarik dengan satu persoalan yang dilontarkan khatib kepada remaja-remaja hari ini. "Apakah Pendidikan Agama yang mereka pelajari di sekolah dan di rumah belum mencukupi? Atau apakah punca sebenar masalah ini, sehinggakan gejala sosial ini kian berleluasa dan menjalar di bandar dan di kampung?"

Nada itu ditekan dengan rasa cukup kecewa. Kecewa bilamana remaja-remaja hari ini seolah-oleh sudah 'tidak makan diajar' lagi. Seolah-olah kita hari ini telah melakukan yang terbaik kepada anak remaja kita hari ini bagi menangani segala permasalahan.

Khutbah juga menegur betapa teruk prilaku anak-anak remaja hari ini apabila budaya barat ditiru dan artis dipuja. Hampir semua penyakit budaya disebut dari A hingga Z. Hampir tiada yang terkecuali. Dari atas kepala, hingga ke hujung kaki. Memang memalukan mendengarnya.

Satu punca yang aku tunggu-tunggu disebut oleh khatib, namun tidak disebut sehingga akhir cukup mengecewakan aku. Peranan media massa samada bercetak mahupun elektronik dalam membawa budaya-budaya ini. Bukan berniat menyalahkan 100% media yang ada ini, namun itu adalah realiti yang ada,

Pada aku, peranan kedua-dua media ini sangat besar pengaruh dan kesan yang diberikan kepada perubahan sikap masyarakat. Hiburan melampau yang dihidang melalui pelbagai program TV samada realiti mahupun fantasi, dan liputan meluas aktiviti hiburan menerusi akhbar dan majalah sungguh melampau.

Ini jauh jika dibandingkan ruangan atau pembahagian masa yang disediakan untuk rancangan agama atau berinformasi sihat. Apatah lagi masa yang disediakan untuk ruangan agama di TV misalnya cukup terbatas. Bicara Mufti disiar seawal jam 6 pagi dan diulangsiar pada tengah malam (seingat aku). Forum perdana dan Al-Kuliyyah hanya seminggu sekali. Pembelajaran agama di sekolah? Cukup jika aku katakan tidak dipandang penting kerana tidak masuk peperiksaan utama.

Aku juga suka menyentuh Khutbah Jumaat yang dilihat gagal memberikan maklumat yang baik dan menepati kehendak masyarakat. Aku berkata begini kerana khutbah yang dibaca teksnya kadang-kala tidak menyentuh masyarakat lantaran setiap tempat berlainan masalah dan penyakitnya.

Sebelum khutbah dibaca, seorang jawatankuasa masjid telah berdiri dan membuat beberapa pengumuman. Di samping pengumuman biasa, beliau juga telah membuat beberapa teguran khusus kepada anak-anak remaja yang dikesan tidak solat, sebaliknya bermain-main di belakang. Selain itu turut ditegur perlakuan anak-anak yang semakin berani membuat vandalisme mahupun jenayah. Para bapa juga dipesan menjaga perlakuan anak-anak.

Pada aku, sepatutnya teguran bersifat setempat itu sewajarnya diselit sahaja dalam khutbah. Ini kerana pengumuman sebelum khutbah biasanya tidak mencapai sasaran yang banyak. Budak-budak muda sudah tentu lewat datangnya. Jemaah juga agak berkurangan ketika itu. Lagipun, isu setempat lebih akan diambil perhatian dari isu yang langsung tidak menyentuh dan berkaitan mereka.

Bayangkan sahaja khutbah menyebut perihal budaya bertatu dan bersubang di telinga bagi lelaki pada masyarakat kampung. Budaya itu terlalu jauh sifatnya berbanding budaya lain seperti merempit, pergaulan bebas, lepak, dadah dan sebagainya. Di sinilah aku lihat betapa medium khutbah yang ada masih gagal menepati kehendak masyarakat.

Mungkin Khutbah Multimedia dilihat moden dan membanggakan. Namun sekiranya isu dan isinya masih kaku dan jumud tanpa pengubahsuaian dari khatib, maka kekal lah khutbah itu dilihat rendah mutunya dan tidak menepati sasaran. Mungkin sahaja khatib yang ada tidak punya upaya mengubah khutbah, atau memang arahan tidak membenarkan khutbah diubah sedikitpun.

Maka, kekal lah khutbah dilihat sebagai suatu ucapan yang tidak menarik, dan lebih dilihat sebagai 'waktu rehat' untuk melelap mata. Langsung tidak ditunggu, sebaliknya dinanti bila mahu tamatnya khutbah.

Wallahua'lam

05 March 2008

Antara 2 Pelukan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

UMNO bermain dengan gambar Haji Hadi memeluk Lim Kit Siang. Kononnya Lim Kit Siang memusuhi Islam dan tidak boleh didampingi. Seolah-olah Haji Hadi bersekongkol dengan Lim Kit Siang dalam memusuhi Islam. Tapi apakah ada hukum yang mengharamkan memeluk bukan Islam?

Memeluk sesama jantina tidak haram walaupun dengan bukan Islam. Menjadi haram jika memeluk sesama jantina itu dengan nafsu yang tidak normal. Apapun, memeluk, menyentuh, meraba, dan segala perbuatan bersentuhan tanpa lapik lelaki dan perempuan yang halal kahwin samada Islam atau tidak adalah dilarang dalam Islam. Bagaimanapun ianya menjadi halal setelah kahwin.

Korang nilai siapa antara 2 pemimpin di bawah ini yang benar-benar perjuangkan Islam. Malas dah nak nulis dekat-dekat nak ngundi ni. Cukup la gambar ni beri jawapan yang PASti untuk memilih yang terBAik. Wallahua'lam.

Gambar-gambar di atas adalah dari sumber sahih dan bukan super impose.

03 March 2008

Selamat Tinggal UMNO

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pernah lawat laman web Ganulening? Laman web fitnah UMNO Terengganu. Artikel-artikel dari sana memang 'menyekit' dan menyakitkan hati. Kadang-kadang membuat aku terfikir betapa mereka itu bukan golongan yang tahu dosa pahala, tahu batasan dalam berbicara. Fitnah semata-mata aku kira isi yang berada di dalam web terbabit. Jika tidak masakan webmaster berkenaan tidak membenarkan sebarang komen / perbincangan dalam web mereka.

Itu mentaliti UMNO dalam melahirkan masyarakat angguk dan mengiyakan apa jua perlakuan dan kata-kata pemimpin mereka. Dengar dan faham. Jika tidak faham, kena fahamkan jugak. Tidak boleh bertanya dan tidak boleh diragui sedikitpun.

Akhirnya, Ganulening 'terkubur' jua. Sehingga ke hari ini (4 Mac 2008) pun akaun web terbabit masih tidak diaktifkan. Samada mereka yang menghidupkan web tersebut dikuburkan seperti kumpulan Man Bakar dan Ku Tera, itu tidak pula aku tahu. Aku masih sudi melayari web Ganulening itu jika web terbabit bersikap terbuka, sedia ditegur dan sopan bahasanya. Jika selepas 'dilahirkan' semula nanti sikapnya sama, aku tetap tidak akan melayan web seperti itu. Pada aku, biarlah dia mati dengan aman.

Nota: Aku tidak tahu menahu pun pasal 'kematian' web celaka ini. Cuma dimaklumkan oleh seorang kawan yang 'cukup minat' dengan web ini. Dia pula yang beria-ria untuk minta aku laporkan hal ini. Sesekali layan je dengan kawan-kawan ni.

02 March 2008

Sembang-sembang Pilihan Raya 4

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

4 Iklan pilihanraya yang agak menarik. Terpulang pada pandangan kalian macamana untuk memahami iklan ini.
Ubah Gaya Hidup


Setem YB


RomPAK LAH


YB vs Blogger (ini bukan kisah aku nih)




Sembang- sembang Pilihan Raya 3

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya maaf! Sedikit permasalahan peribadi menyebabkan aku tiada kesempatan berbuat sesuatu yang terbaik untuk blog ini. Kesal, sedih dan sedikit kecewa sebenarnya bilamana tidak berjaya untuk update blog ini dari semasa ke semasa. Aku cuba juga cari ruang dan masa untuk mencelah, namun masa yang agak terbatas menyebabkan aku sedikit sebanyak terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Semalam Pak Lah datang ke Taman Awam Batu Burok. Kedatangan Pak Lah diarahkan kepada hampir semua penjawat awam negeri ini dengan perintah wajib hadhari. Seorang kawan yang bertugas di bangunan sebelah WDI awal-awal lagi mengutuk kehadiran Pak Lah.

"Aku dah tahu dia datang nak berkempen! Buat apa lagi dia nak mari masa sekarang ni kalu tak kerana berkempen??" Marah sahabat itu.

Aku seperti biasa suka berdiam diri sambil senyum jika mendengar komen sahabat-sahabat yang sedikit bersemangat.

"Salahguna kuasa betul! Sepatutnya sekarang ni dia tak boleh berkempen guna jentera Kerajaan lagi dah. Bukankah Parlimen dah bubar?" Sambung sahabat tadi.

"Parlimen bubar maknanya tiada kerajaan dan tiada pembangkang la sepatutnyakan? Ini diorang masih mengaku kerajaan dan perguna jentera kerajaan. Teruk tul!" Aku mengusik.

"Mung betul dang! Aku setuju dengan mung. Aku tak nak pergi. Biar la diorang kata wajib pun. Hari minggu, malas aku nak keluar." Protes sahabat tadi.

Seorang kawan di kampus UDM yang bertugas sebagai pensyarah menghantar SMS. "Pelajar UDM dan UMT menjadi mangsa lagi. Mereka dikerah ke perjumpaan dengan PM di Batu Burok esok. Pentadbiran siap ambik nama pelajar dan dapat markah kokurikulum lagi". Teruknya sampai ke tahap itu, desis hati aku.

Aku sendiri melihat banyak bas yang digunakan untuk mengangkut pelajar. Kesian budak-budak ni. Sepanjang aku belajar dulu, pernah gak kami digunakan untuk 'meramaikan' majlis orang kenamaan. Aku biasanya bijak menyelinap dari ditangkap. Aku jarang pergi bukan kerana tidak mahu berjumpa dengan orang-orang besar, tapi aku tidak suka dipaksa dan menjadi 'tidak cerdik'. Kalu tidak suruh sekalipun, aku akan pergi. Namun jika dipaksa, aku akan melarikan diri.

Pernah dalam suatu majlis rasmi yang dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara ketika itu (aku dah lupa nama apa), aku dengan sengaja memulakan menepuk tangan bukan pada masa yang sesuai sewaktu ucapan beliau. Maka semua hadirin yang hadir turut bertepuk tangan. Aku buat selamba walaupun ada beberapa mata SB melihat kepada aku ketika itu. Dalam hati aku, diorang ni bukan dengar ucapan sangat pun. Hahahaha. Kawan-kawan yang satu kepala dengan aku senyum menahan gelak.

Aku juga menerima maklumat dari JKKK yang mereka turut diwajibkan hadir. Lebih menarik adalah semua perbelanjaan perjalanan boleh dituntut. Sudah tradisi 'pencacai UMNO no 1' ni. Diorang ni jika tiada wang, sudah tentu tiada perjuangan. Mereka tidak tahu dan tidak ambik tahu betapa menghormati pimpinan yang turun dan perlu 'diraikan'. Sepatutnya tidak timbul soal tuntutan perjalanan langsung. Apa boleh buat, 'itu sudah budaya mereka'.

Aku tidak mahu bercakap soal ketakutan BN Terengganu sehinggakan mereka terpaksa berbuat himpunan dengan Pak Lah ini. Itu sudah tentu dapat dibaca oleh semua melalui telahan politik masing-masing. Mungkin akhbar hari ini akan bercerita sesuatu janji yang manis dari Pak Lah, dan betapa Pak Lah disambut oleh 'semua rakyat' dengan baik.

Wallahua'lam.

Nota: Boleh ikuti artikel dari Buletinonline pasal ketiadaan pimpinan UMNO yang digugurkan sebagai calon dalam majlis berkenaan.

28 February 2008

Sembang-sembang Pilihan raya 2

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Isu Tuan Guru Haji Hadi tak nak bersalam bergambar kepada wartawan menjadi isu untuk menutup isu besar dan memperbodohkan rakyat.

Kita kena bersalam dengan sesiapa sahaja, kalau boleh peluk pinggangnya sekali lagi bagus. Di negara-negara barat 'romen' pun perkara biasa, apa salahnya kita ikut sama sebab kita adalah Islam Hadhari yang maju dan terbilang.

Ini poster yang nak dimuat turun:-

Fail JPG 700 pixel --> Klik Di Sini
Fail PDF 2480 pixel --> Klik Di Sini




Artikel kat atas ni aku copy dari Tranungkite.net. Aku juga turut menerima banyak gambar-gambar seumpama dalam poster ni melalui email dan YM. Memang aku tak dapat nafikan Pak Lah jauh tidak sombong seperti Haji Hadi. Lihat kepada senyumnya yang meleret sampai ke telinga itu. Ini perbuatan secara berdepan dan agak terbuka, apakah budaya ini biasa dalam diri Imam Hadhari ini?

Undi BN bermakna anda sokong dan setuju PM Malaysia berkelakuan begini. Renung-renungkanlah...

16 February 2008

Jin Masjid Kristal?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku tak berniat nak masukkan video ni. Tapi sebab ramai gak yang tertanya-tanya. Maybe sekali tengok tak perasan sangat. Cuba perhatikan atau pause pada saat ke 24, 25.. Pastu lihat pada Kubah Masjid Kristal tu.



Wallahua'lam.

05 February 2008

Masjid yang bukan masjid?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan dari BuletinOnline. (aku dah semacam malas je nak nulis-nulis nih. Hehehhe)

Kuala Terengganu, 4 Feb - Kegagalan Kerajaan Negeri Terengganu khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memakmurkan Masjid Kristal di Pulau Wan Man mengakibatkan beratus-ratus pengunjung tidak menunaikan solat Jumaat pada hari perasmian program perkampungan hadhari.

Sehingga semalam, tidak kedengaran laungan azan dan tidak ditunaikan solat berjamaah lima waktu serta tidak ada kakitangan pihak JHEAT yang bertugas di masjid tersebut. Justeru terpengaruh dengan propaganda iklan televisyen perkampungan hadhari yang menyebut tentang solat, beratus-ratus pengunjung pada pagi Jumaat berpusu-pusu ke masjid tersebut apabila hampir masuk waktu solat Jumaat.

Namun orang ramai berasa hampa setelah mendapati bahawa masjid yang dibina dengan duit rakyat berharga RM27 juta itu tidak dilaksanakan solat Jumaat dan solat lima waktu secara berjamaah. Perdana Menteri yang merasmikan Taman Tamadun Islam(TTI) semalam juga tidak berkunjung ke Masjid Kristal. Pak Lah yang pernah menjadi imam sembahyang, sepatutnya mengambil peluang untuk bersembahyang bersama-sama rakyat di masjid tersebut.

Masjid Kristal bukan sebuah ‘masjid’ ?

Keadaan ini menguatkan lagi kontroversi dan membenarkan anggapan ramai bahawa Masjid Kristal bukanlah sebuah masjid. Ia hanyalah sebuah bangunan yang dinamakan sebagai ‘masjid’ untuk tujuan pelancongan semata-mata. Ia dinamakan ‘masjid’ bagi memperkuatkan tarikan kepada taman tema TTI. Oleh yang demikian, kerajaan Negeri Terengganu tidak menyenaraikan Masjid Kristal sebagai sebuah masjid sebagaimana senarai masjid-masjid yang terdapat didalam laman rasmi E-Khutbah JHEAT.

Bagaimanapun, menurut sebuah papantanda besar yang terpampang di dalam TTI, Masjid Kristal akan dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 8hb Februari, 2008. Namun sehingga kini, tiada sebarang kenyataan yang dibuat oleh Kerjaan Negeri berkaitan perkara tersebut. tidak seperti majlis perasmian TTI, yang dipromosikan secara besar-besaran.

The image “http://buletinonline.net/images/pas/masjidkristal1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Carian BuletinOnline mendapati bahawa bahagian siaran media kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa Seri Paduka Baginda akan merasmikan Masjid Kristal pada 8hb Februari, pada jam 8 malam. Acara perasmian ini juga diluar kebiasaan sebagaimana perasmian masjid-masjid yang pernah dibuat oleh Sultan Mizan. Menjadi kebiasaan al-Sultan apabila merasmikan sesebuah masjid, majlis akan dimulakan sebelum solat Jumaat dan baginda akan turut bersama-sama rakyat menunaikan solat Jumaat berjamaah

12 January 2008

Jamuan Rakyat bersama TPM - Deris buat Man Bakar dan Dr Latiff macam budak-budak

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ditulis oleh SM Noor dipetik dari buletinonline.

The image “http://buletinonline.net/images/pas/bktpayong1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Foto: Dr Latiff (paling kiri-baju merah) & Man Bakar (kuning) duduk berjauhan sewaktu Najib berucap walaupun telah dipanggil naik kepentas oleh Idris

Marang, 11 Jan – Majlis Jamuan Rakyat yang dijadikan medan perdamaian antara kem ahli Parlimen Marang, Dato’ Abd Rahman Bakar dan Kem Ahli Dewan Undangan Negeri, Dr Latiff, tidak akan mendatangkan apa-apa hasil penyelesaian. Ini adalah kerana perilaku Menteri Besar Terengganu, yang terlalu ‘mimpikan’ penyelesaian krisis tersebut telah memperlakukan Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Exco Pendidikan Negeri Terengganu seperti ‘budak-budak’ yang berkelahi.

Orang ramai yang hadir agak terkejut kerana belum pun habis ucapan alu-aluan, Idris yang terkenal dengan sikap tergopoh-gapah itu, telah memanggil kedua-dua pimpinan UMNO itu naik ke pentas, berdiri sebelah kiri dan kanan beliau, hingga ke akhir ucapannya.

“Yang Berhormat, Dato’ Rahman Bakar, Ketua UMNO Bahagian Marang ! Mari Man, mu mari sini, mari atas ni” Ujar Idris memaksa Man Bakar naik ke pentas didepan khalayak 5,000 orang yanh hadir.

Kemudian Idris memaksa pula Dr’ Latiff naik ke pentas.

“dan Yang Berhormat Dato’ Dr. Latiff Awang, ADUN Kawasan Bukit Payong, mari deh, naik atas, se(satu) baju kuning, se(satu) baju merah” kata Idris.

Selama lima belas minit , dengan Man Bakar dan Dr. Latiff berdiri disebelahnya, Dato’ Idris berucap menggunakan pancaran skrin bergambar, mengapi-apikan perasaan hadirin supaya membenci PAS, mengungkit peirstiwa pada zaman pemerintahan PAS dari Tahun 1999 – 2004, dengan tema ‘Masihkah Kau Ingat’.

Antara fitnah yang diungkit oleh Idris adalah pemberian tanah kerajaan PAS lalu hanya kepada orang-orang kaya dan menuduh kerajaan PAS menipu rakyat didalam pemberian tanah.

Tindakan Idris yang sering mengulang-ulang ucapan ‘masihkah kau ingat’ dan meminta hadirin menyahut, menjadi ‘anti-klimaks’ akhirnya menjadikan hadirin bosan dan hanya Idris sahaja yang menjerit seorang diri di atas pentas.

The image “http://buletinonline.net/images/pas/deristengokdrlatiff.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

(foto: Idris memerhatikan Dr. Latiff manakala Dr. Latiff merenung jauh)

Sementara itu, JKKK dan Pemimpin UMNO Cawangan didalam DUN Alor Limbat yang terpinggir, telah berkumpul disebuah kedai tidak jauh dari Majlis Jamuan Rakyat berlangsung. Apabila dimaklumkan kepada mereka, perihal Aturcara yang berlangsung di Dataran Bukit Payong, wakil mereka menjawab “ Dok selesai, kohor parok!” “Bukan hok atas tu, hok bawah ni baloh parok lagi”

11 January 2008

10 Hari Selepas Bandaraya

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ini aku tidak sempat menggosok Baju Melayu ke masjid. Aku harap kedut yang ada hanya sedikit dan tidak menampakkan aku selekeh di Masjid. Semuanya gara-gara perut lapar minta diisi. Jam 12 aku masak nasi dan goreng ikan. Kuah kicap sahaja hari ini. Mujur ada sambal belacan yang paling sedap di dunia. Maka selera aku bertambah. Nasi pun bertambah. Alhamdulillah dengan rezeki dan tubuh yang sihat ini.

Asyik benar berbincang dengan seorang kawan perihal blog. Sehingga lupa makan dan minum. Kerana lapar, aku terkejar memasak nasi. Mujur ikan sudah disiang awal-awal lagi. Rendam air skit dan goreng. Ikan cencaru @ keras ekor @ kerongan pada aku sedap goreng kunyit dengan cili boh je. Kalu mak, suka goreng dengan garam je. Biarkan diluar / peti ais bawah supaya ikan tu rasa mcm buruk skit.

Hari ni khutbah pasal azam baru kot. Aku lupa tajuk. Tetapi banyak berkaitan sempena Tahun Baru 1429 Hijrah ni. Dalam banyak-banyak yang disebut tu, ada dua perkara yang aku betul-betul perasan.

Pertamanya, khatib pesan supaya jangan berpecah-belah. Diterangkan lagi maksud berpecah belah itu dengan bersama-sama kerajaan untuk membangunkan negara. Khatib pesan supaya usah sibuk untuk menukar pimpinan yang amanah kerana itu membuang masa untuk mencapai matlamat dan wawasan. Gitu la lebih kurang ayat khatib tu baca. Ceh, sempat gak dia masuk jarum!. Mujur sahaja suara khatib tu tak berapa jelas. Aku pun biasanya mengantuk. Tak tahu kenapa hari ini tidak mengantuk pula. Agaknya baru sudah mandi. Masih segar.

Terfikir aku di mana amanah pemimpin yang ada sekarang ini. Dengan pelbagai permasalahan sosial, ekonomi, budaya dan pelbagai salah laku, mimbar masjid boleh mengatakan itu amanah? Agaknya pada khatib itu amanah sebab setiap bulan dia dapat elaun. Setiap bulan peruntukan untuk masjid dapat. Agaknya itu sahaja amanah pada teks yang dibaca itu.

Apapun, aku tidak salahkan khatib. Dia manusia bawahan. Orang biasa yang umpama mentimun. Jika nak elaun tanpa sangkut, baca je la. Jika mahu mudah urusan, angguk je la. Imam pun manusia. Ada anak isteri untuk ditanggung. Agaknya itu dalam kepala imam itu.

Keduanya, khutbah juga menyebut perihal Kuala Terengganu yang sudah menjadi bandaraya. Khatib sebut penuh nama bandaraya. Bandaraya Warisan Pesisir Air kata khatib. Namun agak menjelikkan aku bilamana khutbah memaklumkan seolah-olah peluang pekerjaan bertambah serta merta selepas diiktiraf bandaraya. Ayat yang digunakan seolah-olah (hari ini), peluang kerja yang ada cukup banyak. Kerja apa yang tiba-tiba datang jika tidak projek itu dan ini untuk kontraktor. Atau tiba-tiba sahaja pelabur datang dalam masa 10 hari? Hebatnya bandarayaku.

moral: Aku tak tidur semasa khutbah hari ni.

03 January 2008

Gua tambah lagi koleksi gambar

Salam beb! Arini kasi salam la plak. Hehehe.

Ni gua tambah skit lagi koleksi yang gua dapat dari kawan-kawan gua. Diorang ni bilamana tahu gua masukkan gambar-gambar sebegini dalam alam maya, terus semangat untuk beri pada gua.

Kadang-kadang gua tak nak siarkan gambar-gambar ini, tetapi jika ini tidak didedahkan, bagaimana masyarakat mahu tahu apa isi sebenar yang ada dalam bandaraya KT ini. Biar selepas ini mak ayah perhatikan cara pakaian anak-anak. Boleh diorang sekat awal-awal supaya tidak terlibat dengan geng-geng yang tidak sihat begini.

Ada yang bertanya kepada gua, pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab. Sebab nampak diorang ni main campur-campur je. Ada ala punk skit, gothik skit, skinhead pun ada skit. Maka, gua bagi jawapan PUNK HADHARI!.









Chua Soi Lek dipecat kerana 'kantoi'.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kesian Dr Chua Soi Lek. Tak sampai seminggu DVD 'lakonannya' di pasaran, akhirnya dia terpaksa melepaskan semua jawatan yang ada. Semuanya gara-gara DVD terbabit yang begitu bermaharajalela 'dicetak rompak'. Royalti tak dapat, jawatan dan gelaran terpaksa dibuang.

Pada aku, Chua Soi Lek sedikit silap bilamana 'kejahatan' yang dilakukannya itu dirakam dan tersebar. Itu juga merupakan sebab mengapa dia disuruh melepaskan jawatan. Bayangkan jika DVD terbabit tidak tersebar. Sudah tentu 'kejahatan' itu kekal dan tiada siapa yang akan mendesak Soi Lek melepaskan jawatan. Buktinya, ramai lagi pimpinan BN yang masih berasa 'selesa'.

DVD itu menunjukkan 'lakonan' Chua Soi Lek hanya sekali. Namun kita tidak tahu berapa banyak lagi lakonan yang pernah dia lakonkan, dan berapa ramai pula heroin yang menjadi pasangannya. Namun semua itu tidak kita ketahui kerana setakat ini hanya DVD itu sahaja yang 'dicetak rompak'. Masih adakah lagi DVD yang lain dan melibatkan pemimpin yang lain?

Aku percaya yang Pak Lah dan kabinetnyalah yang mendesak Chua Soi Lek melepaskan semua jawatan yang ada. Bukan kerana salah melakukan seks bebas, tetapi kerana 'kantoi' dirakam. Membuang anggota yang kantoi boleh menjaga nama baik parti dan kabinetnya. Jika tidak, masakan Soi Lek menasihati pimpinan yang lain supaya berhati-hati! Bahasa mudahnya, buat la seperti biasa, tetapi jangan sampai kantoi macam aku sudah la.

DVD terbabit juga menunjukkan politik kotor yang berlaku dalam BN. Budaya jatuh menjatuh secara terancang dan kotor sebenarnya langsung tidak pelik. Terdahulu, Anwar Ibrahim pernah difitnah dengan suatu perancangan yang cukup memalukan. Bezanya, Anwar berjaya membersihkan namanya di mahkamah dan terbukti dia difitnah. Manakala Chua Soi Lek awal-awal lagi mengaku salah.

Tidak dinafikan aktiviti bersosial masyarakat Cina khususnya jauh lebih terbuka berbanding dengan Melayu Islam di sini. Namun, meniduri wanita lain, melanggan pelacur dan mempunyai 'kekasih gelap' merupakan sesuatu yang kurang sihat dalam semua anutan. Bertentangan dengan nilai kekeluargaan, malah menyalahi bagi seorang pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat.

Umpama seorang guru, walaupun tugas guru hanya di sekolah, namun peribadi guru terbabit perlu baik untuk dijadikan contoh di luar mahupun di kawasan sekolah. Itu baru guru yang muridnya hanya beberapa ratus orang.

'Memecat' Soi Lek memang merupakan keputusan terbaik Pak Lah bilamana berdepan situasi sebegini. Namun Pak Lah bukan sahaja mesti membuang pemimpin yang sudah 'kantoi', malah perlu juga membersihkan mana-mana kabinet dan ahli-ahlinya yang memang dikenali turut terlibat dengan skandal sebegini. Inilah yang akan memulihkan imej Pak Lah. Masalahnya, adakah imej Pak Lah sendiri begitu baik?

01 January 2008

Gua Budak Bandaraya

Woi Geng!! Apa khabar U all??

Mesti U all heran bilamana gua tidak lagi mulakan artikel ni dengan salam kan? Apa nak heran geng, gua skrang tak duk kampung lagi. Gua dah tinggal di bandaraya tau! So, U all kena la respek sama gua.

Suasana Malam Bandaraya. Turut Kelihatan seorang gadis bersama kumpulan yang ntah apa-apa identiti mereka ini. Punk ke? atau pangang?

Gua tinggal di Tanjung Village, Kuala Terengganu. Tanjung Village ni kiranya tak jauh le dari Taman Shahbandar tempat isytihar bandaraya tu. Sekali wa tempik jer jaraknya. Dulu orang-orang sini panggil area tempat tinggal gua ni Kampung Tanjung. Sekarang bandaraya, mana ada kelas panggil gitu lagi. So, gua nak U all guna Tanjung Village menggantikan Kampung Tanjung.

Sejak jadi bandaraya ni, rumah gua yang dulunya kayu sudah bertukar. Betul gua cakap ni geng. Papan-papan kayu sudah gua tukar dengan wood. Rumah gua ni yang sudah sedia cantik, kini semakin pretty dan beautiful. Selepas ini makin ramai la mat dan minah salleh datang ke bandaraya ini untuk menikmati perubahan yang ketara di bandaraya ini. Gua bangga banget tau! So, U all jangan nak jeles lak dengan kemajuan bandaraya gua ni.

Posing baik nih! Tanpa segan membenarkan gambar mereka diambil. Bangga agaknya mereka ini.

Bagus beb semenjak jadi bandaraya ni. Sungguh! Gua tak sangka betul semuanya berubah sama sekali. Dulu asal sahaja malam, dah sunyi. Sekarang lampu neon sampai pagi. Gua boleh lepak-lepak sama kawan-kawan.

Dulu lorong-lorong sunyi, gelap tak ada orang, sekarang semakin berani pondan-pondan melambai beb! Betul apa gua cakap ni. Kalu tak percaya, tanya gua laa.

Tanpa segan silu menunjukkan isyarat lucah kepada orang ramai. Ini generasi Ulul Albab ke? atau generasi Ulul.. (korang sambung la jika tahu)

Itu baru sikit yang gua nak cerita kat U all. Kawan gua ada pergi dekat parti disco yang gua iklankan aritu. Memang betul-betul wujud parti tu. Paling best bilamana yang jaga line pesta disco tu adalah polis-polis yang buat kerja part time kat situ. Cepat-cepat kawan gua blah sebab polis tu kenal dia ni kaki masjid. Dia saje la nak pastikan disco tu jadi ke tak.

Paling kelakar malam tadi bilamana Deris Jusoh bgtau hujan yang turun tu rahmat sempena bandaraya. Walhal dia selamba je biar maksiat berleluasa. Entah-entah hujan tu nak kasi tahu dia yang Bandaraya Warisan Pesisir Air akan jadi Bandaraya Bawah Air.

Apa lagi gua nak cerita ek? Gua tak nak la citer banyak-banyak. Penat gua kuar jalan-jalan malam tadi pusing bandaraya. Maklum je la bandaraya ni besar giler. Pulak tu jalan ditutup nak suruh nampak jam! Bila jam, dah tentu setaraf dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Hehehe. kelakar beb!!

K, jumpa lagi lain kali. Chow!!

Note: Aku sengaja sesuaikan posting ni dengan gambar yang sempat di'snap' oleh seorang sahabat di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu.

Deris Jusoh, Bandaraya dan Ajaran Hadharinya

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kenapa Tidak Bandaraya Hadhari?

Tinggal beberapa ketika sahaja lagi memasuki 1 Januari 2008. Tarikh bermula satu episod baru bagi Kuala Terengganu. Kuala Terengganu menjadi bandaraya. Mungkin sesuai dengan tarikh Tahun Baru, maka 1 Januari dipilih. Mungkin juga sempena permulaan Tahun Melawat Terengganu, juga merupakan Tahun Melawat Malaysia.

Aku sebelum ini berkira-kira nama bandaraya bagi Terengganu adalah Bandaraya Hadhari atau Bestari atau seumpama dengannya itu. Bilamana nama Bandaraya Warisan Pesisir Air (BAWASIR) digunakan, maka terfikir aku kemana hilangnya Hadhari yang senantiasa dilaung-laungkan itu. Walaupun aku tidak suka Ajaran Hadhari itu, namun sinonim bagi Hadhari adalah Ulul AlBab dan Khatam Quran yang menipu itu dilihat lebih lunak.

Bilamana nama BAWASIR menjadi pilihan, maka aku melihat Pembangunan Modal Insan dan Moral sebenarnya bukanlah menjadi satu agenda penting UMNO Terengganu. Ini jelas kerana pembangunan fizikal jauh lebih menguntungkan. Maka mimpi apa rakyat Terengganu untuk memiliki masa depan yang terjamin dunia dan akhirat?

Ajaran Hadhari dan Bandaraya.

Jika Deris Jusoh seorang yang agak Islamik dengan slogan Hadharinya, sudah tentu tarikh pengisytiharan tidak dibuat pada 1 Januari 2008. Aku kira 10 Januari 2008 bersamaan dengan 1 Muharram 1429 dilihat lebih sesuai. Tarikh 1 Muharram itu nanti bukan sahaja dilihat sebagai suatu 'Sambutan Tahun Baru' yang sebenar, malah turut menjadi langkah kepada suatu hijrah sebuah bandar.

Namun, di sinilah kita boleh menilai mentaliti Hadhari Deris Jusoh. Jika pengisytiharan dibuat pada 1 Muharram, sudah tentu sambutan 'tidak meriah' pada perkiraan puak-puak Hadhari ini. Sudah tentu mereka sedikit segan mahu berpesta, menari lenggok, konsert lagho itu dan ini. Tambahan pula 1 Muharram pada tahun ini jatuhnya pada Khamis. Malam Jumaat pada mereka 'tidak boleh' berbuat maksiat. Mungkin pada mereka malam Jumaat itu 'malam suci'.

Maka tinggallah Ulul Albab bersendirian dengan Ijtihadiknya. Tiada lagi generasi Quranik dan Ensiklopedik. Maka bertambah galak anak-anak gadis di Taman Shahbandar bergedik-gedik. Mat motor sedia membawa si gadis merempit. Deris Jusoh senyum melirik. Generasi inilah yang mahu dilahirkannya. Generasi gedik dan rempit, akhirnya melahirkan bayi di lubang tahi!

30 December 2007

Sah! Logo MBKT Diarah Tukar

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Di bawah ini disertakan logo baru Majlis Bandaraya Kuala Terengganu MBKT) yang dilaporkan diarah tukar oleh Tuanku Sultan Mizan. Aku juga mengambil sedikit masa untuk 'merayap' sekitar bandar Kuala Terengganu bagi melihat kerja-kerja pengubahsuaian logo dan 'pembaikian' yang dilakukan.

Pengubahsuaian itu mungkin tidak banyak pada logo, iaitu dari bunga padi kepada bunga tulip (ya ke? Aku nampak macam bunga kertas je), tetapi bayangkan kos yang diperlukan bila mahu menukar semua logo yang sudah dipasang.

Ntah apa-apa la Deris nih. Buat apa-apa sukati dia je!!

Logo Baru MBKT. Bunga 'kertas' menggantikan Bunga Padi.

Logo lama masih kekal di Bangunan Pentadbiran MBKT. Tinggal sehari sahaja lagi.

Kerja pengubahsuaian dilakukan di Pintu Gerbang di hadapan Stadium yang menghala Wisma Darul Iman. Gambar diambil selepas waktu pejabat.

Logo baru mula digunakan.

Selamat Datang ke Bandaraya KT

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"Selamat Datang ke Bandaraya Kuala Terengganu". Mungkin ini akan menjadi perkataan yang agak sinis dari penduduk Kuala Terengganu selepas ini. Petang tadi sempat minum bersama seorang pakcik. Bila ditanya dari mana, sinis dia menjawab "Mari jalan nak tengok bandaraya". Dia tersenyum penuh makna. Aku angguk. Senyum sinis juga.

Itu persepsi masyarakat Kuala Terengganu khususnya bila bercakap soal bandaraya. Seorang sepupu yang tinggal di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu mencebik bibir bila ditegur yang dia sekarang bakal tinggal di bandaraya. "Dok saboh lassung!" (Tidak munasabah langsung!) Katanya.

Seorang pakcik tua yang setia menjadi pengguna bot penambang turut mengeluh bila ditanya soal bandaraya. Kata pakcik itu "lepas ni susahlah pakcik nak mari jalan bandar ni, tambang naik jadi serial doh lepas ni." Mengikut pakcik itu, tambang sebelum ini hanya RM 0.80 sahaja berbanding RM 1 dikenakan selepas 1 Jan 2008. Kerana kesusahan hidup, RM 0.20 begitu terasa dan bermakna bagi pakcik itu.

Seorang kawan satu persekolahan yang ditemui beberapa hari lalu turut tidak boleh menerima hakikat Kuala Terengganu menjadi bandaraya. Dia yang turut bekerja dengan Kerajaan Negeri turut mengeluh seolah-olah apa yang Deris lakukan ini sebagai 'gila'! "Nampak sangat kerana politik" Katanya. Aku hanya tersenyum. Sememangnya aku jarang berbicara soal politik, tetapi suka melihat persepsi orang lain tentang dunia politik ini. Persepsi itu akan aku nilai dah oleh kembali.

Akhirnya aku kongsi sahaja komen zaujati (isteriku) tentang bandaraya. Dia yang ketika itu sedang dihantar ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud menunjukkan aku lapangan terbang yang belum siap. "Patutnya biarlah airport ni siap dulu. Kan Bang?" Aku senyum sahaja kepadanya.Pada aku, jika ini rupa hadapan sebuah rumah, maka sudah tentu di dalamnya hanya BERSIH di atas karpet. Cuba selak karpet, mesti terlihat lagi sampah dan habuk-habuk yang sengaja disembunyikan kerana tergesa-gesa menerima tetamu. Itu belum dilihat belakang pintu, atau lihat sahaja di dalam stor yang menjadi tempat longgokan segala benda yang tidak sempat dikemaskan.

Aku tidak menuding jari kepada sesiapa. Ini bercakap apa yang aku lakukan jika menerima tamu dalam keadaan tergesa-gesa. Kain baju yang tidak berlipat akan dilonggok ke dalam bilik, ruang tamu akan disapu bersih, tetapi ruang lain belum tentu seperti ruang tamu.

Ini sekadar mengambil beberapa pandangan dari beberapa orang yang ditemui dalam beberapa hari kebelakangan ini. Kebetulan semuanya negatif kot. Namun, aku tidak nampak muka-muka mereka yang mengeluarkan kata-kata itu menyebelahi pembangkang kecuali pendapat zaujati. Nampaknya Deris perlu membayar dengan harga yang mahal untuk memulihkan kembali kepercayaan rakyat kepadanya.

Tidak dinafikan ada yang amat menanti berubahnya bandar Kuala Terengganu ini. Namun perubahan yang tidak seberapa dengan status "bandaraya" yang agak gah ini pasti dilihat tidak berapa kena pada masanya. Umpama seorang anak kecil memakai baju orang dewasa. Sudah tentu baju itu terlalu besar bagi anak kecil itu. Baju itu akan meleret ke tanah dan akan mengotori baju tersebut. Harapnya gelaran bandaraya itu tidak "mencemarkan" Kuala Terengganu sepertimana nama Deris Jusoh yang sudah sedia tercemar!

Lagi Gambar Dari Mahkamah

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ini merupakan hari yang agak memenatkan. Bangun awal pagi, pergi airport. Hantar zaujah tersayang dan pulang masuk opis. Dalam kepala sentiasa berfikir untuk keluar ke Mahkamah Kuala Terengganu bagi mengikuti kes Suwandi dan Azman. Namun, apa boleh buat bila kerja berlambak mahu disiapkan dan mesti disegerakan. Maka, terpaksa SMS seorang adik supaya pergi ke mahkamah untuk mendapatkan maklumat dan gambar-gambar.

Habis sahaja waktu bekerja, cepat-cepat call dia. Minta gambar utk diuploadkan di sini. Hasilnya...