26 May 2009

Mufti Malaysia Yang Peka!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan Pemuda PAS Gombak.


Di dalam muka hadapan Utusan Malaysia hari ini memetik kata-kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut;

”Orang yang mogok lapar sama seperti golongan yang berputus dalam perjuangannya, sedangkan Islam melarang umatnya berbuat demikian”.

Sehari sebelum itu, di dalam akhbar yang sama melaporkan;

”Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menegaskan, umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan dalam agama Buddha dan Hindu”

Ia turut melaporkan;

”Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan, umat Islam diharamkan menyertai mogok lapar itu dan pihak berkuasa pula perlu menghalangnya daripada berlangsung kerana ia boleh menimbulkan fitnah besar kepada negara”

Beberapa hari sebelum itu pula;

”Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah”

Wah, sungguh pantas, cekap, dan efisien tokoh-tokoh agama dan mufti-mufti kerajaan Malaysia. Dalam tempoh tidak sampai 24 jam mogok lapar diutarakan oleh Pakatan Rakyat, Mufit Perak pantas memberikan pandangan beliau.


Ia turut diikuti oleh pandangan oleh mufti-mufti lain, Perlis dan Johor.


Kita jangkakan, akan ramai lagi mufti-mufti dan tokoh-tokoh agama akan memberi pandangan tentang isu ini. Kali ini mereka menjalankan tugas dengan pantas sekali. Ini baru betul semangat 1Mufti Malaysia!


Kita juga mengharapkan isu-isu lain turut diberi perhatian oleh para mufti dan penasihat-penasihat agama kerajaan di dalam isu-isu seperti amalan rasuah pemimpin kerajaan, isteri-isteri pemimpin dan pemimpin wanita yang tidak menutup aurat, dan sebagainya.

Mohon para Mufti memberi pandangan tentang gambar ini.

Mohon para Mufti memberi pandangan tentang gambar ini.

Sudahkah mufti memberi pandangan tentang aurat kepada mereka?

Sudahkah mufti memberi pandangan tentang aurat kepada mereka?


24 May 2009

Selamat Kembali Tranungkite Online!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ini seperti ada suatu tarikan untuk aku menjenguk ke laman Tranungkite Online @ TKO. Wah! Wajah baru dengan versi 9 yang sebenarnya! (sebelum ni v9 macam olok-olok je).


Baju baru? Bukan baju baru, ini wajah baru!

Aku sebenarnya sudah lama menjadi pengintai sahaja laman tersebut walaupun pernah suatu ketika menjadi pengikut setia. Semuanya gara-gara 'serangan sejenis selsema' ke atas laman tersebut baru-baru ini.

Akibatnya, laman popular tersebut demam dan batuk-batuk berminggu lamanya. Artikel tidak di update dan akses ke laman berkenaan perlahan. Sudah tentu kesan tersebut membuatkan pengunjung setia tidak menunggu lama untuk berada di laman berkenaan memandangkan isu semasa mutakhir ini panas dan sentiasa berubah.

Suatu kebosanan juga sebenarnya bilamana mengikuti perbahasan forum bilamana terdapat forumer yang tidak cerdik, terlebih emosi, degil melampau, taksub melampau, pencacai yang diupah dan sebagainya yang menghilangkan nikmat dan hikmah perbincangan.

Semoga TKO terus unggul dan teguh di persada maya untuk menjadi suara alternatif dalam menyampaikan maklumat.

Wallahua'lam.

p/s: Dengar kata ada satu pilihan raya kecil di DUN Penanti. Betul ke?


20 May 2009

Selamat Hari Lahir Sahabatku...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Seperti biasa, BirthdayAlarm.com akan mengingatkan aku tentang birthday sahabat-sahabat. Hari ini aku terima lagi email dari BirthdayAlarm.com. Bezanya peringatan hari ini bukan mengingatkan aku tentang kelahiran, tetapi kepada pemergian seorang sahabat..

-----------------email dari BirthdayAlarm.com----------------------
Muhammad

Syahrul Nazuwan's (syahrul_tx@yahoo.com.my) birthday is on Tuesday May 26th. Syahrul will be 28 years old. Click below to choose one of our specially recommended birthday greeting cards and we will send it on Syahrul's birthday...

http://www.birthdayalarm.com/eCard/24834818a1b572220105c5894906

Kind Regards,

BirthdayAlarm.com

-----------------------abis email ------------------------------------

Sabtu lalu, aku sekali lagi sempat singgah rumah Sue. Alhamdulillah aku tengok Sue makin kuat. Suhail juga aku lihat makin sihat. Katang gitu. Cuma kata Sue, Suhail tak makan sangat. Banyak minum susu je.

Apabila Balqis diambil Sue dari tangan Jue, Suhail merengek dengki. Dia segera bangun mendapatkan ibunya. Kemudian Sue menyuakan pipi Balqis kepada Suhail. Kelakar melihat gelagat Suhail yang 2,3 kali mencium pipi Balqis.Tangan Suhail pula bergerak-gerak geram mahu bermain-main dengan Balqis..

Ketika Sue turun ke dapur sediakan air minuman, Suhail ditinggalkan bersama kami. Pada mulanya kelihatan OK, tetapi bilamana kelibat Sue tidak kelihatan, Suhail menangis. Aku cuba mengambil Suhail, namun tangisnya makin kuat..Bilamana aku mendukungnya, barulah tangisnya sedikit perlahan.. Namun, gerak gerinya masih mahukan ibunya..

Jue membisikkan ke telinga aku. "Macam arwah". Aku angguk. Jauh di sudut hatiku tidak menafikan betapa wajah Suhail amatlah mirip kepada arwah. Lebih-lebih lagi bila melihat hidung Suhail..

Kami singgah cuma sebentar. Sempat minum teh dan makan keropok jugak. Sengaja mengunjungi Sue dan Suhail bagi melepaskan hajat Sue untuk memegang Balqis. Kedatangan kami sebelum ini ketika Sue demam dan selsema. Dia tidak memegang Balqis takut berjangkit.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada Sue untuk meneruskan perjuangan hidup. Semoga Suhail juga membesar cemerlang seperti arwah bapanya dan menjadi anak yang soleh. Semoga Allah menempatkan sahabatku Shahrul Nazuwan bin Yusof di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

Selamat Hari Lahir sahabat....Al-Faatihah.

17 May 2009

Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.

PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassim Abdullah (penyandang)
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang (Menang tanpa bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa (penyandang)

NAIB PRESIDEN
1. Ahmad Awang (penyandang)
2. Azizan Abd Razak
3. Mohamad Sabu (penyandang)
4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa (penyandang)
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Aziz Yaakob
2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin
4. Abdul Halim Abdul Rahman
5. Abdul Wahab Ismail
6. Abdul Wahid Endut
7. Abdul Rani Osman
8. Abu Bakar Chik
9. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Ali Maidin
2. Ishak Surin
3. Khalid Samad
4. Khalil Idham Lim
5. Mohd Rashidi Hassan
6. Mohd Taulan Rasul
7. Musanif Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan

Nota: Kepada yang layak mengundi, undilah dengan bijaksana dan tepat. Cewah. Hehehhe.

Murtad Di Terengganu Aktif Semula?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Beberapa hari lalu aku menerima satu pesanan offline melalui YM yang meminta aku membuka satu laman. "Medang, cuba baca nih ---> http://membelaislam.wordpress.com/2009/04/17/awas-kedai-buku-di-kuala-terengganu/" (klik)

Sebaik sahaja membaca tajuk artikel terbabit, terus aku dapat menjangkakan kedai buku dan maksud artikel berkenaan. Apabila artikel tersebut dibaca, ianya mengesahkan jangkaan aku itu walaupun nama kedai terbabit tidak disebut.

Secara peribadi, aku menyokong usaha-usaha mewar-warkan maklumat berguna sebegini kepada umum, namun aku kira adalah lebih baik sekiranya pihak berwajib seperti Pejabat Agama mengambil pendekatan menyiasat maklumat yang dilontarkan ini, dan tidak sekadar menunggu laporan secara formal baru berminat menyiasat.

Isu murtad bukan isu main-main. Jika pejabat agama main-main dengan isu ini, maka kepada siapa lagi yang mahu diharapkan.

11 May 2009

Besarnya Kemaluan Najib dan Zambri!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya aku suka untuk memetik kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz seperti dalam blog YB Idham Lim.

Kata Tok Guru :

" Setelah kita menang di Perak, kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembahyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Sememangnya keputusan mahkamah itu suatu kemenangan, namun ianya masih tetap satu perjalanan dari episod-episod perjuangan yang masih jauh. Kebenaran memang terserlah, namun kesulitan yang ada juga tetap berada di depan.

Lupakan dulu kesulitan esok lusa. Biar rakyat buka mata seketika. Bahawa kemaluan Najib dan Zambri terserlah sudah. Bukan setakat terserlah. Amat besar sekali kemaluan itu. Betapa cara dan tindakan yang dilakukan Najib dan Zambri dalam melakukan rampasan kuasa adalah salah dan tidak betul.

Membelakangkan undang-undang, menghina DUN, dan lebih teruk adalah mengheret istana untuk turut terpalit sama dengan kejadian ini. Memalukan istana Perak, malah mereka telah mengheret istana kepada segala permasalahan yang timbul.

Sudahlah, aku malas berbicara soal kemaluan Najib dan Zambri itu.

Amdang: Kenapa aku merasakan posting aku ini meloyakan? Uwek!!

Sidang Dun 7 Mei tidak sah! - Prof Aziz Bari

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Hrkh) - Pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat sidang Dun Khamis lalu, 7 Mei tidak sah kerana beberapa sebab. Sidang itu adalah rentetan dan siri perbuatan-perbuatan haram yang beranak-pinak dan terus menimbulkan kekecohan dan kekeliruan dalam negara.

Beliau berhujah, dari awal lagi sidang mengetepikan kedudukan dan kuasa Speaker yang ada yakni V. Sivakumar dan kemudian pelbagai arahan serta perintah dibuat oleh Setiausaha Dun dan Setiausaha Kerajaan yang tidak mempunyai autoriti yang sah.

Kedua, katanya pada hari itu sendiri sidang dilakukan melalui rampasan, khususnya Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan. Itu belum lagi mengambilkira kedudukan Hee yang sebenarnya masih di dalam penggantungan. Bagaimana Hee boleh dibenarkan memulakan prosiding yang kemudian memilih Datuk M Ganesan, soal Aziz.

Ditanya mengenai titah Raja Muda merasmikan sidang, Aziz berkata: "Ini tidak penting kerana ini dilakukan dalam sidang yang permulaannya sudah tidak sah. Dan ini pun bukan pokok. Kalau pembukaannya pun sudah tidak sah, tidak perlu kita bercakap hal-hal yang dilakukan selepas itu".

Aziz berpendapat V. Sivakumar masih lagi Speaker Dun Perak yang sah. Di dalam persidangan haram itu Ganesan kelihatan tidak begitu petah bercakap dan tidak begitu mahir dengan peraturan dewan sehingga terpaksa dibantu oleh Datuk Hamidah Osman.

Aziz menyifatkan kekecohan di Dun Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari. Sebelum ini polis juga menghalang sidang Dun Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari premis rasmi.

"Apa yang berlaku di Perak itu bagaikan persetubuhan haram yang melahirkan anak dan cucu yang kemudiannya melibatkan komplikasi dan kekeliruan tentang taraf dan hak anak-anak yang tidak berdosa itu," tegasnya.

Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang di bawah pokok dua bulan lalu sekali lagi polis memainkan peranan utama.

"Sebelum ini kita mendengar bagaimana Ketua Polis Negara sendiri dalam kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat mengakui yang mereka tidak boleh masuk dewan. Anihnya di Perak ada pula undang-undang lain yang mereka pakai".

Di sisi perlembagaan dan undang-undang mahkamah, apalagi polis, sebenarnya mereka tidak boleh campur urusan dewan.

"Apa yang polis lakukan ialah pencerobohan dan jenayah. Tetapi kita tak boleh buat apa-apa kerana kita bergantung kepada polis. Ini kes pagar makan padi," katanya kesal.

Sebab itu, tegas Aziz, cara menyelesaikan krisis di Perak ialah dengan membubarkan dewan kerana apa yang berlaku minggu lalu jelas menunjukkan keadaan makin teruk dan kerajaan haram pimpinan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan terus menghadapi masalah dan terpaksa bergantung kepada istana dan polis untuk berfungsi.

"Ini berlawanan dengan perlembagaan kerana istana dan polis ada peranan dan kerja masing-masing, bukan mengawal dan membantu kerajaan untuk berkuasa", tambahnya. Aziz berkata hanya kerajaan diktator yang berfungsi begitu dan dalam sistem demokrasi kerajaan hidup dan tegak berdasarkan sokongan rakyat, bukan atas bantuan polis dan mahkamah.

"Apa yang berlaku di Perak, oleh kerana cara BN membentuk kerajaan begitu misteri maka lawan mereka tidak dapat menerimanya". Aziz berkata hanya golongan fasis yang tidak percaya dengan pilihan raya sahaja yang akan mengambil tindakan ganas dan di luar kebiasaan untuk berkuasa.

Anihnya, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dalam komennya Jumaat lalu berasa sedih kerana "pihak pembangkang melanggar undang-undang dan membuat kekecohan".

Khamis lalu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga menyalahkan pembangkang kerana membawa budaya rimba dan menentang titah sultan, perintah mahkamah dan arahan polis.

Aziz berkata di sisi undang-undang sesuatu tindakan tidak boleh dilihat berasingan dari suasana yang melatarinya. "Apa yang dilakukan oleh ahli-ahli Dun di Perak adalah respons yang akan dilakukan oleh sesiapa pun termasuk oleh BN sendiri kalau mereka melaluinya. Dengan itu adalah tidak adil untuk menuduh mereka ganas, liar dan sebagainya sedangkan kita tahu bagaimana mereka dilayan oleh polis dan pihak sekretariat kerajaan negeri," jelasnya.

Sebelum ini pelbagai pihak mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengganggu kuasa Speaker V Sivakumar dan sikap pihak polis yang berat sebelah dan tidak profesional.- TMJ.

Celaka 1Malaysia!

09 May 2009

Edisi kutuk 1Malaysia- 1Plastik Sampah untuk 1Malaysia!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Mahu sahaja aku mencadangkan dikibarkan 1Plastik Sampah (hitam) untuk menyatakan bantahan kepada 1Malaysia (Kepimpinan Najib). Pada aku, Najib gagal sebagai seorang Perdana Menteri melalui dirinya, isterinya, kabinetnya dan partinya itu sendiri.

Peristiwa di Dun Perak semalam menambahkan lagi segala kegagalan Najib. 1Malaysia malu gara-gara perjalanan Dun yang dicalarkan oleh polis yang dijadikan alat oleh BN.

Mengapa 1Malaysia wajar dikutuk?

1. Keputusan Kabinet memutuskan bahawa pasangan yang menukar agama, anak mereka di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal masing-masing. Keputusan yang tidak merujuk pihak agama samada mufti mahupun Jakim sangatlah mendukacitakan. Celaka 1Malaysia Najib menimpa 1Malaysia.

2. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mempertikaikan keputusan kajian yang dibuat berkaitan PPSMI dan perbincangan meja bulat yang memperlihatkan PPSMI adalah ditolak. Setelah melalui berulang-ulang kali kajian dan perbincangan, Muhyiddin mengatakan perbincangan dan kajian tidak mempunyai fakta. Celaka Muhyiddin mempertahankan PPSMI. Apakah setelah kajian menunjukkan PPSMI diterima baru dikatakan ianya berfakta dan lengkap? Celaka 1Malaysia kerana 1Malaysia Najib itu.

3. 1Malaysia sudah tahu kisah yang mengaitkan Najib dengan Altantuya. 1Malaysia sudah tahu bahawa 1dunia memperkatakan kisah 1gadis Monggolia dibunuh di Malaysia. 1Monggolia sudah tahu kisah yang menimpa 1rakyat Monggolia itu. Walaupun beberapa akhbar di luar negara menyiarkan berita yang mengaitkan Najib dengan 1perempuan Monggolia itu, tetapi Najib tidak bertindak menyaman sebagai 'seorang yang benar'. Apakah 1Malaysia perlu menanggung malu akibat perbuatan orang no 1Malaysia? Celaka menimpa 1Malaysia.

4. 1Malaysia juga tahu penglibatan isteri Najib dalam kes Altantuya seperti yang didedahkan Raja Petra. Rosmah juga dilihat umum sebagai tidak layak berada di kerusi wanita no 1Malaysia. Baik dari segi imej, moral, mahupun kepimpinan, Rosmah dilihat tidak layak. Malu 1Malaysia punya isteri PM yang sudah sedia tercemar. Hancur 1Malaysia Najib.

5. Peristiwa Sidang DUN Perak 7 Mei adalah paling celaka bagi 1Malaysia. Celaka apabila campurtangan BN dengan kerjasama Polis Raja no. 1Malaysia mencabul sidang DUN Perak. 1Malaysia dilihat seluruh dunia. Betapa celaka 1Malaysia jika pemimpin yang ada seperti Najib dan para pemimpin BN. 1Dunia melihat bagaimana 1negeri di Malaysia punya 2 MB dan 2 speaker Dun. Celaka 1Malaysia gara-gara pentadbiran Najib.

Celaka 1Malaysia selagi Najib kekal sebagai PM. 1Plastik sampah untuk 1Malaysia!!

Cadangan Himpunan 1Black Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya aku berharap penulisan aku ini tidak menyebabkan aku ditangkap seperti Mat Sabu. Bukan apa, aku kesian kepada polis. Penat- penat tangkap, lepas tu terpaksa lepas kerana tidak berjaya mendapat perintah tahanan. Abang Mat juga untung sebab berjaya meningkatkan populariti di saat pemilihan nak berlangsung dan makan free!. (Gurau je nih)

Idea ini sebenarnya sudah lama dibincangkan. Namun, aku tidak tahu sejauh mana idea ini selamat, aman dan makmur dari gangguan polis. Bukan apa, jika memakai baju hitam sudah dianggap suatu kesalahan, aku tidak nampak lagi di mana untuk ada demokrasi di Malaysia ini. Kata seorang sahabat yang juga seorang lawyer, polis peduli apa. Dia akan tangkap dan belasah dulu. Sah atau tidak itu kemudian kira!

Aku suka jika himpunan 1Black Malaysia ini menggabungkan 3 isu utama yang diperjuangkan oleh pelbagai pihak. Pertamanya isu PPSMI yang didolak-dalih oleh Muhyidin Yassin, keduanya isu Mansuhkan ISA dan ketiganya BERSIH dalam menuntut pilihan raya semula di Perak.

Cadangannya, himpunan itu diadakan dalam bentuk perkelahan keluarga dan sahabat-sahabat. Setiap negeri memilih 2 lokasi perkelahan / rekreasi yang mampu menampung bilangan pengunjung yang ramai dan berada di lokasi strategik. Satu tarikh dipilih (cadangan Sabtu) bagi memastikan himpunan itu berjalan serentak seluruh negara. Masa pula sudah tentu awal pagi bagi acara perkelahan.

Tiada sebarang aturcara, tiada sebarang ucapan, tiada sebarang sepanduk. Apa yang diperlukan hanyalah pakaian HITAM sebagai menyatakan bantahan. Masing-masing keluarga dengan bekal masing-masing, dengan aktiviti keluarga masing-masing. Jika yang mahu mandi-manda, jangan lupa pakai seluar mandi / pakaian mandi HITAM!

Selain menyatakan sokongan kepada 3 perkara di atas, himpunan yang dirancang ini juga sebagai menyahut salah satu usaha kerajaan bagi Zoom Malaysia. Melawat tempat-tempat menarik dalam negara dan menanam cintakan negara.

Himpunan yang santai ini bukan setakat boleh dibawa anak kecil, malah boleh dijadikan 'himpunan dalam himpunan' bagi pihak yang mahu adakan reunion sekolah, IPT dan sebagainya. Ukhwah dapat ditingkatkan, perpaduan akan terlaksana. Bukankah itu antara matlamat 1Malaysia?

Akhirnya, jangan lupa bawa 1Plastik Sampah bagi mengisi sampah setelah berkelah. Pelihara alam sekitar dan jagalah kebersihan. Jika tidak himpunan BERSIH menjadi 'hitam' dengan sampah.

Itulah sahaja satu cadangan yang terlintas dan pernah disyorkan sebelum ini. Dilontarkan kembali kerana sudah lama tidak keluar berkelah. Kesibukan hujung minggu memaksa perkhelahan dilakukan di dapur rumah sahaja. Juga tetiba terasa mahu mengikuti himpunan. Wallahua'lam.

Nota: Aku percaya dengan sangkaan yang amat buruk terhadap polis, bahawa polis akan tetap adakan sekatan jalan raya, menahan pemakai baju hitam dan sebagainya. Namun, kita masih boleh mencuba melihat sejauh mana patriotiknya polis kita terhadap UMNO dan BN.

Youtube Ramzi yang dicari polis

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...



Klip di atas adalah pada malam beberapa adun BN melaporkan menerima SMS ugutan. Peliknya Ramzi juga menunjukkan SMS yang 'sama' sedangkan dia bukanlah adun. Tiada sebab langsung untuk dia menerima SMS tersebut.

Sumber: BuletinOnline.blogspot

Polis Terengganu Kluk Klek!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku tinggalkan seketika isu di Perak. Memang di sana sudah jelas lagi bersuluh bagaimana polis telah diperkudakan UMNO / BN bagi merampas sidang Dun Perak. Tapi ini cerita di Terengganu. Cerita bagaimana kenyataan polis boleh 'bertukar' kerana 'politik' UMNO / BN.

Kira-kira dua minggu lalu, polis telah menafikan laporan beberapa akhbar yang mendedahkan bahawa Dr Ramzi dikehendaki pihak polis. Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan menafikan laporan bahawa polis sedang mencari Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohammad Zubir, Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Katanya, polis negeri kesal dengan tindakan beberapa akhbar yang menyiarkan laporan itu.


Keratan Utusan Meloya Online (25 April) ketika polis dikatakan mencari Ramzi. Bagaimanapun polis kemudian menafikannya.

Keratan Berita Hairan Online yang menafikan Ramzi dicari polis. (jika tidak silap 26 April 2009)

Hari ini polis sekali lagi mengeluarkan suatu kenyataan mencari Dr Ramzi yang merupakan orang kanan Idris Jusoh. Ini sekaligus membenarkan apa yang pernah diperkatakan akhbar sebelum ini. Pelik, kenapa perlu ada penafian tentang Dr Ramzi yang dikehendaki membantu siasatan sebelum ini.

Mungkin semua ini ada kaitan dengan siapa yang berkuasa. Jika ketika isu 'SMS ugut' berlaku, Ahmad Said dilihat berada di sebelah pihak yang defensif. Idris dilihat 'berkuasa' ketika itu. Bagaimanapun, kemudiannya setelah UMNO Terengganu diletakkan di bawah Hishamuddin, maka 'kuasa' tersebut dilihat kurang pada Idris Jusoh.

Ini mungkin dapat dikuatkan lagi dengan Khutbah Jumaat di Terengganu pada hari ini bercerita tentang SMS fitnah. Melalui khutbah tersebut imej Ahmad Said aku percaya akan dapat diperbaiki. Tapi, akan tertangkapkah penyebar SMS tersebut?

07 May 2009

1Black Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Tiada apa yang perlu untuk dikatakan. Kecuali panas sebab hari ini gelap serba hitam!

06 May 2009

Kerajaan Terengganu bakal muflis?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Mukaddimah

Sebaik sahaja menjawat jawatan selaku MB Terengganu, Ahmad Said cepat-cepat memohon Wang Royalti Terengganu dipulangkan semula. Kata Ahmad Said, sebelum ini berlaku banyak penyelewengan bilamana Kerajaan Pusat yang menguruskan. Itu termasuklah dengan pembinaan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man dan acara Monsoon Cup di Pulau Duyong.

Apabila datangnya Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Najib pula datang ke Terengganu dengan membawa RM408 juta kononnya memulangkan sebahagian wang royalti Terengganu. Dikhabarkan selepas ini Petronas akan membayar royalti secara terus ke akaun Kerajaan Negeri, tetapi sehingga hari ini tiada pula berita wang-wang tersebut dan baki-baki terdahulu diterima Kerajaan Terengganu.

Ini Ceritanya

Beberapa hari lalu, aku menemani isteriku untuk singgah solat Asar di Masjid Terapung. Nama betul masjid ini adalah Masjid Tengku Tengah Zaharah. Ketika itu jam sudah sekitar jam 5.30 petang. Aku yang sudah siap solat hanya menanti di tepi tasik yang menempatkan Masjid Terapung itu.

Masjid Terapung yang indah.

"Eee.. geramnya, tandas dikunci, tak leh buang air" Keluh isteriku sebaik sahaja tiba di tempat parking kereta.

"Kunci?" Aku bertanya kepelikan.

"Dia buka 30 minit sebelum waktu solat, dan tutup 30 minit selepas waktu solat" Cerita Umi Balqis.

"Ada plak gitu" Aku mengeluh kesal.

Notis pemberitahuan penggunaan tandas Masjid Terapung

"Umi gi buang air situ je la" Aku menunjukkan satu tandas awam yang terletak bersebelahan dengan Masjid Terapung. Tandas itu merupakan bangunan yang baru dibina bersama-sama sebuah kafe yang turut 'terapung' keadaannya.

Bangunan tandas awam bersebelahan dengan Masjid Terapung

Caj yang dikenakan

Apabila keadaan ini berlaku, aku terfikir siapakah yang bersalah dalam kes sebegini. Pada perkiraan aku, ada beberapa perkara yang menjadi persoalan.

1. Fungsi Masjid. Aku percaya fungsi masjid untuk solat tidak terjejas. Namun, aku tidak pernah menjumpai mana-mana masjid yang turut menjadi 'pusat tarikan' dikunci tandasnya. Masjid Negara, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Kristal sendiri pun tidak dikunci tandasnya.

Jika ruang solat utama dikunci, ini biasa memandangkan menjaga 'tabung' dan perkakas masjid dari dikebas. Namun, biasanya ada ruang kaki lima masjid yang masih boleh digunakan untuk tujuan solat.

2. Siapa mengaut untung? Aku terfikir milik siapakah tandas di luar kawasan masjid itu. Milik masjid di bawah pejabat agama, atau milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu? Tindakan mengunci tandas masjid mungkin dilihat sebagai kerjasama yang baik antara kedua badan tersebut. Mungkin untung dibahagi 50-50 kot.

Terus terang aku mengatakan untung menguruskan tandas di sebelah masjid tersebut. Apatah lagi caj yang dikenakan adalah agak tinggi walaupun semua mampu. Kedudukan masjid yang di tepi jalan dan mempunyai pemandangan indah akan mudah menggamit sesiapa sahaja untuk singgah. Pelancong pula seakan-akan menjadikan destinasi ini sebagai destinasi wajib singgah walaupun seketika.

3. Apa kata orang luar? Mungkin mereka akan berkata "Tidak pernah sebelum ini".

Penutup

Inilah masalahnya bila negeri menjadi kucar-kacir. Perkara yang aku kira tidak patut berlaku ini bukan sahaja memalukan dari segi imej, malah menunjukkan Terengganu begitu tersepit dalam urusan kewangan. Aku nak je kata Ahmad Said jaga masjid, Idris Jusoh jaga tandas. Idris Jusoh juga yang cerdik!

Wallahua'lam.