"Jadi, apabila berlaku apa-apa insiden, jangan tuding jari kepada Umno mengatakan parti ini rasis...bila ada gereja terbakar, kata Umno jahat," Itulah penafian Najib.
Najib telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 500 000 duit rakyat kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati yang terbakar kerana dibaling bom api.
Sebelum ini Najib dipetik berkata kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah'.
"Tuduhan mengatakan Umno sebenarnya di belakang semua kejadian ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat dan akhirnya orang akan tahu kerana kita telah mempunyai maklumat-maklumat tertentu berhubung siapa yang terlibat," katanya Hishamudin pula.
Hishammuddin turut berkata terdapat segelintir media asing yang memberi gambaran kurang tepat, malah menggembar-gemburkan kejadian itu seolah-olah keadaan di negara ini tidak terkawal.
Sebelum itu, Hishamuddin yang 'lembut' dilihat agak tegas berbanding Najib dalam memastikan tiada perhimpunan diadakan.
"Buat masa ini, dalam keadaan seperti ini, jika tidak dibenarkan, ia akan mewujudkan emosi dan jika dibenarkan, emosi itu akan sampai ke tahap yang tidak dapat dikawal, ini akan menjejaskan keselamatan negara," Kata Hishamuddin mengulas perhimpunan yang mahu diadakan Jumaat lalu.
UMNO hanya telah terbukti pernah merobohkan surau dan masjid sahaja. Diulangi, UMNO hanya pernah merobohkan surau dan masjid sahaja, tetapi tidak membakar gereja. Hanya surau dan masjid sahaja, dan bukan gereja.
Kesimpulannya, UMNO tidak membakar gereja. Percayalah. Percayalah dan percayalah. Percayalah!!!
p/s: Tolonglah percaya, bahawa UMNO tidak membakar gereja. Susah sangatkah mahu percaya? Tolonglah percaya!!
4 comments:
Salam tuan. Harap tuan masukkan artikel keganasan UMN... merobohkan pusat pengajian seperti Ins.Berakan suatu ketika dulu.Percayalah ... mesti ada tangan - tangan ghaib.
;-)
saya percaya apa yang deme percaya..hehe.
Abu Muaz: Nanti kita risik kisah IB elok-elok.
Nafastari: Ahmad, nampaknya tulisan saya tidak meyakinkan saudara... Tidak mengapa, saya akan cuba lagi.
Hidayah: Terima kasih kerana percaya dengan UMNO yang tidak membakar gereja. Saya ulangi kepercayaan awak itu, UMNO tidak membakar gereja! :)
Post a Comment