Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
UMNO - APCO - ISRAEL? |
Idris Jusoh Menyampaikan Salam Mat Said di Hulu Selangor
Baru-baru ini aku berkesempatan singgah di Desa Maju, Felda Sungai Tengi. Kiranya area tersebut merupakan kawasan yang turut terlibat dalam PRK Hulu Selangor yang sudah memulakan tempoh berkempen mulai semalam. Antara yang mencuit hati aku adalah cerita-cerita penduduk di sana apabila diceritakan Idris Jusoh turut berceramah di kawasan felda berkenaan. Antara yang diceritakan oleh mereka seperti apa yang disebut oleh Idris Jusoh adalah:
"Mat Said kirim salam kepada tuan -puan (pengundi Hulu Selangor) dan akan turun ke Hulu Selangor pada hari pembuangan undi nanti"
Apa agaknya respon Mat Said sekiranya dia tahu Idris Jusoh menyampaikan salamnya kepada penduduk Desa Maju. Terharukah? atau tersedak? Ehem, ehem..
Pertandingan 4 Penjuru
Seperti kebanyakan PRK yang berlangsung, kehadiran calon bebas semacam sudah sinonim. Kali ini terdapat dua calon bebas iaitu Johan Mohd Diah dan V S Chandran yang dikatakan ahli UMNO dan MIC. UMNO dan MIC masing-masing dikatakan akan memecat kedua-dua calon bebas tersebut.
Penyertaan dua calon bebas tersebut agak 'berasas' memandangkan UMNO sebelum ini beria-ria mendesak kerusi tersebut sewajarnya diserahkan kepada UMNO, manakala Timbalan Presiden UMNO mengatakan calon BN akan diwakili oleh 'penduduk tempatan'. Bagaimanapun TPM menafikan calon tempatan apabila memilih P Kamalanathan yang bukan penduduk tempatan. V S Chandran telah bergiat dengan MIC Hulu Selangor selama 35 tahun.
Zaid Ibrahim Calon Pakatan Rakyat
Semalam TG Presiden PAS meminta sokongan 100% diberikan kepada Zaid. Pada penilaian aku, penegasan TG Presiden itu menepati masa kerana masih ada para petugas dan penyokong yang 'was-was' dengan Zaid Ibrahim. Apa tidaknya isu saman hudud dilihat oleh sesetengah pihak sebagai suatu tindakan melampau Zaid suatu ketika dahulu. Alhamdulillah saman tersebut telah ditarik balik. Penjelasan Zaid juga menarik untuk diikirkan kenapa tindakan 'saman' diambil oleh beliau.
UMNO nampaknya sibuk menimbulkan isu kaki arak kepada Zaid Ibrahim. Sejauh mana benar dakwaan UMNO itu mungkin ada kerana Zaid 'mungkin' pernah minum bersama para pemimpin UMNO yang lain. Semoga penghijrahan Zaid kepada PR bukan sekadar penghijrahan parti, tetapi juga akhlak dan moral.
Wallahua'lam.
p/s: Bila plak nak turun Hulu Selangor ni?
1 comment:
Mengikuti perkembangan PRK melalui media cetak dan internet. Meriah dan hebat dengan 'pertikaman lidah' sehingga boleh mendatangkan aib...
Post a Comment