Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Hari ini aku terkejut bila membaca akhbar apabila terpandang wajah seseorang yang aku cukup kenali telah diberitakan meninggal dunia dalam satu kemalangan. Sebenarnya baru dua tiga hari lalu bayangan sahabat yang merupakan seniorku di sekolah menengah dulu menjelma di fikiran. Seingat aku hampir 10 tahun lebih aku tidak berjumpa dengannya.
Aku masih ingat sewaktu di tingkatan 1, aku dan Abang Zu sebilik. Dekat 20 orang sebilik dengan katil double decker. Kalu tidak silap aku, katil kami berjiran sahaja. Ketika itu, Abang Zu di tingkatan 4.
Aku tidak lupa, Abang Zu antara orang pertama yang menyambut aku masuk ke bilik Yusof Qardhawi. Wajah hitam manisnya tidak pernah lokek dengan senyuman dan gurauan yang mencuit hati. Ada sahaja gurauan dan usikan yang menjadikan bilik kami kecoh. Lebih merapatkan kami bilamana mendapat tahu kami datang dari daerah yang sama dan bersebelahan kampung sahaja.
Bilik aku ketika itu menjadi tempat berkumpul kawan-kawan Abang Zu yang kebanyakannya pelajar tingkatan 4. Walaupun mereka ini senior, tetapi boleh digolongkan dalam kumpulan yang agak baik-baik. Aku ketika itu pun juga baik. Sedikit 'skema'. Ada sahaja bekal dari kampung yang aku akan kongsi dengan Abang Zu dan kawan-kawannya. Aku juga antara yang menjadi budak suruhan untuk mengambil makanan di dewan makan jika waktu minum malam.
Waktu Subuh, Abang Zu biasanya mengejutkan kami sebilik. "Bangun!". Biasanya kaki kami digeleteknya bagi mengejutkan kami. Dengan nada bergurau biasanya dia akan memastikan kami semua tidak terlewat berjemaah Subuh di Musolla.
Pada mulanya, Abang Zu diamanahkan menjadi penolong Ketua Bilik, kemudian dilantik mengganti Ketua Bilik apabila jawatan itu kosong berikutan Ketua Bilik kami sibuk dengan latihan menembak.
Jasa Abang Zu yang aku tidak lupakan adalah membantu aku untuk pulang ke kampung buat pertama kali. Setelah sebulan di asrama, kami dibenarkan pulang. Aku dan Abang Zu sama-sama naik teksi dari Kuala Terengganu menuju destinasi masing-masing yang haluannya sama. Aku dipesan supaya tidak membayar wang yang lebih kepada pemandu teksi. Masih aku ingat tambang teksi ketika itu hanya RM 4 bagi perjalanan kira-kira 60 kilometer.
Masuk tingkatan 2, aku sudah sedikit nakal. Aku rasa sedikit, tapi aku tidak tahu apa persepsi orang lain kepada aku termasuk senior-senior yang pernah rapat dengan aku. Abang Zu ketika itu menjadi Pengawas Asrama. Dia dalam gurauannya selalu menegur aku. Selalu juga tertangkap membuat kesalahan dengannya. Pernah juga didenda. Apapun, kami tetap baik dan sentiasa boleh berbual mesra.
Cuma seolah-olah menjadi tradisi Pelajar Tingkatan 2 kebanyakannya nakal dan bermasalah. Mungkin masing-masing baru 'baligh' dan cuba menjadi dewasa dengan cara tersendiri. Apapun, kenakalan dan sifat kami yang 'jahat' selalu dipantau oleh senior-senior yang penuh bertanggungjawab. Walaupun pada mulanya dirasakan seolah-olah dibenci senior, namun setelah kami di tempat mereka, kami faham dan tahu apa patut dibuat pada junior-junior yang nakal dan tidak dengar kata.
Al-Faatihah untuk Abang Zu. Semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang-orang yang dikasihiNya.
Link ke Berita Akhbar.
Utusan - 3 Maut dalam nahas.
Metro - Kempunan Cahaya Mata.

No comments:
Post a Comment