28 July 2007

Bantal Busuk


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku baru je berkira-kira mahu menulis sesuatu tentang 'bantal busuk'. Semuanya gara-gara seorang kawan memesan aku mengambil bantal anak sedaranya yang tertinggal di bilik hotel minggu lalu. Kebetulan bilik kami bersebelahan. Bila disuruh mengambil bantal yang tertinggal, terbayang kepadaku, tentulah 'bantal busuk'. Jika tidak masakan bantal itu dibawa ke mana-mana.Hairan aku kerana sebelum ini aku tidak tahu wujud sindrom 'bantal busuk' ini. Sehinggalah aku punya seorang anak sedara yang memang mempunyai 'bantal busuk' ni. Lelaki, dan sudah berumur 7 tahun. Tunggal setakat hari ini. Jika dia pulang ke kampung, pasti dibawa bersama bantal peluk busuknya. Mungkin sebab kami punya adik beradik yang ramai yang menyebabkan tidak perlu bergantung kepada sesuatu 'teman'. Kebetulan pula, mak tidak bekerja sepanjang membesarkan kami.

Aku kira idea 'buku kain' ni sebagai sesuatu yang menarik sebenarnya. Bukan apa, aku selalu berkira-kira mahu membeli apa jika mahu menghadiahkan sesuatu kepada kanak-kanak. Last-last, mesti beli mainan atau makanan. Kanak-kanak memang sinonim dengan bermain, tetapi membudayakan terlalu asyik dengan bermain mungkin menyebabkan mereka leka. Apa salahnya jika dibudayakan belajar sambil bermain-main. Sehari dua ni aku ada menjejakkan kaki ke Perpustakaan Awam Terengganu. Sebab itu ada sikit semangat menulis bab membaca.
sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi
-----------------------------------------------------------------------------

‘Buku kain’ ganti ‘bantal busuk’ bagi kanak-kanak kecil

PULAU PINANG 27 Julai – Jika selama ini ‘bantal busuk’ begitu mendapat tempat di kalangan kanak-kanak kecil, namun kini ibu bapa boleh mengubah tabiat itu dan menggantikannya dengan ‘buku kain’ yang diperkenalkan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP), sekali gus memupuk minat terhadap ilmu pengetahuan bermula dari kecil lagi

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, buku kain itu mampu mendekatkan kanak-kanak berusia setahun hingga tujuh tahun dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan menjadi asas untuk mereka mempelajari sesuatu menerusi program Setiap Bayi Satu Buku.

“Daripada anak-anak kita pegang bantal busuk, lebih baik pegang buku kain ini yang mempunyai pelbagai cetakan ilmu pengetahuan asas sesuai dengan minat kanak-kanak.

“Buku kain itu juga diperbuat daripada fabrik yang boleh dicuci dan tanpa toksik, jadi anak-anak boleh bawa tidur, digigit dan pada masa sama boleh belajar daripada buku itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program Setiap Bayi Satu Buku di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Jahara Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Perpustakaan Kanak- Kanak Pulau Pinang, Datin Seri Zainab Abdul Kader.

Menurut Shahrizat, buku kain itu adalah projek perintis pertama seumpama itu di negara ini dalam usaha menerapkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat sejak kecil dan ia akan diperluaskan ke peringkat nasional tidak lama lagi.

“Saya percaya jika program ini berjaya masyarakat negara kita akan maju sekali gus mampu bersaing di era globalisasi yang mencabar ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zainab memberitahu, buku kain yang diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu dihasilkan dengan jahitan tangan dan dijual pada harga RM50 setiap satu.

Katanya, sebanyak 30,000 buku kain telah dicetak untuk keluaran pertama dan boleh dibeli di perpustakaan awam dan desa di negeri ini.

Pihaknya juga menyediakan naskhah percuma kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Setakat ini, ada perbadanan perpustakaan di beberapa negeri berminat untuk memperkenalkan buku kain ini di tempat mereka dan pihak kami akan bekerjasama untuk menjayakan usaha itu,” ujarnya.

Selain pengenalan kepada abjad dan angka, buku kain setebal 16 muka surat berwarna warni itu turut mempunyai gambar-gambar seperti pokok, bunga raya, buah-buahan, anggota tubuh dan haiwan. - Utusan.

Gambar: Metro
-------------------------------------------------------------------------
Nota: Benda baik, kita sokong. Bangkang hanya pada yang patut

Inilah Filem Kita dan Budaya Kita

Assalamualaikum..

Eh, ada filem baru. Sah! Biru yang haru!


Apakah ada jaminan masa depan mereka akan terjamin jika ini budak-budak sekarang?? Tepuk dada, tanya iman. Bukan tanya Imam Hadhari. Kalu tanya Imam Hadhari, semua leh jadi ikut logik dia. Biarkan dia dengan Jeanenya. Tapi, di mana Pak Lah? Hilangnya tanpa berita..

Kenapa Amdang??

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Dalam tak sedar, aku mula perlahan. Tiada lagi artikel menyerang dan panas dikeluarkan. Kenapa ye? Adakah aku takut dengan soalan-soalan Encik X? Atau aku memang diarah untuk direhatkan? Yang ada hanyalah catatan, biasa dah terlalu biasa tanpa bisa. Tak dapat maklumat ke? Atau informal dah takut nak bagi maklumat??

Ini komentar aku pada diri. Sebenarnya aku pun tahu apa penyakit yang melanda diri ini. Sedikit je sibuk, tapi memakan masa yang lama untuk pulih. Masalah aku, bila bz skit makan tak terurus. Tak sempat masak, aku lebih suka makan apa yang ada. Perut kosong, aku cepat sakit kepala. Bila sakit kepala, rasa nak rehat dan bersedap-sedapan jer. Nak guling-guling, baring-baring. Solat pun dah pandai buat alasan nak solat kat rumah je walaupun surau selangkah jer.

Ok. Nak fokus kembali. Ada lagi isu tanah yang dirampas, bukan sedikit, tapi menyeluruh kepada seluruh tanah RTB dulu. Khabarnya pegawai kerajaan dikurniakan tanah ini bagi menutup kejahatan UMNO. Ada lagi isu konsert pesta pantai baru-baru ni, ada lagi kes pegawai kerajaan negeri yang makin ditindas, ada lagi cerita pembangunan yang tidak terancang: rakyat miskin negeri mewah, ada lagi isu-isu maksiat terlampau yang akan dibongkar. kenyitkenyit Mesti Encik X tak senang baca artikel ni.

Rehat dulu sambil bacalah artikel ni. Pasal Kucing.

26 July 2007

Merakyat Perjuangan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam (25 Julai) aku sempat bersama-sama Cikgu Azmi Abd Hamid, Presiden TERAS Pengupayaan Melayu dalam satu bengkel ringkas. Bengkel itu sepatutnya berkisar tentang Standard Operation Procedure (SOP) sesebuah NGO / Persatuan menjadi perbincangan dan perkongsian ilmu yang aku kira membuka minda aku selangkah ke depan. Kenapa selangkah, bukan dua dan tiga? Jawabnya tentulah selangkah bilamana sesuatu ilmu itu belum diamal dan dipraktikkan. Langkah seterusnya akan disusun apabila langkah pertama berjaya melangkah.

Aku mengikuti perjumpaan itu dengan penuh minat. Paling berminat bila ditawarkan mengikuti kursus-kursus yang disediakan oleh pihak TERAS dan beberapa NGO lain yang sudah teguh seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM). Excited sangat untuk terus bersama-sama golongan AKTIVIS ini. Apatah lagi bila melihat kepada kurangnya penglibatan Melayu dalam gerakan berbentuk NGO dan persatuan yang melibatkan kebajikan. Bukan tiada, tetapi kurang dan 'tidak kelihatan'. Mungkin kerana gerakan yang ada hanyalah berlaku sekitar masyarakat yang kecil sahaja. Lebih bersifat kenegerian, atau juga bersifat puak tertentu. Kalu ikut Cikgu Azmi, Terengganu, Kelantan dan Kedah memang kurang badan NGO yang terkehadapan. Bimbang juga takut-takut Melayu Islam dipalit fitnah tidak berkebajikan, tidak prihatin dan tidak ada kesedaran.

Mungkin tak ramai yang nampak apa perlunya NGO-NGO ini kerana kita sudah punya kerajaan yang mempunyai pelbagai institusi dan badan. Kalu soal pengguna, bukankah kita sudah punya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna? (KPDNHEP). Kalu soal alam sekitar, kita sudah punya Jabatan Alam Sekitar? (JAS) yang senantiasa memantau dan menjalankan tugas badan masing-masing? Dalam soal kebajikan, bukankah kita sudah punya Jabatan Kebajikan Masyarakat? Soal murtad dan gejala sosial, bukankah kita sudah punya Pejabat Agama @ Jabatan Agama Islam Negeri-negeri??

Sebenarnya dalam bahasa mudah NGO ni membantu peranan kerajaan. Itu jika NGO terbabit menyokong dasar kerajaan. Bagi NGO yang tidak bersetuju dengan beberapa dasar kerajaan, maka NGO juga boleh berperanan sebagai "Check n Balance" kepada dasar yang ada. Pembangkang pun jika mahu suara mereka didengari kadangkala menggunakan NGO untuk suarakan. Sebab suara NGO kadangkala lebih lunak berbanding suara pembangkang. Itu yang dilihat kerajaan, kerana NGO tidak mempunyai kepentingan politik. Itu asasnya.

Sedikit pengalaman aku bersama-sama beberapa NGO, aku dapati Badan-badan Kerajaan ni biasanya kurang bersungguh dalam beberapa hal. Bayangkan Pejabat Agama boleh menganggap murtad seorang remaja sebagai main-main @ gurauan semata. Sudahlah begitu, ada yang menerima amaran kerana berusaha mendedahkan betapa gejala murtad yang ada sudah parah dan teruk. Seolah-olah pendedahan yang akan dibuat itu akan membuat mereka bertambah sibuk bekerja. Betapa tidak, jika waktu pejabat dari jam 8 pagi - 4 petang bertambah ke malam, sambung ke Subuh dan lain-lain. Bukankah itu waktu diluar bekerja? Itulah mentaliti pekerja pejabat biasanya. Tapi tak semua.

Aku agak terkejut bilamana dimaklumkan CAP mempunyai kira-kira 68 orang pekerja. Woww! Terbayang dalam kepala aku besar mana la pejabat diorang ni. Memang cukup professional. Mereka ada lawyer, ada penulis, ada itu dan ini. Bila aku sebut perkara ini kepada seorang sahabat, sahabatku itu terus berkata "Tengok lah.. mereka dah berapa lama bertapak..". CAP aku kenal ketika sekolah rendah. Masih ingat, aku biasa membeli mingguan pengguna CAP. Jika aku di Terengganu berjaya mendapatkan risalah pengguna CAP yang berpejabat di Pulau Pinang waktu itu, itu sudah boleh memberi betapa teguhnya CAP ketika itu. "Dah lamaa dahhh" Kata Dr M. sengihnampakgigi

Di akhir perbincangan, Cikgu Azmi tawarkan beberapa buku terbitan TERAS dan sebuah buku CAP yang ditulis oleh Ustaz Azizi Abdullah. Aku dari dulu memang meminati beberapa tulisan Ustaz Azizi yang agak Islamik dalam cerpen-cerpen beliau. Gandingan CAP dan Ustaz Azizi dalam menerjah "Luka Rakyat" aku kira amat patut dihargai dan direnung bersama. Suka juga untuk aku kongsi di sini sebuah buku tentang "Celik Disebalik Wajah Pembangunan" yang mendedahkan statistik-statistik pelbagai salahlaku dan kebobrokan masyarakat hari ini. Dengan kempen "Selamatkan Zuriat Kita" yang dianjurkan TERAS, aku kira perlu untuk parti politik dan semua rakyat sama-sama fikirkan peranan yang perlu dimainkan bagi menyelesaikan masalah yang ada. Bukan tidak boleh menunding jari kepada yang silap dan salah, tetapi pada masa yang sama penyelesaian perlu dicari. Kesedaran perlu dikembangkan. Jika kerajaan yang ada pada hari ini menjadi puncanya, apa salahnya jika kita tegur dan jika perlu, buatlah sesuatu walaupun terpaksa mengubahnya!

Betapa masih terlalu terkebelakang dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Usaha perlu ditingkatkan lagi dan tenaga perlu digembleng bersama. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa perlu susahkan diri memikirkan soal orang lain?. Kenapa tidak jaga diri sendiri sahaja. Susah orang lain, kenapa mahu dipeduli?. Mereka ada anak beranak yang patut jaga. Mereka punya saudara mereka. Biarkan sahaja mereka begitu kerana mereka gini dan gitu!! Lagipun mereka tidak sama warna dengan kita. Mereka PEKAT sangat. Padanlah begitu.

Biarkan sahaja?? Umat Islam bersaudara. Kita juga punya perikemanusiaan. Jangan sampai agama lain "lebih Islam" dari kita yang rukuk dan sujud sentiasa. Islam bukan hanya di surau masjid walaupun itu mejadi nilai sesetengah kita. Islam itukan luas. Bukankah Nabi S.A.W saban hari menyuap makanan kepada seorang lelaki pengemis yang senantiasa mengutuknya?. Klik utk cerita. Nilai manusia bukan pada siapa dia. Selagi bernama manusia, perlu dianggap sama. Hidayah milik Allah. Kita usaha, serahlah selebihnya kepada DIA.

Wallahua'lam.

25 July 2007

Duhai Teman Sejatiku...

Duhai sahabat sejatiku..
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq..
Persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq..
Harta dikorban bukan sedikit..
Cintakan kebenaran sanggup bersakit..

Duhai sahabat..
Aku ingin kita seperti Tawakkal Ibrahim a.s mulia..
Ketika meninggalkan insan tercinta..
Di bumi tandus tanpa bicara..
Meyakini hanya Allah sebagai penjaga..

Duhai sahabat sejatiku..
Aku rindukan senyuman Syed Qutb..
Ketika berhadapan dengan Tali Maut..
Aqidah mantap tak terenggut..
Roh dakwahnya tak pernah surut..

Sahabatku yang sejati..
Marilah kita menyemai benih mujahid Hassan Al-Banna..
Fikrah yang jernih, menggegar dunia..
Merelakan tubuhnya dimamah peluru..
Demi menegakkan Kalam Allah dan Rasul..

Nota: dapat melalui SMS.. Tp seperti biasa dah diedit skit sebab bahasa asal singkatan jer. Panjang tuu.. Thanks buat penghantar SMS ni. Semoga kita seperti pejuang-pejuang ini. Berjuang dan berkorban hanya kerana Islam.


19 July 2007

FORUM KEMERDEKAAN

50 TAHUN MERDEKA
SELAMATKAH AQIDAH UMMAH ?

Anjuran Bersama: MPKB-BRI, JHEAIK dan I-GRAD

Tarikh: 5 Rejab 1428H / 20 Julai 2007

Tempat: Jalan Dato Pati, Medan Ilmu, Bangunan PAS Kelantan

Masa : 9.00 Malam ( majlis bermula dengan Solat Isya & Solat Hajat )

Moderator: Ustaz Riduan Md Nor (Pengerusi FORKAD)

Panel :

(tiada gambar)
1. Ustaz Dr.Azhar Yaakob ( AJK FORKAD )

(tiada gambar)
2. Ustaz Norazli Musa ( AJK FORKAD, Ketua Pemuda PAS Perak )

3. Ustaz Dr.Badrul Amin ( KeADILan )

InsyaAllah, forum ini akan disiarkan secara LIVE melalui beberapa webtv. Pengunjung boleh mengakses web berikut pada malam esok untuk mengikuti Forum pada pukul 9.00 malam.

  • Web TV PAS Pusat

  • Web TV Jabatan Agama Islam Kelantan
























  • Apabila Masa Berbicara

    Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum warahmatullah..

    Kat bawah ni aku masukkan satu perbualan seorang sahabat dengan Masa. Maaf! Jangan kata sahabatku ini gila walaupun aku tidak tahu bagaimana dialog ini boleh terhasil!. Bagaimana sahabatku berjumpa dengan Masa pun aku tidak tahu. Tetapi, perbualan yang berlaku itu telah membuatkan sahabatku itu sedar dan mungkin tidak membuang masa lagi. Alhamdulillah jika sahabatku itu sedar betapa pentingnya masa setelah bertemu dengan Masa. Harapnya ada juga berpeluang berjumpa dengan Masa. Jika tidak terserempak pun, cukuplah Masa dapat tegur aku melalui YM seperti Encik X menegur aku.

    Kepada Masa, seandainya turut membaca artikel tulisan aku dan dialog dengan sahabatku itu harap dapatlah meluangkan sedikit masa untukku. Semoga aku juga mendapat pengajaran seperti sahabatku itu. Mungkin tidak lama, tapi cukuplah buat menjadi ingatan kepadaku.

    Sekali lagi Masa! apa-apa hal PM aku di ID YM amdang81. Harap sangat dapat berbual dan berkenalan dengan Masa. Harap aku tidak akan membazirkan masa Masa....

    p/s: ada ke orang cakap dengan Masa??? sengihnampakgigi sengihnampakgigi

    -------------------------------------------------------------------------

    Suatu ketika, saya sempat meluangkan masa untuk berbicara dengan Masa….

    "Masa, apa khabar?", sapa saya itu.

    "Khabar tidak baik…" jawab Masa tanpa membuang masa.

    "Kenapa?", tanya saya.

    "Aku hairan, manusia akhir zaman ini selalu membazirkan aku", jawab Masa spotan.

    "Termasuk akukah?", tanya saya.

    "Jika engkau selalu membuang masa, engkau juga termasuk dengan orang lain yang suka membuang aku", kata Masa.

    "Maafkan aku Masa, kerana selalu membuang engkau", saya berkata lagi.

    "Aku hairan, manusia menganalogikan aku dengan berbagai-bagai metafora. Ada yang kata aku ini umpama emas. Makananya nilai aku sangat tinggi. Namun mereka tidak sedar diriku yang begitu berharga ini hingga sanggup membazirkan aku tanpa rasa rugi….", rintih Masa.

    "Kadang-kadang ada juga yang mengandaikan aku ini umpama mata pedang, jika aku mereka tidak memotong aku, nescaya aku akan memotong mereka… Tapi tidak pun mereka bersungguh-sungguh untuk memotong aku", rintihan Masa bertali arus.

    "Masa, kadang-kadang kami, berasa seolah-olah engkau terlalu pantas berlalu sehingga kami tidak mempunyai masa untuk mengejarmu, Masa.", kata saya. Seolah-olah membela diri.

    "Oh, bukan itu soalnya", tingkah Masa sambil merenung tepat saya.

    "ALLAH menciptakan aku sama sahaja untuk seluruh umat manusia; 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, 12 bulan setahun. Untuk engkau ALLAH ciptakan aku 24 jam sehari, untuk orang lain pun aku diciptakan dengan jumlah yang sama. Ketika Adam dan Hawa diciptakan dahulu pun aku diciptakan 24 jam sehari untuk mereka. Untuk Perdana Menteri pun aku dicipta 24 jam sehari., Untuk George Bush pun aku diciptakan sama. Malah untuk polis, cikgu, perompak, tukang cuci sampah pun aku diciptakan sama. Tidak kira siapa mereka, orang besarkah, orang kecilkah; masa mereka tetap 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, 12 bulan setahun!" hujah Masa satu-persatu kata-kata saya.

    Suasana hening seketika…

    Saya diam membiarkan masa berlalu begitu sahaja sambil menantikan luahan rasa Masa seterusnya.

    "Kadang-kadang kelakar …..", kata Masa sambil tersenyum sinis. Kali ini saya tidak lagi berani menatap wajahnya.

    "Manusia yang memberi tamsilan kepada aku dengan berbagai-bagai tamsilan, tetapi manusia sendiri yang mengingkari tamsilan mereka….", luah Masa.

    "Tengok sahajalah remaja di sekeliling engkau, mundar-mandir tanpa hala tujuan ke sana ke mari….", kata Masa sambil menghalakan sekumpulan remaja yang sedang melepak.

    "Tidak cukup, wang ibu bapa mereka dihabiskan, aku turut menjadi mangsa pembaziran masa", luah Masa lagi.

    "Di sekolah, kadang-kadang mereka seolah-olah tidak sedar yang masa untuk menghadapi peperiksaan semakin hampir pun masih lagi membuang masa".

    "Bukan setakat remaja, orang dewasa pun selalu membuang masa membazirkan aku begitu sahaja. Di pejabat, waktu yang sepatutnya digunakan untuk bekerja diambil kesempatan untuk bersembang, berborak, melayari internet dan lain-lain", Masa terus meluahkan perasaannya yang terbuku.

    Saya terus mendengar. Saya tidak berani menghadap wajah kepadanya. Saya tidak sangka begitu sekali luahannya terhadap sikap manusia.

    "Masa… aku mewakili makhluk yang bernama manusia memohon maaf daripadamu kerana selalu mensia-siakan engkau. Aku akan sedaya upaya menyampaikan luahan hati engkau ini semampu aku", janji saya apabila melihat Masa tiba-tiba diam tanpa berbicara.

    "Tak payahlah kau susah-susah buang masa untuk semua tu", kata Masa seolah-olah menyindir.

    "Tadi bukankah engkau juga yang mengatakan yang engkau tak cukup masa?", Masa benar-benar menyindir saya. tetapi memang silap saya sendiri.

    "Mana sempat engkau nak cari masa untuk sampaikan luahan-luahan aku tadi?", makin tajam kata-kata Masa. Memulangkan paku buah keras kepada saya.

    Benarlah kata pepatah; masa itu umpama mata pedang. Kata-kata Masa tadi benar-benar tajam sehingga membuatkan saya rasa begitu terpukul.

    "Masa… janganlah engkau berkecil hati dengan aku", pujuk saya.

    "Oh, tidak sama sekali. Aku bukan seperti manusia yang mudah terasa. Aku tak ada masa untuk berperasaan seperti itu", jawab Masa.

    Suasana hening kembali. Lidah saya terkelu seribu bahasa. Saya berteleku. Masa terus berlalu….

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    Tidak sapai beberapa ketika masa berlalu, tiba-tiba Masa kembali sejenak sambil meninggalkan pesanan;

    "Masa tidak ada ada masa untuk membuang masa dengan orang-orang yang selalu membazirkan masa".

    … dan tanpa melengahkan masa, Masa terus berlalu pergi meninggalkan saya yang sedang mengira-ngira betapa pantasnya masa saya berbicara dengan Masa. Saya pun tak tahu bilakah lagi masanya untuk Masa meluangkan lagi masanya bersama-sama saya. Sekalipun sebentar, namun masa tersebut begitu bernilai…


    --
    Ikhlas dari Afyan :)

    www.afyan.com

    18 July 2007

    Kerisauan Seorang Ibu

    Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

    Risaunya seorang ibu bilamana si anak diterpa dengan budaya yang pelik dan asing. Alhamdulillah si ibu menyedari kepincangan dan berani mendedahkan di akhbar. Aku agak terkejut kerana budaya ini dikatakan dilakukan di UM. Tempat pengajian yang dikira boleh dikagumi kewibawaannya. Malah keluarannya juga kebanyakannya agak berkualiti. UM terkenal sebagai pengeluar kepimpinan gerakan pelajar. UM juga biasanya mengetuai pimpinan pelajar seluruh Malaysia selain UKM dan UIA. Ini dapat dilihat dalam gerakan seperti GAMIS, GMI, dan BMN. Itu tak termasuk kepimpinan kampus UM yang dulu cukup dikagumi yang berpaksi di bawah lembayung PMIUM.

    Kini, ntah siapa yang menguruskan orientasi. Entah budaya apa yang mahu diajar. Entah ideologi mana yang mahu diserap. Kononnya oleh segolongan pelajar yang mengaku ASPIRASI KERAJAAN. Jika begini aspirasi kerajaan, maka sudah terbentang di depan mata aspirasi kemusnahan, aspirasi kelucahan, aspirasi tiada malu dan adab!

    Cukup memalukan apabila sudahlah Pilihanraya Kampus dicampuri HEP dan UMNO/BN, kini apabila mendapat mandat, Ajaran Hadhari pula diserap kepada pelajar. Mungkin ada yang cuba menafikan ini adalah Ajaran Hadhari, tetapi apa lagi ajaran yang dibawa kalu tidak Ajaran Hadhari oleh puak-puak Aspirasi Kerajaan Hadhari ni???

    marahmarahmarah

    -----------------------------------------------------------------------------

    Wajarkah bincang seks keterlaluan di universiti?

    KEPULANGAN anak-anak ke kampung halaman selepas minggu pertama di universiti merupakan satu kepulangan yang amat bermakna buat keluarga bagi saya seorang ibu.

    Bahkan, kami sekeluarga meraikan kepulangan anak perempuan kami dengan keluar makan di sebuah restoran terkemuka di daerah kami.

    Namun sebagai seorang ibu, saya benar-benar terkejut apabila anak gadis saya yang merupakan seorang graduan di universiti bertanyakan soalan yang berbunyi, “Mak, mana yang lebih bagus, seks sebelum makan atau seks selepas makan?” Hancur luluh hati saya apabila seorang gadis desa yang merantau ke ibu kota bertanyakan soalan yang sebegitu jelik dan mengaibkan.

    Apabila ditanya, anak saya juga mengaku bahawa topik-topik perbincangan sebegitu sudah menjadi suatu kebiasaan di sana.

    Air mata saya hampir menitis apabila dia menyatakan bahawa ada satu program yang dinamakan Stupid Debate telah diadakan di kolej kediamannya sempena Minggu Interaksi, Kolej Kediaman ke-12 secara terbuka di kafe kolej berkenaan.

    Banyak lagi topik ‘hangat’ yang telah dibincangkan selain tajuk itu, sehingga kita tertanya-tanya apakah sebenarnya yang sedang berlaku di universiti kita sekarang?

    Adakah anak-anak kita diajar untuk menjadi tidak senonoh dengan perkara-perkara yang sebegitu keji?

    Tambah memilukan lagi, menurut anak saya, malam berikutnya, ada tayangan perdana yang menayangkan beberapa filem dari malam hingga ke subuh.

    Bagi saya, perbincangan tentang pendidikan seks ini relevan bagi masa sekarang lantaran banyaknya gangguan seksual berlaku khususnya terhadap golongan wanita.

    Namun yang pastinya diskusi ini dibincangkan dalam bentuk ilmiah yang diberi oleh mereka yang pakar dan profesional. Ini memberi impak dan kesan yang baik kepada remaja masa kini.

    Saya juga tidak menyalahkan remaja yang ingin berseronok tetapi alangkah baiknya jika keseronokan itu dikawal dan tidak berlebihan agar budaya ketimuran kita terpelihara.

    Sebenarnya, menjadi tanggungjawab pentadbiran kolej atau universiti untuk melihat pengisian yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung agar sejajar dengan misi dan visi universiti.

    Kita bukan sahaja ingin melihat anak kita bijak dalam akademiknya bahkan kita mahukan budaya intelektual diwujudkan khususnya di institusi pengajian tinggi.

    Untuk makluman, suami saya juga merupakan bekas graduan di universiti yang sama namun katanya, perkara sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang dia menuntut di situ.

    Apa yang kami mahukan adalah penjelasan daripada pihak pentadbiran kolej atau universiti. Kami selaku ibu bapa benar-benar kecewa dengan apa yang telah berlaku sebenarnya.

    Kami tidak mahu anak-anak kami nanti menjadi sampah masyarakat keluaran universiti-universiti tempatan.

    Pada pandangan saya, perkara sebegini bukan sahaja berlaku di Universiti Malaya sahaja, ia pasti berlaku di universiti lain.

    Kepada ibu bapa, tanyalah kepada anak-anak anda sendiri apakah sebenarnya yang telah mereka lalui sepanjang di universiti, saya yakin dan pasti bahawa anda akan sependapat dengan saya kerana setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka menjadi manusia yang sebenar-benar manusia.

    Tak perlu untuk kita bertegang urat untuk menyelesaikan perkara ini, cuma cuba fikirkan apa yang akan anda rasa apabila anak anda adalah salah seorang daripada mereka yang terlibat dengan ‘kejadian’ yang saya kemukakan.

    Mungkin ramai yang sukar untuk percaya, namun terpulanglah, tepuk dada, tanya selera.

    – MAMA TERGURIS,Johor. -

    16 July 2007

    Rejab : Adakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?

    Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

    Ni satu artikel yang aku akan biasa forward kepada kawan-kawan hampir tiiap-tiap tahun. Sebagai maklumat bersama la. Mungkin ada yang dah biasa baca, mungkin juga baru nak baca. Memang panjang, tapi pada aku cukup bermakna dan baik sekali.

    SILA HABISKAN BACAAN ANDA SEBELUM ANGGUK FAHAM ARTIKEL NI

    -------------------------------------------------------------------
    Rejab : Adakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?

    Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual di mana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

    Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fadilat beribadat di dalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku- buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab.

    Begitu juga di zaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yg diforwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung di dalamnya. Rata-rata tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya di dalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap- rangkap sya'ir di bawah ini:[1]

    Rejab bulan menabur benih
    Sya'ban bulan menyiram tanaman
    Ramadan bulan menuai

    Rejab menyuci badannya
    Sya'ban menyucikan hati
    Ramadan menyucikan rohnya

    Rejab bulan marghfirah
    Sya'ban bulan syafaat
    Ramadan bulan menggandakan kebajikan

    Rejab bulan taubat
    Sya'ban bulan muhibbah
    Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

    Rejab digandakan 70 pahala
    Sya'ban diganda 700 pahala
    Ramadan diganda 1000 pahala

    Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan di dalam lubuk hati kita:
    -mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya?

    Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh
    manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw?

    Mengapa di dalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir- zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Di sini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat di dalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.

    -------------------

    Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram

    Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firmah Allah swt di dalam Surah Al- Taubah ayat 9:

    "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."

    Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "di antaranya empat bulan yg dihormati" ialah: "Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"[2]

    Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan- bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang di dalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Di dalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), di mana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam).

    --------------------------------------------------
    Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

    Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.

    1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.

    a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.

    Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat di dalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]

    "Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, di mana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

    Menurut Al-Saqr lagi bahawa:

    "Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan di dalam risalahnya dengan topiknya: Penjelasan yg datang di dalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat di dalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"

    b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.

    Fadilat Rejab secara umumnya berada di dalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah di dalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', di dalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu: Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Di masa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.

    c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.

    Berkata Al-Saqr lagi bahawa: "Amalan Saleh di dalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya di dalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir.

    Berkata Ibnu Hajar: 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan'."

    Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:

    i. "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.

    ii. "Barangsiapa berpuasa sehari di dalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa di dalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari mka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dha'if.

    iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan di dalamnya terkandung matan : "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu.

    d. Tidak ada solat khas di dalam Rejab.

    Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat:

    "Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalah hadis Mawdhu'

    e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:

    Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al- Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya di dalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah- sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.


    "Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama di dalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya di dalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini.

    Adalah lebih aula di dalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mengingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, di mana orang Islam menganggapnya berlaku di dalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."


    2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

    a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

    Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat di dalam 3 bulan-bulan Haram yg lain.

    Katanya [4]: "tidaklah ada kesahihan di dalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - di dalamnya ada 4 bulan haram - Al- Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat.

    Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa di dalam Sya'ban.."

    b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

    Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya: "Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab -

    "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu.. Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama.

    Di situ ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan di dalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...."

    c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

    Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan di dalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya : "Berkata ulama': Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar di atas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih ke atas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."

    d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu

    Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis.

    Kata beliau: "Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya... sesungguhnya telah datang hadis:

    "Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong....." (Riwayat Muslim di dalam muqadimahnya yg Sahih),

    tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka di sana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb.........."


    3. Ibnu Hajar Al-Asqalani

    Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:

    "Ibnu Hajar di dalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad (niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malam tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya dikhaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda:

    "Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail". - riwayat Muslim.

    Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg di dalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al- Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:

    1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.

    2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.

    3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya kalau dengan itu apa yg
    dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa adalah amalan kebajikan".

    Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya.

    Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."

    ----------------------------------------------
    4] Dr. Sayid Saabiq

    Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa:

    "Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan- bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram". Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].


    ------

    Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif

    Di bawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

    a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al- Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salam pada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya? - Hadis ini Mawdhu'(palsu)
    *Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

    b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat ke atas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat. - Hadis ini Mawdhu' (palsu)
    *Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

    c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan. - Hadis sangat Dhaif.
    *Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
    *Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
    *Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

    d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah. - Hadis ini Mawdhu' (palsu)
    *Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
    *Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

    e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir. - Hadis ini Mawdhu' (palsu)
    *Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

    f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga. - Hadis ini Mawdhu' (palsu)
    *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan olehHussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.


    ---------------

    Bagaimana beramal di dalam bulan ini?

    a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi[8] di dalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad:

    "Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw,katanya: Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata: Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah di bulan Haram, maka sesungguhnya di dalamnya dari Taubat Allah swt ke atas satu kaum, dan terdapat taubat di dalamnya untuk satu kaum yg lain"

    Jelas di sini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt di dalam bulan-bulan ini.

    --------
    b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:

    "Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah."

    Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda: ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah di bulan Allah Al- Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban di mana Nabi saw berpuasa dengannya"

    ------------
    c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat di dalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. Kata Dr Wahbah Zuhaily[10]: "Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat di sisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa di bulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw: ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seafdal puasa di bulan haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana di antaranya.

    Dan berkata mazhab Hanafiah: Sunat berpuasa di dalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu:- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."

    -------
    d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab [11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa di bulan- bulan haram, katanya: "Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali.........

    Hanbali: Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh."

    ---------
    e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa di dalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab [12]:

    "Berpuasa di dalam bulan adalah maqbul dan mustahab, ke atas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa di dalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan: ((Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

    Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari di dalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal... Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw di mana tidak berpuasa sepenuhnya di dalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya di dalam Sya'ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq."

    Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan- bulan haram, tetapi tidaklah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf.
    ---------

    Puasa-Puasa sunat yg lain

    Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya[13] menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai: "Puasa yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah" Puasa-puasa sunat (suka rela):

    "1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.

    2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.

    3. 6 hari didalam bulan Syawal.

    4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu:- hari 13,14 dan 15.

    5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.

    6. Berpuasa di dalam bulan-bulan haram iaitu:- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

    7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.

    8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya."

    Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu inginmelakukan puasa sunat, tetapi dia masih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[14]

    -------
    Kesimpulan

    1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr)

    2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)

    3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada keempat-empat bulan-bulan haram.(Al-Saqr, Al- Qardawi)

    4. Tiada ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al- Qaradawi).

    5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa dan bertaubat. (Al-Sya'rawi)

    6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah: - hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muharam (Bin Bazz)

    - berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah -Al-Zuhaily)
    - Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
    - berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).

    7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)

    8. Tidak boleh HANYA berpuasa di bulan Rejab sahaja, di mana 3 bulan- bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)

    9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur di dalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.

    10. AWASLah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).

    Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti
    kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21:

    "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].

    Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw.

    wassalam

    kamin - 2hb Rejab 1422H
    ===============

    Rujukan :

    1] Budiman Radzi. Fazilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadzan. Alor Setar : Muzakkir Enterprise, 1990.

    2] Tafsir Jalalain. Harf.com. URL : http://quran.al-islam.com/arb/Default.asp

    3] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249

    4] Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - kesahihan fadilat Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1308

    5] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp? hFatwaID=10249

    6] Sayyid Sabiq. Fikh Al-Sunnah. Beirut : Al-Fath Lil'alam Al-Arabi, 1995 (cetakan khas dari manar Al-Dauliyah). ms 596.:

    7] Prof. Madya Dr. Farid Ahmad Mohd Isa Jalil. Himpunan hadis-hadis lemah & palsu. Kuala Lumpur : Syarikat Nurulhas

    8]. Shiekh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. ms. 371.

    9] Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan, 1996 ms. 269.

    10] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 591.

    11] Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-Fikhu a'la al-Mazaahibi Al- Arba'ah. Dar Al-Manar, 1999. ms447-448

    12] Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1310

    13] Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. ms 415

    14] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.Damsyik : Dar Al- Fikr, 1989. ms 595.

    wallahua'lam..

    15 July 2007

    Satu Perbualan: Soal Siasat?

    Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

    Kat bawah ni aku copy satu perbualan aku dengan Mr X yang menegurku dalam YM malam td. Aku kira kongsi di sini sebab ianya menarik!

    ni link akhbar arini pasal web / blogger... klik!

    Encik X: assalamualaikum

    amdang81 : alaikumussalam

    Encik X: saudara ada di mana?

    amdang81: ada di terengganu
    Encik X: saya ada beberapa soalan..boleh tanya?

    amdang81: insyaAllah kalu sy leh jawab

    amdang81: dan mampu sy jawab

    Encik X: saya sedikit curious .. adakah saudara bertanggungjawab menghantar artikel berkenaan dengan Sutratani di dalam blog?

    amdang81: sutratani?

    amdang81: x pernah pula sy dengar

    Encik X
    : fertigasi?
    amdang81: ohh.. pasal tu

    Encik X
    : sory la kalau saudara tidak terlibat..cuma orang IT department di pejabat saya detect email saudara berkaitan
    amdang81: blog mana maksud saudara ni?

    Encik X
    : apakabar terengganu kalau tidak silap saya la
    amdang81: tu bukan blog sy

    amdang81: Encik X ni siapa?
    amdang81: tanya mcm polis

    amdang81 : :D

    Encik X: takde
    Encik X
    : orang IT ofis saya beri maklumat email amdang81@yahoo.com ada kaitan dengan penghantar blog tersebut
    amdang81: ooo

    amdang81: apa lagi yg dia tahu pasal amdang81?

    Encik X
    : itu di luar pengetahuan saya
    Encik X
    : sekiranya perlu saya rasa mereka tiada masalah untuk detect di mana orang tersebut berada
    Encik X
    : tapi tiada masalah sekiranya tidak bersalah
    amdang81: ermm

    amdang81: Encik X di Trg ke?

    Encik X
    : yup
    amdang81: keje mana?
    Encik X
    : itu rahsia saya
    amdang81: ok..

    amdang81: apa maksud Encik X bgtau saya pasal ni?
    Encik X
    : tapi saya ditugaskan untuk menangkis bloggers yang memberikan maklumat yang tidak menepati maklumat sebenar
    Encik X
    : sebab saya diberikan maklumat berkenaan amdang81@yahoo.com
    Encik X
    : email saudara amdang81@yahoo.com ??
    amdang81: ye saya

    amdang81: pasal fertigasi tu ada yg x tepat ke?

    amdang81: rasanya sumber yg dapat tu mmg dr org besar dah tu

    Encik X
    : yup
    Encik X
    : memang tidak tepat
    Encik X
    : gambar pun salah
    amdang81: kat mana yg x tepat tu?

    amdang81: gambar tu mmg la ambik contoh sebahagian jer

    Encik X
    : saudara ada baca comment posted?
    amdang81: belum

    amdang81: sebab tu bukan blog sy

    Encik X
    : ini boleh kira sebagai fitnah
    Encik X
    : mengikut akta saudara boleh disaman oleh pihak kerajaan negeri
    amdang81: knp kerajaan negeri x jawab je?

    Encik X
    : kalau semua blog mahu jawab...tak boleh kerja la
    amdang81: :)

    Encik X
    : saya rasa saudara keliru tentang program sutratani dan program fertigasi mega
    Encik X
    : sutratani - tadc
    Encik X
    : fertigasi mega - jabatan pertanian
    Encik X
    : maksud saudara sumber dari orang besar?
    amdang81: tu x perlu la sy bgtau
    Encik X
    : jadi jelas la sumber orang besar itu tak betul
    amdang81: mgkin juga org yg bg maklumat tu berniat x baik

    Encik X
    : klien saya cuma kecewa memandangkan sutratani & fertigasi mega dicampuradukkan
    amdang81: apa pun, semuanya berkaitan dengan kegagalan fertigasi

    Encik X
    : fertigasi yang mana gagal?
    Encik X
    : oleh jabatan pertanian ataupun oleh TADC?
    amdang81: sy x nak la debatkan di sini

    amdang81: sebab rasanya x ada faedah pun sy sebutkan di sini

    amdang81: ada baiknya Encik X jelaskan kepada blogger berkenaan tu

    Encik X
    : ok sorry..since i thought u are the bloggers and my IT boys are working with the police department to get permission on detecting the blogger
    Encik X
    : thanks for your cooperation
    Encik X
    : assalamualaikum
    amdang8: alaikumussalam

    NOTA: Blog yang dimaksudkan Encik X adalah http://apakhabarganu.blogspot.com/

    11 July 2007

    Bila Deris Jusoh Mengarah Filem..

    Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

    Dalam seumur hidup aku, aku pernah mencatat sejarah peribadi bilamana dalam zaman kenakalan, aku pernah memasuki panggung wayang. Masih aku ingat cerita yang ditayang ketika itu adalah "Street Fighter". Waktu itu aku dalam tingkatan 2. Itulah kali pertama dan kali terakhir mungkin aku menjejakkan kaki ke panggung wayang. Semuanya kerana mengikut kawan-kawan sekelas yang agak berani. (tengok tu manusia! Sendiri silap, mahu juga palitkan kawan-kawan ke??)

    Itu cerita zaman aku sekolah menengah. Zaman panggung wayang masih beroperasi. Di Kuala Terengganu waktu tu, hanya terdapat dua panggung wayang iaitu Panggung Cathay dan Panggung Rex. Ni yang aku tahu la. Mana la tahu kot-kot masih ada wayang yang tersembunyi. Dalam setahun dua selepas itu, panggung wayang di Kuala Terengganu ditutup kerana tiada sambutan. Selepas itu barulah PAS ambil alih pemerintahan Terengganu. Seolah-olah wujud dengan sendirinya kesedaran membenci kepada program hiburan semata. Selepas ditutup, panggung wayang yang ada dijadikan tempat jualan. Maka tiada lagi poster filem apa yang akan ditayangkan.

    Kini, Kuala Terengganu mencatat sejarah baru lagi. Sejarah yang tidak pernah dilihat oleh mata. Panggung wayang yang sudah tidak lagi digunakan (tidak digunakan sebagai panggung wayang) kini mula ditampal poster filem yang akan ditayangkan. Peliknya bilamana poster filem terbabit yang jika dilihat (gambar atas: Itu bukan superimpose mcm Najib dan Altantuya ye) tidak mempunyai waktu tayangan, nama pelakon utama dan bilakah tarikh penayangannya. Filem bertajuk "Masa Depanmu Terjamin" (selepas ini digunakan sebagai MDT) yang diterbitkan oleh Dacing Production (DP) dipercayai mulai hangat diperkatakan. Filem ini diarahkan oleh seorang pengarah yang berasal dari Besut yang lebih dikenali dengan panggilan manja Deris Jusoh.

    Filem ini menampilkan kanak-kanak yang baik-baik sebagai pelakon utama. Jika dilihat secara kasar, tiada apa yang pelik pada poster filem terbabit kerana sesuai dengan tajuk filem MDT. Cumanya para peminat filem akan tertanya-tanya, apakah filem terbitan DP ini akan mampu memberikan persembahan yang baik dalam filem terbabit. Ini kerana Dacing Production adalah sebuah produksi filem yang amat terjejas reputasinya. Sebelum ini pelbagai filem yang pernah dikeluarkan terpaksa dilabel dengan 21SX, 21PL dan 21SG. Antara filem DP yang pernah mencetuskan kontroversi adalah "Tersungkurnya Masjid Bujal", "Tanah Rakyat, Hak Kerajaan", "Tangannya Mengelus Bahu", "Memahat Sejarah Maksiat, Mencipta Tamadun Bohong", "Aku Diktator", "Anak-anak Terengganu Tahu Ngaji dan Nyanyi" dan juga "Hadharinya Agamaku".

    Selain menerbitkan filem tidak bermoral, DP turut menerbitkan rancangan realiti TV seperti "Perkampungan Hadhari", "Chit Chat Senyum Sokmo Azwan" dan beberapa rancangan lain yang menjurus kepada permasalahan dan keruntuhan moral yang berlaku. DP pernah cuba menerbitkan rancangan seperti 999 yang dikenali dengan "Mat Skodeng", tetapi penayangannya dikatakan dihalang kerana berlawanan dengan konsep DP yang menerbitkan rancangan berbentuk maksiat dan dosa.

    Berbalik kepada filem MDT, ramai yang tertanya-tanya apakah mutu filem yang akan ditayangkan itu nanti selaras dengan tajuknya yang lunak. Ini kerana pembikinan filem "Ulul Albab" suatu masa dahulu langsung tidak mendapat tempat melainkan dikalangan pelajar-pelajar sekolah agama. Sebab itu tayangan filem Ulul Albab ini terhad kepada mereka yang baik sahaja. Ini kerana DP masih dibayangi filem-filem yang rutin mereka mainkan yang berunsur porno, tahyul dan angan-angan semata. Lihat sahaja filem "Terengganu Leni" yang seolah-olah Terengganu maju 50 Tahun kehadapan berbanding negeri lain, walhal hakikatnya hanyalah dibesarkan Lapangan Terbang dan menaiktaraf IPT yang ada sahaja. Sungguh kelakar!.

    Filem MDT ini juga disebut ramai kerana terdapat unsur syirik yang tersembunyi. Istilah "Masa Depanmu Terjamin" yang ditonjolkan dengan diletakkan bersama satu lambang neraca (bukan Neraka!) menimbulkan ketidaksenangan para imam bilal di negeri ini. (Setakat hari ini, aku kira tiada lagi khutbah Jumaat bertajuk sama dengan filem ini). Sedangkan sebarang jaminan dan apa sahaja hanya dari Allah dan semua yang berlaku hanya dengan keizinan Allah jua. Apa salahnya kiranya tajuk filem itu diletakkan sebagai "InsyaAllah, Masa Depanmu terjamin". Bukan sahaja akan dilihat lunak dan Islamik, malah tidak menimbulkan sebarang permasalahan pada perkataan tersebut.

    MDT adalah sebuah filem yang tidak boleh diharapkan. Ini kerana jaminan yang diberikan seolah-olah penghujung cerita itu adalah anak-anak yang dipaparkan baik itu akan berjaya. Namun, menyedari hakikat sebenar perancangan DP yang dapat dilihat melalui filem lain, maka kesudahan cerita itu hanyalah sebuah cerita sahaja. Mungkin mahu digambarkan cerita itu baik dan lunak, tetapi hakikat yang berlaku tidaklah seperti filem itu. Hakikatnya yang perlu kita semua faham dan akui adalah, DP mencipta sejarah yang merosakkan anak-anak bangsa, menghebahkan budaya kuning dan hedonisme, mencipta tamadun maksiat yang berterusan, memahat sejarah sebagai sebuah produksi filem yang terburuk! Tiadalah yang lebih patut menanggung malu dan bertanggungjawab dalam soal rosaknya rakyat Terengganu, melainkan Tuan Direktor Deris Jusoh!

    Apa pun, aku tetap mengharapkan Terengganu akan melahirkan anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat. Namun dengan arahan Deris Jusoh, aku kira impian tidak akan menjadi realiti, sebaliknya akan menjadi mimpi yang amat ngeri. Seorang kawan yang bekerja di Hospital Sultanah Nurzahirah pernah mengkhabarkan bahawa kelahiran anak luar nikah (tidak saf taraf) di Terengganu sekarang adalah kira-kira 2 orang sehari. Kalu setahun adalah dekat 700 lebih!!. Sungguh menakutkan!. Agaknya jaminan anak-anak dilahirkan sebegitulah yang dijanjikan. Sedih dan pedih, hakikat perlu ditelan jua.

    Aku kira, kita perlu tukar direktor filem yang ada ini. Walau poster yang ada cantik dan menarik minat, tetapi perjalanan filem yang cacamarba dan biru haru tiadalah gunanya. Suatu masa dahulu kerusi pengarah filem di Terengganu pernah diduduki oleh seorang yang baik lagi alim, tetapi kerana gila glemer, dan tamakkan nama dan harta, maka kerusi itu dirampas Deris Jusoh. Sudahlah filem yang diarah tidak sedap, tidak senonoh, kini poster dipasang keliling kampung supaya ada sorang dua yang akan tertipu dan pergi menonton. Aku kira, orang yang biasa menonton filem akan tahu pengarah yang bagaimana filemnya bagus, menarik dan berkualiti. Bukan sekadar promosinya sana-sini, tetapi isinya hampeh sahaja. Umpama filem "Anakku Khatam Quran" yang dilihat seolah-olah si anak berjaya khatam sebuah al-Quran, tetapi realiti adalah si anak baru mengenal huruf Alif, Ba dan Ta.

    05 July 2007

    Hidup Berhutang?

    Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

    Lamanya tak update blog. Kadang-kala ada masa, tp tak mari mood nak menulis. Kena ada mood ke nak nulis ni? Mestilah kena ada. Macam makan juga la. Kalu tak ada mood, suap kat mulut pun nak tak nak jer. Silap-silap aribulan tak masuk ke mulut makanan tu. Itulah namanya rezeki yang dikatakan bukan rezeki kita.

    Aku difahamkan tentang pinjaman PTPTN adalah haram sejak 1999. Masa tu aku ditawarkan PTPTN semasa mula memasuki UiTM. Semasa pendaftaran, seorang kenalan ayah aku memberitahu tentang PTPTN ni. Cerita tentang riba' dan sebagainya. Maka aku dengan tak fikir panjang menolak pinjaman tersebut. Mujur juga UiTM ni yuran murah, makan free, kolej pun free. Sebab tu la kami di UiTM dulu diingatkan bersyukur pada pemerintah. UiTM di hatiku. Hehehe.

    Pertengahan pengajian, terdetik gak rasa 'rugi' tak ambil PTPTN tu. Apa taknya bila lihat kawan-kawan beli motor, beli henpon, beli komputer, baju baru dll. Alhamdulillah aku sabarkan diri jer dengan semua tu. Bukan langsung tak terdetik nak semua tu, tapi bila fikir keperluan dan kehendak yang tidak perlu, maka aku buat-buat tak nampak semua tu. Ada gak bagus tak ambik loan ni. Belajar berhemah. Hidup tak susah nak fikir bayar hutang. Apa yang dapat tu dah dikira semuanya 'milik' kita untuk digunakan. Kalu tak, duk fikir nak asingkan untuk hutang itu dan ini.

    Dalam bab hutang ni, aku cukup respek ayah aku. Memang dia akan elak dari berhutang. Sebab tu ayah setia dengan kereta lama (dulu la) dan sekarang dengan van 2nd handnya. Bila abang ipar aku nak beli kereta pun dia pesan, beli la tunai kalu mampu. Kebetulan masa tu abang ipar aku tengah ada duit skit sebab baru balik dari US. Maka, dibeli kereta secara tunai (setelah pinjam ngan mak beberapa ribu). Bila aku mengadu nak beli motor dulu pun mak ayah tak bagi beli hutang. Diaorang tambah duit untuk beli tunai.

    Mak ayah aku bukan orang berada pun. Tapi sejak dulu lagi aku lihat ramai adik beradik mak ayah, anak-anak sedara mereka (sepupu aku la) yang datang jumpa untuk pinjam wang. Kadang banyak, kadang sikit. Ayah aku kerja kerani jer dulu. Sekarang dah pencen. Mak tak kerja pun dulu. Brape la sangat pendapatan keluarga. Anak ada 10 orang. Tapi alhamdulillah cukup senantiasa. Ayah memang tidak amalkan berhutang. Bukan langsung tak berhutang, tapi amat cermat dalam soal urusan hutang piutang ni. Dan sememangnya dielakkan.

    Mungkin ramai yang mengatakan dunia sekarang ni susah kalu nak elak dari berhutang. Beli kereta, beli rumah, beli perabot dll lagi semua mudah dengan hutang. Bayar skit-skit je sebulan. Mudah. Pinjaman pun banyak disediakan. Namun, berhutang sebenarnya menjerat. Tak terasa belitannya semasa ambil, namun semasa mahu menjelaskannya tentu terasa belitannya. Banyak rasanya ilmu pengurusan kewangan kena belajar dengan mak dan ayah.

    Rezeki ni juga dikaitkan dengan keberkatan. Sikit yang berkat, berbanding banyak yang tak pernah cukup. Gaji ribu-ribu, tapi hutang keliling pinggang. Gaji naik ni (orang tertentu yang naik gaji la) bukan nak selesaikan hutang dengan segera, tetapi beli itu dan ini untuk tambah hutang! Kereta yang ada pun tetiba terasa buruk, barang dapur tetiba terasa sikit, baju tetiba terasa lusuh. Macam-macam la kan perancangan yang bersifat pembaziran dan keduniaan yang datang.

    Alhamdulillah tak digolongkan dalam golongan yang naik gaji!

    PTPTN, Status Shariah & Kos Perkhidmatan

    Oleh: Zaharuddin Abd Rahman

    banyak wang?!Terlalu ramai yang bertanya kepada saya tentang PTPTN. Saya cuba mengelak dari membuat sebarang ulasan di dalam web saya kerana mendapat info bahawa mereka sedang dalam proses islamisasi produk mereka. Bagaimanapun demi, bersikap adil kepada hukum dan ilmu, saya tiada pilihan kecuali perlu mengurakannya demi menjawab persoalan orang yang-orang yang bertanya dengan adil.

    Jawapan mudah saya, apa yang dilakukan dengan 3 % sebagai kos perkhidmatan adalah riba. Bagaimanapun saya mendapat tahu bahawa,pihak PTPTN sedang berusaha untuk mengubah kepada sistem Islam cuma masih gagal mengimplementasikannya disebabkan oleh masalah sistem pengkomputeran sedia ada dan lain-lain masalaha yang tidak diketahui.

    Saya difahamkan beberapa pakar Shariah dan bank Islam di Malaysia telah membentangkan beberapa cadangan struktur pembiayaan pelajaran baru berlandas aqad Ijarah, Bai' dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, banyak yang menemui jalan buntu dan sebahagiannya masih dalam proses penyemakan dan penilaian.

    Dari sudut Shariah, 3 % yang diletakkan sebagai kos perkhidmatan itu adalah dianggap sebagai Riba. Tidak dinafikan bahawa para ulama sedunia telah meluluskan bahawa halal bagi sesuatu pinjaman yang dibuat atas asas Qardhul Hasan mengenakan sejumlah kos perkhidmatan kepada peminjam, bagaimanapun cara yang digunakan oleh PTPTN adalah tidak menepati fatwa tersebut.

    Apa itu Qard

    ‘Qard' dari sudut definisinya bermaksud pertukaran atau perpindahan hak milik sesuatu aset atau wang dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat, pihak lain itu berkewajiban memulangkan aset atau wang yang dipinjam tersebut atau yang sama nilainya pada kemudian hari.

    Dalam kata lainnya, ia adalah satu jenis pemberian hutang dalam bentuk sejumlah wang atau pinjaman barangan seperti meminjamkan kereta atau telefon bimbit kepada orang lain dengan syarat ianya dipulangkan semula pada kemudian hari.

    Pinjaman atau ‘Qard' dalam Islam adalah merupakan satu kontrak yang di asaskan atas dasar bantu membantu, sukarela (tabarru') dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/353). Atas sebab itu, Islam menyanjung tinggi amalan ini sehinggakan Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang melepaskan satu kesukaran saudaranya, maka Allah akan melepaskan pelbagai kesukarannya di akhirat.." (Riwayat Muslim)

    Sebuah lagi hadith menyebutkan kelebihan pinjaman tanpa faedah sebagaimana hadith berikut : Dari Anas ra berkata: " berkata Rasulullah SAW, aku telah nampak pada malam aku diperjalankan (pada malam isra' mikraj), tertulis di pintu syurga : satu sedeqah dipergandakan pahalanya sebanyak sepuluh kali, manakala ‘qard' atau pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak lapan belas kali ganda..." (Riwayat Ibn Majah, 2/812)

    Qard ( Pinjaman ) Tidak Boleh diJadikan Asas Perniagaan

    Berdasarkan asas tersebut, kontrak pinjaman ini tidak sesekali boleh dijadikan sebagai alat untuk perniagaan atau meraih keuntungan di dalam Islam. Bagi memastikan objektif kebajikan dan bantuan dalam ‘Qard' tercapai, Islam meletakkan kewajiban , bagi setiap pinjaman wang (cth : RM 5000) mestilah dipulangkan pada kemudian hari dengan jumlah yang sama tanpa sebarang tambahan dan manfaat lain yang dipaksakan atau diipersetujui. Sekiranya terdapat sebarang tambahan (cth 3 % dari jumlah RM 5000 sebagai bunga atau manfaat lain), sepakat seluruh ulama menyebut ianya termasuk dalam kategori Riba an-Nasiah yang disepakati haramnya. (Al-Jami' fi Usul al-Riba, hlm 217).

    Isu kos perkhidmatan dalam pinjaman

    Sungguh ramai yang mengajukan pertanyaan kepada saya berkenaan hukum kos perkhidmatan dan pengurusan yang dikenakan bagi pinjaman yang diberikan. Terdapat beberapa pihak yang cuba mengenalkan produk pinjaman yang bersifat Islam serta diberi nama "Qardhul Hasan". Istilah ‘Qardhul Hasan' merujuk kepada pinjaman tanpa sebarang faedah, ertinya peminjam hanya perlu membayar wang modal yang dipinjamnya sahaja tanpa sebarang penambahan. Ia dikira sebagai salah satu bentuk ibadat yang amat digalakkan kerana sifatnya yang membantu melepaskan orang lain dari kesukaran dan keperluan mendesak tanpa mengambil sebarang peluang atas kesusahan orang lain dengan mengenakan ‘bunga', faedah atau riba.

    Walau bagaimanapun, implementasi ‘Qardul Hasan' ini kerap kali tersasar dari tujuan dan konsep asal pinjaman bersifat kebajikan hingga menjadi dwi tujuan, iaitu untuk bantuan dan meraih keuntungan disebalik nama kos perkhidmatan dan pengurusan agar ia menjadi ‘Halal' kononnya.

    Sebelum membincangkan soal kos perkhidmatan ini, terlebih dahulu saya ingin membawakan keputusan Persidangan ulama antarabangsa di bawah AAOIFI (http://www.aaoifi.com) menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan (dari jumlah yang diberi pinjam) yang telah dipersetujui atau disyaratkan di dalam kontrak atau ‘aqad' pinjaman dibuat di awal kontrak atau dikenakan ketika kelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan dan apa-apa manfaat adalah di larang sama sekali dan ia adalah Riba. (Shariah Standard, AAOIFI, hlm 336)

    Adapun dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Shariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 M) berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ianya ADALAH KOS SEBENAR. Resolusi mereka juga menyebut, adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih dari kos sebenar, justeru para Ulama dari persidangan tadi mewasiatkan agar cara untuk mengira dibuat setepat dan sebaiknya. Selain itu, keputusan mereka juga menyebut bahawa kos-kos tidak lansung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman. (Shariah Standard, AAOIFI, no 9/1, hlm 337)

    Hasilnya, perlu kita fahami bahawa sebarang kos perkhidmatan dan pengurusan yang diletakkan seperti 2 %, 3 % atau 4 % dari jumlah pinjaman dengan hujjah bahawa ianya adalah kos pengurusan adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ini adalah bentuk yang dilakukan oleh PTPTN dan lain-lain institusi yang melakukannya.

    Majlis Penasihat Shariah Dunia di AAOIFI menyebut " It is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given)" ( Shariah Standard, no 10/3/2, hlm 338). Ini adalah kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan system yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi.

    Inilah Riba yang berselindung di balik nama kos pengurusan dan ‘Qardul Hasan' namanya. Bayangkan, jumlah kos sebenar bagi sesuatu pinjaman yang diberikan kemungkinan hanya (sebagai contoh) sebanyak RM 500 bagi setiap transaksi komputer, peguam, cukai stamp dan lain-lain kos sebenar urusan pinjaman atas asas ‘Qardul Hasan'. Dalam keadaaan ini, sepatutnya sesiapa sahaja yang meminjam, tanpa mengira berapa pun jumlah pinjaman mereka maka akan dikenakan satu jumlah kos sebenar pengurusan yang tetap dan tepat iaitu RM 500.

    Bagaimanapun, apabila diletakkan satu jumlah peratusan seperti 2 % dan lainnya. Jumlah kos pengurusan tadi sudah pasti akan berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi, tatkala itu kos pengurusan tidak lagi menjadi kos pengurusan tetapi menjadi kos faedah dan riba yang dikenakan bagi setiap sen duit atau wang yang dipinjamkan.

    Akhirnya, mesej yang ingin saya sampaikan dari tulisan kali ini tidak lain adalah untuk memastikan nama ‘Qardul Hasan' dan fatwa oleh ulama sedunia berkenaan keharusan kos pengurusan atas pinjaman tidak di salahkan gunakan atau di salah fahami.

    Yang Sudah Berlalu & Alternatif

    Bagi yang sudah terlepas. Wallahu ‘alam, mungkin anda boleh di anggap dalam situasi 'hajiat' ( keperluan yang agak mendesak bagi mencapai fardhu ‘ain dan Kifayah iaitu belajar) jika sememangnya tiada bantuan kewangan lain yang boleh diperolehi di ketika anda memohon. Wallahu a'lam.

    Allah SWT telah menyebut dgn jelas ertinya : " Allah tidak membebankan seseorang perkara yang tidak tidak dimampuinya"

    Bilamana seseorang tiada jalan lain lagi yang boleh di perolehi untuk mendapatkan bantuan kewangan pelajarannya, cuma PTPTN saja yang layak (pinjaman PTPTN pula pula dibuat secara Riba), atau bagi sesiapa yang telah terlanjur terlibat dengan Riba ini, tidak banyak yang boleh saya nasihatkan kecuali bertawbat kepada Allah atas ketidakmampuan mengelak itu dan berdoa agar anda tidak di bebankan dengan dosa ini dengan hati yang tidak redha.

    Mungkin ia boleh diqiyaskan kepada kisah sahabat yang mengucapkan kalimah kufur kerana terpaksa tetapi hatinya sentiasa beriman kepada Allah dan tidak redha dengan kalimah yang terpaksa di ucapkan itu. Bagaimanapun sahabat nabi tadi diancam dengan bunuh, manakala peminjam PTPTN diancam dengan tertutup peluang belajar ?. Adakah sama ?. Tidak juga, kerana belajar ilmu boleh didapati dalam pelbagai cara termasuk yang percuma seperti di web saya ini. Ringkasnya, memang sukar sebenarnya untuk mangangkat tangan mengatakan "saya dharurat ustaz" atau 'saya amat terdesak' sehingga terlibat. Lebih membimbangkan ada ura-ura untuk mewajibkan ibu bapa menjadi penjamin kepada pinjaman PTPTN si anak. Ini bermakna ibu bapa juga akan termasuk dalam kumpulan yang terlibat dengan riba dengan jaminannya.

    Apapun, jika terlibat juga ia bukanlah dosa 100 % terhasil dari diri anda, tetapi pengurusan berwajib yang lebih besar tanggungannya di sisi Allah SWT.

    Bagaimanapun, inisiatif pengurusan PTPTN untuk mengubah cara pemberian bantuan yang selari dengan kehendak Islam dan bertepatan dengan agenda kerajaan "ISLAM HADARI" , boleh di puji, ia pasti dilihat oleh ALLAH swt sebagai satu azam kepada kebaikan. Cuma kita mengharapkan ia lebih dari azam lalu menjadi realiti. wallahu alam.

    Saya amat memahami bahawa biasiswa dan zakat pula mungkin amat sukar untuk diperolehi. Apapun, sepatutnya di usahakan terlebih bantuan lain dahulu sebelum mengangkat tangan 'mengalah' dan mengambil yang riba. Bagi saya, adalah lebih baik bagi pelajar yang belajar di dalam Malaysia untuk membuat pinjaman tanpa faedah dengan ibu bapa atau adik beradiknya ( jika mereka orang mampu) dari membuat pinjaman PTPTN yang mengenakan % tertentu sebagaia 'kos perkhidmatan' kecuali jika anda belajar di luar negara yang kosnya terlalu tinggi.

    Selain itu, ada beberapa buah bank Islam ada menawarkan pembiayaan pendidikan yang distruktur secara bai Inah. Adalah lebih baik untuk mendapatkan perkhidmatan ini dari terjebak dalam RIba walaupun mungkin kosnya lebih tinggi.

    Saya juga ingin mencadangkan agar anda membuat surat memohon agar dihapuskan pembayaran 3 % itu kepada pihak PTPTN, sekiranya mereka luluskan. Alhamadulillah, sekiranya mereka tidak meluluskan, maka tanggung jawab yang sudah terlepas menggunakannya telah dikira terlepas.

    Bagaimanapun, jika anda gagal mendapatkan rebate dari PTPTN, maka hutang tersebut masih wajib dibayar penuh menurut undang-undang Malaysia. Saya hanya mampu mencadangkan agar rayuan pelepasan dibuat sahaja. Lebih elok jika rayuan dibuat sambil menampilkan prestasi cemerlang di universiti, mungkin ada peluang untuk mendapat pelepasan sebagaimana jenis 'pinjaman boleh ubah', yang mana kos tamabahan itu boleh dihapuskan apabila pelajar mendapat skor tinggi.

    Jika benar PTPTN ada menyediakan ruang bagi mereka yang skor untuk dihapuskan kso perkhidmatan riba itu. maka menajdi WAJIB bagi pelajar untuk meraih skor itu, tidak bersungguh bagi mendapatkannya akan dikira sebagai berdosa. Kerana ada peluang untuk elak , tetapi bermalasan untuk mencapainya. Selamat belajar dalam berkat Allah......


    Sekian

    UZAR

    http://www.zaharuddin.net/

    4 Julai 2007

     

    Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks