07 April 2010

Deco.. Deco.. Deco.. Opss.. APCO

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sesi APCO Worldwide
Editor iKDN | 28 Oktober 09 1:54am
Satu perjumpaan dengan konsultan media luar negara merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Ia bukan bertujuan mengagung-agungkan perunding media luar tetapi sebaliknya untuk melihat sejauhmana kepakaran dan pengalaman mereka boleh memberi manafaat kepada kita.



Lawatan APCO Worldwide dari United Kingdom pada 23 Oktober 2009 yang lalu ke KDN adalah siri kedua dari 4 siri pertemuan mereka dengan Unit Komunikasi Korporat. Pertemuan ini diisi dengan pembentangan tips-tips kaedah media. Lawatan ini adalah kesinambungan dari program 'Supporting The Goverment Of Malaysia: Building Intergrated Goverment Communication' anjuran JPM bertujuan meningkatkan lagi hubungan dua hala di antara media dan agensi-agensi Kerajaan.

Pertemuan ini membolehkan kedua belah pihak saling berbalas tanya. Encik Mike Granatt yang menjadi jurucakap kepada 3 rakannya yang lain bertanya strategi dan kaedah komunikasi yang dilaksanakan oleh Unit Komunikasi Korporat KDN.
Team APCO itu melahirkan rasa kagum di atas tindakan kehadapan Unit Komunikasi KDN yang telah lama mengadakan pertemuan bersama editor-editor kanan media perdana dan mesyuarat pengurusan komunikasi peringkat kementerian. APCO juga kagum kerana penglibatan pengurusan atasan dalam kedua-dua aktiviti ini. Kedua-dua mesyuarat ini yang diadakan secara bulanan dipengerusikan oleh Dato Sri' Mahmood b. Adam. KSU KDN.

Berkenaan dengan portal berita ikdn pula, APCO memaklumkan inilah kali pertama dalam lawatan pertama mereka ke lapan kementerian setakat ini, KDN yang paling menonjol dari siap siaga berurusan dengan hal ehwal media. Portal berita ikdn dilihat sebagai kefahaman KDN menangani dan berurusan dengan media baru.
Bagaimanapun APCO melihat KDN perlu juga memberi perhatian kepada pertemuan dengan wakil-wakil berita luar negara yang membuka pejabat mereka di Malaysia. Sungguhpun Puan Jamilah Taib, Ketua Komunikasi Korporat KDN memaklumkan bahawa perancangan itu berada dalam fasa kedua aktiviti Unit memandangkan kekurangan pegawai berkelayakan, Encik Mike berpendapat waktu itu tidak boleh dilengahkan lagi kerana media barat selalu membuat andaian sendiri bila mereka gagal mendapat sumber berita yang dimahukan.

--team berita ikdn.

Sumber: SINI.
apa kata Harakah? SINI

No comments: