24 May 2009

Selamat Kembali Tranungkite Online!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ini seperti ada suatu tarikan untuk aku menjenguk ke laman Tranungkite Online @ TKO. Wah! Wajah baru dengan versi 9 yang sebenarnya! (sebelum ni v9 macam olok-olok je).


Baju baru? Bukan baju baru, ini wajah baru!

Aku sebenarnya sudah lama menjadi pengintai sahaja laman tersebut walaupun pernah suatu ketika menjadi pengikut setia. Semuanya gara-gara 'serangan sejenis selsema' ke atas laman tersebut baru-baru ini.

Akibatnya, laman popular tersebut demam dan batuk-batuk berminggu lamanya. Artikel tidak di update dan akses ke laman berkenaan perlahan. Sudah tentu kesan tersebut membuatkan pengunjung setia tidak menunggu lama untuk berada di laman berkenaan memandangkan isu semasa mutakhir ini panas dan sentiasa berubah.

Suatu kebosanan juga sebenarnya bilamana mengikuti perbahasan forum bilamana terdapat forumer yang tidak cerdik, terlebih emosi, degil melampau, taksub melampau, pencacai yang diupah dan sebagainya yang menghilangkan nikmat dan hikmah perbincangan.

Semoga TKO terus unggul dan teguh di persada maya untuk menjadi suara alternatif dalam menyampaikan maklumat.

Wallahua'lam.

p/s: Dengar kata ada satu pilihan raya kecil di DUN Penanti. Betul ke?


0 comments:

 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks