Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Kemenangan berganda aku kira yang diperoleh oleh Mat Said ketika mana lawatan Pak Lah ke Terengganu Sabtu lalu. Pertamanya Mat Said telah dilantik menggantikan Idris yang 'melepaskan' jawatan Ketua Perhubungan Umno Terengganu. Keduanya permintaan Mat Said agar Kerajaan Pusat mengembalikan Royalti 5% kepada Terengganu 'dikabulkan'.
Sehari sebelum Pak Lah tiba di Terengganu, sudah terpasang kain rentang dan bunting yang sudah menampakkan Royalti dipulangkan semula. Seolah-olah kedatangan Pak Lah telah memberi kemakmuran kepada Terengganu. Bahasa lebih nakal lagi adalah, kedatangan Pak Lah memberi RAHMAT kepada Terengganu.
Aku sempat berada di Airport Tak Siap Sultan Mahmud ketika mana para penyokong dan pemimpin Umno berkumpul bagi menyambut Pak Lah. Aku anggarkan sekitar 1000 - 1500 orang sahaja yang berkumpul. Terdapat juga beberapa bas dari Kemaman turut sama datang menyambut Pak Lah. Baik betul politik Mat Said.
Aku kira dengan pengumuman Pak Lah itu, maka berakhirlah sudah desas-desus undi tidak percaya kepada Mat Said. Berakhirnya juga kebimbangan Mat Said tentang berapa hari dia akan menjadi MB, dan turut berakhir masalah Kewangan Negeri yang sebelum ini hanya ada beberapa sen sahaja jika tidak dicampur dengan Wang Royalti.
Pada aku, Mat Said sekarang sudah menjadi MB penuh. Kuasa pemerintah negeri dan parti yang memerintah kini di tangannya. Semua kehendak dan keputusannya selepas ini akan dihormati dan didengari. Akan tiada lagi suara memperlekeh, mahupun mencebik bilamana Mat Said berucap walaupun tidak sedap. Semuanya akan angguk, setuju dan betul tuan!.
Mat Said berkuasa, Idris pula bagaimana? Apakah popularitinya yang suatu ketika dulu cukup disebut-sebut, dan ditayang di papan-papan tanda itu akan berkubur? Seorang kenalan berkata, sekiranya pilihan raya diadakan di Besut, Umno akan tumpas di sana. Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment