09 May 2009

Cadangan Himpunan 1Black Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya aku berharap penulisan aku ini tidak menyebabkan aku ditangkap seperti Mat Sabu. Bukan apa, aku kesian kepada polis. Penat- penat tangkap, lepas tu terpaksa lepas kerana tidak berjaya mendapat perintah tahanan. Abang Mat juga untung sebab berjaya meningkatkan populariti di saat pemilihan nak berlangsung dan makan free!. (Gurau je nih)

Idea ini sebenarnya sudah lama dibincangkan. Namun, aku tidak tahu sejauh mana idea ini selamat, aman dan makmur dari gangguan polis. Bukan apa, jika memakai baju hitam sudah dianggap suatu kesalahan, aku tidak nampak lagi di mana untuk ada demokrasi di Malaysia ini. Kata seorang sahabat yang juga seorang lawyer, polis peduli apa. Dia akan tangkap dan belasah dulu. Sah atau tidak itu kemudian kira!

Aku suka jika himpunan 1Black Malaysia ini menggabungkan 3 isu utama yang diperjuangkan oleh pelbagai pihak. Pertamanya isu PPSMI yang didolak-dalih oleh Muhyidin Yassin, keduanya isu Mansuhkan ISA dan ketiganya BERSIH dalam menuntut pilihan raya semula di Perak.

Cadangannya, himpunan itu diadakan dalam bentuk perkelahan keluarga dan sahabat-sahabat. Setiap negeri memilih 2 lokasi perkelahan / rekreasi yang mampu menampung bilangan pengunjung yang ramai dan berada di lokasi strategik. Satu tarikh dipilih (cadangan Sabtu) bagi memastikan himpunan itu berjalan serentak seluruh negara. Masa pula sudah tentu awal pagi bagi acara perkelahan.

Tiada sebarang aturcara, tiada sebarang ucapan, tiada sebarang sepanduk. Apa yang diperlukan hanyalah pakaian HITAM sebagai menyatakan bantahan. Masing-masing keluarga dengan bekal masing-masing, dengan aktiviti keluarga masing-masing. Jika yang mahu mandi-manda, jangan lupa pakai seluar mandi / pakaian mandi HITAM!

Selain menyatakan sokongan kepada 3 perkara di atas, himpunan yang dirancang ini juga sebagai menyahut salah satu usaha kerajaan bagi Zoom Malaysia. Melawat tempat-tempat menarik dalam negara dan menanam cintakan negara.

Himpunan yang santai ini bukan setakat boleh dibawa anak kecil, malah boleh dijadikan 'himpunan dalam himpunan' bagi pihak yang mahu adakan reunion sekolah, IPT dan sebagainya. Ukhwah dapat ditingkatkan, perpaduan akan terlaksana. Bukankah itu antara matlamat 1Malaysia?

Akhirnya, jangan lupa bawa 1Plastik Sampah bagi mengisi sampah setelah berkelah. Pelihara alam sekitar dan jagalah kebersihan. Jika tidak himpunan BERSIH menjadi 'hitam' dengan sampah.

Itulah sahaja satu cadangan yang terlintas dan pernah disyorkan sebelum ini. Dilontarkan kembali kerana sudah lama tidak keluar berkelah. Kesibukan hujung minggu memaksa perkhelahan dilakukan di dapur rumah sahaja. Juga tetiba terasa mahu mengikuti himpunan. Wallahua'lam.

Nota: Aku percaya dengan sangkaan yang amat buruk terhadap polis, bahawa polis akan tetap adakan sekatan jalan raya, menahan pemakai baju hitam dan sebagainya. Namun, kita masih boleh mencuba melihat sejauh mana patriotiknya polis kita terhadap UMNO dan BN.

2 comments:

nasikerabupetro said...

bila cadangan ini dilontarkan secara meluas dan dilaksanakan, ambe rasa, tak kira la warna apapun, mereka akan ketakutan.

tapi, ambe suka idea ni...
tiba-tiba je rasa nak gi mandi air terjun... :)

Gedung Akal said...

Aku sangat sangat setuju dgn idea ko yang sgt. bernas tu. Moh sama2 kita kempen. ada hikmah yg banyak tu. Selain protes dapat pulak berkelah..ermm..cantik.. Nanti aku cuba bincangkan dengan lebih lanjut & 'akademik' (taklah sangat, tapi analitik dan kritis pasti sekali) dalam blog aku http://gedungakal.blogspot.com Kau tggulah perkembangan selanjut akan kuberi tahu nanti. TK