Di dalam muka hadapan Utusan Malaysia hari ini memetik kata-kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut;
”Orang yang mogok lapar sama seperti golongan yang berputus dalam perjuangannya, sedangkan Islam melarang umatnya berbuat demikian”.
Sehari sebelum itu, di dalam akhbar yang sama melaporkan;
”Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menegaskan, umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan dalam agama Buddha dan Hindu”
Ia turut melaporkan;
”Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan, umat Islam diharamkan menyertai mogok lapar itu dan pihak berkuasa pula perlu menghalangnya daripada berlangsung kerana ia boleh menimbulkan fitnah besar kepada negara”
Beberapa hari sebelum itu pula;
”Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah”
Wah, sungguh pantas, cekap, dan efisien tokoh-tokoh agama dan mufti-mufti kerajaan Malaysia. Dalam tempoh tidak sampai 24 jam mogok lapar diutarakan oleh Pakatan Rakyat, Mufit Perak pantas memberikan pandangan beliau.
Ia turut diikuti oleh pandangan oleh mufti-mufti lain, Perlis dan Johor.
Kita jangkakan, akan ramai lagi mufti-mufti dan tokoh-tokoh agama akan memberi pandangan tentang isu ini. Kali ini mereka menjalankan tugas dengan pantas sekali. Ini baru betul semangat 1Mufti Malaysia!
Kita juga mengharapkan isu-isu lain turut diberi perhatian oleh para mufti dan penasihat-penasihat agama kerajaan di dalam isu-isu seperti amalan rasuah pemimpin kerajaan, isteri-isteri pemimpin dan pemimpin wanita yang tidak menutup aurat, dan sebagainya.
3 comments:
aduuhh..mufti jgn juga bias.nnt lagi teruk depa akan kena nanti..
p/s-sedih dan juga mkin sedih dengan ketidakpekaan mereka..
Ini dinamakan ulamak celet (buta sebelah mata), dia nampak pembangkang aja, pada pemerintah matanya tertutup oleh RM .....
Wallahu'alam la pasal kepekaan terpilih nie.hamba tengok nie manipulasi media...diorang akan cari ulama bile ade isu yang beri kelebihan pada pihak tertentu sahaja.bile kemaslahatan umat yang lain media tak cari pon sbb nanti media tak laku cam media yahudi laku.
aku sanggup sujud syukur kalo media perdana buat coverage/interview ulama/mufit minta komen pasal erin res2 cakap rezeki dia menari gelek dengan pakai 2 piece adalah halal
Post a Comment