Aku tinggalkan seketika isu di Perak. Memang di sana sudah jelas lagi bersuluh bagaimana polis telah diperkudakan UMNO / BN bagi merampas sidang Dun Perak. Tapi ini cerita di Terengganu. Cerita bagaimana kenyataan polis boleh 'bertukar' kerana 'politik' UMNO / BN.
Kira-kira dua minggu lalu, polis telah menafikan laporan beberapa akhbar yang mendedahkan bahawa Dr Ramzi dikehendaki pihak polis. Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan menafikan laporan bahawa polis sedang mencari Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohammad Zubir, Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Katanya, polis negeri kesal dengan tindakan beberapa akhbar yang menyiarkan laporan itu.
Keratan Utusan Meloya Online (25 April) ketika polis dikatakan mencari Ramzi. Bagaimanapun polis kemudian menafikannya.
Keratan Berita Hairan Online yang menafikan Ramzi dicari polis. (jika tidak silap 26 April 2009)
Hari ini polis sekali lagi mengeluarkan suatu kenyataan mencari Dr Ramzi yang merupakan orang kanan Idris Jusoh. Ini sekaligus membenarkan apa yang pernah diperkatakan akhbar sebelum ini. Pelik, kenapa perlu ada penafian tentang Dr Ramzi yang dikehendaki membantu siasatan sebelum ini.
Mungkin semua ini ada kaitan dengan siapa yang berkuasa. Jika ketika isu 'SMS ugut' berlaku, Ahmad Said dilihat berada di sebelah pihak yang defensif. Idris dilihat 'berkuasa' ketika itu. Bagaimanapun, kemudiannya setelah UMNO Terengganu diletakkan di bawah Hishamuddin, maka 'kuasa' tersebut dilihat kurang pada Idris Jusoh.
Ini mungkin dapat dikuatkan lagi dengan Khutbah Jumaat di Terengganu pada hari ini bercerita tentang SMS fitnah. Melalui khutbah tersebut imej Ahmad Said aku percaya akan dapat diperbaiki. Tapi, akan tertangkapkah penyebar SMS tersebut?
1 comment:
Written by SM Noor
Saturday, 09 May 2009 07:53
KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Terengganu menganggap tempoh 72 jam yang diberikan oleh polis kepada bekas Setiausaha Politik, Dato’ Seri Idris Jusoh, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir untuk muncul dan menghubungi polis, adalah terlalu lama dan menimbulkan rasa tidak selesa rakyat Terengganu.
Ketuanya Fariz Musa berkata kredibiliti pihak polis dipersoalkan kerana masih ‘teragak-agak’ dan ‘double standard’ dalam mengambil tindakan telus dan profesional keatas tokoh-tokoh UMNO, berbanding tindakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat biasa.
“Sedangkan (ia) kes ugutan bunuh tersebut adalah serius ! Adalah sangat menghairankan bagaimana pihak polis masih gagal untuk mengesan dan menahan beliau dengan segera,
“sedangkan kini beliau bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Dato’ Seri Idris Jusoh , yang juga merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara),”katanya ketika dihubungi Buletinonline.
Beliau menyarankan agar polis turut menyiasat bekas Menteri Besar Terengganu itu, kerana menurutnya Ramzi adalah merupakan orang kanan dan orang kepercayaan Datuk Seri Idris Jusoh.
“Adalah menimbulkan kemusykilan, bagaimana polis tidak tahu diaman ia berada, Datuk Seri Idris Jusoh tidak tahu di mana Pegawai Khas beliau berada ?
“kehilangan 'misteri' Ramzi semestinya diajukan kepada Datuk Seri Idris Jusoh kerana Ramzi adalah merupakan orang kanan dan kepercayaan Datuk Seri Idris Jusoh,”jelasnya.
Katanya pihak polis wajar turut menyiasat Idris Jusoh dalam menyelesaikan kebuntuan polis atas ‘kehilangan Pegawai Khas Pengerusi Mara’ serta siasatan kes SMS ugutan bunuh tersebut .
Last Updated on Saturday, 09 May 2009 07:55
Post a Comment