Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Petang semalam aku menghadiri satu kenduri kahwin seorang anak bekas jiran aku di Rusila, Marang. Aku tidak ingat sejak bila keluarga tersebut menjadi jiranku, tetapi yang aku ingat keseluruhan ahli keluarga tersebut agak rapat dengan keluarga aku. Aku tiba lewat petang dan memberi peluang untuk lebih beramah mesra.
"Perut abi dia ni mengandung jugak" Tegur Makcik Nor kepada aku. Ketika itu aku baru sahaja hendak memulakan makan.
"Tiap kali hujan je, nak joging. Hujan je, nak joging". Aku membalas beralasan. Maksud aku, setiap kali aku nak joging, mesti ketika itu hujan sudah turun. ;) Kebetulan pula ketika ini hujan sahaja setiap petang. Sepanjang hari pun.
Berselang hari jemputan kenduri kahwin. Kebanyakan kawan sekolah. Lebih tepat yang sama batch. Ikut jadual, jika aku tidak ke Perak untuk mencari 'sisa-sisa replika plak Pokok Demokrasi', insyaAllah kesemua kenduri tersebut akan aku kunjungi. Ummu Balqis sendiri dah siap belikan beberapa hadiah kahwin untuk diberikan semasa kunjungan nanti.
Jumpa kawan-kawan lama di kenduri nanti mesti persoalan perut adalah yang utama. Jika perempuan sibuk bertanyakan 'ada isi', yang lelaki pula sibuk melihat kejayaan si isteri menjaga suami masing-masing.
Jujurnya, selepas kahwin agak kurang aku beriadah. Jika ada pun main badminton di TER j a r a n g - j a r a n g. Itupun jika malam yang ditetapkan aku berkelapangan. Ada kalanya rindu di zaman kampus yang saban hari aku berbasikal. Baik ke kelas, mahupun pusing-pusing di tepi pantai di waktu petang. Atau rindukan zaman di asrama sekolah menengah menayangkan aksi ala-ala 'Moero Attack' di court biru.
Zaman sekolah rendah adalah paling aktif. Semua sukan aku sertai. Baik acara padang mahupun trek. Agaknya sebab itu ketika itu aku jauh lebih slim. Mungkin juga disebabkan gaya kerja yang tidak banyak melibatkan aktiviti luar menyebabkan lemak-lemak mudah berkumpul.
Jeles sebenarnya melihat kejayaan seorang abang dalam menguruskan diet makan. Namun, dalam menyedapkan hati mengatakan ruginya tak makan macam-macam. Hehehhe. Memang terasa rugi pun tolak itu dan ini.
Wallahua'lam.

2 comments:
bagi umi badan abi lani dh ok. kalau kurus sgt mcm masa sekolah dulu x hensem la. sebab tu umi x nampak abi dulu. heheh!
k.sue sokong sgt pendpt ummubalqis..Biar la perut suami kita terkedepan sikit..tandanya kita pandai masak best best.. kalau perut atau badan suami 'cikeding' je ..kita yg tengok hari hari ni pun kesian ..Ikut contoh Ang Rashid, balik dari ofis tak kira kul brape, mesti nak buka saji..
'Alaa kulli haal.. ape ape je la..asalkan bahagia..
Post a Comment