30 March 2008

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Gambar-gambar ini aku dapat dari beberapa individu. Kemera aku bawa, cuma bateri aku kehabisan kuasa. Pelik pula bagaimana bateri yang baru itu boleh kehabisan kuasanya. Kong agaknya. Apapun, harap gambar-gambar dari pelbagai sudut ini dapat menunjukkan sesuatu pada kalian. Sesuatu? Lihat dan carilah sesuatu itu.

Cuaca mendung. Orang ramai dari pagi sudah mula datang. Cuaca ini juga membuatkan hadirin yang hadir tidak terasa terlalu penat dan mudah mengalah.

8.43 pagi. Orang sudah mula ramai walaupun jadual Tuanku dijangka tiba pukul 10
pagi.

Tandatangan sokongan rakyat pada kain putih dibuka untuk disembahkan kepada Tuanku.

Kereta yang akan dinaiki Tuanku Mizan tiba. Kalu tidak silap kereta ni tiba sekitar jam 8 lebih lagi.

Rakyat tidak putus-putus hadir. Suasana tenang dan terkawal.

Makcik-makcik ini cukup semangat. Agaknya diorang nak tengok Pemangku Raja yang muda tu untuk dijodohkan dengan anak perempuan mereka. Macam-macam la makcik-makcik ni.

Kerjasama yang cukup baik dan sporting dari pihak polis. Mesra betul! Ok je diorang leh jaga ramai-ramai rakyat yang datang. Tak ada kecoh pun kalu jaga rakyat nak berhimpun baik-baik.

Pengerusi Mampat, En Fauzi Abu Samah sibuk melayan 2 kanak-kanak yang tidak cukup stiker untuk ditampal pada baju mereka.

Kereta yang membawa YB Haji Wahid, YB Tengku Hassan Tengku Omar dan Hj Wan Mutalib.

Alumni Sek Men SS dan Sek Men Tengku Bariah yang turut sama memberi sokongan. Dua alumni ini antara penyokong kuat yang menggerakkan rakyat selain Mampat.

Sabar menanti

Penyokong Mampat.

Himpunan rakyat Terengganu. Jarang-jarang suasana sebegini dapat dilihat dan dirasai. Apatah lagi yang tidak biasa ikut Demonstrasi

Antara banner yang dipamerkan. Rukun Negara: Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Semua bersatu hari tanpa sempadan politik

Lambat lagi ke kena tunggu ni?

Care Circle Services (CCS) turut sama menyokong Tuanku.

Tandatangan sokongan dipamerkan. Aku tak jumpa kain rentang yang terdapat sign aku. Cuma seingat aku, aku sign atas huruf I istana.

Lagi tandatangan sokongan dipamerkan.

Antara pimpinan PAS yang turut serta menyambut Tuanku.

Doa Selamat dibacakan setibanya Tuanku dan sebelum berangkat pergi.

Lambaian terima kasih. Gambar ini asalnya dari video dari kamera. Tapi aku tidak berjaya untuk masukkan samada ke dalam Youtube, mahupun goggle video. Nanti aku cuba semula kerana ada aksi menarik yang mahu dikongsi.

Kereta Tuanku mula bergerak dengan perlahan

Lambaian Terima Kasih. Aku dimaklumkan oleh seorang sepupu Tuanku yang Tuanku menitis air mata terharu ketika berada dalam kereta. Kalu tengok muka Tuanku sini pun nampak macam terharu gak tu.

Perjalanan pulang para rakyat. Walaupun seketika menatap wajah Tuanku, namun masing-masing pulang dengan puas hati kerana dapat memberi sokongan kepada Tuanku Sultan yang dikasihi.

Pengerusi Mampat membawa Memorandum Rakyat bagi diserahkan kepada Tuanku. Mengikut perkiraan awal, Tuanku memang bersedia menerima mengadap, namun sedikit salah faham, majlis itu terpaksa dipindah tempat.

Pengawal Tuanku memberi penjelasan kenapa Memorandum Rakyat tidak dapat diserahkan di situ. Namun, Tuanku tetap meminta wakil Mampat itu ke Lembah Bidong bagi penyerahan memorandum tersebut.

Walaupun terpaksa ke Lembah Bidong, Setiu, namun Cikgu Fauzi tetap sabar menanti sehingga memo tersebut dapat diserahkan.

Cikgu Fauzi bersalaman selepas dengan Setiausaha Peribadi Tuanku, Mohd Zuki selepas Memorandum Rakyat dapat diserahkan.

29 March 2008

Banner biadap dipasang oleh Orang PAS?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku masih ingat ketika mana Peristiwa Berdarah Batu Burok 809 berlaku. Ketika itu puak-puak UMNO menyerang dengan pelbagai banner yang mengecam dan menuduh PAS adalah dalang kepada kejadian tersebut. Isu bakar bendera juga turut menjadi hangat apabila gambar seorang lelaki yang berhelmet sambil memegang bendera dengan gaya sedang membakarnya disiarkan di dada akhbar.

Nama jurukamera Imran Makhzan ketika itu hangat seketika kerana dipercayai satu-satunya individu yang bertanggungjawab mengambil gambar berkenaan. Gambar itu dipersoalkan oleh beberapa pihak yang mendakwa gambar itu adalah super impose dan diragui kesahihannya. Isu bakar bendera itu lenyap bersama dengan

Kali ini isunya adalah banner "Kami Nak Idris, Natang!". Sehingga hari ini aku tidak melihat ada mana-mana individu tampil menyiarkan gambar pegun banner berkenaan. Samada laporan polis, kecaman mahupun bantahan yang dilakukan oleh mana-mana pihak adalah merujuk kepada siaran berita ntv7 dan TV3. Rakaman video jarang menipu. Apatah lagi amat sukar membuat super impose bagi gambar video.

Semalam, polis mengeluarkan suatu kenyataan bahawa 4 kertas siasatan dibuka berkenaan isu pelantikan MB Terengganu. Antaranya adalah berkenaan kain rentang yang menghina itu.

Terdahulu dalam satu pertemuan beberapa individu dengan seorang pegawai polis Terengganu, apabila diminta siasat berkenaan kain rentang biadab itu, selamba sahaja dijawab polis berkenaan. "Itu kerja orang PAS!".

Terkejut dan bengang dengan jawapan yang diberikan, polis tersebut diminta melihat dengan lebih teliti muka-muka individu yang berkenaan yang memegang banner. Gambar di 'zoom' dengan lebih dekat. Akhirnya polis terbabit terdiam. Mungkin dia juga kenal dengan pemegang kain rentang berkenaan.

Kelmarin, Sabri Alwi (Mat Kerok) menafikan dia ditahan pihak polis berkenaan isu kain rentang tersebut dan berita itu keluar dalam akhbar semalam. Aku mendapat maklumat, semalam Mat Kerok ditahan untuk dibantu siasatan. Namun belum keluar dalam akhbar berita itu pada hari ini. Ke dah keluar, cuma aku tak baca?

Dalam akhbar semalam Mat Kerok 'mengaku' bahawa dia telah melarang penyokong UMNO dari menaikkan kain rentang berkenaan, namun tidak diendahkan. Malahan katanya dia juga melarang penyokong UMNO berteriak, namun turut tidak diendahkan. Kelakar skit bilamana Mat Kerok mendakwa 1000 penyokong UMNO berkumpul di Seri Iman pada hari berkenaan. Sedangkan TV3 hanya memberitakan sekadar 100 penyokong sahaja. Adakah TV3 juga sudah mula berbohong dengan UMNO? Heheheh. Petanda awal nak jadi pembangkang la tu.

Apapun, aku kira polis sudah mula menjalankan siasatan. Alhamdulillah semoga cepat-cepat dapat tangkap mereka yang terbabit. Aku suka untuk cadangkan dikeluarkan muka-muka mereka yang terdapat dalam rakaman berita berkenaan, dan disiarkan di dalam akhbar-akhbar perdana. Aku berbesar hati untuk bantu mencari mereka yang berkenaan. Aku juga sedia menawarkan RMo.50 untuk ganjaran bagi sesiapa yang memberi maklumat sehingga si biadap dari UMNO itu ditangkap dan di bawa ke muka pengadilan.

Wallahua'lam

28 March 2008

Gambar-gambar sekitar Gelombang Kuning 1

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa dan pada hari program berlangsungnya pelancaran Tandatangan Sokongan dan Riben Kuning serta Munajat Rakyat yang diadakan di Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) semalam. Alhamdulillah nampaknya sokongan dan penglibatan yang hadir sungguh memberangsangkan. Aku sendiri sempat serempak dengan Che Mat Jusoh Senapang yang turut turun memberikan sokongan.

Program adalah di bawah kelolaan Mampat, yang turut disertai beberapa NGO dan Alumni sekolah. Kutipan tandatangan dan pembahagian riben bermula sekitar jam 5.00 petang sehingga jam 10.00 malam. Juga terdapat stiker "Daulat Tuanku" serta lencana. Aku cuma sempat ambil stiker je. Itupun setelah menebalkan muka dengan meminta dari seorang Ajk program.

Sidang Media Pelancaran. Pengerusi Mampat, Cikgu Fauzi (memakai kopiah) diapit wakil-wakil NGO dan Alumni sekolah-sekolah.

Ustaz Azhar Idrus turut hadir memberi sokongan. Di sisi ustaz adalah kamera miliknya. Ustaz nampaknya agak berminat dengan kamera. Laman KULIAH ustaz

Berpusu-pusu menurunkan tandatangan dan mengambil riben

Adik kecil ini memakai riben di kopiah. Asyik melihat ibunya menurunkan tandatangan

Ustaz Khalil Abdul Hadi turut hadir pada sebelah malamnya.

Satu keluarga menurunkan tandatangan. Meriahnya!

Kain pertama yang sudah dipenuhi tandatangan. Pada hari tersebut sahaja aku dimaklumkan 5 keping yang berjaya dipenuhkan dengan tandatangan.

Contoh pemasangan riben dan stiker yang betul. Hehehe

Banner sokongan dari wakil NGO

Lagi banner yang ada di perkarangan Masjid

Masjid penuh hingga ke kaki lima. Ramai yang tidak sempat berjemaah.

"Ya Allah, peliharakanlah Sultan Kami"

Selesai dan bergerak keluar.

Datuk Syeikh Ismail Mohamad, Imam Masjid Negara yang mengimani Solat Hajat berhadapan dengan YB Dr Syed Azman, Adun Batu Burok.

27 March 2008

Daulat Tuanku: Gelombang Kuning

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Bila melihat berita tentang Mampat membuat laporan polis, aku membuat sedikit carian. Akhirnya jumpa ini http://mampat.blogspot.com. Hairannya kenapa blog Mampat itu tidak diberi liputan dan sebaran tentang kewujudannya secara meluas. Maybe kerana ianya masih baru, atau kekurangan jentera.

Apa yang aku nak kongsi adalah kempen Riben Kuning yang dikatakan mahu dilancarkan pada petang ini. Bagus juga walaupun sudah ada arahan tidak rasmi tentang pemasangannya di SMS dan juga beberapa laman blog secara individu. Di bawah ini aku copy header blog Mampat yang aku kira menarik untuk kongsi di sini.

Ok, nak g office lak. Ops lupa nak bagitau yang aku dah pasang riben kuning. Hehehehe. Wassalam.


26 March 2008

Deris Jusoh hilang Dato Seri??

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ini cerita SMS lagi. Cerita pasal SMS yang aku terima perihal Deris, Rosol dan Din Adam kehilangan Dato' yang ada pada mereka. Khabarnya Dato' itu ditarik kerana sifat biadap mereka dengan Tuanku. Ini masih berita SMS. Apapun, untuk pengesahan kita sama-sama tunggu.

Apapun, pada aku membuang Dato' itu satu hukuman yang teramat ringan berbanding kesalahan dan kebiadaban yang mereka lakukan. Sudahlah tidak menerima calon MB pilihan Tuanku, cuba berlagak biadap pula dengan kain rentang "Kami Nak Deris, Natang". Cukup biadap.

Jika benar berita itu, Deris dan konco-konconya itu perlu bersyukur dan berterima kasih kerana mendapat pengampunan Tuanku Sultan. Aku kira kejadian dan peristiwa yang berlaku ini terlalu banyak hikmah yang ada. Terlalu banyak.

Antara hikmah yang aku nampak, hari ini kita seolah-olah baru sedar Tuanku Sultan dan istana itu berkuasa. Sebelum ini Institusi Raja dilayan sebagai boneka semata. Sultan setakat merasmi Masjid, pergi jamuan amal itu ini, rasmi majlis agama dan sebegitu sahaja. Diam Tuanku Sultan selama ini dianggap seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa. Nah! Hari ini semuanya hampir terjawab.

Mungkin ini juga yang perlu kita sedari setiap kali Khutbah Jumaat, doa dibaca bagi kedaulatan Sultan dan pemerintahan baginda. Mungkin sebelum ini doa yang kita panjatkan itu tanpa rasa kasih dan sayang yang benar-benar mendalam. Mungkin doa itu setakat amin di mulut sahaja. Hari ini bilamana Tuanku Sultan 'beraksi' dan bertegas dengan pendirian yang diyakini baginda tuanku, terserlah kewibawaan dan kedaulatan yang ada itu.

Alhamdulillah jika apa yang berlaku dan dirasai di Terengganu ini turut mendapat tempias bagi rakyat keseluruhannya. Ini aku kira berdasarkan Tuanku YDP Agung merupakan Sultan bagi rakyat seMalaysia, dan Terengganu khususnya.

Wallahua'lam

Ungkapan 'natang' ke Balai Polis

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan Malaysiakini

Sekumpulan penduduk Terengganu membuat aduan polis berhubung kain rentang, menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Idris Jusoh, yang didakwa menghina institusi raja.

idris jusoh terengganu natang binatang animal banner 260308 01Kumpulan 10 orang itu, yang dikenali Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), membuat laporan itu di balai polis Kuala Terengganu jam 11:20 pagi tadi.

Dalam kenyataannya, pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah, "menggesa polis mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang bersikap kurang ajar dan mengeluarkan kain rentang berunsur menghina kedaulatan sistem kesultanan dan menjejaskan kehormatan institusi beraja yang didukung oleh demokrasi di Malaysia."

Mereka merujuk sekeping kain rentang yang dipamerkan oleh penyokong Idris yang menyebut "Kami nak Idris, natang".

"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.

pas youth pc 250308 salahuddin ayubSemalam Pemuda PAS menggesa pergerakan itu dan parti pembangkang di Terengganu membuat aduan polis berhubung perkataan tersebut yang dianggap menghina raja.

Ketuanya Salahuddin Ayub berkata, selain dipamerkan oleh penyokong Idris, kain rentang seumpama itu juga diletakkan di beberapa tempat strategik di negeri yang sedang mengalami krisis pelantikan menteri besar.

Bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh, yang disokong Perdana Menteri, bertungkus-lumus mempertahankan jawatannya itu sejak berakhir pilihanraya umum 8 Mac.

Watikah pelantikan jawatan itu bagaimanapun diserahkan kepada seorang lagi wakil rakyat BN, Datuk Ahmad Said, Ahad lalu. Walaupun belum mengangkat sumpah, Ahmad telah memulakan tugasnya semalam.

Berikut teks lengkap laporan polis seperti diadukan oleh Mohamad Fauzi:

Pada 23 Mac 2008, ketika menonton Buletin Utama di TV3, saya melihat satu perhimpunan menyokong Idris Jusoh yang diadakan di hadapan kediaman rasmi MB, Seri Iman, Kuala Terengganu.

Di antara kain rentang dalam perhimpunan tersebut ada menyatakan "kami nak Idris, natang".

Perkataan pada kain rentang tersebut juga jelas merujuk kepada Tuanku Sultan Terengganu.

Ini adalah suatu tindakan menghina Istana dan bertentangan dengan undang-undang dan adab-adab sebagai orang Melayu.

idris jusoh terengganu natang binatang animal banner 260308 02Perhimpunan itu juga boleh menyebabkan kekecohan dan menyemai rasa kebencian kepada Tuanku Sultan Terengganu yang kita semua kasihi.

Saya percaya terdapatnya unsur-unsur jenayah dalam perhimpunan dan penggunaan kain rentang tersebut.

Perkataan yang digunakan adalah berbentuk hasutan dan boleh menimbulkan kebencian kepada Tuanku Sultan.

Sekiranya perkara di atas tidak diambil tindakan, saya bimbang negeri Terengganu akan menjadi kacau-bilau apabila kehormatan kepada institusi Beraja dicabul dan tidak dihormati lagi.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah rukun kedua dalam Rukun Negara Malaysia, tindakan golongan ini adalah sungguh biadap dan patut disiasat serta diambil tindakan yang keras.

Saya berharap pihak polis dapat menyiasat perkara tersebut dengan seberapa segera dan mengambil tindakan terhadap dalang dalam perhimpunan tersebut dan penggunaan kain rentang tersebut, seterusnya menyeret mereka ke muka pengadilan.

25 March 2008

Munajat Rakyat: Berkat & Daulat

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku terima satu pesanan SMS dari seorang sahabat. Katanya rakyat Terengganu akan mengadakan suatu "Munajat Rakyat: Berkat & Daulat". Dia amat berharap supaya sahabat-sahabat di alam maya ini dapat menyebarkannya ke serata alam terutamanya kepada orang-orang Terengganu.

Suruh la pakat-pakat SMS kata dia bila aku bertanya lebih lanjut maklumat program terbabit. Berikut adalah maklumat yang diberikan:

Klik untuk besarkan.

(asalnya SMS, tetiba je aku dapat email banner di atas. Thanks buat pengirim banner)

SMS kedua yang aku terima pada hari ini berkenaan Riben Kuning. Mengikut SMS yang aku terima itu, mana-mana rakyat Terengganu yang menyokong Tuanku Sultan, ikatlah riben berkenaan pada kenderaan masing-masing. Nampaknya gelombang kuning akan muncul kembali.

Hari ini aku dah lihat beberapa riben yang terpasang pada kenderaan di jalan raya. Nampaknya sambutan masih kurang. Mungkin belum sempat membeli riben. Maklum sahaja tengah malam tadi SMS itu beredar aku kira. Menariknya pelbagai warna yang ada. Aku sendiri tidak terkecuali tadi pada mulanya memasang riben. Tapi, bila menyedari riben aku oren dan bukan kuning, maka aku buang kembali. Sape ada riben lebih? Hehehehe.

Seorang sahabat semasa di pejabat tadi membawa

Santai Kosong

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

No idea. Bukan sebab tak tahu nak tulis. Tapi tak tahu cerita apa dulu yang mahu ditulis. Terlalu banyak. Terlalu sensasi. Apapun, biarlah banner di bawah dulu aku persembahkan. Sebagai suatu sokongan kepada Tuanku Sultan. Juga tanda aku mahukan keadilan undang-undang.

Jika pembakar jalur gemilang yang 'super impose' itu digembar gembur sampai lubang cacing. Aku harap tiada pihak yang diam diri dengan penghinaan terhadap Tuanku Sultan. Si Biadab dan celaka mesti diajar. Apapun, banner ini bukan hasil aku. Tapi email seorang sahabat. Aku lupa apa blog dia. Jap aku cari... Ha, ni dia. KLIK SINI. Harap-harap la dapat royalti selepas ini. Heheheh.

K, aku cukup sibuk dengan kursus buat sehari dua ni. Kena plak zaujah juga kursus 3 minggu. Jadi apa-apa kerja rumah aku la yang buat. Basuh baju, masak, makan. Nak ngadap blog pun cukup sulit sebenarnya. Ini pun aku cuba ambil masa sebelum mandi. Hehehe.

wassalam