12 January 2008

Jamuan Rakyat bersama TPM - Deris buat Man Bakar dan Dr Latiff macam budak-budak

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ditulis oleh SM Noor dipetik dari buletinonline.

The image “http://buletinonline.net/images/pas/bktpayong1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Foto: Dr Latiff (paling kiri-baju merah) & Man Bakar (kuning) duduk berjauhan sewaktu Najib berucap walaupun telah dipanggil naik kepentas oleh Idris

Marang, 11 Jan – Majlis Jamuan Rakyat yang dijadikan medan perdamaian antara kem ahli Parlimen Marang, Dato’ Abd Rahman Bakar dan Kem Ahli Dewan Undangan Negeri, Dr Latiff, tidak akan mendatangkan apa-apa hasil penyelesaian. Ini adalah kerana perilaku Menteri Besar Terengganu, yang terlalu ‘mimpikan’ penyelesaian krisis tersebut telah memperlakukan Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Exco Pendidikan Negeri Terengganu seperti ‘budak-budak’ yang berkelahi.

Orang ramai yang hadir agak terkejut kerana belum pun habis ucapan alu-aluan, Idris yang terkenal dengan sikap tergopoh-gapah itu, telah memanggil kedua-dua pimpinan UMNO itu naik ke pentas, berdiri sebelah kiri dan kanan beliau, hingga ke akhir ucapannya.

“Yang Berhormat, Dato’ Rahman Bakar, Ketua UMNO Bahagian Marang ! Mari Man, mu mari sini, mari atas ni” Ujar Idris memaksa Man Bakar naik ke pentas didepan khalayak 5,000 orang yanh hadir.

Kemudian Idris memaksa pula Dr’ Latiff naik ke pentas.

“dan Yang Berhormat Dato’ Dr. Latiff Awang, ADUN Kawasan Bukit Payong, mari deh, naik atas, se(satu) baju kuning, se(satu) baju merah” kata Idris.

Selama lima belas minit , dengan Man Bakar dan Dr. Latiff berdiri disebelahnya, Dato’ Idris berucap menggunakan pancaran skrin bergambar, mengapi-apikan perasaan hadirin supaya membenci PAS, mengungkit peirstiwa pada zaman pemerintahan PAS dari Tahun 1999 – 2004, dengan tema ‘Masihkah Kau Ingat’.

Antara fitnah yang diungkit oleh Idris adalah pemberian tanah kerajaan PAS lalu hanya kepada orang-orang kaya dan menuduh kerajaan PAS menipu rakyat didalam pemberian tanah.

Tindakan Idris yang sering mengulang-ulang ucapan ‘masihkah kau ingat’ dan meminta hadirin menyahut, menjadi ‘anti-klimaks’ akhirnya menjadikan hadirin bosan dan hanya Idris sahaja yang menjerit seorang diri di atas pentas.

The image “http://buletinonline.net/images/pas/deristengokdrlatiff.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

(foto: Idris memerhatikan Dr. Latiff manakala Dr. Latiff merenung jauh)

Sementara itu, JKKK dan Pemimpin UMNO Cawangan didalam DUN Alor Limbat yang terpinggir, telah berkumpul disebuah kedai tidak jauh dari Majlis Jamuan Rakyat berlangsung. Apabila dimaklumkan kepada mereka, perihal Aturcara yang berlangsung di Dataran Bukit Payong, wakil mereka menjawab “ Dok selesai, kohor parok!” “Bukan hok atas tu, hok bawah ni baloh parok lagi”

1 comment:

Anonymous said...

Itulah derih jusoh.. buat main-main dengan mang bakor yang bisa tu. Hati-hati dengan mang bakor. walaupun beliau seorang yang merendah diri, janganlah dipandang rendah atas pengalaman dan kuasa penyokong beliau. Semoga mang bakor jadi menteri besar lepasni!