Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Apabila membaca berita mengenai kejadian tembak-menembak yang dilakukan oleh anggota polis, aku secara berprasangka merasakan tindakan mereka tidak betul. Bukanlah bermakna semua tindakan polis melepaskan tembakan tidak betul, tetapi seolah-olah tidak terkawal. Lihat sahaja dalam banyak berita yang dilaporkan seolah-olah apabila polis melepaskan tembakan, tiada 'penjenayah' yang hidup. Kebanyakan berita juga diletakkan perkataan 'polis terpaksa' melepaskan tembakan kerana itu dan itu.
Semalam kita dikejutkan lagi dengan insiden polis melepaskan tembakan. Kali ini seorang remaja yang menjadi sasaran. Peliknya polis yang melepaskan tembakan tersebut ditugaskan ke bahagian pejabat dan bukan diberi kenaikan pangkat. Kata Bos Polis, untuk dijalankan siasatan.
Dalam satu laporan kepada polis malam tadi, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju. Kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.
Dalam aduannya itu juga, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang. Kemudian dia dipukul dan dipijak beramai-ramai oleh anggota polis yang lain. Dia turut mendakwa dapat melepaskan diri setelah meronta-ronta lalu balik ke rumah.
Pelik juga polis dengan mudah melepaskan remaja berkenaan. Biasanya polis akan jejak sampai ke rumah. Pelikkan?
Terlalu banyak perkara pelik di Malaysia ini. Apapun kejadian tembak menembak ini (terutamanya sehingga menyebabkan kematian) memang tidak meyakinkan aku dengan polis-polis di Malaysia. Maaflah kepada abang-abang polis. Apatah lagi aku masih tidak lupa polis melepaskan tembakan di Batu Burok. dalam Tragedi Berdarah Baru Burok. Sungguh jahat polis itu! Sudahlah tidak solat, minum arak, tembak orang pula!
Wallahua'lam.
3 comments:
salam. kita mengharapkan komitmen yang lebih tinggi dari anggota pdrm kita seperti yang disebut oleh ketua polis negara. semoga selepas ini tiada lagi insiden yang menyusahkan hati. wallahu a'lam
Saya berasa sangat sedih dan kecewa. Berharap agar pembunuhan ini akan dibela, keadilan mesti ditegakkan.
Dulu memang polis cakap bagitu. La ni lain " dia kata, jangan lari, lari aku tembak, datang aku tetak" habis apa lagi pilihan kita ada.
Post a Comment