Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Orang kata, Jika mahu melihat kecantikan seseorang, lihat rupanya selepas bangun dari tidur. Jika cantik wajahnya ketika itu, cantiklah dia. Aku tidak pasti gerangan apa pendapat sebegini wujud. Apakah kerana ketika baru bangun dari tidur seseorang itu biasanya tidak terurus, rambutnya mengerbang, mukanya tercalit air liur basi dan sebagainya. Wallahua'lam.
Aku kongsi dengan kalian gaya-gaya Balqis ketika tidur. Sedang membelek-belek gambar, tertarik pula mahu menyusun gambar-gambar Balqis sedang tidur. Sebenarnya aku cukup seronok lihat Balqis tidur. Pertamanya, sudah tentu dia tidak akan mengganggu aku lagi. Keduanya, aku suka merenung 'masa depannya' ketika melihat dia tidur.
Ini gaya paling X-treme!
Antara cara mahu tahu Balqis mahu tidur atau tak, kami hanya hulurkan sebiji bantal.
Gaya yang biasa. Baru bangun dan sambung tidur.
Gaya tidur dalam perjalanan jauh.
Kita yang 'lenguh' melihat gayanya tidur.
Jari perisa epal
Selepas penat 'membaca'
Aik, ada teman plak tidurnya.
Gaya keletihan sesudah mandi sungai.
7 comments:
Comel la,kiuut..
subhanallah..masya Allah..unik sungguh tidur balqis ini..unik dan istimewa..seistimewa orangnya..insya Allah..kami doakan balqis membesar dengan sihat dan yang penting sekali jadi anak yang solehah..mampu membahagiakan ibubapanya di dunia mahupun di akhirat kelak,amin!
Gambar no 8 macam kenal je temannya..
Macamana la leh kenal ni.. heheheh
Seronok nengok kanak-kanak nie...
gaya split tu mmg tak leh challenge.boleh pulak balqis tido terduduk.mung dok alih ke pahtu mdang?karang sakit pinggang yer...sian plop
Budak DS ni special dia sbb otot2 dia lembut. Tido duduk tu memang biasanya akan betulkan utk dia tido meniarap. Sebab jika tido duduk ni dia terjaga terus angkat kepala.
Post a Comment