Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
"Sesiapa yang menolak persepsi adalah primitif!"
Itu antara perkataan yang dilontarkan oleh Dr Abu Hassan Hasbullah ketika mana dijemput PAS dalam satu program Seminar Memperkasa Parti pada 7 November 200 lalu di Taman Melewar. Ketika itu perkataan persepsi cukup mendapat tempat. Sehinggakan semacam ada yang bertuhankan dengan persepsi! Seolah-olah persepsi adalah segalanya.
Dalam PRK Hulu Selangor, Dr Abu Hassan Hasbullah yang mengetuai Zentrum Future Studies datang dengan persepsi bahawa Pakatan Rakyat akan menang dengan sokongan 56.2% kepada Dato Zaid Ibrahim. Jumlah itu adalah yang terakhir dikeluarkan pada tengah malam sebelum pengundian keesokan paginya. Jumlah 56.2% itu juga merupakan antara yang tertinggi diperolehi PR yang pada siang harinya melihat kenaikan demi kenaikan memintas BN
Kajian Sokongan Persepsi oleh Zentrum pada 24 April 2010.
10:00 pagi - BN 47.6% PR 52.4%
11:00 pagi - BN 49.4% PR 50.6%
12:00 tengah hari - BN 50.2% PR 49.8%
1:00 petang- BN 49.3% PR 50.7%
2:00 petang - BN 47.2% PR 52.8%
Akhirnya keputusan PRK Hulu Selangor menunjukkan BN menang dengan majoriti 1725 undi.
Sejauh mana sebenarnya persepsi memberikan maklumat? Wallahua'lam.
Nota: Mungkin sesuatu yang tertinggal oleh Zentrum dalam kajian persepsi mereka adalah pengundi asas sesuatu parti. Dalam kes Hulu Selangor, Zentrum dilihat mengabaikan deposit 6,176 pengundi yang telah mengundi BN di 3 DUN dalam Parlimen Hulu Selangor dalam PRU ke 12 yang lalu. Jumlah ini adalah besar dan hampir 10% daripada keseluruhan pengundi berdaftar.
No comments:
Post a Comment