14 March 2008

Ada Apa PAS di Terengganu?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah aku masih hidup dan bernyawa. Lamanya tak menulis. Aku sengaja 'mengambil cuti' yang panjang dari menulis. Bersempena dengan kemenangan PAS di 8 kerusi DUN (Terengganu) dan sempena cuti sekolah juga. Sejak balik kampung untuk mengundi, aku terlalu malas mengadap internet. Bukan setakat internet, SMS pun aku cukup malas untuk membaca dan membalas. Maaf buat teman-teman yang sering bertanya khabar, beri sokongan dan menghantar jemputan-jemputan majlis kesyukuran meraikan selesainya satu peperangan.

Seorang sahabat berpangkat ustaz yang aktif dengan PAS menelefon dan bertanya khabar sebaik sahaja diberitakan PAS Terengganu hanya berjaya mendapat 8 kerusi DUN.

"Enta rasa kita menang ke kalah?" Tanya sahabat yang merujuk kepada 8 kerusi dimenangi PAS.

"Menang! Ana rasa menang" Jawab aku tegas dan yakin.

"Bagus la, sama macam ana." Sambut ustaz tadi.

PAS Terengganu menambah 4 lagi kerusi menjadikan 8 kerusi yang sebelum ini hanya 4 di Rhu Rendang, Wakaf Mempelam, Manir dan Batu Burok. 4 kerusi baru tersebut pula adalah Ladang, Sura, Bukit Payong dan Bukit Tunggal.

Itu peningkatan berganda jika dikira mengikut Ilmu Hisab, namun masih 'kurang berbisa' jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain seperti Kelantan yang mengukuhkan kedudukan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang yang sudah dikuasai PAS, PKR dan DAP.

Apapun, pada aku ianya tetap kemenangan dan memberi kesan ke atas BN Terengganu yang dilihat sebelum ini mahu menelan lumat PAS. Paling tidak, kemenangan kecil PAS di Terengganu ini membuat pihak media kurang berminat untuk menyerang sepertimana sebelumnya. Pada perkiraan aku (seperti yang sedang dirasai sekarang) sudah tentu Perak, Kedah dan Selangor lebih berminat diserang pihak media berbanding Terengganu yang sudah mula dilihat sedikit kendur.

Apapun, selamat bertugas YB-YB!!

No comments: