23 March 2008

Biarlah Mat Said Menjadi MB Terengganu...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pagi semalam Mat Said telah menerima watikah pelantikan sebagai MB Terengganu. Watikah itu mengesahkan Mat Said sebagai MB Terengganu. Tinggal lagi majlis angkat sumpah sahaja yang belum dilakukan. Sumber-sumber memberitahu majlis angkat sumpah MB akan dilakukan bersama-sama exco yang akan dilantik Mat Said.

Istana sudah memperkenan Mat Said sebagai MB Terengganu. Buruk ke, hodoh ke, jahat ke kita ketepikan dahulu siapa Mat Said buat seketika. Ketika ini kestabilan politik negeri Terengganu sewajarnya diutamakan. Apatah lagi bila pihak istana sendiri memilih Mat Said. Sewajarnya keputusan itu dihormati bagi meredakan keadaan, seterusnya memastikan Terengganu tidak tunggang-langgang tanpa MB.

UMNO juga dikatakan telah bertindak memecat keahlian Mat Said dari ahli UMNO. Namun pemecatan itu sebenarnya langsung tidak menghalang pelantikan Mat Said dari jawatan MB. Pemecatan itu juga pada aku sebenarnya masih bersifat atas kertas kerana surat itu belum diserahkan kepada Mat Said, dan belum diumum sendiri oleh Najib selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO. Apapun, khabar-khabar menyatakan seolah-olah ianya sudah sah terpecat.

Malam tadi Pak Lah dipetik berkata pelantikan Mat Said melanggar perlembagaan. Terkejut juga aku kerana pada perkiraan aku pihak istana memang mempunyai kuasa untuk melantik MB yang dirasakan layak. Terfikir aku perlembagaan apa yang dimaksudkan Pak Lah. Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan UMNO?. Menafikan perlantikan Mat Said sebagai MB yang dilantik istana adalah derhaka!

Kes yang sama dilihat berlaku di Perlis bilamana Mat Isa Sabu yang dilantik MB juga dikatakan tidak mendapat watikah dari Pak Lah. Tetapi setelah Istana Perlis melantik Mat Isa Sabu sebagai MB, maka watikah dari Pak Lah itu didiamkan sahaja. Shahidan sahaja yang pada mulanya dilihat beria-ria, namun akhirnya akur dengan keputusan itu. Pak Lah juga selepas itu dilihat berdiam diri sahaja. Mat Isa Sabu juga tidak dilihat diugut dengan pemecatan keahlian dan sebagainya.

berita TV3 malam td.


1 comment:

Anonymous said...

aku dengar projek IT Negeri terengganu makan belanja RM100juta sepanjang 4 tahun? benar ke? GM IT negeri kaya ke?