Tarikh: 7 Mac 2008.
Lokasi: Masjid Negara ke Istana Negara.
Pakaian: Putih
Jam 2.03 minit petang, alhamdulillah kami selamat tiba di perkarangan Masjid Negara. Seperti yang dirancang, perjalanan dengan LRT dari Terminal Putra, Gombak ke Pasar Seni berjalan lancar. Cuma Balqis awal-awal lagi sudah tertidur dalam dukunganku.
Kedatangan kami disambut dengan sepasukan pihak berkuasa yang sedang siap bersedia di pintu masuk Masjid Negara. Kami melintasi hadapan mereka sambil merakam gambar.
Kami menyertai para peserta yang sedang berhimpun di Perkarangan Masjid. Ketika ini beberapa individu kelihatan sedang memberi ucapan semangat. Balqis tetap tertidur dalam dukungan.
Nyenyak tanpa menghiraukan apa yang berlaku di sekitar. Laungan takbir dan hiruk pikuk manusia seolah-olah nyanyian yang mengasyikkan.
Tiba-tiba, sekumpulan pasukan Unit Amal yang membentengi beberapa pimpinan GMP bergerak melintasi kami. Nampaknya para peserta sudah berlepas. Kami terhimpit di celah-celah lautan manusia. Aku segera keluar dari kumpulan yang ramai bilamana takut Balqis terhimpit.
Pasukan Polis yang tadi kuat membentengi pintu pagar Masjid akhirnya berpecah dan terpaksa mengakui bahawa mereka tidak mampu menentang gelombang manusia yang berpusu-pusu keluar sambil melaungkan "La ilaha Illallah".
Kelihatan peserta keluar dari Masjid Negara menuju ke jalan raya.
Bersemangat melangkah. Kami ikut dari belakang. Balqis tetap lena dalam pangkuan.
Di sini sahaja aku mampu melangkah. Nun 100 meter di hadapan kelihatan asap-asap putih sudah kelihatan. Aku pada mulanya mahu terus melangkah, namun ditegur oleh kebanyakan peserta bilamana melihat Balqis dalam dukunganku. Aku mula mencari tempat yang selamat untuk Balqis.
Dalam berlari-lari anak, aku sempat melihat ke arah Balqis. Tiba-tiba sahaja dia terjaga dari tidurnya yang panjang. Matanya berair dan mula hendak menangis. Aku percaya, apa yang Balqis rasakan adalah sama seperti yang aku rasa. Tekak sedikit pahit, mata pedih dan berair.
Balqis sudah terjaga dari tidur. "Kacau betul FRU tu!! Orang nak mimpi lebih pun tak boleh. Dengki!!"
Aku segera membasahkan kain tuala dan menyapu mukanya. Seorang sahabat menghulurkan garam. Aku segera meletakkan garam tersebut ke lidah Balqis. Ketika itu aku lihat makin ramai yang berundur. Kami berhenti seketika di sebuah gerai yang berdekatan. Kononnya cuba untuk makan tengahari yang belum sempat diambil.
Tiba-tiba, datang pula trak meriam air memancutkan air berasid. Kami bernasib baik sempat melarikan diri dan tiada apa-apa. Mee goreng yang sempat disuap dua kali terpaksa ditinggalkan. Nasi goreng yang ditempah belum sempat siap. Namun, aku menyuruh isteriku pergi semula menjelaskan bayaran bilamana melihat keadaan di sekitar gerai berkenaan sudah aman. Kami bergerak keluar dari medan. Mencari gerai lain. Lapar.
Berhenti lelah sambil menikmati ibu jari yang sedap dan berkhasiat. Agaknya masin-masin pada ibu jari Balqis itu menyebabkan dia tiada apa-apa bila terkena gas. Hehehe.
Sempat posing dengan Umi sementara menanti air kelapa dan nasi tiba.
Masa untuk bergerak pulang. Posing sambil menanti LRT tiba untuk membawa kami pulang.
Akhirnya kami selamat tiba di rumah mak sedara Balqis. Selepas mandi dan menyusu, tibalah masa-masa untuk melepaskan lelah.
Semoga PPSMI dapat dikuburkan. Agaknya itulah yang difikirkan Balqis sebelum matanya terlena.
Wallahua'lam.
3 comments:
sy respect semangat juang korang semua..!!
;)
Tahniah kerana bersama melakar sejarah perjuangan menyelamatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dari pupus seperti pupusnya tulisan jawi sewaktu UMNO di ambang kuasa. Pelik tapi realiti.
Alhamdulillah...
Jom protes sampai menang.
Lwn ttp lwn.
Ws.
Hmmm.. Patutnya pujian untuk Balqis jer. Ikut dia nak je dia terus redah Gas tu. Tapi Umi ngan Abi dia yang melencong patah balik. ;)
p/s: Kata Umi Balqis, inilah pertama kali dia turun Demo dan pertama kali kena gas. Maknanya Balqis lagi hebat dari Umi dia!! ;)
Post a Comment