05 January 2011

Harga RON 97 Naik: Siapa Peduli?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ini rakyat yang menggunakan RON 97 merasai lagi kenaikan harga minyak sebanyak 10 sen seliter. Harga baru ini menjadikan RON 97 berharga RM 2.40 seliter. Kali terakhir RON 97 naik adalah pada 1 Disember lalu sebanyak 15 sen.


Percayalah, tiada siapa peduli dengan kenaikan harga RON 97 ini. Adalah beberapa kerat yang bising marahkan kerajaan kerana menaikkan harga minyak. Usah pedulikan suara-suara dengki dan penuh hasutan itu. Agenda trasformasi perlu diteruskan. Rakyat perlu terus ditekan. Kenaikan harga barang perlu menjadi keutamaan. Tekan dan terus tekan rakyat. Nanti bagi sahaja gula-gula hacks agar mereka diam. Teruskan dan teruskanlah!

Kepada rakyat, sokonglah dan teruskan menyanjung Kerajaan yang ada. Kerajaan yang terbukti baik dan tidak menindas. Terbukti telus dan memerlukan fulus dari rakyat. Sokonglah dan dokonglah.

p/s: Ayuh sama-sama nyatakan sokongan kepada PM dan Kabinet (Termasuk si perogol sekiranya ada).

1 comment:

Pokok said...

kau ni bodoh ke apa? kan kerajaan dah umumkan.. RON97 ni mengikut harga pasaran dunia. yang di kawal RON 95. kerajaan dah bagi pilihan nak guna yang mana. kalau tak mampu nak RON97, pakai lah RON 95. kau pun pakai kereta kecik jer kan.. tak payah lah nak bising-bising pasal RON 97, kalau mampu pakai kereta besar, mesti mampu nak pakai RON97. tak payah nak pusing-pusing cerita.