Lamanya tak update blog. Beberapa isu yang agak sensitif membuatkan aku sedikit malas menulis. Malas dan sedikit takut. Maaf, aku bukan takut pada ISA. Tapi takut penjelasan yang aku berikan tidak memuaskan hati sesetengah pihak.
Hari ini 16 September. Rupanya Anwar belum lagi sampai ke Putrajaya. Sidang media yang dibuat pula pada aku lebih kepada mengulangi apa yang telah diperkatakan sebelum ini. Cuma dilihat lebih sedikit ke depan.
Apapun, aku juga mahu mengumum suatu. Sebelum Anwar ke Putrajaya, aku akan sedaya updaya aku terlebih dahulu melangkah dari Anwar. Melihat kepada situasi Anwar yang telah 'gagal' dengan 16 September, maka aku kira tarikh yang akan diletakkan selepas ini adalah kira-kira sebulan dari sekarang.
Tanpa mahu menimbulkan sebarang gimik yang berlebihan, sebenarnya aku mahu mengumumkan sesuatu tentang blog aku. Mudah cerita, aku sebenarnya sedang cuba menukar template blog aku ini ke template yang lebih memudahkan aku.
Template baru blog yang dicadangkan adalah lebih kurang sama sahaja susunannya. Cuma dengan code XML, ia lebih mudah diuruskan berbanding HTML. Tak faham? Aku pun tak tahu macam mana mahu menyampaikan hasrat aku ini.
Cadangan template baru yang akan digunakan adalah seperti ini:
Atau kalian boleh ke SINI. Sekali lihat memang tidak banyak perbezaan. Masih 3 colum dan warna yang digunakan pun masih hijau. Cuma seperti yang aku katakan format XML ini akan memudahkan aku dengan cukup banyak di samping dapat menggunakan widget yang disediakan oleh pihak google.
Berkenaan dengan header blog (ala macam banner la kiranya kat atas sekali tuu), aku masih tiada idea lagi untuk meletakkan yang macamana paling sesuai dan menarik. Jadi, aku buka kepada sesiapa yang ada cadangan, mahupun mahu menyumbang header berkenaan kepada aku (alasan seorang yang buta dalam photoshop).
Kalu ada apa-apa, leh tinggalkan komen, YM atau email sahaja aku. Ok, aku nak balik kampung jumpa Balqis lak. Rindu sama itu anak. Rindu mak dia? Sudah tentu!! ;)
Selamat berbuka n Selamat Hari Malaysia.
Wallahua'lam.
P/s: Esok 17 Ramadhan (Nuzul Quran). Berapa juz kah yang sudah dihabiskan?
2 comments:
awak letak banner yg macam blog lama ni pon ok... dah jadi trademark awak...
background titik2 hijau kat belakang tu agak mengganggu dan melambatkan loading. elok juga kalau awak just letak warna ijau as background or awak putihkan aje backgroundnya.
salam pada zaujah dan balqis =)
Salam dang,
Kalu buleh,tulong tukor template hok dok berat boh.
Template hok ni nge hok baru tu lengoh sang nok bukok.Maklumla,tenet ambe ni wireless.rezak sikit.
Kadang tu bile buke blog deme,buleh bace banner je.Haha..
Blog ambe dulu pun macang dang jugok.Gak pahtu ambe tukor.Rama ngat bunying lambat bukok.
Isi bereh doh.. :)
Kirim salam ke zaujah nge Balqis nah?
Salam..
Post a Comment