07 January 2010

"Nizar Tidak Perlu Laju. Perlu Hati-Hati"

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

DS Nizar kemalangan. Kereta terbalik. Teruk juga jika dilihat dalam gambar. Semuanya gara-gara mengelak dari sebuah kereta yang mahu keluar dari simpang. Pada aku, mengelak sampai terbalik mungkin disebabkan laju. Atau terlalu laju.

Sabarlah DS Nizar. Tidak perlu laju-laju. Hati-hatilah dalam perjalanan dan perjuangan yang masih panjang dan jauh.

------------------------------------------------
http://buletinonline.net/images/stories/berita19/100_4485.JPG

Menteri besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera ringan apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini.


Ketua polis trafik negeri, Wan Abdullah Ishak berkata Mohammad Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Beliau hilang kawalan kereta Toyota Camry yang dipandunya ketika cuba mengelak kereta yang keluar dari simpang itu.

Mohammad Nizar, yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital. - Bernama

http://buletinonline.net/images/stories/berita19/100_4482.JPG

http://buletinonline.net/images/stories/berita19/100_4488.JPG


P/s: Aku copy berita ni dari BuletinOnline. Betul ke BERNAMA kata DS Nizar tu MB Pakatan Perak?

2 comments:

Cikli said...

Salam,

saya setuju dgn saudara.
mana-mana YB pun tak perlu laju. jaga speed limit, 90km/j. Depan casuarina tu rasanya limitnya dalam 60-70km/j je.

cara bawak kereta pun dapat merayu undi juga, walaupun dibawa oleh pemandu.

nasib baik kereta tu memenuhi ciri-ciri keselamatan. alhamdulillah.

abu muaz said...

nasib baik . kalau tidak awal 2010 niii... akan bermula lagi p raya kecil.