10 January 2010

Isu Nama Allah: PAS Buat Keputusan Tepat!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"PAS adakan mesyuarat Khas Lajnah Politik bagi membincangkan isu nama Allah" -itulah antara tajuk utama Harakahdaily beberapa hari lalu apabila isu nama Allah kian hangat dibincang dan diperdebatkan.


YB. Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, isu tersebut bersifat agama, tapi kenapa Lajnah Politik yang dipanggil mesyuarat? Kenapa tidak Majlis Syura Ulama, atau sekurang-kurangnya Dewan Ulama yang berbincang bagi mengeluarkan suatu 'keputusan' berkenaan isu tersebut.

Ramai juga yang melihat PAS terkebelakang apabila puak-puak UMNO sibuk berdemonstrasi membantah penggunaan nama Allah, tetapi PAS dan kebanyakan pimpinannya memilih untuk bersikap berkecuali. Aku percaya ramai yang melihat PAS terperangkap dengan isu Nama Allah tersebut.

Najib pula agak gopoh apabila melihat terdapat sokongan dari golongan Melayu terhadap demonstrasi yang diadakan oleh puak UMNO, telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak dapat menyekat mereka yang mahu mengadakan demonstrasi walaupun pihak polis sudah mengeluarkan kenyataan sebaliknya.

Mengikuti kenyataan Media PAS sebaik sahaja selesai Mesyuarat Lajnah Politik, PAS dilihat terbuka untuk membincangkan isu ini. Bagi PAS, isu ini bukanlah sesuatu yang wajar diselesaikan melalui provokasi atau semberono sahaja.

Tulisan Tuan Guru Presiden PAS pula menunjukkan kematangan akal yang tinggi, bersifat benar tanpa prejudis dan mematuhi lunas-lunas yang dibenarkan dalam agama walaupun isu tersebut dilihat 'merugikan' agama. Sedangkan di sana terdapat ruang dakwah yang lebih besar dalam menerangkan siapa Allah kepada masyarakat bukan Islam. Sudah tentu Islam akan memecahkan kefahaman sempit mereka terhadap Allah yang begitu dan begitu, dengan keEsaan Allah yang sebenarnya. Allah itu Satu.


Kepimpinan PAS melawat sebuah gereja yang diserang dan terbakar

Semua pertanyaan, kegelisahan penyokong dan ahli di bawah terjawab apabila berlaku sesuatu yang diluar jangkaan iaitu peristiwa pengeboman gereja di sekitar Kuala Lumpur. Sehingga akhirnya Najib merasa tertampar sehingga terpaksa 'menafikan' perbuatan tersebut bukan dilakukan oleh UMNO!

Tahniah PAS dan kepimpinan PAS atas suatu sikap matang dan menepati kehendak semasa!

العجلة من الشيطان والتأني من الله

"Sifat terburu-buru itu dari syaitan dan sifat bertenang dari Allah" - maksud Hadis.

Wallahua'lam.

p/s: Kadang kala kita di bawah ni gelisah bukan main, tetapi kita lihat pimpinan ni macam tak reti politik plak. Rupa-rupanya kita ini tidak reti politik. Politik bukan buat kenyataan demi kenyataan, rupanya diam dan senyap itu juga adalah politik!! Tahniah TG Presiden!

4 comments:

Nafastari said...

Saya sangat bangga dengan PAS terutama dalam menangani isu ini. PAS, tolong selamatkan maruah Malaysia!!

amdang81 said...

Tak tahu kenapa... tiba-tiba saya rasa terharu dan hampir menitiskan air mata dengan komen saudara...

Amir Razain said...

Bukan ke PAS & PKR raja demonstrasi & baring atas jalan?
_______________________
View Profile: Rantong™

amdang81 said...

Demo mesti berasas. Bukan demo sekadar menurut nafsu dan amarah sahaja. Inilah perbezaan yang PAS tunjukkan dan tidak ada dalam UMNO.

Jika dikatakan PAS raja demonstrasi, mungkin benar. Demonstrasi pada masa dan waktu yang TEPAT!.

Kita lihat Demo PAS.

1. BERSIH - tuntutan Pilihan Raya yang adil.

2. Bantah PPSMI - Tunjukkan cinta dan sayang pada Bahasa Melayu dan bahasa ibunda

3. Mansuh ISA - ISA suatu akta yang zalim.

4. Bantah Mesir kerana tutup pintu ke Gaza - Ini sudah tentu difahami dan dimaklumi keperluaannya.

5. Mungkin saudara melihat isu di Perak dengan memaksudkan BARING di jalan raya - Itu bukan yang dirancang PAS, tetapi dilakukan oleh mereka yang cintakan demokrasi yang subur. Puncanya, UMNO yang lacurkan demokrasi. - Ini sesuatu yang di luar kawalan. Apatah lagi peristiwa PERTABALAN MB tersebut dilihat 'cukup pelik dan penuh tipu muslihat'

6. Demo bantah Kenaikan harga barang, Petrol dan lain-lain spt Konsert Liar dan seumpamanya.- Rakyat didahulukan?

7. Demo mempertahankan MASJID dan RUMAH RAKYAT di musnah dan dirobohkan -eg: Kg Bujal, Berembang, dll.

Lihat Pula Demo UMNO

1. Isu kepala Lembu -

2. Isu MB Idris Jusoh dipecat -

3. Isu 'AHLI PAS' SELANGOR minta PAS keluar PAKATAN RAKYAT. -

4. Sokong ISA - undang-undang ZALIM pun sokong??

Sesuatu yang perlu difahami dalam isu Demo adalah, PAS mengambil sikap itu sebagai JALAN TERAKHIR setelah jalan-jalan lain dilihat ditutup.

Apabila wacana, serah memo dan rundingan tidak dapat menyelesaikan masalah, Demo dipilih sebagai suatu 'tunjuk rasa rakyat' dalam sesuatu isu.

Tetapi sebaliknya bagi UMNO. Demo dilakukan dengan tujuan membuat kacau bilau dalam pentadbiran. Membuat hasutan dalam demo dan sebagainya.

Lebih MALANG lagi bilamana UMNO malu untuk mengaku mengadakan demo, sebaliknya berselindung di balik NGO-NGO yang bersifat 'NGOK' semata-mata. Apatah lagi NGO tersebut tidak berdaftar dan tidak pernah wujud pun sebelum itu.

Suatu DEMo yang dianjurkan UMNO yang boleh dipuji dan diberi tahniah adalah ketika mana menggerakkan AMAN MALAYSIA. Itu sahaja rasanya... itupun demo yang tidak 'menunjukkan rasa'

SAUDARA TIDAK PERNAH BERDEMO agaknya? :)